Petang terakhir Adam di Kuala Lumpur sebelum dia berangkat kembali ke United Kingdom, ada satu tempat yang masih belum dikunjunginya iaitu La Flora.
Adam tidak berkesempatan mengunjungi Nabila walaupun dia juga berada di Kuala Lumpur kerana kesibukannya menguruskan pernikahan mereka. Mereka hanya bersapa di telefon dengan masa yang agak terbatas.Nabila sebagai anak gadis yang terjaga dengan adab dan didikan agama, tidak pernah sekalipun menemui Adam di hotel tempat Adam menginap selama seminggu ini.
Di La Flora, Nabila menghabiskan sebahagian besar masanya menggubah bunga.Itulah dunia yang menghilangkan segala resah dan gundah gulana. Walaupun sesekali, ada niat untuk bertemu Adam tapi Nabila mengurungkan niat tersebut.Nabila tahu, dalam keadaan sekarang, dia perlu mengawal perasaannya kerana mereka akan bersatu tidak lama lagi. Teringat pesan mak dan ayah, .
“Dua bulan bukan waktu yang lama. Tapi cukup untuk menjaga maruah dan memelihara keberkatan. Selagi belum halal, jagalah jarak. Bukan kerana ayah tidak percaya kamu atau Adam, tapi kerana Allah telah menetapkan garis yang tidak boleh kita langgar.”
“Pertemuan itu tak salah,” sambung mak pula, “tapi biarlah berpada. Elakkan bersendiri. Jika perlu berbicara, biarlah dalam batas. Cinta yang dijaga, insyaAllah lebih indah bila tiba waktunya."
Rasa rindu yang sarat itulah yang , membawa Adam ke La Flora. Tidak sempurna rasanya tanpa menjejaki tempat di mana Nabila bukan saja mencari rezeki tetapi mencari identiti diri dan membina nama La Flora sehingga tersohor serta-rata.
Adam berdiri di hadapan pintu La Flora..
Langkahnya masuk disambut aroma bunga segar yang menyapa dengan mesra. Sebaik saja masuk, Adam dapat melihat pujaan hatinya sedang berkarya.
Nabila, dalam diam, sedang menggubah sejambak bunga untuk pelanggan yang katanya ingin melamar gadis pujaan hati .
Jemari itu tangkas, namun geraknya penuh kasih. Matanya tekun, bibirnya mengulum senyum halus seperti sedang berbisik kepada bunga-bunga itu.
Adam berdiri di hujung ruang, tidak bersuara. Dia membiarkan matanya menyimpan setiap detik. Cara Nabila memilih tangkai paling segar, bagaimana dia mengikat riben satin dengan rapi, dan bagaimana Nabila menyelit sekuntum melati putih di tengah-tengah, seperti tanda rahsia yang hanya dia yang tahu maknanya.
“Nabila...” suara Adam akhirnya memecah tenang.
Nabila tersentak sedikit, lalu tersenyum apabila melihat siapa yang memanggil. “You’re here.” Nabila terperanjat dengan kehadiran Adam.
“I had to,” Adam mendekat, matanya menelusuri ruang itu seolah-olah cuba menyerap segala yang tersimpan di dalamnya. “Before I leave, I need to see this. You. La Flora. The world you always talk about.”
“Do you like it?” tanya Nabila, matanya bersinar dalam tenang.
Adam mengangguk. “It’s more than I imagined. It’s you. Every corner, every scent… it’s as if your soul lives here.”
Nabila tergelak kecil. “That sounds dramatic.”
“It’s true. Watching you work just now…” Adam menarik nafas panjang. “I think I finally understand why you chose flowers over everything else.”
Nabila memandang bunga-bunga di tangannya. “They listen. And they don’t judge. When I’m silent, they don’t ask why. When I’m sad, they still bloom for me.”
Adam melangkah lebih dekat. Tangannya menyentuh kuntum melur yang sedang disusun di dalam balang kaca.
“And you give them a voice. You turn them into something more.”
Nabila tidak menjawab, hanya tersenyum mendengar puji-pujian Adam.
Sunyi beberapa saat.
“Will you miss this place?” Adam bertanya perlahan, seolah-olah bimbang jawapannya.
Nabila mengangguk. “I will. But not more than I’ll miss you.”
Adam ketawa kecil, tapi ada sebak yang menyusup ke matanya. “You always win.”
“Only because you let me.”
Mereka berdua berdiri lama di situ, di antara bunga dan cahaya senja yang menembusi tingkap kaca. Tidak banyak yang diucap, tapi terlalu banyak yang dirasa.
Sebelum melangkah pergi, Adam menoleh sekali lagi ke arah La Flora.
“Next time I step in here,” katanya, “it will be as your husband.”
Nabila tersenyum, dan hanya menjawab dengan lirikan matanya.
“I need to go back to the UK,” Adam menjelaskan kepada Nabila.
“I have to settle things there. Sell my apartment, sort out my work contract, and... prepare everything we need for our marriage.”
“How long… will it take?” suara Nabila pecah halus.
“Two months, maybe a little more.” Adam menarik nafas. “But I promise. As soon as it’s all done, I’ll be back. This time, for good.”
Nabila menunduk, menggenggam hujung selendangnya yang bercorak bunga kecil. Ada tangis yang belum jatuh. Ada pasrah yang cuba dikuatkan.
“You don’t have to worry, Nabila. I will come back to marry you. That’s my promise. And once we’re married, I’ll move here. To Malaysia. I’ll work here. Build our life here.”
“You’re sure?”
Adam memandang wajah itu yang begitu dicintainya. “Yes. With my engineering background and the projects I’ve led in the UK, I’m confident I’ll find a good job in one of the major firms here. I’ve been researching Petronas, Gamuda and UEM. They’re always looking for international expertise.”
Nabila angguk perlahan, masih tidak memandang.
“But… your life there. Your family.Your career.” Suaranya lemah.
“I’ve thought about it,” Adam menghela nafas. “I had a good life there, yes. But none of it means anything without you in it. Malaysia is your home. It will be mine too.”
Akhirnya, Nabila memandangnya. “And your dad? Are he okay with this?”
“I’ve spoken to my dad. He will be happy as long as I’m happy.. He's looking forward to see you.."
Sunyi lagi.
Adam memandang wajah Nabila dengan penuh rasa hiba.
“I need you to be strong, Nabila. Just a little more. I’ll call you every day, update you on everything. We’ll go through the process together."
Airmata Nabila jatuh tanpa suara. “It’s not that I don’t trust you. I’m just… scared.”
“I know. I’m scared too,” Adam mengakui. “But I believe in us. This journey, it’s not meant to be easy. But it’s worth it.”
“Say something,before I leave” pinta Adam lembut.
Nabila menarik nafas panjang.
“I will wait, Adam. And I’ll pray for your safety. For your return. I want us to be together, but I also want to do this right. If two months is what it takes, then two months it is.”
Adam tersenyum lega, walau hatinya seberat batu. Dia tahu, meninggalkan wanita sekuat dan setabah Nabila bukan keputusan yang mudah.
Sebelum melangkah, Adam memandang Nabila sekali lagi. “One last thing.”
“Yes?”
“I love you.”
Nabila tersenyum, dan kali ini dengan yakin dia membalas, “And I love you too, Adam..”
Share this novel