YES, EMIR!!

Romance Series 2244

Mentari petang berlabuh perlahan di ufuk barat, mencoretkan semburat kecemasan. Dr Emir masih lagi di dalam kereta menuju ke La Flora destinasi yang dirinduinya dan tidak sabar untuk dituju sejak Adam memunculkan diri. Sudah berhari juga Nabila sepi tanpa berita. Walaupun ianya menyesakkan dada Dr Emir tapi Dr Emir tidak mahu memberi tekanan kepada Nabila.

Usai memarkirkan keretanya, Dr Emir melangkah masuk ke La Flora. Cahaya langit petang turut menyelinap masuk, menari-nari di antara kuntum-kuntum segar yang tersusun kemas. Bunga mawar, lili, peony, semuanya seakan berbisik dalam diam. Waktu seolah terhenti, menyaksikan sebuah kisah yang masih belum menemukan noktahnya.

Dr Emir menolak pintu kayu itu perlahan. Loceng kecil berdenting, membelah kesunyian dengan sapaan lembutnya.

La Flora tempat yang menjadi saksi betapa dalamnya cintanya kepada seorang wanita bernama Nabila. Di sinilah dahulu dia belajar menunggu. Di sinilah dia belajar melepaskan. Dan kini, di tempat yang sama, dia ingin menjemput takdir untuk berbicara.

Di balik meja kayu beralas renda putih, Nabila sedang menyiapkan jambangan pesanan. Tangannya lincah, namun wajahnya seperti menyimpan seribu keraguan. Selendang yang dipakai menutup mahkotanya kemas dan rapi. Bau mawar yang terpalit di tubuhnya membuat dada Emir semakin sesak.

“Nabila,” panggil Emir perlahan, suaranya tenang walaupun hatinya bergelora.

Nabila berpaling. Pandangan mereka bersentuhan. Sekilas waktu seakan membeku, dan udara menjadi saksi kepada segala rasa yang tidak pernah sirna.

“Dr Emir…Hmm.. Datang tanpa khabar!! ujar Nabila, suaranya jernih tetapi beralun sendu.

“Hai, selama ni saya datang pun tak pernah maklumkan? Saya akan muncul di saat Nabila perlukan saya. Seperti sekarang."Balas Dr Emir sambil matanya terus menatap wajah Ayu Nabila.

Nabila menunduk, lalu meletakkan gunting bunga yang tadi digenggamnya. Dia menjemput Dr Emir duduk di bangku rotan. Tempat yang saban hari menjadi saksi pelanggan datang dengan pelbagai cerita yang dikongsikan.

Dr Emir menarik nafas yang panjang, seolah-olah mahu menghembus segala resah yang mengapung.

“Nabila… Sejak Adam muncul kembali, saya … cuba menjadi lelaki yang sabar. Saya ingin membiarkan Nabila menghadapi badai itu sendiri. Tapi saya takut, badai itu akan menggoyahkan hati Nabila. Perjuangan kita tidak mudah. Saya tidak mahu Adam merosakkan segalanya."Berat Dr Emir melepaskan apa yang terbuku di hati. Dia tidak boleh berdiam diri dan menanti Nabila membuat keputusan yang berkemungkinan menjadikan dia pencundang lagi.

Diam menyelubungi ruang. Hanya degup dua hati yang menggema.

“Nabila, saya bukan lelaki yang pandai berkata indah… Tapi saya tahu, cinta ini bukan permainan. Saya mahu Nabila tahu, saya ikhlas. Dan andai kalau Nabila setuju, kita percepatkan ijab kabul kita. Tidak perlu lagi bertunang. Bukan kerana saya terburu-buru… tetapi kerana kita sudah terlalu lama berada di antara halal dan haram . Saya juga letih memendam rasa kepada wanita yang saya cinta.” Entah dari mana keberanian itu muncul walaupun Dr Emir tahu bahawa Adam adalah saingan yang sukar ditandinginya.

Air mata Nabila hampir tumpah. Kata-kata Dr Emir menyentuh dasar jiwanya yang selama ini berperang antara kenangan dan harapan.

“Emir…” katanya perlahan, “Nama Adam pernah bertakhta, teguh dan dalam. Dia pernah menjadi seluruh langit dalam hidup saya. Tapi kini, dia adalah masa lalu yang telah saya tinggalkan. Saya telah memaafkannya. Saya telah melepaskan Adam. ”

Nabila menyambung, dengan suara yang mula bergetar, “Dan kamu, Emir… adalah masa depan saya.”

