Malam kembali menyapa dengan sunyi yang berlagu di sela angin.
Di luar, bulan mengintai malu di sebalik awan tipis, seolah-olah turut menyaksikan kisah yang semakin membenih diam-diam.
Seperti biasa, mesej dari Adam tiba.Tidak pernah lambat, tidak pernah hilang arah.
Masih dengan nada hangatnya, seolah pelukan lembut dari jauh.
“Good evening, Nabila. I hope your day was as kind to you as your soul has been to me.”
“I’ve been thinking a lot lately… about how you came into my life just like that — gentle, unassuming, yet… significant.”
Nabila membaca dengan senyuman yang samar.
Dia sudah belajar untuk tidak terlalu cepat mewarnakan rasa.
Namun ada sesuatu dalam kata-kata Adam yang tidak berpura-pura — jujur dan damai.
“I used to pray,” sambung Adam,
“asking God — though I still struggle to name Him the way you do — to send me someone... not perfect, but good. Someone who could help me see the world clearer. And then you came.”
Nabila menarik nafas panjang.
Kata-kata itu menyentuh titik-titik dalam hatinya yang selama ini tertutup rapat.
Namun dia tahu, bukan kata manis yang harus dijadikan sandaran.
Bukan harapan yang harus mendahului kenyataan.
Lalu dia membalas, perlahan tetapi pasti:
“Adam… I’m not that someone. I’m not as good as you may think. I stumble, I fall. I am still finding my way every single day. I fear giving you a light when mine flickers too.”
Sunyi. Lama.
Kemudian Adam membalas:
“That’s exactly why I feel safe talking to you. Because you don’t pretend. Because you’re honest about your imperfections.”
“I don’t need someone who has all the answers. I just want someone who’s willing to walk beside me as I ask the right questions.”
Untuk pertama kali, Adam mula membuka jendela hidupnya.
Katanya, dia bekerja sebagai jurutera struktur di sebuah firma kejuruteraan antarabangsa iaitu Buro Happold, di Bath, United Kingdom.
“The city is beautiful — historic, quiet, almost poetic. But it gets lonely sometimes. Even amidst the limestone buildings and cobbled streets, something feels… missing.”
Nabila dapat membayangkan Adam berjalan sendirian di bawah langit kelabu Bath, di celah senyap bangunan tua dan sungai yang mengalir perlahan. Seorang lelaki yang kelihatan lengkap di luar, tapi masih mencari isi jiwanya.
“Meeting you — even through texts — feels like finding a window in a room that’s always been shut.”
Nabila terdiam.
Dia tahu, ini bukan sekadar kenalan asing yang melintas lalu.
Ini adalah seseorang yang membawa cerita, bukan janji. Yang memikul soalan, bukan teka-teki.
“If ever you feel lost, Adam… I’ll help where I can. But let your journey be for the truth. Not for me.”
“That’s the thing, Nabila. I’m beginning to think they’re the same path.”
Dan malam itu, di antara garis masa maya dan harapan yang belum bernama,
dua hati yang berbeza darjat dan daratan mula berbicara dalam bahasa yang sama
Bahasa yang tidak memerlukan suara, hanya kejujuran dan doa.
Nabila bersujud malam itu lebih lama dari biasa.
Bukan kerana dia sudah jatuh hati.
Tetapi kerana dia tahu, ujian dan petunjuk kadang datang dalam wajah yang sama.
Dan dalam doanya, dia bisikkan perlahan:
“Jika dia hadir untuk dekatkan aku dengan-Mu, maka kuatkan langkah ini.
Jika dia hanya bayang yang kau kirimkan untuk menguji keimanan, maka aku reda untuk melepaskan.”
Share this novel