Chapter 16

Romance Series 1533

Nabila memilih diam,
bukan kerana tidak mampu bersuara,
tetapi kerana hatinya sedang berkecamuk mencari tenang.
Mak telah menanam harap,
Iskandar telah membawa khabar,
namun hati bukan ladang
yang boleh ditabur semula setelah pernah dituai dengan luka.

Dia meminta ruang,
walau dalam hatinya,
jawapan itu telah lama tertulis
Hanya belum sempat dilafazkan.

Kepulangan yang diimpikan penuh rasa
telah ditutup kabus dari masa silam.
Andai bukan kerana kasihnya kepada mak,
sudah tentu dia ingin kembali
ke kota yang walau hiruk, tetap terasa tenang.

Saat duduk termenung di serambi,
dedaun pun diam.
Seolah alam turut mengerti resahnya.
Namun tiba-tiba, satu bunyi notifikasi
menggetarkan tangannya.
Nama itu muncul di skrin,
dan jiwanya yang tadi gundah… kembali hidup.

Adam.

Pesan pendek, tapi cukup menghidupkan cahaya yang hampir padamkan.

“Nabila, I’m sorry for the silence. I’ve been away for work, caught in endless tasks. But you’ve never left my mind, not even once.”

“I thought you forgot me. But I’m glad to know you didn’t.”

“How could I forget someone who makes my days brighter just by existing? Where are you now?”

“Back in Kelantan. My mother asked me to return. There’s… a family matter. Someone came to propose.”

“…And how do you feel about that?”

“Confused. Torn, honestly. The past came knocking when I’ve just started healing.”

“Nabila… I don’t want to rush you, but I need you to know this: I like you. A lot. And I’ve been thinking. If Allah wills it, I want to make you mine. Not someday. But soon. I don’t have much, but I’ll protect your heart.”

(silent for a while)
“You came at a time I didn’t expect. But somehow… my heart knew. Thank you, Adam. I needed to hear that—today, especially.”

Dalam malam yang kian sunyi,
Nabila senyum sendiri.
Adam bukanlah lelaki dari masa silam,
tapi hadirnya terasa seperti doa yang dijawab tanpa diduga.
Mungkin cinta tidak perlu lama untuk berbunga,
kerana ada yang hadir dalam sekejap,
namun mampu menyentuh hati lebih dalam dari yang pernah tinggal bertahun.

Dan malam itu,
di celah bintang dan bisikan angin,
Nabila tahu
dia tidak lagi sendiri mencari arah.

Ada sesuatu yang harus Nabila perjuangkan.Biarlah jawapan yang bakal diberikan tidak mengguris hati mak dan tidak juga mencalar maruah Iskandar.
Jika Iskandar adalah masa silam maka Adam adalah masa depan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience