Rumah agam milik keluarga Dr. Emir berdiri megah di puncak bukit dikelilingi pohon-pohon besar yang sudah lama menjadi saksi kepada kehidupan mereka yang penuh warna.
Malam itu, suasana di rumah itu sunyi seperti biasa, namun keheningannya terasa lebih berat. Bunyi deruman kereta mewah memasuki laman batu granit disambut cahaya lampu di anjung. Pintu kereta ditolak perlahan dan dari dalamnya melangkah keluar seorang lelaki dalam kot putih yang digenggam kemas di tangan kirinya. Dr. Emir pulang, namun bukan seperti hari-hari sebelumnya.
Langkahnya longlai, bahunya tidak lagi tegak. Mata yang biasanya penuh tumpuan kini kelihatan jauh, seolah-olah terperangkap dalam dunia yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Pintu utama rumah dibuka oleh butler yang setia. Dr. Emir memberi anggukan ringan dan melangkah masuk ke ruang tamu tanpa suara. Suasana rumah yang mewah itu tidak memberinya rasa tenang seperti selalu. Malam ini, hatinya sarat. Jiwa lelaki yang jarang menunjukkan emosi itu kini penuh dengan luka yang cuba ditahan.
Datin Seri Mirinda sedang duduk di ruang tamu, ditemani buku kulit keras dan secawan teh melur yang masih hangat. Sebaik mendengar langkah anaknya, dia mendongak.
Matanya segera menangkap perubahan ketara pada wajah puteranya.
“Emir?” tegurnya perlahan.
Dr. Emir hanya mengangguk tanpa suara, lalu meletakkan kot putihnya di sandaran sofa. Dia duduk bertentangan dengan ibunya, tetapi matanya tidak menatap wanita itu. Pandangannya kosong ke lantai marmar di bawah kakinya.
"You’re back already ... and you don’t look well."
Datin Seri menutup bukunya perlahan. Dia menyandarkan badan ke sofa, menunggu anaknya bersuara. Dr. Emir menarik nafas panjang, lalu menyandarkan dirinya, seolah-olah beban dunia bersandar bersamanya.
“I’m tired, Mama,” katanya, suara rendah dan penuh dengan sesuatu yang tersembunyi. “But not because of work.”
"What happened?"
Itu soalan yang sangat ringan untuk jawapan yang berat. Tapi Emir tahu, mamanya tidak akan berhenti sehingga dia bercerita. Lalu dia bersuara perlahan, satu demi satu.
“Nabila came to the hospital today.”
Datin Seri terkejut, tetapi tidak menyampuk.
“Her husband… he was the patient we’ve been treating since last night. A terrible accident. I didn’t recognise him at first. His face was too damaged.”
“Oh, dear…” bisik Datin Seri.
“He was hit by a drunk driver. Spinal injury, multiple fractures… he won’t walk again, Mama. He’ll be paralysed for life.”
Perlahan-lahan, air mata bergenang di mata Dr. Emir. Namun dia pantas menunduk dan cuba menyorokkan duka.
“She blames herself,” sambungnya. “She thinks that if he hadn’t followed her here, if he didn’t marry her, he wouldn’t have been hurt.”
"And you?" suara ibunya lembut. “You still care for her.”
“I do,” jawabnya tanpa ragu. “And that’s what hurts most. I thought I’d moved on, Mama. But watching her cry like that… watching her blame herself… it tore something inside me.”
Datin Seri menarik nafas dalam-dalam. Wajahnya tenang, namun dalam hatinya bergelora. Dia tidak pernah menyalahkan Nabila walaupun anaknya pernah terluka kerana cinta yang tidak berpihak. Dia tahu, cinta tidak pernah datang dengan jaminan.
“She doesn’t deserve this,” kata Emir lagi. “Neither of them do.”
Datin Seri memandang anaknya penuh kasih. Dia tahu luka itu dalam, dan luka itu tidak semestinya akan sembuh dengan cepat. Tapi dia juga tahu, hati seorang doktor seperti Emir sangat tersentuh. Apatah lagi apabila apa yang berlaku berkaitan dengan insan yang amat dicintainya.
“Emir, I know this is hard for you. Seeing her like that. Seeing him.”
“I thought I could handle it,” Emir berkata perlahan. “But I wasn’t prepared. I wasn’t prepared to see her breaking like that.”
“She’s hurting. She’s afraid. And more than anything, she’s blaming herself.”
“I know. And that’s what makes it worse. I want to take that blame away from her. I want to tell her it wasn’t her fault. That love isn't a mistake.”
Datin Seri mengangguk. Matanya berkaca dengan empati seorang wanita yang mengerti makna cinta yang diuji waktu.
“Then you must tell her, Emir. You must be that strength she doesn’t even know she needs.”
He looked at his mother. “You really think I can do that?”
“You're the only one who can.”
Datin Seri Mirinda menggenggam tangan Dr Emir dengan lebih kuat.
“Listen to me, Emir. You may still love her. You may still carry wounds from what could’ve been. But right now, she doesn’t need a man who’s hurting, she needs a man who’s healing.”
“She needs you to be her calm in the storm. Her clarity in this chaos. And if your heart still carries anything for her… let it be strength.”
Emir tunduk. Kata-kata ibunya membakar perlahan dalam dirinya. Di celah kesedihan, dia menemukan sesuatu yang selama ini dia sering lupa bahawa cinta bukan sekadar memiliki. Cinta juga boleh hadir dalam bentuk keteguhan… dan pengorbanan.
“I’m afraid, Mama,” katanya dengan suara yang hampir tenggelam. “Afraid that I’ll fall deeper again. Afraid that I won’t be able to climb out this time.”
Datin Seri tersenyum, penuh kasih. “Then fall with purpose. And rise with faith. You’ve always been strong, Emir. You just needed a reason. And maybe this time, your reason isn’t for you but for someone else.”
Emir diam lama. Kemudian dia mengangguk perlahan.
“Alright,” katanya akhirnya. “I’ll be strong. Not for myself. But for her. For them.”
Datin Seri Mirinda menepuk bahu anaknya.
“That’s my son.”
“I want to visit them.”
“Mama?”
“I want to see Adam. And Nabila. As a mother, and as someone who once hoped she would be part of our family. They deserve compassion, Emir. Not pity, just presence.”
Emir mengangguk perlahan. Kata-kata ibunya membuat dadanya terasa sedikit lapang.
“You’re extraordinary, Mama.”
“And you, my dear,” katanya, tersenyum nipis. “You’re stronger than you think. Hearts may break, but they still beat. That’s the miracle of it.”
Malam semakin larut. Emir masuk ke biliknya dengan fikiran yang masih bersimpang-siur. Dia berdiri di jendela, memandang keluar ke taman belakang yang tenang.
Dari jauh, dia membayangkan kembali pandangan mata Nabila di hospital. Mata yang penuh dengan rasa bersalah, dengan cinta yang dianggap sebagai punca luka.
Sementara itu, di hospital…
Nabila masih duduk di ruang menunggu. Dia sendiri kerana mak, ayah dan keluarganya belum sampai lagi.Nabila setia bertanyakan khabar Adam dari jururawat yang bertugas. Adam masih belum sedar. Tubuhnya tidak bergerak walau seinci. Nafasnya perlahan, bergantung pada alat.
Air mata Nabila tidak pernah kering.
“If I hadn’t asked you to stay… if I hadn’t pulled you into my world, you would still be free, Adam. You’d be running, laughing, building things with your brilliant hands. Now, you’re here… because of me.” Nabila bermonolog lagi.
Tangisnya pecah sekali lagi.
“I was selfish. I wanted you close. I wanted love to be enough. But I never imagined it would cost you your freedom… your future.”
Nabila menangis dalam senyap. Jiwanya lelah. Dia menunduk. Nabila ingin, menyentuh dahi suaminya dengan penuh sayang tapi keadaan Adam tidak mengizinkan Nabila bersamanya sepanjang masa.
“I’m sorry, Adam. I’m so sorry. I can’t take this pain from you… but I’ll carry it with you. Every step. Every silence. Even if you never speak again.”
Kembali ke kediaman Datin Seri…
Dr. Emir menatap langit malam.
Dia tahu, walau seribu kali dia berdoa untuk melupakan Nabila, takdir punya jalan sendiri. Cinta yang pernah cuba dikuburkan kini muncul kembali. Bukan dalam bentuk keinginan untuk memiliki, tetapi dalam bentuk empati yang tak mampu ditolak.
Share this novel