Malam beransur tenang. Udara desa membawa harum bunga melur dan sisa-sisa wangi inai di jari Nabila. Dia kini sah menjadi isteri, bukan kepada lelaki dari kenangan, tetapi lelaki yang mencintainya tanpa ragu, iaitu Adam Collen.
Di ruang bilik pengantin yang sederhana, cahaya lampu gantung berayun perlahan, seolah-olah menari bersama bayang-bayang masa depan yang menanti.
Nabila duduk di birai katil, tangannya menggenggam tangan Adam.Adam pula tanpa bosan terus memandang wajah Nabila yang telah menambat hatinya sehingga dia sanggup meninggalkan tanah kelahiran semata-mata untuk memulakan sebuah kehidupan baru di negara asing yang tidak pernah terjangkau dek akalnya yang masih waras. Namun kerana sebuah cinta, ianya tidak punya sebab untuk berlabuh dan sebab untuk terus bertahan. Sesekali, Adam memandang ke arah jendela, melihat langit malam yang luas terbentang.
“Do you ever feel like... everything happened so fast?” bisik Nabila, suaranya hampir tenggelam dalam hembusan angin malam.
Adam menoleh. “Fast, yes. But not rushed. There’s a difference.”
Nabila mengangkat wajah, menatap suaminya dengan mata yang berkilau. “You really want to stay here? In Malaysia?”
Adam mendekat, duduk di sisinya. “Yes. Because of you.I feel like... this is where I can build a life that’s real. Grounded. Warm. I’ve spent years chasing something in England.”
“What about your job?”
Adam tersenyum. “I’ve applied for a Principal engineer position at Petronas. Engineering department. I’ll start with contract, then we’ll see. It’s a leap, but every new life needs one.”
Nabila menatapnya lama, matanya berkaca. “Thank you so much for all your sacrifices. "
Beberapa hari selepas majlis perkahwinan mereka, Nabila dan Adam berpindah ke Kuala Lumpur.Mak dan ayah berat melepaskan mereka pergi tapi Nabila tahu La Flora tidak boleh begitu lama tanpa Nabila. Adam juga ingin memulakan kehidupannya yang baru di sini. Adam menyewa sebuah pangsapuri kecil di Wangsa Maju, bukan mewah, tapi cukup untuk dua hati yang sedang belajar menyesuaikan diri.Menurut Adam, dengan hasil jualan apartmentnya di UK, dia mampu menyara Nabila tanpa bekerja bertahun-tahun tapi dia lebih memilih untuk bekerja. Adam inginkan yang terbaik buat suri hatinya.
Langit kota tidak seindah langit kampung, tetapi cahaya neon yang menyinari malam punya caranya tersendiri dalam menyulam harapan.
Pada hari pertama Adam menelusuri Menara Berkembar KLCC untuk sesi temuduga, Nabila menunggu di rumah dengan resah. Dia tahu Adam mungkin berasa asing, mungkin sedikit tercabar. Tapi Adam bukan lelaki yang mudah goyah.
Beberapa jam kemudian, panggilan telefon masuk.
“I got the job. They offered me a salary RM30, 000 along with various benefits ,” kata Adam di hujung talian, suaranya nyaris tertahan.Adam tidak menyangka semudah itu dia diterima. Mungkin kerana kepakarannya dan juga posisi yang dia minta, tidak ramai anak-anak tempatan yang bertahan. Ramai yang memilih untuk beralih arah apabila mendapat tawaran bekerja di luar negara dengan gaji yang lebih tebal dan pelbagai kemudahan yang menggiurkan.
“You, what? You got it?!”
“Yes, love. I start next month.”
Dan pada saat itu, Nabila tahu, mereka benar-benar telah membuka lembaran baru. Bukan sekadar hidup sebagai suami isteri, tetapi sebagai dua insan yang sedang membina dunia mereka dari batu yang paling dasar iaitu kepercayaan.
PERBUALAN DI BALKONI PANGSAPURI
Malam itu, mereka duduk di balkoni kecil, menghadap langit kota.
“Are you scared?” tanya Adam.
“Sometimes,” jawab Nabila. “But I think that’s part of starting over.”
“I’m scared too. But not of this life. Just... afraid I might fall short.”
Nabila memegang tangan Adam erat. “You won’t. Because we’re not doing this alone.”
“So, what’s next?” Adam tersenyum bakal.
Nabila berpaling kepadanya. “We save. We plan. Maybe... we adopt a cat first before thinking about babies,” katanya sambil ketawa kecil.
Adam ketawa. “Alright. A cat. Then a baby. Then a football team.”
Nabila mencubit pipi Adam kerana geram dengan gurauannya. Dia tahu di usia lewat dua puluhan, tidak mungkin dia mampu untuk melahirkan sebegitu ramai zuriat.
Walaupun bahagia mula membungkus hidupnya, Nabila masih ingat satu wajah yang datang di hari dia bersatu dengan Adam, iaitu Dr. Emir. Wajah yang cuba tersenyum, tapi membawa ribut yang tenang di dalam dadanya sendiri.
Dan setiap kali dia mendoakan perkahwinannya, dia tidak lupa menitipkan nama itu di dalam doanya. Nabila sedar, Dr Emir ikhlas mencintainya tapi Dr Emir hadir di saat Nabila sudah memberikan cintanya kepada Adam. Nabila pula bukanlah seorang yang suka bermain-main dengan perasaannya.
"Ya Allah, bahagiakan dia... Dr. Emir. Dia yang pernah hadir dalam hidupku, pernah mendambakan cinta dariku.Kini aku serahkan seluruh takdirnya padaMu. Temukanlah dia dengan wanita yang bukan hanya baik, tetapi yang mampu menyembuhkan dan mengangkat hatinya lebih tinggi dari bayangku."
Malam-malam di Kuala Lumpur bukan sekadar dihiasi cahaya lampu jalan, tetapi oleh ketenangan dua hati yang tahu ke mana arah mereka. Adam dan Nabila bukan lagi dua insan yang saling mencari, tetapi dua jiwa yang telah memilih untuk saling mencintai hingga ke hujung nyawa mereka.
Dan jauh di tempat lain, Dr. Emir sedang memeriksa pesakit terakhir hari itu. Saat dia berjalan keluar dari hospital, dia melihat langit kota. Tidak ada bayang Nabila di sana. Hanya bintang-bintang yang mengisyaratkan... harapan belum mati.
Dia tersenyum, dan melangkah.
Kerana semua yang indah bukan semestinya yang kita miliki, tetapi yang kita redhai.
Bukan mudah untuk melepaskan dan bukannya mudah melupakan. Segalanya menuntut sejumlah masa dan perjuangan.
Share this novel