Huzair Qorni meraup wajah bimbang melihat Ereena berlari meninggalkannya. Tersayat juga darahnya melihat Ereena terus menyeberang jalan tanpa memandang kiri dan kanan. Nasib baik terlepas dengan selamat.
"Ajak kahwin ja pun. Tak kan lari lintang pukang macam tu. Belum ada lagi perempuan yang menolak aku macam tu kecuali dia. Teruk sangat ka aku melamar dia?" Huzair Qorni leka memikirkan kesalahan apa yang dia lakukan hingga Ereena takut begitu. Bunyi hon dari kereta lain menyedarkan dia yang lampu isyarat sudah kembali hijau.
Sementara itu Ereena terus berlari meninggalkan Huzair Qorni dengan perasaan marah. " Suka hati ja nak anggap aku orang gaji, lepas tu nak jadi kan isteri. Ingat aku tak ada perasaan ke ? Malaslah nak fikir tentang keluarga ni. Aku ada peluang untuk berjaya , aku bukannya lekeh sangat tetapi kenapa aku masih menunggu di sini. Sekarang ni aku perlu memikirkan hal aku sendiri. Kenapalah bodoh sangat aku ni , selama ni apa yang aku buat hanya untuk orang lain tanpa fikirkan diri sendiri. Jangan sampai aku terpaksa berkahwin pula dengan lelaki ini sebab Daiyan... Ah! Tak kan terjadi" Ngumam Ereena dalam hati.
Sampai di rumah Zetty sudah sedia menunggunya. "Kau dari mana? Keluar tak beritahu aku pun. Risau betul aku ni tau, tadi tu Zalika datang cari kau marah-marah kenapa? Kau culik suami dia ke? Macam orang meroyan aku tengok.
" Cari aku buat apa? Carilah suami dia tu tak pasal-pasal ajak aku kahwin pula. Aku sakit hati la...."
"Hah!! Apa? Aku salah dengar ke? Kahwin? Dia ajak kau kahwin? Biar betullll??". Zety segera menutup mulutnya dengan tangan"
" Mula- mula dia cakap aku orang gaji tak sedar diri pastu dia terus ajak aku kahwin...tak gila ka macam tu? Aku sakit kepala terus.... macam-macam aku fikirkan tentang kehendak keluarga ni.....Aku baru sedar yang aku terlalu ikut sangat telunjuk mereka. Dulu Hal kerja, ni pula Hal kahwin. Tak kan hal kahwin pun aku kena ikut. Ni dah melampau tau"
" Baguslah kalau kau dah sedar...sebenarnya dah lama aku nak bagitahu kau benda ni ...alasan kau semua sebab Daiyan kan? Patutnya kau dah boleh biarkan Daiyan dengan mama dan papa dia , kau tak perlu campurtangan lagi ". Puas hati Zety akhirnya Ereena dah sedar diri .
" Aku masih ingat dulu, Zalika pernah kata aku Mulukut , aku masih lagi tunggu juga di situ. Sekarang ni aku nak tengok aku ni Mulukut atau bukan di mata mereka"
" Eh...Dia orang dah cerai ke? Aku dengar macam Zalika cakap macam tu. Dia cakap Huzair Qorni ada perempuan lain. O...baru aku faham...perempuan tu kau kan?
" Hey tolonglah....tak hingin aku dengan Huzair Qorni tu. Dah la suami orang. Minta simpang la aku kahwin dengan suami orang."
"Dah ceraikan?? Boleh la kau kahwin dengan dia dan jaga Daiyan. Bukan itu yang kau idamkan?"
" No ...itu bukan aku" Kalau aku? Aku pilih lelaki yang sama taraf dengan aku . Tak terfikir lah aku nak kahwin sekarang ni. Jauh lagi perjalanan aku ni."
" Kau nak pergi mana? Kau bukannya ada keluarga pun. Yang ada keluarga angkat kau tu , Datin Saroja saja. Kau pergi tinggal dengan dia ja lah."
" Tak...tak...aku tak nak menyusahkan dia. Lagipun anak dia tu buat aku tak selesa la...tengok aku pun macam nak keluar biji mata . Sekarang ni aku nak terima tawaran ke UK tu. Nasib baik ada lagi seminggu tarikh tu. Kau tolong sokong aku dan jangan beritahu sesiapa pun .
Ereena terpaksa tinggalkan Daiyan sementara waktu ini. Dia mahu fokus kepada dirinya pula. Selama ini dia banyak berkorban untuk keluarga itu. Kali ini dia betul-betul nekad. Beg pakaiannya terus disediakan. Hujung minggu dia akan ke KLIA untuk terus terbang .
"Tok! Tok!Tok!.....pintu rumah di ketuk berkali-kali.
" La.. Huzair Qorni datang lagi ....kau nak jumpa dia tak?
" Tak ! Tak...beritahu dia yang aku tak balik lagi"
" Ereena mana? Aku nak jumpa dia!.Suara Huzair Qorni kedengaran sebaik saja Zety membuka sedikit pintu .
" Dia belum balik lagi...ada apa Encik Huzair?
" Aik...aku nampak dia balik tadi, kau jangan nak tipu aku . Bagi tahu dia Daiyan ada dekat hospital . Kalau dia nak pergi dengan aku, cepat siap"
" Errr....Ereena yang cakap dia tak ada " Biru muka Zety menahan malu kerana menipu.
"Kalut Ereena buka pintu. " Kenapa dengan Daiyan?? Tunggu kejap tuan, saya ikut". Zety terus garu kepalanya yang tidak gatal. " Tak faham aku Ereena ni, dasar budak
biul ....kejap macam ni sekejap macam tu...haih ..betul-betul tak faham.
"Zety cepat lah siap....temankan aku lawat Daiyan. Kenapa dengan Daiyan tuan? Huzair Qorni masih tidak menjawab pertanyaan Ereena. Dia diam sahaja memandang Ereena . Rasa tidak tergamak pula hendak memberitahu apa yang telah terjadi dan Ereena bertanya sekali lagi dengan nada yang lebih tinggi dari tadi.
" Kenapa dengan Daiyan Tuan!!! Ereena sudah mula gementar. Fikirannya terbayang yang tidak baik sahaja. Kesalnya bertandang kerana baru tadi dia berniat meninggalkan Daiyan.
"Dia jatuh tangga. Bibik Suchi Telefon aku tadi. Parah juga , Daiyan pengsan. Apa yang Zalika buat aku tak tahu . Aku tak tahu lagi cerita sebenarnya. Aku rasa Zalika tu sakit la...dia ugut macam-macam sebab aku dah ceraikan dia. Kau pun kena hati-hati, dia pun ada sebut nama kau.
" Ya Allah....selamatkan Daiyan ya Allah . Maafkan Mommy sayang." Menyesal Ereena bila teringatkan niat yang di lafazkan itu.
" Zalika buat apa ? Dia tolak Daiyan ke? Tak fahamlah saya...kenapa dia buat anaknya sendiri"
"Ika...Cuba bawa bertenang . Kita tengok dulu keadaan Daiyan. Nanti kita tanya bibik apa yang terjadi. Tuan Huzair pun tak tahu lagi kejadian sebenar tu.". Zety Cuba menenangkan Ereena yang nampak semakin cemas .
" Ouh...Aku faham . Ni kes cemburu buta. Orang tak ada apa-apa dia boleh cemburu gitu. Ini mesti salah tuan lah , paksa aku jaga Daiyan dan selalu pula datang sini, sebab tu dia cemburukan aku . Dia dah Salah sangka. Sekarang ni tuan kembalilah pada dia selagi masih ada edah tu. Barulah dia tak berdendam pada saya dan juga Daiyan"
"Huh! Tak akan. Aku akan pastikan dia tak akan apa-apakan kau dan Daiyan lagi. Aku janji."
" Nak janji apa lagi....Dah jadi pun pada Daiyan . Tuan kena ambil tindakan cepat. Hu. hu .." Ereena terus meraung" Zetty menggosok belakang Ereena supaya tenang.
"Siapa yang bawa dia ke hospital? " Ereena bertanya lagi dalam esaknya. Hairan juga kerana Huzair Qorni boleh pula datang untuk mengambilnya
" Ambulan datang ambil ...bibik yang bertindak pantas . Zalika dah lari entah ke mana. Aku pun baru tahu sahaja. Cepat masuk , nanti lambat pula. Kalau jadi apa-apa pada Daiyan . Aku tak kan maafkan Zalika walaupun dia bukan anak aku"
"Bukan anak tuan??? Serentak kedua perempuan itu bertanya"
"Sebenarnya Daiyan tu bukan anak aku. Aku dah buat ujian DNA sekali lagi untuk dia. Keputusannya seperti yang aku jangka. Daiyan anak orang lain."
" Biar betul ....Tuan bukan bapa dia? Aduhai....kasihannya". Ereena menanggis teresak-esak mengenangkan nasib Daiyan. Dah lah sekarang ni sedang sakit.
"Aku dah tahu sebelum aku kahwin dengan Zalika lagi. Dalam paksa aku terima permintaan mama aku. Aku cuma nak Zalika berterus- terang tentang itu, tapi dia sedikit pun tak mengaku salah. Kalau aku tahu siapa bapa Daiyan aku nak heret dia untuk bertanggungjawab . Aku buat semua ni untuk mama dan papa aku, tetapi Zalika ni tak nak juga beritahu siapa yang mengandungkannya"
"Tuan tak berbaik dengan dia, cuba berlakon sikit. Pujuk-pujuk dia ke...buat manja-manja sikit. Ha...baru dia cerita. Ni tak terus marah-marah mana boleh jadi." Zety yang sejak tadi diam dah mula bersuara. Geram pula pada Huzair Qorni dengan apa yang dia buat.
" Aku ugut dia tentang tu semua tapi dia tak kisah pun. Dia tak rasa malu pun kalau mama dan papa tahu penipuan dia siap ugut lagi. Apa yang jadi pada Daiyan ni aku tak akan maafkan dia.
........
Zalika cemas selepas tertolak Daiyan dari tangga. Geram pada anaknya itu kerana lebih mementingkan Ereena daripada dirinya . Daiyan pula sibuk mahu tinggal dengan Mommynya dan mahu Huzair Qorni kahwin dengan Ereena pula, dia hilang kawalan kerana terlalu marah lalu di tolaknya Daiyan yang berdiri di tepi tangga .
Dia terus keluar walaupun nampak Daiyan jatuh. Marahnya pada Ereena meluap luap lalu dia terus menuju ke rumah Ereena tadi tetapi Ereena tiada di rumah. Dia hanya bertemu Zety sahaja. Kalau Ereena ada tadi mahu saja dia menarik rambut perempuan itu sepuasnya. Sejak dulu dia sangat benci pada Ereena . Ereena sangat disukai oleh Datin Saroja untuk menjaga anaknya itu sedangkan dia tak suka. Dia terpaksa melepaskan juga anaknya pada Ereena.
Bibik baru sahaja Telefon beritahu keadaan Daiyan. Zalika tidak berani hendak ke hospital kerana dia tahu Huzair Qorni mesti ada di situ . Kalau Huzair Qorni atau bibik buat laporan polis mesti dia kena tahan. Dia fikir Daiyan jatuh sikit-sikit sahaja. Dia tolak Daiyan pun di tingkat bawah sahaja, tak kan sampai pengsan.
Datin Rose dan Datuk Hidzir sudah di beritahu tentang Daiyan. Masing-masing runsing , tambah pula baru mendapat berita tentang status Zalika dan Huzair. Memang mereka mahu bertemu dengan Zalika dan Huzair Qorni tetapi disebabkan kekangan waktu, mereka tangguhkan dulu sehinggalah dapat berita tentang Daiyan. Mereka terus bertindak segera.
Sampai di hospital...Daiyan masih di wad kecemasan. Ereena terus lemah kaki bila di beritahu Daiyan Kritikal dan masih di Zon merah. Dia tidak menyangka keadaan Daiyan serius begitu. Dia ingat Daiyan jatuh biasa-biasa sahaja. Bibik di sebelah di pandang sayu . Melihat mata bibik bengkak, Ereena tahu bibik juga sedang bersedih .
"Puan Zalika tolak Daiyan....hu...hu... Maaf Cik Ereena , bibik tak sempat tolong dia...hu..hu..". Bibik tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi. Ereena memeluk bibik Suchi Dan mereka sama-sama menangis. Zety menyeka airmata melihat gelagat mereka berdua. Huzair Qorni hanya memandang dengan penuh simpati. Ketika itu juga pintu bilik kecemasan di kuak.
Melihat doktor yang keluar dari bilik kecemasan semuanya menjadi sepi...Diam sejurus. Masing-masing menumpu pandangan ke wajah doktor dengan harapan doktor membawa berita gembira tentang Daiyan.
" Waris Daiyan Eusof Abdullah?"
" Saya...bapanya " Huzair Qorni menghampiri doktor , begitu juga Ereena memperkenalkan sebagai ibu Daiyan. Ereena berada betul-betul di hadapan doktor. Dia mahu mendengar sendiri apa yang doktor itu sampaikan.
" Di harap tuan dan puan bersabar dengan berita ini. Saya minta maaf. Daiyan Eusof tak dapat diselamatkan. Ada pendarahan teruk di kepalanya. Mungkin hentakan di kepalanya terlalu kuat. Tempurung kepalanya juga retak. Saya minta maaf ...".dengan berat doktor menyampaikan berita duka itum. Huzair Qorni meraut wajah kesal, Zety menanggis, Datin Rose dan Datuk Hidzir mengelap air mata. Ereena? Terus terjelepuk ke lantai tanpa suara. Semuanya terkejut...tidak sangka begitu pengakhirannya.
Luluh hati Ereena mendengar perkhabaran itu. Sungguh dia tidak menyangka Daiyan akan pergi tinggalkannya sebelum dia meninggalkan anak itu. Sedih...teramat pedih sekali. Dia marahkan dirinya sendiri.
.......Sambung ......
Share this novel
Sedihhhnya kesian Daiyan... jadi mangsa konflik keluarga