Malam di kampung itu sunyi sekali,
Hanya bunyi cengkerik dan dedaun menari.
Nabila duduk di beranda usang,
Merenung langit luas, bertemankan bintang.
Tentu indah dan ceria jika cuti-cuti begini Kak Long dan Abang Ngah pulang bersama.Kak Long sibuk dengan tugasan sebagai doktor di HUKM manakala Abang Ngah bekerja di pelantar minyak di Terengganu.Nabila rindukan kehadiran mereka. Sebagai adik bongsu, mereka sangat akrab dan dia sering dimanjakan biarpun dia sudah sangat dewasa.Kak Long dan Abang Ngah tahu mengenai kehadiran Iskandar tapi mereka tidak mendesak Nabila menerima Iskandar kerana mereka tahu betapa dalam luka yang ditinggalkannya.
Pagi esoknya, Nabila ke kebun bersama ayah.Nabila tahu, ayah ingin berbual panjang dengan Nabila.
Berdua menyulam bicara dalam langkah lelah.
Ayah menoleh, pandang wajah anak daranya,
Yang dahulu kecil, kini dewasa penuh rahsia.
“Nab, ayah tahu bukan mudah bagi ayah dan mak untuk menerima hakikat bahawa Nab menolak Iskandar. Tapi tak mudah juga untuk kami terima jika lelaki Inggeris yang Nab kenal melalui media sosial yang Nab tunggu dan harapkan .
Tapi cinta tak salah, yang salah bila buta.
Jika Adam benar mencari Tuhan dalam langkahnya,
Maka tuntunlah dia, bukan kerana kamu, tapi kerana Dia.”
Nabila hanya tunduk, mata berkaca,
Betapa tenang ayahnya menenangkan gelora.
Sedang di rumah, mak masih berperang dengan rasa,
Bimbang anak gadisnya terluka jiwa.Bimbang dibawa lari dan tidak akan bertemu lagi.
“Mak bukan benci mat salleh,” kata mak perlahan,
“Tapi mak takut Nab tak mampu bimbing dia.Nanti bukan dia ikut budaya kita tapi Nab dan anak-anak ikut budaya mereka. Mak juga bimbang kalau dia hanya main-main.Bukan mudah Nab. Tanggung jawab akan menjadi lebih berat dan besar”
Namun malam itu, sesuatu mengubah cerita.Mak melihat sendiri
Adam mengirim video, wajahnya bersahaja.
Di sebalik senyum gugup,
Adam membaca surah Al-Fatihah dengan nada yakin.Nab melihat ada air mata yang mengalir di pipi mak . Hati mak walaupun terkadang keras tapi lunak juga melihat kesungguhan Adam.
"I’m still learning, Nabila… slowly but surely."
"And I hope, not for you, but for me, I become worthy."
"Not just your love, but His mercy."
"Because I believe… this path is the one I want to walk forever."
Nabila menitiskan air mata,
Bukan kerana cinta, tapi kerana harapannya mula bernyawa.
Dia tahu jalannya masih panjang terbentang,
Namun setapak demi setapak, mereka sedang melangkah.
Nabila:
“Adam! I’ve told my parents everything… about you and me. About us.”
Adam:
“Everything? Even about… the proposal you turned down?”
Nabila:
“Yes. They were a little disappointed, especially my mother. But they didn’t force me. They only reminded me to follow my heart—wisely.”
Adam:
“And what did you say about me?”
Nabila:
“I said you’re still learning. That you’re not perfect, but you’re honest. That you never made promises, but you’re trying… truly trying.”
Adam:
“I am, Nabila. And I want you to know—it’s not just about you anymore. When I read the Qur’an… something in me changes. There’s a peace I’ve never known.”
Nabila:
“That’s what they hope for too. My parents… They just want to be sure that your journey to Islam isn’t only because of love for me, but because of love for Allah.”
Adam: (pauses)
“They’re right. And so are you. Love for a person can fade… but love for God is eternal.”
Nabila:
“I told them… if you’re truly meant to be in my life, you’ll come with faith in your heart, not just feelings in your chest.”
Adam:
“InshaAllah, Nabila. I’ll walk this path—with or without guarantees. But I hope… when I reach the end, you’ll be there, waiting.”
Nabila: (softly)
“If Allah wills, I will.”
Malam itu, Nabila bersujud lama,
Air mata tumpah pada sejadah tua.
Bukan kerana duka, tapi kerana takut,
Takut cinta ini lebih besar dari cinta pada Yang Agung.
Mak di bilik sebelah turut bangun malam,
Melihat anaknya berserah dalam diam.
Lalu dalam hatinya, yang dulu berat dengan curiga,
Kini mula memberi ruang untuk reda.
Ayah hanya menatap bintang di luar jendela,
Berbisik dalam hati, “Jika ini jodohnya,
Ya Allah, pimpinlah mereka…
Biar cinta ini bukan sekadar rasa,
Tapi jalan menuju syurga.”
Beberapa hari kemudian, mak mulai melunak,
Melihat anaknya tetap tenang, tidak tergugat.
Mak mulai bertanya tentang Adam,
Tentang latar keluarganya, tentang siapa dia dalam diam.
“Dia anak tunggal,” Nabila bercerita,
“Maknya sudah lama tiada, ayahnya tidak percaya pada agama.
Tapi Adam tidak mahu ikut jejak itu,
Dia mahu mencari makna hidup yang lebih jitu.”
Mak termenung lama, namun akhirnya mengangguk,
“Kalau benar dia berubah kerana Tuhan, bukan kerana kamu...
Mak reda, walaupun mak selalu risau .”
Share this novel