Keretanya di parkir di halaman rumah Datin Saroja dan Datuk Tengku Hidzir. Kereta mama dan papanya pun sudah terparkir elok di situ.
Huzair Qorni melangkah perlahan menuju ke pintu banglo dua tingkat setengah itu. Dia di sambut oleh Tengku Hadry di muka pintu.
" Masuklah....dia sedang tunggu engkau."
Pucat wajah Zalika walaupun Cuba menguntum senyum. Dari jauh Huzair Qorni nampak wajah itu kekuningan. Lain benar, jika tiada Tengku Hadry di situ dia tak dapat mengenali Zalika. Tiada wajah itu dalam kotak memorinya...berlainan sekali. Tubuhnya yang menyusut merubah seluruh wajah Zalika sepenuhnya . Bila di hampiri barulah tergambar sedikit rupa Zalika yang terpahat di kotak memorinya. Seluruh wajah Zalika kekuningan dan sedikit membengkak membuat mata Huzair Qorni berkaca.
Zalika berada di dalam bilik khas ditemani Tengku Hadry ternyata sangat Lemah. Bergerak - gerak mulutnya seperti mahu berkata sesuatu. Wajah Huzair Qorni di tenung seketika sebelum dia bersuara dengan lemah.
"A..bang....? Zalika memanggilnya perlahan. Dia hanya mengangguk sahaja tanda menyahut panggilan Zalika itu. Sebenarnya dia sedih dengan apa yang terjadi pada Zalika sekarang ini. Bayangan gadis munggil yang comel lalu di depan mata. Itulah Zalika 15 tahun yang lalu. Satu-satunya perempuan yang dia sayang seperti adiknya sendiri. Malangnya Kasih sayang yang dia tunjukkan telah di salah erti hingga dia membenci perempuan itu sepanjang hidupnya . Hari ini dia kembali untuk melihat sejauhmana lakonan perempuan itu lagi tetapi ternyata dia salah. Zalika benar-benar sakit.
" Ika...min...ta ....ma..af ". Semakin laju aliran air mata keluar dari kelopak mata Zalika. Tercungap sekejap...ditenangkan oleh Tengku Hadry dengan menggosok perlahan dada Zalika yang sedang berombak. Huzair Qorni tetap membisu. Tiada kata yang mampu keluar dari bibirnya. Terkejut mungkin.
"E......na?" masih mahu bersuara walaupun nafasnya tersekat-sekat.
Huzair Qorni sudah dapat meneka siapa yang di sebut Zalika. Dia tidak tahu nak cakap apa , Ereena memang tidak mahu datang berjumpa Zalika. Mereka Salah faham, kalau begini cara Zalika, dia bukan berpura-pura lagi . Memang dia sedang nazak.
"Aku pergi dulu , aku akan datang semula bawa Ereena " Huzair Qorni pergi tinggalkan bilik sakit itu . Tidak untuk berlama di situ, bersimpati pada Zalika , dia mahu cepat-cepat menjemput Ereena dan memujuk isterinya itu untuk datang melihat sendiri keadaan Zalika .
"Mama , papa....Huz nak balik jemput Ereena . Nanti Huz datang balik. Datuk , Datin Saya balik dulu.
" Kenapa dia?....Dia tahu ke Ereena ada di mana ..eh! kejap. ...Ereena ada dengan dia ke ? Dah kahwin ke mereka tu Aunty ..." Bertanya dengan penuh kehairanan, Merah muka Tengku Hadry menahan cemburu yang bertandang.
" Errr....sebenarnya dia orang dah kahwin. Nikah gantung dulu. " Serba salah Datin Rose mahu bercerita. Dia takut Datin Saroja kecil hati, tambahan pula dia tahu Ereena adalah calon menantu yang tersenarai dalam list menantu pilihan Datin Saroja.
Air liur di telan kelat, halkum bergerak menandakan dia sangat kecewa . Ereena pernah berada di hatinya dan dia rasakan betapa bertuahnya Huzair Qorni. Perkahwinannya dengan Zalika kerana mahu bertanggungjawab atas perbuatannya bertahun yang lalu. Rasa bersalahnya itu membuat hidupnya selama ini tidak tenang. Dia berkahwin juga dengan Zalika walaupun dia tahu Zalika sakit. Dia iklas mahu menjaga Zalika seumur hidupnya walaupun agak terlambat.
"Betulkah Ereena dah jadi menantu you, Rose ? Bertuahnya you. Bertuahnya Huzair.". Ucapan tahniah dari Datin Saroja nampak ikhlas walaupun sebenarnya terkilan juga mendengar berita itu. Putus angan-angannya untuk jadikan Ereena menantunya. Patutlah semasa kematian Daiyan , dia nampak Huzair Qorni terlalu mengambil berat pada Ereena, rupanya ada rasa tersimpan antara mereka.
" Mereka kahwin di Uk semasa Ereena belajar di sana" Datin Rose Sambung bercerita.
" Ni dah balik ke sini , dah habis belajarkah dia? Cepat pula masa berlalu" Datin Saroja bertanya lagi. Tidak puas hati pula bila mengetahui hubungan Huzair Qorni dan Ereena. Macam ada lagi soalan mahu di tanya tetapi tersimpan takut di kata cemburu pula.
" Dah berhenti...macam- macam jadi kat sana...Huz bawa balik dia ke sini, senang nak tengok katanya "
"Ereena tu baik, sopan dan pandai menjaga anak. I dah lama simpan hasrat untuk jadikan menantu tetapi Ereena ni selalu merendah diri, tak tahu pula apa yang Huzair Qorni buat hingga dapat berkahwin dengan dia"
"Mmmm....tak tahu lah mungkin jodoh mereka berdua agaknya" Dalam hati Datin Rose tahu Huzair Qorni mesti dapat Ereena dengan cara paksa, licik anaknya itu sudah dapat di tebak"
Tengku Hadry cuma memasang telinga. Hanya cerita Ereena yang menjadi tumpuan telinganya. Memang sudah lama dia mencari Ereena. Hari terakhir dia berjumpa wanita itu semasa melawat kubur Daiyan. Masa itulah dia beritahu Ereena yang dialah bapa sebenar Raiyan, malangnya Ereena kecewa dan marah padanya.
Kalaulah dia mengaku awal tentang hubungannya dengan Daiyan mungkin Ereena sudah pun menjadi isterinya. Ini pengakuan Ereena sendiri suatu ketika dulu. Dia bersedia untuk berkahwin dengan Bapa biologi Daiyan untuk terus terikat dengan Daiyan. Sekarang ni, dia akan beri tumpuan pada Zalika . Dia redha.
...............
"Sayanggg......Ereena benar-benar sakit. Abang hampir menitiskan air mata melihat keadaan Zulaika tadi. Dia juga menyebut nama Sayang walaupun perlahan. Dia sangat berharap Sayang datang. Jom lah kita jumpa dia"
" Kenapa dia nak jumpa saya....saya dah maafkan dia walaupun dia tak pernah pandang saya pun dulu. Hubungan sayang dengan Daiyan dah tak macam selalu selepas dia balik dan jauhkan saya dengan Daiyan, saya derita la abang dengan tingkah dia. Selama ni saya diam sahaja , pendam saja rasa marah pada dia kerana saya tak nak besarkan perkara tu. Hari ni dia nak saya jumpa dia? Nak minta maaf ke? Abang bagitahu dia yang saya dah lama maafkan dia tapi saya tak bersedia untuk jumpa dia.
"Sayang ...dia betul-betul nak jumpa sayang. Kalau sayang tak pergi bermakna sayang masih simpan dendam itu pada dia. Kita pergi ya?". Berkaca mata Huzair kala itu , setitis air matanya jatuh atas kekura tangan Ereena. Dia tersentak.
"Abang masih sayangkan dia ke ? Maaf ! " terbit rasa cemburu dihati Ereena dan cepat-cepat membuangnya. Dia rasa tersilap cakap.
"Abang sayangkan dia sebagai seorang adik. Abang kahwin dengan dia pun sebab di paksa. Abang tak cintakan dia pun. Abang cintakan sayang. Please..jangan curiga dengan abang. Abang harap sangat sayang dapat berjumpa dengan dia ..". Lega hati Huzair Qorni melihat anggukan dari Ereena.
..............
" Papa!papa!....kenapa dengan papa? Hey! kenapa buat macam tu pada papa saya. Apa salah dia?
" Maaf Cik Winda. Bapa Cik ditahan untuk siasatan kes pembunuhan Cik NurAndara Binti Elias"
" Hah....Dara ke yang kena bunuh? Papa ke yang ..?" Menggeletar seluru Winda bila menerima berita itu. Dia baru sahaja jumpa Dara semalam, macam biasa Dara dengan ugutannya membuatkan dia tertekan dan memang berniat untuk hapuskan perempuan itu. Tapi...belum sempat bertindak sudah arwah. Bagaimana ini boleh terjadi dan papa pula yang dituduh.
Winda hilang punca, jangan-jangan memang papa yang bunuh. Tubuh Winda menggigil lalu melorot ke bawah....
..........
" Bos ..Wanita misteri Cik Dara dah mati bos". Lantang suara Megat Elham memeranjat Huzair Qorni.
"Biar betul, baru pagi semalam dia datang sini. Sebab apa dia mati ?Nanti polis akan siasat kita kat sini pula"
" Katanya kemalangan atau kena bunuh tak tahu mana satu. Tapikan bos....kalau polis tanya tujuan Cik Dara tu jumpa kita kat sini nak jawab apa tu bos. Kalau bercanggah kita pula jadi suspek."
"Alamak mereka dah menuju ke sini la bos. Jangan panik bos, kita tak Salah "
" En. Huzair Qorni!! Encik ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Cik NurAndara Binti Elias. Sila ikut kami ke balai untuk siasatan lanjut" Seorang pegawai polis membawa Huzair Qorni pergi tanpa menunggu lagi. Semuanya akan diselesaikan di balai nanti.
............Sambung....
Share this novel