Ereena mengesel matanya selepas terjaga dari lenanya. " Alamak.. dah pukul 5:00 petang" Omelnya. Empat jam lagi dia akan bertolak ke lapangan terbang . Dia terus bangun dan mengeliat kecil untuk meregangkan urat malasnya. Dia melihat sekali lagi beg pakaian dan barangan yang dia akan bawa ke UK nanti.
" Mmm....beg pakaian siap. Pakaian sembahyang, kasut...ok dah. Kad pengenalan dah ada dalam purse......Passport.....ya..ya...passport aku, benda paling penting ni ..mmm ..mana aku letak ek ? Oh..dalam laci kereta. Alamak....kereta parking dekat tepi jalan....ala ...." Ereena merungut sendiri. Silap dirinya tak ingat nak ambil passport di dalam Laci kereta. Dia menghubungi Zety untuk menghantarnya ke tempat keretanya terparkir.
" Hello Zetty....tolong aku boleh ?
" Kenapa?
"Err... Passport aku ada dalam kereta yang aku parking tepi jalan tu la. Jom hantar aku ke sana kejap. Takut tak sempat nak bertolak malam ni. Kau datang awal sikit tau..."
" Ok. Kebetulan aku dah ada kat luar ni ni. Kalau macam tu aku pergi ambil kau sekarang juga"
" Ok. Ok...Kalau lambat kau tunggu la kejap aku nak solat dulu" Cepat- cepat Ereena mengambil wudhuk dan terus mengerjakan solat asar.
Ereena bergegas turun kerana dia tahu Zety dah lama menunggu. Sebaik sahaja punggungnya berlabuh di tempat duduk kereta Zety terus memecut laju.
Sampai di tempat itu berubah wajah Ereena kerana keretanya tiada di situ. Tengahari tadi memang dia parking di situ.
" Kereta aku pergi mana wey. Ada orang curi ke kereta buruk aku ni. Aduh ...Macam-macam hal la pula. Sempat ke tak malam ni?..aduh!! Serabut la macam ni"
" Sabar la...Cuba kau baca Laila hailla anta subha nakainni kuntuminazholimin....baca ja....aku pun lupa pula maknanya ...tapi memang sesuailah dibaca oleh orang yang dalam kesusahan. Aku selalu baca doa ni bila aku ada masalah. Aku tau doa tu saja, memang menjadi tau"
Ereena membaca doa itu berkali-kali. Dalam
hati memohon Allah permudahkan urusannya. Nombor telefon Huzair Qorni di dail. Mungkin lelaki itu tahu tentang keretanya.
" Hello ....tuan. Kereta saya hilang , tuan tahu tak apa-apa tentang kereta tu. Ada passport saya dalam kereta tu. Saya tak boleh la nak terbang ke UK nanti....hu ..hu ..?" Tidak semena-mena tanggisannya jadi kuat. Dia menunggu jawapan dari Huzair Qorni. Senyap. Malu pada Huzair Qorni lalu dia pun meletakkan Telefon.
Huzair Qorni masih membisu. Otaknya berligar mencari alasan yang dia perlu beri pada Ereena , kasihan pula dia mendengar tangisan Ereena itu. Mesti perempuan itu kecewa jika tidak jumpa passportnya . Dia tersenyum dan meraba poket kotnya , memang ada passport itu dengannya. Megat Ilham tahu akalnya, dia yang ambil passport itu dari laci kereta Ereena. Terus dia hubungi lelaki itu untuk membawa ya berjumpa Ereena.
Sampai di rumah Ereena, kereta putih Zety baru saja memakirkan keretanya. Huzair Qorni turun dan menyapa mereka.
"Kereta kau, aku dah hantar ke bengkel . Ada barang tertinggal ke?
"Passport saya tu la....kenapa tuan hantar ke bengkel pula...bukan rosak pun."
" Dah kemek kan? Tak kan nak biarkan macam tu aja. Buruk betul ."
" Buruk tu kereta Saya bukan kereta tuan. Saya tak minta tuan buat macam tu kan? Biarlah kereta tu kemek , masih boleh bergerak lagi kan kereta tu ? Saya cuma nak parking sekejap saja kat situ.. yang tuan pergi hantar tak bagitahu saya dah kenapa ? Saya tak nak terhutang budi , saya tak mampu nak bayar . Tuan hantar kat mana kereta tu ? Beri alamatnya saya nak pergi ambil sendiri."
" Tak perlu....Passport kau ada pada aku. Aku dah ambil tadi tapi aku bukan nak bagi pada kau. Aku cuma nak cakap yang kau tak perlu pergi belajar ke UK sana . Aku tak kan benarkan kau terbang malam ni . Cuai...kunci kereta pun tak ambil tadi tahu tak? Entah entah nak jaga diri sendiri di tempat orang pun tak pandai"
" Hey ..Hello....tuan Huzair. Awak bukan bos saya lagi tahu? Saya tak perlu lagi nak ikut arahan awak , Tuan Huzair..mohon sedar diri . Anak pun saya boleh jaga sampai besar inikan pula diri sendiri. Saya bukan budak-budak lagi la tuan Huzair ."
"Kalau kau nak pergi juga kau kena kahwin dengan aku . Biar aku uruskan kau. Lembab. Aku dah banyak kali ajak kau kahwin, jual mahal . Sekarang ni kau boleh pilih nak kahwin dengan aku atau kau batalkan niat kau nak belajar sana "
" Hey...hey....saya tetap tak nak kahwin la dengan awak la..tuan Huzair Qorni."
" Kalau macam tu kau pilih tak pergi kan? Aku balik dulu" Huzair menjeling Megat Elham yang masih sedang menghadam apa sebenarnya yang di mahukan oleh bosnya itu.
" Nak balik ? Hey !!Nanti dulu....kenapa tuan buat saya macam ni ? Beri saya passport tu dulu...saya dah tak ada banyak masa. Tolonglah....saya terpaksa pergi juga ke sana. Saya harap saya boleh lupakan Daiyan. Masih terbayang kaki kecilnya yang sebesar dua jari semasa saya menjaga dia. Tangan montel gebunya....Ya Allah...rindunya pada dia..hu...hu...Tolonglah ...jangan seksa saya macam ni. Selagi saya masih di sini, saya sentiasa sedih... saya tak boleh lupakan kenangan bersama dengan dia. Tolonglah tuan, kembalikan hak saya.." .
Huzair Qorni serba salah. Separuh hati kecilnya rasa simpati dan separuh menggebu dengan rasa cinta. Dia tidak mahu Ereena pergi jauh darinya. Dia tidak mahu menyerah begitu sahaja. Dia sedar selama ni dia jatuh cinta pada Ereena. Selagi Ereena tidak menerima cintanya dia tidak akan berhenti mengganggu perempuan itu. Dia tahu Ereena sedih dengan kehilangan Daiyan, sayangnya dia tidak tahu untuk membantu wanita itu mengurangkan kesedihannya.
"Kenapa kau tak boleh terima aku jadi suami kau? Kau perasan cantik kan? Ramai lagi la perempuan cantik yang nak kan aku tapi aku pilih untuk jaga kau, kerana aku tahu kau dah tak ada siapa-siapa lagi. Kau tak rasa bertuah ke? Selama ni pun kau hidup dengan duit aku dan mama aku , apa salahnya kau terus saja bergantung hidup dengan aku!!". Huzair Qorni sudah hilang sabar dengan kedegilan Ereena. Apa yang dia cakap itu membuatkan telinga Ereena berdesing . Sakit hatinya dengan Huzair Qorni .
" Orang kaya memang suka cakap macam tu. Berlagak nak mampus. Tak hadap la saya dengan duit Tuan la..., saya juga boleh hidup tanpa bantuan tuan. Sebab itu saya tak nak terhutang budi dengan sesiapa pun. Duit yang Saya dapat selama ini adalah titik peluh saya . Saya bekerja untuk dapatkan duit tu bukan saya dapat buta macam tu saja tanpa buat apa-apa. Saya memang tak minat la dengan orang yang suka mengungkit ni. Maafkan saya. Dari berkahwin dengan tuan , saya rela tak pergi UK tu hari ni...saya akan pergi hari lain. Jangan halang saya lagi. Saya semakin benci pada tuan"
" Aku minta maaf sebab menambahkan kebencian kau pada aku. Aku cuma nak kau tahu yang aku dah cuba buat yang terbaik untuk kau. Aku nak biaya kau belajar kau tak nak. Aku nak kahwin dengan kau pun kau tolak. Apa lagi yang aku perlu buat supaya kau terima aku menjadi sebahagian hidup kau? "
" Buat masa ni Tuan tak perlu buat apa-apa. Tuan kena sedar yang kita tidak setaraf , lagipun jodoh kita tak ada. Saya belum terbuka hati untuk menerima tuan. Saya minta maaf"
" Kau sudah ada orang lain dalam hati kau sebab tu kau tak terima aku kan?
" Itu Hal peribadi saya. Tuan bukan siapa-siapa pun dengan saya, jadi berhenti Tanya soalan itu saya tak suka. "
" Habis tu..apa yang kau suka?
" Carilah sendiri.
" Ok...kalau aku beri semula passport kau ni kau suka?
" Ha...ya...itu perkara saya paling suka"
" Aku boleh pulangkan passport kau tapi aku ada satu syarat yang kau perlu terima"
" Syarat? Syarat apa pulak ?
" Tolong janji dengan aku yang kau tak kan jatuh cinta dengan orang lain. Buka hati kau untuk aku sahaja"
" La ...jatuh cinta bukan boleh tahan-tahan. Hati orang mana kita tahu. Hati sendiri pun kita tak tahu bila jatuh cinta...macam ni lah tuan, tuan beri passport saya, saya janji akan simpan tuan dalam hati saya." Berubah wajah Huzair Qorni mendengar kata-kata Irdina. Benarkah apa yang dia dengar. Ereena akan simpan dia dalam hati? Maksudnya dia masih ada peluang?
" Alamak.....tersilap cakap la pulak....biarlah
..sekurang-kurangnya dia pulangkan passport aku. Masa dah tak ada ni....janji pun janji lah ..."Ereena bercakap sendiri. Menyesal pun ada sebab terlanjur janji. Dia terpaksa menghadap.
" Kalau macam tu aku pegang apa yang kau janji tadi. Simpan aku dalam hati kau. Nah... Passport kau. Nak aku hantar ke airport?
" Tak perlu saya dah minta Zety hantar. Kereta saya...."
" Tak perlu risau tentang kereta kau aku akan uruskan. Cuma jangan lupa janji kau pada aku. Aku harap kau tepati janji. Aku pergi dulu " Ereena hanya mampu memandang langkah Huzair Qorni dengan hati berbelah bagi. " Kenapa hati aku tak boleh terima dia?"
......Sambung..........
Share this novel