Huzair Qorni masih memegang kot yang di berikan oleh wanita yang dia tidak tahu namanya itu. Yang dia tahu Mommy. Ya...anaknya memanggil wanita itu Mommy. Siapa bapa budak tu ya ...dapat Mommy yang masih muda. Dalam menidakkan perasaannya itu, dia masih memikirkan perempuan itu. Siapa kah dia? Harapannya perempuan itu janda atau budak itu anak angkatnya. Perempuan itu nampak muda dan seperti anak dara. Siapalah dia ? Persoalan itu berlegar-legar di kepalanya . Mahu saja dia minta Cik Qadeeja siasat siapa perempuan tu. Ouh...dia terlupa mahu mengambil gambar perempuan itu, bagaimana dia mahu gambarkan perempuan itu pada Qadeeja.
Teringatkan anak kecil yang meminta maaf kepadanya itu, tersentuh juga hati Huzair Qorni yang dingin. Sebelum ini dia tidak pernah pun melayan kanak-kanak seperti itu. Huzair Qorni tidak menafikan anak itu sangat comel dan raut wajahnya seperti wajah kacukan dan perempuan itu seperti bukan ibunya. Perempuan itu berwajah sederhana tanpa make up tetapi nampak mempunyai bentuk rupa yang sangat sempurna. Tiba-tiba Huzair Qorni teringatkan Zalika. Wajah Zalika ada iras seperti anak itu . Wajah yang cukup sempurna tetapi dia tidak ada perasaan pun kecuali perasaan sayang seorang adik. Tetapi perempuan yang satu itu, "Mommy" selalu bermain-main di fikirannya. Huzair Qorni rasa seperti sedikit gila asyik teringatkannya. Ya...dia mengaku yang dia sudah gila bayang.
Ini bukan main-main , ini cobaan.....Huzair Qorni sudah tidak normal. Orang yang normal tidak akan jatuh cinta pada isteri orang. " Aku perlu dapatkan maklumat dirinya sebelum aku terus mengambil keputusan untuk jatuh cinta " Huzair Qorni bertekad dalam hati . Huzair Qorni mahu melepaskan tanggungjawab terhadap Zalika sebab dia sudah tidak mahu menunggu lagi. Dia sudah putus asa mencari wanita itu. Sudah hampir Lima tahun dia mencari Zalika sehinggalah dia sudah berubah hati pada perempuan lain. Maklumat yang disampaikan Dara tempoh hari di beleknya. Keberadaan Zalika dia sudah tahu. Dia mahu bertemu Zalika dan bertanya tentang kejadian sebenar malam jahanam itu.
..................
Yeah!! Zalika mengeliat membetulkan urat-uratnya malasnya yang membuatkan badannya lenguh. Dia baru tiba di lapangan terbang. Ya...Malaysia. Dia sudah sampai ke Malaysia. Dia akan berjumpa dengan mama Papa yang membuangnya. Dia mahu buat kejutan , biar kedua-duanya terkejut. Satu kejutan kehadiran dirinya sendiri di situ dan yang kedua kejutan tentang Huzair Qorni .
Zalika menaiki grab ke rumah yang lama dia tinggalkan . Bukan dia tinggalkan sebenarnya tetapi di lempar jauh dari situ. Sedikit pun mereka tidak mengambil tahu lagi tentang dia dan anaknya itu. Selama Lima tahun ini mereka memang terputus hubungan hanya kerana dia tidak mahu memberitahu siapa yang membuatkan dia mengandung. Hari ini dia akan ceritakan segalanya tentang dia dan Huzair Qorni. Ya ..cerita yang dia dan bibik sahaja yang tahu . Zalika terus tersenyum. Zalika menghembus nafas lega setelah nampak bumbung rumah yang di tujunya. Dia menarik nafas dalam-dalam mengharapkan rancangannya yang bertahun diaturkannya berjaya . Dia terus menekan loceng rumah dan menunggu pintu di buka. "Ya Cik!! Cari siapa ya?". Bibik Bainah meluru keluar bila terdengar bunyi loceng. Dia nampak seseorang wanita cantik sedang menunggu di luar rumah.
". Hai Bibik! Lama tak jumpa dah tak kenal saya ?
"Ouh!! Cik Muda Zalika! Maaf bibik hampir tidak kenal. Masih cantik macam dulu. Selamat bertemu kembali dan jemput masuk Cik Muda... Cik Puan ada kat dalam biliknya" Hampir bibik Bainah tidak percaya Cik Muda Zalika kembali ke rumah ini. Dulu dia sentiasa ada ketika Cik Muda perlukan seseorang , meminjamkan bahunya untuk bersandar meluahkan segala peritnya. Dia juga menyertai perancangan Cik Mudanya itu Lima tahun lepas . Dia tutup mulutnya rapat sehingga tiada siapa yang tahu tentang rahsia itu.
" Assalamualaikum mama! " Zalika memandang wajah Datin Rose sayu. Begitu juga Datin Rose beriak terkejut memandangnya dengan mata berkaca . Dia terus memeluk tubuh itu walaupun tuan tubuh itu pernah membuangnya. Dia dapat menerima Datin Rose tetapi tidak Datuk Hidzir.
Zalika anak mama, pulang akhirnya sayang. Dah habis belajar? " Mama tahu Ika pergi belajar? Ika ingat mama tidak ambil kisah langsung pasal Ika selepas buang Ika jauh ke seberang sana. " Jangan cakap buang Sayang, mama sayang Zalika . Mama cuma hantar Zalika ke sana untuk rawatan sayang. Mama sentiasa memantau kamu nak "......."Rawatan? Rawat apa ma...cakap saja mama malu ada anak macam Ika. Mama tak pernah pun lawat Ika kat sana. Mama betul-betul buang Ika" Zalika terus merintih kesal , dia melepaskan kekecewaannya.
."Memang kami buang pun sebab kau tak beritahu kami siapa bapa budak tu!! Tiba-tiba suara Papa dari arah belakang. Merah mata papa menahan marah.
"Lima tahun Zalika....Lima tahun aku menunggu jawapannya. Sekarang kau balik untuk apa? Kau nak beritahu kami siapa bapa budak tu !!!? Dah terlambat !!! Anak tu dah lahir tanpa bapanya."
"Kalau macam tu papa tak akan tahu siapa punya angkara sampai bila-bila. Papa fikirlah sendiri , Ika balik sini sebab nak cakap perkara itu kerana orang yang papa nak tahu sangat ada hubungan darah dengan papa. Ika rahsiakan perkara ni sebab tidak mahu papa susah hati atau papa jatuh sakit. Biar hati Ika ni yang sakit. Memang sudah terlambat tapi papa perlu tahu orang yang buat perkara tu pernah tinggal dalam rumah ini."
Cuba cakap siapa bapa budak tu!!? Aku mahu kau beritahu aku siapa yang ada hubungan darah dengan aku Hah??? Yang pernah tinggal dalam rumah ni hanya Huzair Qorni...jangan kau cakap dia punya angkara. beritahu....ahhh......Huzair Qorni??? Cakap Zalika...aku mahu namanya keluar dari mulut kau. Zalika mencebik . "Huh?? Papa ingat anak papa bagus sangat? Dia yang rosakkan Ika. Ya ..Huzair Qorni yang rosakkan Ika. Papa mesti tak percaya kan? Sengaja Ika tak cakap dulu sebab Ika tahu papa mesti tak percaya sebab dia tak ada kat sini kan waktu tu?
"Aku tak percaya!! Huzair Qorni masih di UK kan?"
" Ya lah Zalika. Huzair Qorni masih belajar di UK masa tu, Mama pasti sangat, Ika jangan menuduh anak mama yang bukan-bukan. "Nah...kan baru saja cakap dah tak percaya. Terserahlah pada mama dan papa. Kalau tak percaya. Mama tanya bibik . Bibik jadi bukti yang Abang Huz balik dan dia ada pada malam tu. Mama dan papa pergi Perak dan tinggalkan Ika dengan Bibik. Malam tu abang Huz balik nak buat kejutan untuk mama dan papa tapi terus dia pergi malam itu juga lepas dia rosakkan Ika.
Papa terasa sakit di dada. Sakit macam mahu putus nyawa. Mama pula cepat - cepat mengambil ubat bawa lidah papa. Nasib baik ubat tu sentiasa ada . Mama cepat-cepat masukkan ubat itu di bawah lidah papa. wajah mama pucat, papa sudah lama tidak di serang sakit begitu. Mama takut. Zalika hanya memandang papanya tidak terkutik.
"Mama...ambil Telefon papa ke sini ". minta papa. "Papa mahu Telefon siapa?" Rehat dulu papa. Kejap lagi papa Telefon la... Zalika ...masuk bilik dulu biar papa rehat ya ..nanti kita bincang lagi. .". Zalika berlalu tanpa rasa bersalah. Dalam hatinya " nak sangat tahu siapa bapanya kan?? ha kan dah merasa. " Zalika sudah tidak punya rasa Kasih pada papa, yang ada cuma dendam . Papa yang merancang semua yang terjadi padanya selama Lima tahun ini. Membuangnya dengan rasa benci dan malu. Jiwanya tertekan dan sunyi. Khilafnya papa tak dapat terima. Dia benci papa.
"Mama Telefon Huz sekarang, suruh dia balik segera"
" Mana boleh balik segera papa...kan jauh budak tu. Kena beli tiket flight lagi..
"Cakap aja balik segera" Tersemput penafasan papa bila bercakap . " Dah...dah...papa rehat saja . Jom masuk bilik sana, kejap lagi mama minta Huz balik".
Selesai menenangkan Datuk, Datin Rose segera mencapai Telefon dan nombor Huzair Qorni di dail." Assalamualaikum Huz. Huz ada mana? " Waalaikumussalam mama....Masih kat pejabat, ada apa mama Telefon Huz ni ? Rindu ke?"
" Ya, mama rindu la ni, kenapa lama tak balik Huz?
" Kejar janda ma...tak dapat lagi". Huzair tersenyum sendiri.
" Huz...Huz...kenapa? Nak kahwin sangat ek... Mama dah ada calonnya tak payah kejar-kejar dah " Tinggi suara Datin Rose. Terkejut sebenarnya dengan jawapan anaknya itu.
". Eh tak! Jangan ma...Huz tak mahu lagi. Belum masanya mama. Ada apa mama telefon Huz ni, mesti papa gaduh dengan mama kan? Tahu la..."
" Eh.. Mana ada...memandai saja kamu ni. Ni..ha... Adik Zalika dah balik dari UK . Papa dah marah-marah . Dia minta Huz balik dengan segera sebelum dia mati. , katanya. Datin Rose sengaja menambah cerita kepada anak bujangnya itu kerana dia tahu kalau sebab biasa Huzair Qorni mungkin lambat lagi nak balik ke rumahnya.
"Biar betul mama? " Huzair Qorni mula tidak tentu arah bila nama Zalika di sebut. Dia perlu segera pulang dan mendengar sendiri apa perkhabaran yang di sampaikan oleh Zalika kepada mama dan papanya itu. Kunci keretanya dicapai dan terus menuju ke lapangan terbang untuk pulang.
....Sambung.......
Share this novel