Wajah Emir kemerahan, matanya kembali bercahaya.

“Benarkah, Nabila?”

Nabila mengangguk perlahan, bibirnya melukis senyum paling tulus.

“Sampaikanlah niatmu pada ayah dan mak saya. Saya… saya telah bersedia. Saya tidak mahu lagi berpaling ke belakang.”

Saat itu, bumi seperti berhenti berputar. Dan langit menurunkan restunya dalam keheningan.

Namun sebelum Dr Emir sempat bangun membawa pulang bahagia itu, loceng pintu berbunyi lagi.

Ting… tong…

Seorang lelaki bertubuh tinggi dan berkualiti putih kemerahan melangkah masuk. Wajah yang pernah menjadi segala-galanya bagi Nabila.

Adam.

Langkahnya teragak-agak. Namun kehadirannya jelas membawa niat yang berat.

“May I?” suaranya bertanya, lirih.

Dr Emir memberi ruang. Nabila mengangguk, tenang tetapi bersedia.

Adam berdiri di hadapan mereka. Jemarinya menggenggam satu sama lain, seolah menahan gentar yang memuncak.

“Nabila… Emir… I just wanted to say I’m sorry.”

Suasana sepi. Masa menjadi buta dan tuli.

“I never meant to disturb your peace. I didn’t plan to bring back chaos. But I came back with hope… maybe foolish hope. I thought… perhaps our past could lead us somewhere again.”

Dia menunduk, suaranya terhenti sejenak sebelum menyambung.

“But I was wrong. What you both have… it’s something rare. Something I let slip through my fingers.”

Adam menoleh ke arah Emir. “Emir, I don’t deserve your kindness, but I respect your courage. You stood by her even when I broke everything. I see now. She’s better with you.”

Dr Emir membalas dengan pandangan damai, tanpa dendam.

Adam berpaling ke arah Nabila.

“Nabila… I loved you. I still do. But love that doesn’t protect, doesn’t last. I failed you when I should have held on. And now… I only ask for one thing.”

Dia menahan nafas sebelum berkata perlahan.

“If you could… just let me be your friend. From afar. I promise I’ll never interfere. I only want to know you’re happy.”

Nabila memandang wajah yang pernah membuatnya percaya pada cinta, dan kemudian mengajarnya makna kecewa.

“Adam,” katanya lembut, “You and I… we had a beautiful start. But a broken heart should never be recycled into promises. We’ll always carry pieces of each other… but yes, we can be friends. From a safe distance.”

Adam tersenyum. Senyuman hambar dan sekaligus cuba menerima hakikat.

“Thank you… That’s more than I deserve.”

Sebelum berlalu, dia menoleh sekali lagi.

“I wish you both a love that never falters. May your roots grow deep, and your flowers never fade.”

Dan dia pun pergi. Keluar dari pintu La Flora… keluar dari kehidupan Nabila.

Dr Emir memandang sosok Adam yang semakin bergerak jauh meninggalkan mereka.Tidak ada kata-kata yang keluar, hanya pandangan yang menyatu dalam harapan yang baru.Mereka sedar betapa remuk dan hancurnya hati Adam tapi tidak semua cinta harus disambut. Cinta juga tidak semestinya memiliki.Moga Adam redha dengan segala ketentuan Ilahi.

Dan di luar sana, langit mulai redup… tapi cinta mereka seolah baru saja terbit. Nabila sedar, dia tidak boleh berpaling lagi.

“I want to be the one you turn to… when you’re happy, when you’re sad, when you’re lost. I want to be the one who holds your hand through every season of your life. Will you… let me?”

Degup jantung Nabila bagai memukul dada terlalu kuat. Hatinya yang dulu was-was kini terasa yakin.

“Yes, Emir… you already are.”

Mata lelaki itu berkilau, senyum terbit di bibirnya. Dan dalam senyum itu, Nabila tahu, pilihannya benar. Dr Emir bukan sekadar seseorang yang hadir ketika Nabila diulit bahagia . Dia adalah lelaki yang sanggup bertahan ketika segalanya runtuh.

Adam akan selalu menjadi secebis kenangan yang cuba dipadam.Namun, Dr Emir adalah halaman yang sedang dia tulis sekarang, dengan setiap baris membawa harapan, bukan lagi penyesalan.

Dan di tengah aroma mawar putih yang memenuhi ruang, Nabila tersenyum. Dia akhirnya mengerti, bahawa sesetia apa pun kenangan pada masa lalu, hati harus belajar memilih siapa yang layak dibawa ke masa depan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience