RINDU TERLERAI

Romance Series 1533

Kabut musim luruh berarak perlahan di atas langit Surrey. Langit kelabu dan pohon-pohon yang mula meranggas mewarnai suasana di kawasan kejiranan pinggir kota. Sebuah teksi hitam berhenti di hadapan rumah dua tingkat bercat kelabu lembut, terletak di penjuru jalan kecil yang sunyi.

Nabila menggenggam jemarinya sendiri. Suhu yang mencecah hampir sifar tidak dapat menandingi sejuknya perasaan di dadanya. Di sisi Nabila , Kak Long berdiri dengan pandangan tenang manakala Dr Emir hanya diam, wajahnya teguh namun matanya penuh waspada.

Pintu rumah terbuka sebelum mereka sempat melangkah ke hadapan. Mr Collen berdiri di muka pintu, tersenyum menyambut mereka.

“Dr Emir,” sapa lelaki itu sambil menghulur tangan, “and… Nabila.”

Emir menyambut salam itu. “Mr Collen. Thank you for receiving us.”

Mr Collen memandang wajah Nabila dengan mata yang dalam, penuh makna. “Nabila. My daughter-in-law.” sambil memeluk tubuh kecil Nabila. Papa Adam lebih mesra kali ini berbanding ketika mereka berkomunikasi melalui telefon.

Nabila menunduk perlahan, sedikit terkejut namun terharu. “Yes, sir. Thank you for allowing us to come.”

“And I remember you, doctor,” sambung Mr Collen sambil berpaling kepada Emir. “You were the one who treated Adam in Kuala Lumpur. He mentioned your name… often.”

Emir mengangguk. “It’s an honour to be here, sir. I’ve been concerned about Adam since the accident.”

“Come in, please. It’s getting colder,” pelawa Mr Collen sambil mempersilakan mereka masuk.

Rumah itu sederhana namun teratur dan hangat. Bau kayu tua bercampur aroma kopi menyambut kehadiran mereka. Bingkai-bingkai gambar keluarga tergantung di dinding. Gambar Adam kecil, remaja, dan satu yang membuat jantung Nabila seakan terhenti iaitu gambar perkahwinan mereka di Malaysia. Ia masih tergantung megah di ruang tamu.

“You kept it…” bisik Nabila, setengah antara terkejut dan hiba namun suaranya masih dapat didengar oleh Mr Collen.

“Of course,” jawab Mr Collen dengan senyuman tipis. “You’re still his wife. And my daughter-in-law.”

Nabila tunduk, matanya berkaca.

Mr Collen menarik nafas panjang lalu berkata, “He’s awake now. Since five days ago. Weak, but alert.”

Emir dan Nabila saling berpandangan. “He’s… conscious?” soal Emir, hampir tidak percaya.

Mr Collen mengangguk. “Yes. We didn’t want to overwhelm you with too many updates until we were sure. He asked for time. But when he heard you were coming… he insisted on meeting you.”

Belum sempat mereka bertanya lanjut, bunyi lembut roda berputar menarik perhatian dari hujung lorong. Seorang jururawat lelaki menolak sebuah kerusi roda perlahan-lahan ke arah mereka. Di atasnya duduk seorang lelaki dengan tubuh yang jauh lebih kurus berbanding dahulu. Matanya cengkung, wajahnya pucat. Tetapi senyuman di bibir itu tidak pernah berubah.

“Adam…” bisik Nabila. Suaranya hampir patah.

Adam mengangkat wajah, matanya bertentang dengan isteri yang lama tidak ditemuinya. Dan dalam sekelip mata, air mata mereka berdua tumpah tanpa dapat ditahan.

“Hi… Nabila,” suara Adam bergetar perlahan namun cukup untuk menghancurkan tembok rindu yang selama ini memisahkan mereka.

Tanpa berlengah, Nabila meluru ke sisi suaminya, lalu melutut. Tangannya menggenggam tangan Adam yang kurus dan sejuk. Dia menangis, menggugurkan air mata ke dalam pangkuan suami yang sentiasa dicintainya.

“I thought you were gone… I prayed every night,” ucap Nabila sambil teresak.

Adam mengangkat tangan lemah dan menyentuh kepala isterinya. “I missed you… so much. I wanted to come back… but my body failed me.”

Emir memalingkan wajah, memberi ruang untuk dua jiwa itu kembali bersatu seketika. Namun dalam diam, hatinya juga diguris. Satu rasa halus yang tak mampu dibendung, antara redha dan rasa kehilangan.

Mr Collen memerhati dari jauh dengan mata berkaca.

“Thank you, both of you, for coming all the way here,” katanya perlahan. “It means a lot to him… and to me.”

Emir mengangguk. “He’s part of us too, sir. We never stopped hoping.”

Petang itu, mereka ditawarkan untuk bermalam di kediaman Adam. Kamar tetamu di tingkat atas cukup selesa. Kak Long sedang berehat, manakala Emir duduk di jendela, merenung langit kelabu yang memayungi bumi asing ini.

Di tingkat bawah, Adam duduk bersama Nabila. Mereka tidak banyak bicara, hanya saling memandang, membiarkan waktu dan diam berbicara.

“Nabila…” Adam memulakan. “I heard… about the divorce letter.”

Nabila menggenggam tangan suaminya. “I received it. And I collapsed.”

Adam tunduk, matanya berkaca. “I… I told Papa to do it. When I thought I wouldn’t make it. I didn’t want you to wait for someone who might never wake up. It was selfish.”

“It wasn’t selfish. It was desperate,” balas Nabila. “But I never stopped being your wife, Adam. Not even for a moment.”

Adam menarik nafas berat. “Do you still… want to be?”

Nabila memandangnya dalam-dalam. “I came all this way… for you. I crossed an ocean… because I love you.”

Adam teresak, bahunya bergetar.

Di sisi mereka, Mr Collen duduk tenang, menyaksikan percintaan mereka yang tetap mekar meskipun fizikal Adam sudah jauh dari kata sempurna.

Di tingkat atas, Emir mendengar kata-kata itu dari tangga. Hatinya tenang walau terselit getir. Dia tahu, bukan mudah untuk 2 jasad yang saling menyintai untuk berpisah dan dipisahkan kerana rasa cinta mereka tidak pernah berkurangan.

Esok akan tiba, dan keputusan akan dibuat. Namun malam ini, biarlah cinta menyembuhkan luka. Biarlah Nabila memeluk suaminya. Biarlah Adam tahu dia masih dicintai.

Dan biarlah Emir berdiri di sisi mereka sebagai sahabat, sebagai doktor, dan sebagai lelaki yang cukup kuat untuk tidak meminta balasan cinta… kerana dia tahu, jodoh itu milik Tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience