Seorang Nabila yang kelihatannya tenang dan bersahaja pada luarannya tapi jauh di sudut hatinya, kedatangan mama Dr Emir walaupun tanpa sebarang penekanan tetapi memberikan kesan kepada Nabila.Nabila perlukan seseorang untuk berkongsikan ceritanya. Dia tidak mampu menelannya sendiri.
Akhirnya dia dail nombor yang paling biasa dia cari saat jiwanya genting.
"Kak Long… Nab tak tahu nak mula dari mana… Tapi hari ini, rasanya macam hati Nab meronta-ronta."
Kak Long mendengar dengan setia.
"Tenangkan diri dulu, sayang. Cerita perlahan-lahan. Apa yang berlaku?"
"Ibu seorang pelanggan datang, Kak long. Dia… dia cakap anak dia jatuh cinta pandang pertama.Dia tolak perjodohan kerana Nab. Tapi Nab… Nab tak pernah kenal pun apatah lagi memberikan harapan."
"Baik, sekarang cuba jelaskan bagaimana kisah ini bermula? Menarik jalan ceritanya." Kak Long mendengar dengan penuh minat.
"Long story short, Dr Emir pelanggan La Flora. Itu pun, baru pertama kali datang beli bunga untuk pertemuan yang diatur mamanya.Tapi selepas Nab gubah bunga, dia tenung wajah Nab dan bertanya adakah Nab sudah berpunya. Yang gilanya, dia kata ingin menolak perjodohan kerana hatinya terpikat tengok Nab. Tapi kak long, Nab tak layan pun. Nab fikir dia sekadar bergurau senda. "
"Itulah cinta, Nab. Ia tak pernah minta izin untuk hadir. Mungkin selama ini semua wanita yang hadir sekadar kawan dan tiada yang menggetar hati dan perasaan.Mungkin dengan melihat adik kak Long yang cantik manis, hatinya jadi tertawan."
"Nab cuba jelaskan bahawa kami tidak saling mengenali dan juga sudah ada pilihan hati."
"Lalu apa kata mama Dr Emir tersebut?"
" Hmm.. Katanya kalau suatu hari Nab berubah hati, Dr Emir setia menanti."
Kak Long diam. Ada kagum dalam diamnya.Adiknya yang cantik manis digemari ramai jejaka.Tidak hairanlah jika Iskandar walaupun telah lama terpisah rupanya masih menyimpan utuh perasaan terhadap Nabila. Tapi sayang kerana dengan berdiam diri, secara perlahan-lahan cinta Nabila terhadap Iskandar hilang ditelan bumi.
Kak Long dengan nada tegas tapi lembut,
"Nab… kak long tak mahu desak. Tapi hubungan Nab dengan Adam harus ada kejelasan. Kalau benar dia serius, ikatlah dengan pertunangan. Biar terang, biar tenang. Jangan dibiarkan hati Nab jadi pelabuhan yang disinggahi pelayar yang tidak pasti."
Nabila terdiam.
Dia pandang cawan di tangan seolah-olah jawapan tersembunyi di dasar airnya.
"Tapi Adam baru kenal Islam, Kak. Nab tak mahu terburu-buru. Biar dia lalui perjalanan imannya dengan tenang. Nab tak mahu cinta ini jadi beban yang memesongkan langkahnya menuju Tuhan."
"Memang benar. Tapi jika dia ikhlas, dia tak akan lari dari tanggungjawab. Nab juga sudah dewasa. Kita tidak selamanya punya waktu untuk menunggu yang belum pasti. Pertunangan bukan beban, tapi sebagai kesungguhan dan saling menjaga dan mempersiapkan diri untuk menjadi teman hingga ke syurga."
Sunyi menyapa semula. Tapi kali ini lebih damai.
Nabila tahu kali ini dia harus berbicara lebih serius dengan Adam. Dengan dua penolakan yang berlaku, Nabila inginkan kepastian dari Adam. Adakah mereka sekadar teman atau Adam serius untuk menjadikan Nabila peneman hidupnya sehingga menua bersama atau sebaliknya.
Senja perlahan-lahan melabuhkan tirainya.
Cahaya jingga di ufuk barat seperti mengerti gelora hati Nabila.
Di kedai bunga yang hampir sepi, dia duduk diam. Masih
masih terkenang wajah wanita anggun yang datang tanpa diduga dan juga penolakan lamaran Iskandar. Dua penolakan berlaku dalam jeda masa
yang singkat.
Jiwanya mula resah.
Cinta yang dipendam, kini perlu diberi arah.
Dengan jemari yang sedikit bergetar, Nabila mendail satu nama,
nama yang semakin kukuh bersemayam dalam doanya, Adam!!
Deru nafas di hujung talian menyambutnya.
Dan suara itu, seperti biasa, menenangkan.
"Hi Adam… I hope I’m not disturbing you. How are you today?"
Adam tersenyum kecil di hujung suara.
"Never a disturbance, Nabila. Hearing your voice is the calmest part of my day. I’m doing well… and you?"
"I’m alright. Just… there’s something I need to tell you."
"I’m listening, say it slowly."
Nabila menarik nafas, mengumpul kekuatan untuk jujur.
"A woman came to my flower shop… she was elegant, well-spoken, and kind. She asked if I would consider accepting her son. It happened… again. Another people , another offer."
Sunyi seketika di hujung talian.
Nabila menyambung,
"I know you’re far, and I know your journey in faith has only just begun. But Adam… I need to ask. If you're truly serious about us… would you make it official? Not because I’m rushing you, but because I need to protect this heart from unwanted hands."
Adam terdiam sesaat, kemudian perlahan menuturkan,
"Nabila… I am serious. More than you know. But you're right. Intentions mean little if they are not made known and honoured. I… I need a bit of time. The distance, the responsibilities… they make things harder. But not impossible."
Adam dengan suara mantap dan penuh harapan,
"Give me a little while. Let me arrange a proper meeting with your family. . I want to come not as a man in love, but as a man ready to ask for your hand with dignity."
Nabila menutup matanya. Hatinya tenang.
Bukan kerana semuanya pasti,
tapi kerana Adam memilih jalan yang terhormat.
"Thank you, Adam. I’m not asking for perfection. Just clarity. I’ll wait… as long as you walk toward me with truth."
"Then I will, Nabila. Step by step… in love, in faith, in time."
Di luar jendela, bunga-bunga bergoyang perlahan ditiup angin.
Dan di dalam dada Nabila, sehelai harapan mekar.
Bukan lagi sekadar menanti,
tetapi yakin,
bahawa cinta yang dipelihara dengan niat dan doa,
pasti akan menemui jalannya menuju redha.
Share this novel