Cahaya matahari pagi menyusup perlahan melalui celah langsir wad, mewarnai ruang itu dengan kehangatan yang palsu
kerana hati Dr. Emir kini dihuni oleh rasa dingin yang tak terungkap.
Dia masih di sisi pesakit tanpa nama. Lelaki itu belum sedar. Tiada dokumen, tiada telefon bimbit. Namun tekanan darah sudah stabil. Luka pada pelvik telah dibersihkan, dan lehernya kini disokong dengan pelindung servikal.Dr Emir sebagai sebagai pakar ortopedik masih menunggu sesi seterusnya bersama pakar neurologist. Hatinya masih tertambat pada sesuatu yang lebih dalam dari diagnosis
iaitu perasaan halus yang sukar dijelaskan.
Pintu wad terbuka perlahan.
Langkah-langkah kecil penuh gelisah memasuki ruangan.
"Assalamualaikum... saya cari seorang mangsa kemalangan yang dibawa malam tadi... lelaki, berusia tiga puluhan..." suara itu serak dan lembut, tetapi cukup untuk menghentikan seluruh dunia dalam dada Dr. Emir.
Dia berpaling.
Dan masa seakan membeku.
“Nabila...?” ucapnya tanpa sedar, nyaris berbisik.
Wanita itu menoleh, matanya berkaca, wajahnya tidak berubah dari kali terakhir mereka bertemu. Masih lembut, masih tenang dalam cara yang menyayat hati. Tapi kali ini, ada luka dalam matanya. Luka yang dalam.
“Dr. Emir...?” dia terkejut juga, suaranya goyah.
“I didn't expect it...” suara Dr. Emir lemah. Tangannya menggeletar ringan, menggenggam pen penulisan di jari seperti mahu mencari kekuatan dari benda sekecil itu.
“Suami saya... Adam Collen ... dibawa ke sini. Saya... saya dimaklumkan dia parah. Mereka kata wajahnya bengkak teruk, susah dikenali. Mereka tak benarkan saya tengok dulu tadi. Dia... dia masih hidup, Dr. Emir?”
Dr. Emir hanya mampu mengangguk perlahan.
Jantungnya bagai mahu pecah. Lelaki yang terbaring kaku di katil itu, adalah Adam? Suami Nabila?
Langit seolah runtuh dalam dadanya.
Dia menelan air liur yang terasa seperti duri. “Nabila... I... tak tahu. I tak tahu itu Adam. Wajahnya... lebam teruk. Dahi koyak. Bibir pecah. Matanya bengkak. I... langsung tak cam.”
Dia melangkah ke sisi dan menarik langsir yang memisahkan pesakit dari pandangan umum. Nabila mendekat. Setiap langkahnya bagai memaku jiwa Dr. Emir ke lantai.
Saat mata Nabima bertemu dengan wajah suaminya, Adam yang terbaring dengan kesan luka, benang jahitan, dan lebam yang menyelubungi hampir keseluruhan wajahnya, air mata Nabila tumpah tanpa ditahan.
“Allahu… Adam…” bisiknya sambil menggenggam jari tangan suaminya yang dingin.
Dr. Emir berdiri tegak, namun jiwanya remuk. Dia sedih melihat wanita yang dicintainya hanya dapat menghirup kebahagiaan seketika dengan lelaki yang dicintainya.Dalam setiap doa Dr. Emir, dia inginkan Nabila bahagia selamanya biarpun tanpa kehadirannya.Cinta tidak semestinya memiliki tapi walaupun perit , Dr Emir ikhlas mendoakan Nabila dalam setiap solatnya .
Nabila cuba menenangkan dirinya, lalu berpaling kepada Dr. Emir.
“Kata pihak polis, kemalangan itu berlaku kerana dia dilanggar oleh pemandu
mabuk... lelaki itu bawa kereta dalam keadaan hilang kawalan. Adam... dirempuh dari sisi ketika sedang menyeberang jalan menuju ke tempat letak kereta. Impak terlalu kuat. Dia terpelanting dan jatuh atas jalan berturap.Hmm,hari itu hari pertama Adam mula bekerja."terang Nabila dengan sebak."Nabila yang terlihat kuat sudah tidak berdaya.
" Tulang belakangnya... banyak yang patah, Nabila. Saraf tunjangnya rosak. Kami... kami dah cuba yang terbaik.”
Wajah Nabila kembali berpaling ke arah suaminya. “Maksudnya... dia takkan...?”
Dr. Emir menunduk dalam-dalam. “Dia mungkin tak akan dapat berjalan semula. Kecederaan pada tulangnya terlalu parah. Pusat kawalan saraf di punggungnya tak berfungsi lagi.”
Suasana menjadi sepi. Hanya bunyi monitor yang terus berdetik dalam nada datar.
Nabila memejam mata, dan airmatanya terus mengalir. Namun bukan air mata kelemahan tapi air mata wanita yang sedang menyusun kekuatan dalam kepatahan.
“Terima kasih, Dr. Emir. Kerana rawat dia. Kerana tetap ada... walau kita pernah ada kisah yang tak selesai.Ini semua penyusunan Allah, jika dulu doktor pernah pesan, jika suami saya patah tulangnya, doktor sudi merawat tapi saya tak sangka suami saya seserius ini kondisinya”
Dr. Emir mengangguk perlahan. Tapi di dalam hatinya, badai bergelora. Dia ingin berkata banyak perkara. Ingin bertanya pelbagai soalan kepada Nabila tapi dia tahu ini bukan masa yang tepat.Saat Dr Emir ingin berlari jauh dari kehidupan Nabila tapi takdir membawa Nabila dan Adam dekat kepadanya.
Hanya sepatah kata terlontar jua, “Saya akan terus jaga Adam sebaik mungkin.Percayalah”
Waktu melawat hampir tamat, Nabila masih setia di sisi Adam. Dr Emir walaupun waktu bertugasnya telah tamat tapi dia tidak tergamak meninggalkan Nabila sendirian. Suasana sunyi sepi. Hanya bunyi alat bantuan hayat menemani tanpa bosan.
Nabila duduk di sisi Adam. Tangannya menggenggam jari jemari lelaki itu yang dingin dan kaku. Kulitnya pucat, wajahnya masih penuh luka walau sebahagian lebam mula surut. Tiada tindak balas. Tiada gerak. Hanya denyutan perlahan di mesin yang menandakan bahawa dia masih di sini, masih bernyawa.
Di sudut ruangan, Dr. Emir berdiri tanpa suara. Dari jauh, dia melihat perempuan yang pernah menghuni doanya, kini terlerai dalam tangisan.Menangisi takdir yang datang terlalu kejam dan terlalu awal.
Nabila akhirnya bersuara, namun nadanya rendah, seakan bicara dengan hatinya sendiri.
“Doktor, jika Adam tidak mengahwini saya, jika dia tidak datang ke Malaysia tentu semua ini tidak akan berlaku."
Air matanya menitis ke atas selimut putih yang menutupi tubuh Adam.
“Berkahwin dengan Adam adalah impian terbesar saya.Dan saya memilikinya. Tapi kini, Adam tersiksa dan menderita. Saya pentingkan diri. Tengoklah dia sekarang doktor." kata Nabila sambil menahan rasa sebak yang tidak mampu dia tahan.
Nabila memandang wajah Dr. Emir, matanya bengkak dan merah.
“Doktor, Adam jadi begini kerana saya. Saya terlalu cintakan dia tapi saya hadiah kan penderitaan ini kepada Adam.Adakah ini dinamakan cinta doktor? Cinta akan membuatkan manusia bahagia bahagia tapi cinta saya menjadikan Adam menderita."
Dr. Emir melangkah perlahan ke arah Nabila, lalu duduk di kerusi seberang katil. Suaranya tenang, namun padat dengan empati.
“Nabila… jangan salahkan diri sendiri kerana sesuatu yang berada di luar kawalan you. Kemalangan itu berlaku kerana kecuaian orang lain. Bukan kerana cinta. "
“Tapi, jika Adam tidak ikut saya ke sini.. Semuanya tidak akan berlaku."
Nabila menggenggam tangan Adam erat. Suaranya bergetar.
“I’m sorry, Adam… I’m so sorry. I wanted you to have happiness here, with me. I never imagined this would happen. I would take your pain if I could. I’d give you my legs, my spine, my freedom… just to see you smile again. Just to see you walk.”
Dr. Emir tunduk. Kata-kata itu menyentak jauh ke dalam dadanya. Tapi dia tahu, perasaannya tidak layak mengambil ruang di antara dua jiwa yang sedang diuji sebegini dalam.
“Nabila,” katanya perlahan, “do you know what I see?”
Dia menatapnya, bingung.
“I see a woman who stayed. Who chose not to run away from this. That is love. Not its cause.”
Nabila memejam mata, menangis senyap di sisi lelaki yang dicintainya. Dalam genggaman tangannya, tubuh Adam masih diam… namun kehangatannya belum hilang.
“Please forgive me, Adam… for everything. Even if you can’t hear me. Even if you never will. Please know… I never meant to hurt you. My love was never meant to bring you pain.”
Dr Emir membiarkan Nabila mencurahkan apa yang terbuku di dadanya.Walaupun Nabila berterusan menyalahkan dirinya, Dr Emir percaya Nabila akan dapat berfikir secara jernih cuma dia perlukan ketenangan dan kekuatan.
Dr. Emir memalingkan wajah, membiarkan tangisan itu mengalir bebas. Dia tahu, dalam dunia yang dipenuhi kehilangan dan luka, masih ada sesuatu yang suci dalam cinta seperti itu yang tetap tinggal, walaupun tidak dibalas. Yang tetap memaafkan, walaupun tidak didengar.
Share this novel