Musim luruh di Surrey menghidangkan panorama sepi yang menyentuh rasa. Dedaun kering berwarna jingga dan emas berselerakan di jalanan seperti helaian kenangan yang gugur dari ranting waktu. Di sinilah, sebuah kisah cinta yang pernah terjalin di dunia maya seperti akan dilenyapkan perlahan-lahan oleh takdir. Ianya bukan kerana tiada cinta, tetapi kerana cinta itu terlalu dalam untuk dikekalkan secara paksa.
Rumah dua tingkat keluarga Collen berdiri megah di penjuru jalan kecil yang sunyi. Sejak beberapa hari lalu, Nabila, Kak Long, dan Dr Emir menjadi tetamu di rumah itu menyaksikan sendiri kehidupan Adam dan Mr Collen yang penuh dengan perjuangan. Bukannya mudah menerima takdir dan melaluinya jika tiada kekuatan semangat dan kesabaran. Adam dan papanya kini sedang bertarung dengan realiti yang tidak memihak kepada mereka.
Di ruang tamu yang hangat oleh nyalaan api, Adam duduk di kerusi roda, menunggu. Nafasnya teratur namun jelas bahawa tubuh itu belum benar-benar pulih. Wajahnya tenang, tapi pandangan matanya menyimpan luka yang cuba disembunyikan.
Hari ini sebelum Nabila berangkat pulang, Adam telah memutuskan bahawa segalanya perlu diselesaikan dan dinoktahkan. Nabila sendiri walaupun telah puluhan kali memujuk rayu dengan penuh air mata tapi kata Adam keputusan yang dibuat bukanlah sepihak.
Nabila duduk di hadapan Adam. Diam. Jemarinya saling bertaut di riba. Kak Long di sebelahnya memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Mr Collen berdiri tidak jauh, dengan wajah yang menampakkan kebimbangan dan rasa bersalah yang tidak terucap. Dr Emir berdiri sedikit ke belakang, menghormati ruang peribadi yang sedang terbuka satu demi satu.
Akhirnya, Adam bersuara.
“We need to talk, Nabila. About us… about everything.”
Nabila mengangguk perlahan. Hatinya sudah bersedia, walaupun sebahagian daripada dirinya masih mengharap keajaiban yang tidak kunjung tiba.
“I never stopped loving you,” Adam menyambung, suaranya tenang namun berat. “Not even for a second. But I realised… keeping you with me in this condition, holding you back from your life, it’s selfish.”
Adam menarik nafas perlahan, seolah-olah setiap kata itu disaring dari dasar hatinya.
“You’re still young. You deserve to live again. To smile, to breathe freely… to love again.”
Nabila memejamkan mata. Setitis air mata jatuh perlahan. Kata-kata Adam adalah kebenaran yang dia tidak sanggup dengar, tetapi dia tahu, inilah hakikat yang perlu diterima.Mak, ayah, kak long dan abang ngah juga sependapat supaya Nabila menerima keputusan Adam dengan terbuka dan waras.Mempertahankan sesebuah perkahwinan bukan berpaksikan cinta semata-mata tapi jika sesebuah perkahwinan tidak mampu memenuhi tujuan dan hikmah perkahwinan maka penceraian adalah diharuskan demi menjaga kemaslahatan jiwa, agama dan maruah diri.
“Adam…” suara Nabila bergetar.
Namun Adam mengangkat tangan, memberi ruang untuk dia menyelesaikan bicara.
"I would like to sincerely apologise to Nabila, Kak Long, Mak, and Ayah for sending the divorce papers through my lawyer. It was an incredibly difficult decision to let Nabila go, but I cannot be selfish.
Letting go of Nabila was never easy in truth, it tore me apart.
But love, if it is true, must sometimes make way for what is right, not what is easy.
I could not let my own longing stand in the way of your happiness.
Though it breaks me, I chose not to be selfish, and in doing so, I hope you finds the peace and love you truly deserves."
Kak Long menggenggam tangan Nabila. Di sebelah mereka, Mr Collen melangkah mendekat.
“Nabila,” ujarnya lembut. “This was never meant to hurt you. You brought light into our home. But Adam wanted you to be free. Please… forgive us, for choosing this path not out of selfishness, but out of love.”
Nabila tunduk. Bahunya sedikit bergetar. Namun dia mengangguk perlahan.
“I understand… and I forgive you.”
Adam kemudian menambah perlahan:
“There’s one more thing… In my heart I know only Dr Emir can love and protect Nabila in ways I no longer can. I don't wish to hold Nabila back anymore. I want to see Nabila truly happy in the arms of someone who deserves Nabila."
Nabila menoleh ke arah pintu. Dr Emir melangkah masuk. Wajahnya seperti biasa tenang, berwibawa namun pandangan matanya jelas menyimpan empati.
Adam memandang Dr Emir dengan tulus, lalu berkata:
“I want you to know, Nabila is still untouched. We were married, but it was a quiet companionship. We never… consummated. She’s still pure.”
Dr Emir sedikit tergamam namun cepat mengangguk, memahami keikhlasan di sebalik pengakuan itu.
“That’s not what matters to me,” balasnya perlahan. “What matters is her heart and her choice.”
Nabila memandang Dr Emir. Suaranya tenang namun tegas.
“Saya perlukan ruang, Doktor Emir. Luka ini belum sembuh. Saya tak mahu menjadikan doktor sebagai pelarian dari duka.”
Dr Emir hanya tunduk dan menjawab dengan ikhlas, “Saya faham.Saya tidak akan memaksa. Ubatilah dulu luka di hati. Ianya mengambil masa yang lama untuk sembuh. "
Nabila menunduk perlahan dan menyambung:
“Doktor, saya yakin satu perkara… kalau ada jodoh, tidak ke mana.”
Setelah bicara hati selesai, suasana bertukar hening. Langit di luar mula berbalam kelabu. Hari yang muram seakan mengerti bahawa satu perpisahan akan dilakar.
Nabila bersiap untuk pulang. Bagasi kecil sudah di tangan Kak Long. Sebelum melangkah keluar, dia mendekati Adam yang masih di kerusi rodanya. Detik itu seakan berhenti berdetik.
Nabila membongkok perlahan, memeluk Adam erat. Pelukan yang panjang, seolah-olah mahu mengikat waktu walau hanya sejenak. Kemudian dia mencium pipi Adam. Lama. Penuh rasa. Penuh redha.
“Thank you, Adam… for everything.”
Adam tidak menjawab segera. Dia memandang wajah wanita yang pernah menjadi isterinya. Kemudian, dengan suara rendah tapi jelas, dia melafazkan:
“With love and with sorrow… I release you. I divorce you, Nabila. This is your first and only talak.”
Kata-kata itu meluncur seperti kabut dingin, menyentuh setiap hati yang ada dalam ruang tamu itu.
Kak Long menunduk, air matanya tumpah juga. Mr Collen memalingkan wajah, tetapi bahunya bergegar. Dan Dr Emir… hanya mampu berdiri membisu, dengan dada yang dihimpit rasa yang tidak bernama.
Nabila memejamkan mata. Titis air mata jatuh dari wajahnya ke tangan Adam yang masih erat dalam genggamannya.
“May Allah bless you, Adam… always.”
Nabila bangkit. Langkahnya tenang, walau hatinya hancur. Dia tahu, inilah perpisahan yang suci. Bukan kerana benci, tapi kerana kasih yang memilih untuk melepaskan.
Adam hanya mampu memandang dari jendela ketika Nabila, Kak Long dan Dr Emir melangkah pergi. Kabus tipis menyelimuti halaman. Dan dedaun luruh terus berguguran, seperti bait-bait kenangan yang diserahkan kepada waktu.
Di dadanya, Adam berdoa dalam diam agar Nabila yang pernah menjadi isterinya, kekasihnya, teman jiwanya akan menemukan bahagia, walaupun bukan lagi bersamanya.
Dan Surrey pun diam, dalam duka musim luruh yang syahdu.
Share this novel