DEMI SEBUAH KEPASTIAN

Romance Series 1533

Angin petang bertiup lembut menyapa ruang tamu kediaman mewah keluarga Datin Sri Mirinda.Di dalam rumah, ketenangan itu seakan bergetar dengan perasaan berat yang bersembunyi di balik raut tenang seorang lelaki bernama Dr Emir.

Dr Emir, lelaki yang sering tampak tenang dan berhemah, duduk berhadapan dengan mamanya di ruang tamu yang dipenuhi aroma lembut bunga lily dari jambangan di atas meja kristal. Jemarinya bermain-main pada cawan teh yang hampir sejuk. Suasana itu penuh kesenyapan. Masing-masing melayan perasaan masing-masing. Jika Datin Seri Mirinda dengan persoalan bilakah Dr Emir akan bertemu jodohnya manakala Dr Emir pula memikirkan kesudahan hubungan Nabila dan Adam. Walaupun dalam hal ini, dia boleh menangguk di air keruh tapi dia tidak seburuk itu.Menari di atas penderitaan Adam dan Nabila? Tidak pernah terlintas di benak fikirannya.

Datin Sri Mirinda menatap wajah anakandanya yang kelihatan gelisah, sesuatu yang jarang berlaku. Sebagai seorang ibu, hatinya dapat membaca riak halus yang cuba disembunyikan.

“Emir,” panggilnya perlahan. “Is something bothering you, dear?”

Emir menarik nafas dalam-dalam sebelum membalas dengan suara tenang tapi berlapis resah.

“I’ve made a decision, Mama,” katanya, matanya tidak lepas dari renungan mata bundar ibunya. “I want to accompany Nabila and her Kak Long to the UK.”

Datin Sri Mirinda terdiam. Tangannya yang sedang membetulkan alas meja, terhenti seketika . Suara burung yang berkicau dari luar jendela terasa semakin nyaring, seolah turut menjadi saksi perbualan itu.

“To the UK?” soalnya perlahan, menahan nada terkejut. “For what purpose, Emir?”

Emir mengangguk perlahan, suaranya mulai mantap.

“Nabila received a divorce letter from a legal firm in the UK. It was sudden, and… shocking. She passed out when she read it.”

Datin Sri Mirinda menelan air liur. Bayangan wajah Nabila yang lembut dan tabah terlintas di matanya. Sejak mula mengenali gadis itu, dia tahu Nabila bukan perempuan biasa. Namun semua ini berlaku terlalu cepat. Terlalu rumit.

“I see,” jawabnya perlahan. “But Emir, is it really necessary for you to go? Can’t someone else accompany them? ”

“No, Mama.” Emir menyambung lembut, namun tegas. “She needs someone who knows the situation. Someone she trusts. She has never been to the UK. She’s shaken, confused… and this isn't just about legal documents. It’s about her dignity, her peace of mind.”

Datin Sri Mirinda menyandarkan diri ke sofa, wajahnya berbalut keresahan yang tidak dapat disorokkan.

“You know I’ve always supported your decisions,” katanya perlahan. “But I need to be honest with you. I’m afraid.”

“Afraid?” soal Emir, memiringkan kepalanya sedikit.

“Yes, afraid that you will hurt again, Emir. I know how deeply you once cared for her.”

Emir terdiam. Tidak perlu dia menjawab soalan itu kerana kebenarannya telah tertulis lama dalam wajahnya.

“I did, Mama. And maybe… I still do, somewhere. But that’s not why I’m doing this. I’m not going there as a man in love. I’m going as someone who cannot watch another soul break because of something I might have prevented.”

Datin Sri Mirinda mengalihkan pandangan, seolah cuba menenangkan gelora di hatinya. Dia tahu anakandanya kini berbicara sebagai seorang lelaki dewasa, bukan lagi anak kecil yang selalu berlari ke pangkuannya saat terluka.

“And what about your own heart, Emir? What if it breaks again?”

Emir tersenyum nipis. “It already did, Mama. But I survived. And this time, I just want to do the right thing. If this divorce is real, Nabila deserves to hear it from her husband’s lips, not from cold letters and distant barristers. She needs closure, and maybe… a little strength.”

Lama mereka diam. Hanya bunyi detikan jam antik di dinding yang kedengaran. Datin Sri Mirinda akhirnya bangun, melangkah perlahan ke arah jendela dan memandang keluar. Di sana, langit mula berwarna jingga.

“I was reluctant at first, Emir,” katanya lembut, masih memandang ke luar. “You’ve always given so much of yourself to others, even when you’re hurting. Sometimes I wish you could be a little selfish… just a little.”

Emir ketawa perlahan. “Being selfish doesn’t suit me, Mama. You raised me better than that.”

Datin berpaling, matanya berkaca. Dia menghampiri Emir, lalu menggenggam tangan anaknya erat.

“Then go, my son. Go, and help her find her truth. But promise me, if ever your heart feels too heavy, you will return. I don’t want to lose you again.”

Emir mengangguk perlahan, membalas genggaman itu. “I promise, Mama. I’ll come back.”

Beberapa hari kemudian, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kelibat tiga insan bergerak perlahan menolak troli bagasi. Nabila, dalam balutan kot kelabu lembut, kelihatan diam dan sedikit cemas. Di sisinya, Kak Long. Kak Long terpaksa meminta cuti mengejut semata-mata untuk menemani Nabila dan Dr Emir bermusafir. Kak Long kelihatan lebih tenang. Dia memegang tangan adiknya itu seolah memberi kekuatan. Di belakang mereka, Emir menolak satu lagi troli.

Nabila berpaling ke belakang dan bertentang mata dengan Emir. Mata itu… mata yang dulunya pernah menatapnya penuh rasa, kini menyimpan sesuatu yang lebih dewasa: empati dan tanggungjawab.

“Thank you… for doing this,” ucap Nabila perlahan.

Emir hanya mengangguk. “You don’t have to thank me. Let’s just find the truth.”

Penerbangan ke London malam itu dengan Pesawat Emirates yang dijangka mengambil masa 13 jam 45 minit menjadi saksi kepada sebuah perjalanan bukan sekadar fizikal, tetapi juga emosi. Dalam hati setiap mereka, ada keresahan yang belum terungkap, ada luka yang belum pulih.

Dan di hujung dunia yang sedang mereka tuju, ada satu jawapan yang akan menentukan arah masa depan.Ianya bukan sahaja untuk Nabila, tetapi juga untuk lelaki yang sedang diam-diam belajar erti ikhlas dan pengorbanan.

Nabila inginkan segalanya terungkap. Biar apapun kenyataannya nanti akan diterima. Siapakah dia untuk menolak segala ketentuan Ilahi. Masih terbayang di ruang mata betapa beratnya mak dan ayah menerima keputusan keluarga Adam untuk melepaskan Nabila. Berapa banyak air mata mak dan ayah gugur?Berapa kali mak jatuh pengsan? Jika Nabila sendiri merasa terlalu berat untuk memikulnya apatah lagi mereka yang menunggu jodoh Nabila tiba tetapi akhirnya terlerai sekelip mata. Pesan ayah sebelum Nabila berangkat, "Nab, dapatkan kepastian dari Adam sendiri mengapa dia harus ceraikan Nab? Jika keputusan ini murni dari hatinya sendiri, jangan memujuk rayu. Keluarga kita ada harga diri. Tidak perlu mengemis cinta.Pulanglah.Kami sentiasa ada untuk Nab." Nabila memegang erat kata-kata tersebut. Dia harus kuat dan sanggup menanggung segala konsekuennya.

Terkadang Allah pisahkan dua hati untuk menyatukan dua jiwa yang lebih layak bersama di waktu yang lebih tepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience