CHAPTER 13

Romance Series 1533

Hari itu, langit cerah tanpa awan, namun angin meniup perlahan seolah membawa bisikan rahsia.
Kedai bunga Nabila seperti biasa.Tenang dan penuh harum kelopak yang mekar mewarnai ruang.
Bunga mawar, lili dan baby's breath tersusun rapi, menanti tangan kasih yang akan menyatukannya.

Nabila baru sahaja meletakkan sejambak ros merah di rak hadapan ketika pintu kedainya dikuak sedikit keras.
Seorang lelaki melangkah masuk, wajahnya sedikit gusar.
Langkahnya tergesa-gest. Seolah-olah dikejar waktu atau... dikejar takdir?

"Encik,boleh saya bantu?" Mesra Zara pekerja harapan Nabila menyapa.

"Maaf, saya perlukan sejambak bunga segera," ujarnya. Suaranya dalam dan jernih, namun ada gelisah yang tersembunyi.

Zara tersenyum ramah. "Untuk siapa, ya?"

"Buat seseorang yang belum saya kenal… tapi akan saya temui hari ini," jawabnya sambil menghela nafas.
“Calon isteri yang diperkenalkan oleh ibu saya. Tapi sejujurnya, hati saya belum di situ.” Aduh, jujur dan terlalu terbuka.

Nabila mendengar perbualan mereka. Dia masih menunduk, menyusun kuntum demi kuntum tanpa bicara.Kadang kala perlu percaya terhadap keupayaan pekerja.
Tangannya lincah, namun hatinya cuba menafsir gelombang aneh di udara.

“Bunga ini sebagai adab… bukan sebagai harapan,” lelaki itu bersuara lagi sambil matanya terpaku memandang Nabila tanpa berkedip. Di antara banyak bunga yang mekar di La Flora, wajah manis Nabila lebih memikat hatinya.

“Kerana jodoh yang diatur, bukan semestinya takdir.”

Dia masih lagi memerhatikan wajah Nabila waima Zara yang menyantuninya sejak tadi. Pandangan lelaki tadi sangat lama, seolah ingin membaca sesuatu yang tidak tertulis.
Kemudian, dalam diam yang memaut, dia bertanya tanpa berselindung:

“Adakah kamu telah berpunya?”

Nabila terkejut seketika, namun cepat mengatur wajah.
Dia menggeleng perlahan, seperti biasa apabila pertanyaan itu hadir tanpa dijemput.

Lelaki itu tersenyum tipis. Tapi senyum itu lain.
Ia bukan senyum sopan tetapi senyum yang menyimpan getar.

“Kalau begitu… sudi tak kamu berkenalan dengan saya?"

“Mana tahu, jika jodoh itu bukan di tempat saya ditunjukkan,
tapi di sini, di celah harum bunga yang kamu sentuh setiap hari.”

Nabila terpempan.
Dalam bertahun dia mengusahakan kedai bunga ini,
tidak pernah seorang pun datang begini. Dengan keberanian dan kejujuran serentak.Bukan sekadar membeli bunga tapi juga cuba membeli jiwanya.
Matanya masih pada jambangan bunga, tapi jiwanya sudah jauh melayang.

“Saya boleh batalkan saja hasrat ibu saya… kalau kamu izinkan saya mengenal kamu dahulu,” katanya lagi, suaranya kini perlahan dan dalam.

Nabila tidak menjawab segera.
Dia membantu Zara menyusun pita terakhir di sekeliling bunga itu, lalu menyerahkannya kepada lelaki tersebut.

“Jambangan ini... untuk wanita yang belum saya kenal,” katanya perlahan.
“Dan saya… adalah wanita yang belum kamu fahami.” balasku sederhana.

“Tapi…” sambung Nabila sambil memandang lelaki itu buat pertama kali dengan mata hati yang terbuka,
“...jika Tuhan menulis takdirmu bersama wanita pilihan ibu, jangan lupa mencari bahagia dengannya."

Dan saat lelaki itu melangkah pergi, membawa bunga yang tak pasti akan menjadi lambang atau sekadar simbol
Nabila berdiri di sisi pintu.
Nabila tersenyum sendiri. Aneh perjalanan hidup manusia. Tampan, berkarisme dan tapi soal jodoh masih bergantung kepada ibu.
"Jika dia seorang jejaka juga sukar menemukan jodohnya, apatah lagi buat seorang gadis seperti aku.Adakah cinta buatku akan datang dari belahan benua berbeza?"
Namun jauh di sudut hati, Nabila sempat melantunkan doa agar pelanggan tadi segera menemukan jodohnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience