Suasana lapangan terbang Kuala Lumpur pada pagi itu berdenyut dengan hiruk- pikuk manusia. Balik dari Switzerland, Nabila dan Dr Emir melangkah keluar dari balai ketibaan dengan hati yang masih sarat dengan kenangan bulan madu mereka. Wajah Nabila kelihatan tenang, meskipun keletihan perjalanan jauh itu masih terasa. Di sisi suaminya, langkahnya ringan, seolah-olah dunia ini begitu indah untuk didakap.
Di luar, sebuah kereta mewah keluarga menanti. Pemandu yang setia, Pak Mail, berdiri dengan senyuman ikhlas. Rambutnya yang sudah memutih, menunjukkan betapa dia dimamah usia tapi masih kuat dan gagah berkhidmat untuk keluarga Dr Emir.
“Pak Mail!” Emir bersuara riang, melangkah pantas ke arah lelaki itu. Tidak ada jurang antara seorang doktor pakar yang disegani dan seorang pemandu yang sederhana. Emir memeluk bahu tua itu dengan penuh hormat.
“Alhamdulillah, tuan selamat kembali. Lama benar saya menunggu hari ini,” ujar Pak Mail dengan suara serak yang penuh rasa syukur.Nabila hanya memandang mereka dengan kehairanan kerana agak aneh bagi Nabila apabila Pak Mail mengungkapkan perasaannya jika mereka tidak akrab.
Emir ketawa kecil, matanya berkilat. “We missed Malaysia, Pak Mail. Nothing feels like home.”
Nabila yang berdiri di sisi, memerhati dengan hati yang bergetar. Dia tidak pernah melihat seorang majikan menyapa pemandu seperti itu. Mesra, tanpa rasa berjarak. Ada kasih sayang yang nyata, ada ikatan kekeluargaan yang tersulam sejak lama.
Mereka bertiga masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan pulang, suasana dalam kenderaan dipenuhi gurauan ringan antara Emir dan Pak Mail.
“Macam mana cucu Pak Mail? Dah sekolah menengah, kan?” tanya Emir sambil menoleh dari tempat duduk belakang.
“Ha’ah, tuan. Alhamdulillah, yang bongsu pun dah pandai-pandai. Semua berkat jasa Dato’ dengan Datin juga. Kalau bukan kerana mereka, entah ke mana anak-anak saya.”
Nabila menoleh, matanya membesar sedikit. Ada sesuatu yang menyentuh hatinya dengan kuat.
Emir tertawa kecil. “Ah, Pak Mail. Papa selalu kata, rezeki itu milik Allah. He just wanted to share what Allah gave him.”
Pak Mail terdiam sejenak. Suaranya kemudian bergetar perlahan, “Betul, tuan. Tapi bukan semua orang berharta mahu berkongsi. Dato’ lain. Saya tak pernah lupa… sejak mula saya bekerja dengan keluarga, dia sudah anggap saya macam adik sendiri. Anak-anak saya sekolah, sampai ada yang jadi jurutera, pensyarah… semua kerana beliau.”
Nabila menggenggam jemarinya sendiri. Hatinya terasa seakan diusap oleh sesuatu yang halus. Betapa mulianya budi seorang insan, betapa tulusnya tangan yang memberi tanpa mengira darjat.
Rumah agam keluarga Dr Emir menyambut kepulangan mereka dengan kehangatan. Pintu besar terbuka, dan Datin Seri Mirinda berdiri menanti di ruang hadapan. Wajahnya berseri melihat anak dan menantu pulang.
“Welcome home, my dear ones!” serunya sambil merangkul Nabila dengan erat. “Nabila, you look glowing. Switzerland suits you, I must say.”
Nabila tersenyum malu, pipinya merona. “It was beautiful, Mama. Truly beautiful. But nothing compares to being home.”
Dato’ Rahman muncul dari ruang dalam, melangkah perlahan dengan senyuman bangga. “So, how was your journey, my son?”
“It was wonderful, Papa,” jawab Emir, lalu menyalami dan mencium tangan bapanya dengan penuh hormat.
Nabila memerhati. Dia melihat bagaimana Emir menunduk penuh sopan di hadapan papanya, bagaimana tangan yang gagah itu begitu lembut kala menyentuh tangan orang tua. Sekali lagi hatinya bergetar—semua akhlak mulia ini ada tunjangnya.
Malam itu, selepas makan malam bersama keluarga, Nabila duduk di balkoni bilik tetamu yang menghadap taman. Angin malam Kuala Lumpur berhembus lembut, membawa bersama bunyi cengkerik yang mengisi kesunyian. Emir melangkah keluar sambil membawa dua cawan teh panas.
“For you, my love,” katanya sambil meletakkan secawan di sisi isterinya.
“Thank you.” Nabila menghirup perlahan, matanya memandang jauh.
Emir duduk di sebelahnya, mencondongkan tubuh. “You look thoughtful. What’s on your mind?”
Nabila tersenyum samar. “I was just… thinking about you. About us. About your family.”
Emir mengangkat kening. “About my family?”
Nabila mengangguk. “Yes. Today, when I saw how you talked to Pak Mail… and when he spoke about Papa… I realised something. You are the man you are today because of how your parents raised you. They are wealthy, yes, but not arrogant. They taught you humility, kindness, respect.”
Emir terdiam sejenak, matanya menatap wajah isterinya. Ada sinar kagum di matanya. “You’re right. Papa always said, ‘Wealth is a test. If you forget the poor, you fail the test.’ He helped Pak Mail not because he wanted to show power, but because he believed that every child deserves education.”
Nabila menunduk, hatinya penuh rasa syukur. “I’m blessed, Emir. To be your wife. To be part of this family.”
Emir mengusap lembut tangan isterinya. “And I’m blessed too, Nabila. Truly blessed."
Hari-hari berikutnya, Nabila semakin rapat dengan keluarga mertua. Dia melihat sendiri bagaimana rumah besar itu bukan sahaja dihuni kemewahan, tetapi juga kehangatan. Para pekerja tidak pernah merasa ditindas. Mereka diperlakukan seperti saudara. Setiap kali makan malam besar diadakan, mereka diajak turut serta.
Suatu petang, Nabila bertemu Pak Mail di halaman. Lelaki tua itu sedang menggilap kereta, wajahnya tenang walau berpeluh.
“Pak Mail,” sapa Nabila lembut.
“Ya, puan?”
“Saya nak ucap terima kasih… kerana setia bersama keluarga ini. Saya dengar semua cerita tadi. Tentang pengorbanan Dato’ dan Datin. Saya rasa… itu semua yang menjadikan Emir seperti hari ini.”
Pak Mail tersenyum, matanya berkaca. “Benar, puan. Tuan muda itu baik kerana didikan orang tuanya. Tapi jangan lupa, sekarang dia baik kerana puan juga. Setiap lelaki akan lebih indah akhlaknya bila ada isteri yang menyokongnya.”
Nabila terdiam. Kata-kata itu menusuk halus, membuatkan dadanya dipenuhi rasa syukur yang tidak terhingga kerana dalam ramai-ramai wanita yang singgah dalam hidup suaminya, hanya Nabila yang bertakhtha di hatinya.
Malam menjelang lagi. Di ruang tamu, keluarga berkumpul. Dato’ Rahman duduk tenang di kerusi besar, manakala Datin Seri Mirinda sibuk berbicara tentang rancangan majlis keluarga yang bakal diadakan.
“Perhaps next month, we should host a gathering,” cadang Datin. “It has been too long since our relatives and close friends gathered here. Nabila, would you help me plan it?”
“Of course, Mama,” balas Nabila dengan senyuman.
Dato’ Rahman menoleh kepada menantunya. “Nabila, I want you to feel this house is your house too. Don’t be shy. We are family now.”
Dr Emir memandang wajah Nabila dengan penuh cinta dan bangga. Dia tahu, dia tidak pernah salah saat cintanya berlabuh kerana Nabila adalah pilihan yang paling tepat buat Dr Emir dan juga keluarga.
Share this novel