Langit Kuala Lumpur mendung sejak tengah hari. Hujan renyai-renyai turun tanpa henti, seperti rintik-rintik rahsia yang enggan reda. Dari tingkap bilik pejabat di aras lima hospital , Dr Emir memerhati gerimis yang mengaburkan pandangan taman kecil di bawah. Suasana muram itu seperti melambangkan apa yang sedang bergelora dalam dadanya.
Sudah lebih 4 bulan dia pulang dari United Kingdom. Namun, bukan sahaja Nabila tidak menghubunginya malah dia sendiri juga tidak pernah cuba menghubungi Nabila . Bukan kerana tidak ingin, tapi kerana tidak tahu bagaimana mahu memulakan cerita mereka . Perpisahan yang berlaku di antara Nabila dan Adam itu terlalu pedih untuk diperkatakan, apatah lagi untuk dibuka semula babnya yang penuh luka.
Dr Emir menyibukkan diri. Setiap hari dipenuhi dengan kes pembedahan ortopedik, pesakit trauma, patah tulang, rawatan kecemasan. Dia merawat mereka dengan tekun, menyambung kembali serpihan tubuh yang remuk, namun hatinya sendiri masih tidak berjaya dirawat.
Satu ketukan perlahan pada pintu memecah lamunan.
“Come in,” ucap Dr Emir, tanpa menoleh.
Pintu terbuka. Seorang wanita anggun, berbusana kurung moden berwarna biru kelasi, melangkah masuk sambil membimbit beg tangan Hermes Kelly yang senada dengan busana dipakainya. Wajahnya nampak tenang tapi penuh kebimbangan. Siapa lagi kalau bukan Datin Seri Mirinda, wanita pertama yang Dr Emir cintai.
“I figured I’d find you here,” katanya sambil duduk tanpa menunggu pelawaan. “You’ve been ignoring my calls.”
Dr Emir mengangkat sedikit kening, meletakkan pen di atas meja. “I’ve been… busy.”
“Busy running from your own heart?” tegur Datin lembut, tetapi tajam. “You think I can’t see it?”
Dr Emir tidak menjawab. Dia tahu ibunya tidak pernah bercakap tanpa maksud yang dalam.
Datin menyambung, suaranya tenang, “Emir, I saw Nabila last week.”
Emir tersentak, matanya mencari wajah mamanya.
"By chance, I bumped into Nabila as she was picking up some food at a nearby restaurant."
We had tea. Just the two of us.”
“How… how is she?” suara Emir perlahan, hampir seperti bisikan.
“She’s fragile, but stronger than she looks,” kata Datin. “Still grieving, but she’s trying. I can see the pain in her eyes… but I also saw how she brightened up the moment I mentioned your name.”
Emir tunduk.
“She still loves Adam,” ujarnya jujur.
“No, Emir,” balas ibunya dengan yakin. “She loved him, but she never belonged to him. Not truly. That’s why she could let him go.”
Datin Seri Mirinda menggenggam jemari anaknya.
“I asked her, you know. About that night. About the truth. And she told me everything. The marriage, the absence of intimacy, the pressure, the confusion. And I asked her the most difficult question, if she could ever love again.”
Emir diam, tidak mampu bersuara.
“She didn’t say yes,” sambung Datin. “But she didn’t say no either.”
Emir menatap mamanya, wajahnya tenang tapi matanya penuh pertarungan emosi.
“I don’t want to be the rebound, Mama. I don’t want her to choose me because she’s broken.”
“She wouldn’t. You know her. Nabila isn’t that kind of woman.”
“I’m afraid I’ll ruin her more,” katanya lirih. “She deserves peace, not another storm.”
Datin Seri menarik nafas panjang.
“Emir… do you remember what you told me when you were twelve, the day I had that surgery?”
Emir mengerutkan dahi. “What did I say?”
“You said, ‘I want to become a doctor because I don’t want people I love to be in pain.’ You were just a boy, but you already understood what compassion meant.”
Datin menatap wajah anaknya yang kini dewasa, berjaya, tetapi masih menyembunyikan luka dalam diam.
“Don’t let your fear keep you away from love. Don’t wait until she’s completely healed to show up. Sometimes, healing begins with someone willing to stay.”
Emir menghela nafas perlahan. “I don’t know if I’m enough.”
“You’re more than enough, Emir. But you have to believe that first.”
Emir menoleh ke luar jendela. Hujan telah berhenti. Awan mula pecah dan sinar matahari lewat petang mencelah perlahan di balik bangunan tinggi.
“Did she ask about me?”
Datin Seri Mirinda tersenyum. “She did. And she asked if you were okay. I said you were still trying to fix bones and hearts, yours included.”
Emir ketawa kecil, untuk pertama kalinya hari itu.
“Call her, Emir. Or better… visit her. Bring her those tulips she loves. Talk. Don’t wait for fate to make the first move.”
Malam itu, di rumah banglonya Emir duduk di ruang tamu, memegang sebungkus kecil bunga tulip merah jambu yang dibelinya selepas kerja. Tangannya menggeletar sedikit saat dia mendail nombor yang lama tidak disentuh.
Nada dering hanya sempat sekali sebelum suara yang dikenalinya menjawab.
“Assalamualaikum, Doktor Emir…”
“Waalaikumussalam, Nabila,” ucapnya perlahan. Hatinya berdetak tidak menentu.
“How are you?” tanya Nabila, suaranya lembut tetapi canggung.
“I’m… still learning how to be okay. May I see you? Just to talk.”
Ada senyap seketika di talian. Tapi kemudian datang jawapan yang membuat dadanya terasa lapang untuk kali pertama dalam tempoh 4 bulan.
“Yes, Dr Emir. I think I’m ready to talk too.”
Keesokan harinya, di halaman La Flora, Nabila berdiri di tepi pagar sambil memandang Emir yang melangkah masuk dengan bungkusan bunga di tangan.Walaupun hidup Nabila di kelilingi bunga tapi Dr Emir percaya Nabila tetap akan suka kan bunga biarpun dari hasil gubahan orang lain. Sesekali Nabila perlukan sedikit kelainan.
Nabila tersenyum. Wajahnya tidak lagi semuram dulu. Masih ada sendu, tapi juga ada harapan.
Emir menyerahkan bunga itu.
“Tulips. For you … or maybe for your heart.”
Nabila menyambutnya.
“Thank you. For not forgetting me.”
Dr Emir menatap mata Nabila.
“I never did, Nabila. I just didn’t know if I deserved a second chance.”
Nabila membalas tenang, “Maybe we both deserve a new beginning. Not because we’re broken… but because we’re brave enough to hope again.”
Di bawah langit Kuala Lumpur yang kembali cerah, dua jiwa yang pernah hilang dalam takdir kini duduk berhadapan, berbicara tanpa terburu-buru, dengan waktu yang mula memberi ruang.
Kerana kadang-kadang, luka tidak sembuh kerana masa. Ia sembuh kerana seseorang berani mengetuk pintu yang tertutup dengan kasih, dan keikhlasan.
Share this novel