Huzair Qorni tersedar setelah 10 jam pengsan dek ubat pelali. Dia cuba bangun tetapi tidak boleh sebab kaki tangannya di ikat . Geram pula melihat Megat Elham tersenyum
memandangnya .
"Buka ni. Tak guna betul. Macam orang tak dak otak. Agak-agak la nak ikat orang..". Mulut Lazer Huzair Qorni berfungsi semula . Masa tak sedar diri tu, hanya dengkuran yang Megat Elham dengar. Aman sekejap Dunia.
"Dah sedar pun. Nasib baik tak rogol anak orang lagi. Lain Kali hati-hati sikit bos. Kalau tak ikat macam ni entah siapa- siapa jadi mangsa. Ada isteri tak nak guna......kan dah menyusahkan orang.". Membebel Megat Elham sambil membuka ikatan tangan dan kaki Huzair Qorni.
"Ada aku buat apa-apa pada dia ke ?"
" Dia? Siapa?" Megat Elham tahu Ereena yang Huzair Qorni maksudkan . Sengaja dia cuba memancing . Tak di sebut juga nama itu. Malu mungkin.
" Tak ada apalah.... aku nak kau sediakan dokumen penceraian. Aku dah tak boleh hadap perempuan tu lagi ."
" Dia kan isteri. Dah tak bagi, tu yang dia nak tuntut. Tak baik tau biar isteri meminta. Nanti dia minta dengan orang lain. ...berdosa tau "
" Ah ....buang masa fikir dia, aku nak ceraikan dia. Aku tak nak terus berdosa. Cepat buat apa yang aku suruh"
"Dah fikir masak-masak ke ? Datuk dan Datin macamana?
". Biar aku yang uruskan"....
.....................
Terketar-ketar Zalika bila nampak kereta hitam mewah itu masuk perlahan ke halaman rumahnya . Memang Sahih Huzair Qorni sudah kembali setelah tiga hari dia hilangkan diri selepas kejadian tu. Zalika cuba kawal gentar . Dia menyambut Huzair Qorni dengan senyuman yang paling sweet sekali. Sayang sekali, wajah cemberut Huzair Qorni membantutkan pergerakan seterusnya. Dia kaku di situ bila Huzair Qorni dengan selamba masuk dan meletakkan borang bersaiz A4 itu di atas meja kopi di ruang tamu tanpa berkata apa-apa. Kemudian dia terus menuju ke bilik mengambil semua pakaiannya dan masukkan ke dalam beg . Harapannya Zalika akan melihat borang penceraian yang dia failkan itu.
Zalika mencapai kertas itu dan ternampak tajuk yang tertera 'tuntutan perceraian" di borang itu. " "Dah agak dah....nak ceraikan aku la tu." Apa perlu aku buat ni? Zalika bertanya diri sendiri , otaknya belum berhenti fikirkan bagaimana mahu menghalang perkara itu dari terjadi. Daiyan...Daiyan....ya .... Daiyan boleh tolong aku.
Zalika menuju ke bilik Daiyan. Ke manakah budak ini pergi. Daiyan tiada di biliknya.
"Bibik! Bikkkkk!..... mana Daiyan?"
" Dalam bilik bersama papanya mungkin Puan, tadi dia suka sangat bila papanya pulang , maaf Puan"
Zalika terus melangkah perlahan menuju ke bilik sambil memasang telinga apa yang sedang dibualkan dua beranak itu ....
"Daiyan, papa tak boleh tinggal di sini lagi... Papa terpaksa pergi jauh. Daiyan boleh ja pilih nak tinggal dengan mama atau mommy"
" Kenapa papa? Boleh pilih mama atau mommy ke papa ? Kalau macam tu Daiyan nak pilih Mommy... bolehkan papa?"
" Kalau nak pilih Mommy , Daiyan perlu tolong papa pujuk Mommy supaya kahwin dengan papa. Daiyan boleh tinggal dengan papa dan Mommy"
Terbakar rentung hati Zalika bila mendengar kata-kata Huzair Qorni. Tenyata Huzair Qorni menyimpan perasaan pada Ereena. Memang sudah lama dia tahu cumanya dia tidak pasti tentang perasaan Ereena. Harap -harap Ereena tidak terpikat dengan Huzair Qorni. Dia tahu Ereena memang susah di pikat hatinya .
Baru padan muka lelaki itu .
" Tandatangan sini " tiba-tiba dua perkataan yang dikeluarkan oleh Huzair Qorni merentap perasaannya.
" Borang apa ni. abang?" Sengaja mahu bertanya lagi sedangkan dia sudah nampak tajuk yang tertera di situ.
"Borang cerai...aku dah tak boleh bersama kau lagi. Dah melampau tindakan kau Kali ini."
"Ika tak nak cerai. Ika nak terus bersama abang. Kalau abang nak kahwin dengan Ereena pun, Ika boleh ja terima dia jadi madu. " Terbit sedikit senyuman senget di bibir Huzair Qorni bila Zalika dah tahu apa mahunya. Mungkin Zalika dah dengar perbualan dia dengan Daiyan tadi .
"Huh....Baguslah kalau dah tahu. Tak perlu aku susah susah nak beritahu. Tapi aku tak boleh hidup dengan perempuan macam kau lah. "
" Abang tak rasa kasihan ke dengan mama dan papa. Papa kan sakit. Dulu mama dan papa dah banyak menderita di sebabkan Ika. Hanya abang yang boleh rawat Luka hati mereka dengan mengahwini Ika. Abang senang-senang nak lepaskan Ika . Abang nak biarkan papa mama sedih semula ke ? Selfish!!
" Selfish???? Cuba sedar apa yang dah kau buat pada mereka, kau nak salahkan aku pula ? Maaflah kalau aku nak ikut cadangan kau. Mama dan papa biar aku yang uruskan. Sekarang hal aku dengan kau . Aku dah bagi banyak peluang untuk kau berubah Zalika ! Sengaja aku tak ambil tindakan ke atas kau. Kalau ikutkan hati aku dah mereput kau dalam penjara sana. Aku dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau lagi Zalika. Hipokrit"
" Hopokrit? Penjara? Apa yang Ika dah buat sampai nak di penjara? Bunuh orang ke? Huh ..tiba-tiba ja nak penjarakan orang .
" Masih tak mengaku salah, aku boleh lapor tentang apa yang kau dah buat Lima tahun dulu. Tahun ini kau buat lagi kan? Banyak benda yang boleh aku buat untuk kau masuk ke dalam sana , Zalika "
"Abang!!! maafkan Ika abang...please. Jangan lepaskan Ika. Kasihan juga pada Daiyan , dia baru nak rasa ada keluarga sempurna."
" Nak sempurna macam mana kalau perangai mamanya yang tidak semengah macam ni. Aku juga sudah tahu yang Daiyan bukan anak aku sebelum kita kahwin lagi. Aku sengaja tidak beritahu mama dan papa tentang kelicikan kau tu. Aku ingat kau akan berterus terang bila kita dah kahwin. Ternyata aku silap. Kau nak perangkap aku sekali lagi dengan cara yang sama kan?"
Dalam masa yang sama Daiyan sempat mendengar dengan jelas apa yang Huzair Qorni cakap. Bijak budak ini menyembunyi rasa , dia berlagak seperti biasa dan terus ke biliknya " Kalau itu bukan papa Daiyan , siapa bapa Daiyan yang sebenar. Sulit benar seorang Daiyan ini. huh?"
Sementara di ruang tamu...perbalahan masih belum terhenti.
" Ika tak buat apa-apa pun ...abang yang tiba-tiba panas dan terus pergi. Kopi tu pun bukan Ika yang buat...."
" Macamana kau tahu aku panas? kau sengaja nak goda aku selepas bagi aku minum kopi tu kan? Kau ingat aku tak tahu ? Aku ada buktilah Zalika."
"Apa bukti yang abang ada. Masa abang minum kopi tu Ika tak ada pun kat situ. Lagipun bukan Ika yang bancuh kopi tu. Bibik kan?"
" Ah...dah..dah ...aku malas nak bertekak ...yang penting hari ini tamat hubungan kita. Nanti kau jawab sendiri pertanyaan mama dan papa.
" Hey...bukan Ika yang nak bercerai tapi abang kan? Abang yang beritahu sebabnya pada mereka. Ni lagi satu, abang nak bunuh papa ke? Papa kan sakit , biarlah dia betul-betul sembuh dulu. Kalau dia dengar berita ni ....ke hospital lagi la...."
" O...tahu papa sakit ...tapi masih nak buat . Kau memang tak kenang budi la Zalika . Kalau aku beritahu papa dan mama semua aib kau aku buka. Aku beri kau pilihan untuk ceritakan sendiri pada mereka. Kau boleh minta maaf, mungkin mama dan Papa akan pertimbangkan. Kau cuma perlu beritahu siapa bapa sebenar Daiyan...papa mungkin akan maafkan kau.
"Baiklah....Kalau itu yang abang mahu. Abang jangan menyesal apa yang bakal abang dengar nanti"
" Apa yang kau nak buat? jangan libatkan aku pula dalam hal ni...Dasar perempuan murahan, gunakan anak sendiri nak capai matlamat". Cuak juga Huzair Qorni dengan Zalika yang penuh sendiwara. Boleh jadi ceritanya terbalik dengan apa yang terjadi. Zalika akan berbuat apa saja untuk menangkan dirinya sendiri.
" Abang jangan cabar Ika, Abang akan menyesal dengan apa yang abang kata. Abang ingat abang hebat? Setakat level Ereena tu pun tak dapat....,
" Pang!!! Tidak Terasa tangannya naik ke pipi Zalika dek rasa tercabar rasanya bila nama Ereena di sebut.
Zalika memegang pipinya yang pedih ditampar. Geram menguasai dirinya membuatkan dia terus berkata-kata.
" Level Ereena yang tak ada class pun kena reject....hebat sangat ke abang tu? Ereena sudah ada kekasih lah abang....tak payah berangan nak dapatkan dia. Ika tak akan tandatangan surat tu. Ika akan ada dengan abang sampai bila-bila. " Sengaja dia panaskan jiwa Huzair Qorni.
" Aku akan dapatkan dia....pembetulan ya ,dia belum reject aku lagi sebab aku belum mulakannya. Kau rasa tercabar ke? Aku tak mahu kau rasa teruk tercabar , dengan rela hati aku lepaskan kau dengan talak satu" Dia terus lafazkan talak sebab lambat mahu menunggu Zalika tandatangan persetujuan penceraian mereka. Dia mahu cepat-cepat putuskan hubungan mereka.
Huzair Qorni terus keluar dari rumah tanpa menoleh lagi. Puas hatinya bila bila lafaz talak dijatuhkan pada Zalika. Pandai-pandailah dia bawa diri. Huzair Qorni akan terus ke mahkamah dan laporkan penceraian.
"Papa!....Daiyan nak ikut papa!...Terus anak itu berlari mendapatkan Huzair Qorni sebaik saja dia mahu melangkah keluar. Menitis juga air mata lelakinya melihat anak yang tidak bersalah itu. Belum sempat dia memujuk Daiyan, Zalika dengan cepat menarik Daiyan hingga terduduk.
" Kau bukan anak dia. Jangan nak perasan nak tinggal dengan Mommy. Sekali dengan Mommy kau nanti akan dapat balasannya nanti. Tunggu saja. Jangan degil sangat..."
" Jangan berkasar dengan dia Zalika. Dia masih budak. Aku akan ambil tindakan kalau aku tahu kau buat apa-apa kepada dia."
Bibik Suchi yang cepat-cepat mendapatkan Daiyan . Kasihan sekali anak itu. Baru nak hidup bahagia bersama papa dan mama , begini pula jadi nasibnya.
" Daiyan sayang. Mama tengah marah tu, jangan melawan ya....Kita tunggu Mommy call ya." Bibik Suchi membisik untuk memujuk Daiyan . Mendengar sebutan Mommy saja Daiyan sudah berhenti menangis. Di sapunya air mata yang penuh di tubir mata. Tersenyum dia menunggu Mommy telefon.
Selepas setengah jam barulah Ereena telefon. Cadangnya cuma mahu bertanya tentang Daiyan yang sudah tiga hari tidak datang ke rumahnya tetapi Daiyan menceritanya kejadian yang terjadi tadi tanpa satu pun yang tertinggal pada Ereena. Terkejut Ereena dengan berita yang baru di dengarnya itu. Nak buat tidak tahu , perkara ini melibatkan masa depan Daiyan. Dia tidak boleh lepas tangan .
Teringat dia dengan kejadian tiga hari lepas. Nasib baik dia tidak menjadi mangsa Huzair Qorni. Dia mana tahu Huzair Qorni telah terminum ubat perangsang. Yang menjadi persoalannya kini, kenapa Huzair Qorni datang ke rumahnya. Tidak di terima akal sungguh kecuali niat Huzair Qorni mahu merogolnya. Seram benar.
"Tok....tok....Terhenti lamunan Ereena bila terdengar pintu rumah di ketuk. Trauma hari itu belum hilang, ini datang lagi. Ereena tidak terus membuka pintu Kali ini walaupun dia nampak Huzair Qorni yang datang itu.
"Eh ! Tuan....kenapa datang lagi? Minum ubat lagi ke? Saya tak nak buka pintu minta maaf ya. Saya takut. ". Terus terang Ereena beritahu ketakutannya. Dia sembunyi di sebalik pintu.
" Aku nak ambil masa kau kejap...nak cakap pasal Daiyan"
" Kenapa dengan Daiyan? Dia sakitkah?"
"Macamana aku nak cerita, muka pun tak nampak. Siap cepat, kita sembang kat luar."
" Saya tak nak. Saya takut nak keluar. Tuan cakap la kat sini "
" Mengada betullah...aku tak kan apa-apakan kaulah....Hari tu aku minta maaf. Aku terminum ubat tu....aku terpaksa datang sini sebab aku teringatkan kau . Aku minta maaf. Hari ni aku ok. Ada Hal yang perlu kau tahu ."
"Ya la...ya lah....tunggu kejap saya buka pintu" Ereena membuka pintu dan berdiri menunggu apa yang akan Huzair Qorni nak beritahu tentang Daiyan.
"Jom..masuk kereta dulu. Kita pergi makan."
"Kejap....Tuan kata nak sembang saja kat sini. Saya tak lapar, lagipun tengoklah apa yang saya pakai ni. Tak kan nak keluar macam ni "
" Cepatlah . Aku belum makan. Lapar sangat ni." Huzair Qorni menarik tangan Ereena yang berlapik cardigan itu. Terkecoh-kecoh dia mengikut Huzair Qorni masuk ke kereta. Apa yang lelaki ini mahu dia pun tidak tahu. " Tidak malukah dia keluar berdua dengan aku yang selekeh ni ?"
"Tuan nak makan kat mana? kat depan tu ada warung mamak , macam-macam mee ada, nasi berbagai lauk ....eh..dah terlepas. Kenapa tak berhenti kat situ?
" Aku tak suka Mee mamak...ikut saja aku nak pergi mana."
"Jangan lah tuan, saya pakai track suit saja ni. Tak malu ke ?
" Malu apa? Aku bawa bibik bukan bawa girlfriend. Aku makan kau tengok la .."
"Tuan cakap nak bincang tentang Daiyan saja. Kenapa buat saya macam ni . Saya nak balik . Saya nak balikkkkkk....." Terjerit geram Ereena dengan Huzair Qorni. Dahlah anggap dia orang gaji...apa dia mahu lagi.
"Hey ..Hey... diam boleh tak? Pekak telinga aku ni. Ok. ok....aku cakap tentang Daiyan. Aku nak kita kahwin dan kita jaga Daiyan sama-sama.
" Hah?? Kahwin? Tak...tak...Ereena terus membuka pintu kereta bila kereta berhenti di traffic light. Terus saja dia berlari sebaik saja keluar dari perut kereta.
..................Sambung.........
Share this novel