Haruman mawar seakan menyambut langkah pertama Nabila ke alam barunya sebagai menantu di rumah agam keluarga Dr Emir. Sesungguhnya, bagi Nabila, segala-galanya terasa bagaikan mimpi.
Dari seorang wanita kampung biasa yang membina kekuatan di kedai bunga kecilnya, kini dirinya bergelar suri hati seorang pakar ortopedik yang ternama.
“Welcome home, my dear,” bisik Dr Emir, saat tangannya menggenggam lembut jemari Nabila, mengiringi langkahnya meniti anak tangga marmar yang seakan bersinar di bawah cahaya lampu kristal.
Di ruang tamu utama, Datin Seri Mirinda dan Dato’ Rahman sudah menanti. Senyum di wajah mereka bukan sekadar senyum biasa, tetapi senyum yang lahir daripada kasih yang ikhlas dan restu tanpa syarat.
“Nabila, come here, my dear,” suara Datin Seri penuh kehangatan. Wanita anggun itu bangun dari sofa baldu, lalu merangkul tubuh menantunya. Pelukan itu erat, seakan menghapuskan segala resah yang pernah bertandang di hati Nabila sebelum ini.
“Terima kasih, mama…” suara Nabila bergetar. Air matanya hampir menitis, namun cepat-cepat diseka.Sejak diijabkabulkan sehinggalah kembali ke kediaman suami sudah berapa kali Nabila menumpahkan air mata. Rupanya apabila diuji begitu hebat, Allah menghadiahkan pelbagai kebahagiaan dan kejutan yang tidak diduga.
“Papa pun mahu peluk,” celah Dato’ Rahman dengan tawa lembut. Lelaki itu memeluk bahu Nabila, lalu menepuk-nepuknya perlahan. “You are part of us now, my daughter. We’ll make sure you are never lonely.”
Nabila hanya mampu mengangguk dan di sudut hati Nabila hanya ucapan kesyukuran dirafakkan kepada Allah atas segala nikmat yang tidak mampu didustakannya.
Hari-hari awal Nabila di rumah agam itu berjalan dengan tenang dan penuh mesra. Nabila pandai membawa diri. Walaupun terbiasa dengan kehidupan sederhana, dia tidak canggung bergaul dalam suasana mewah. Setiap pagi, sebelum Dr Emir berangkat ke hospital, Nabila akan menemani Datin Seri bersarapan di verandah menghadap taman bunga. Sesekali, mereka berbual tentang hal-hal kecil. Tentang menu masakan, tentang bunga orkid yang sedang mekar, malah tentang sejarah keluarga mereka.
“You know, Nabila,” kata Datin Seri suatu pagi, sambil menghirup teh melati, “I always dreamt of having a daughter who understands me… not just as a mother, but as a woman. And now, I have you.”
Nabila tersenyum. “I will try my best, mama. I am not perfect, but I want to be a daughter to you, not just a daughter-in-law.”
Datin Seri mengusap tangan Nabila dengan penuh kasih sayang. “That’s more than enough, my dear.”
Kehangatan itu semakin terasa setiap kali mereka makan malam bersama di ruang makan yang luas. Gelak tawa Dato’ Rahman selalu menghidupkan suasana. Lelaki itu gemar mengusik pasangan muda itu.
“So, Emir,” katanya suatu malam sambil menoleh ke arah anak lelaki kesayangannya. “When will we hear the cry of a baby in this house? It feels too quiet without little footsteps running around.”
Datin Seri menyambung dengan senyuman nakal, “Yes, dear. We are getting older. I think it’s time you give us a grandchild. Don’t you think so, Nabila?”
Wajah Nabila merona merah, menunduk sambil menggenggam hujung kain bajunya. “Mama…” bisiknya perlahan, malu dengan usikan itu.
Emir, yang duduk di sisinya, hanya ketawa kecil. “Papa, mama… let us breathe a little. We just got married.”
Namun Dato’ Rahman tidak berhenti mengusik. “Love grows quickly, son. Who knows? Maybe we will hear the good news sooner than you think.”
Nabila menatap Emir dengan wajah yang penuh malu namun bahagia. Dalam hatinya, dia berdoa agar suatu hari nanti doa papa dan mama itu dimakbulkan Allah, kerana dia sendiri menyimpan impian untuk membina keluarga kecil bersama lelaki yang kini menjadi sandaran hidupnya.
Pada waktu malam, ketika mereka berdua kembali ke kamar pengantin di tingkat atas rumah agam itu, Emir sering menenangkan hatinya. Kamar itu luas, dihiasi langsir sutera dan cahaya lampu chandelier yang redup. Namun bagi Nabila, bukan kemewahan itu yang penting
tetapi rasa aman ketika berada di sisi suaminya.
“Are you happy here, Nabila?” tanya Emir suatu malam sambil mengusap rambut isterinya.
“More than happy, Emir. I feel loved. Truly accepted. Your family treats me better than I ever d of.”
Nabila teringatkan segala janji-janji manis Emir suatu ketika dulu sewaktu Emir menagih cintanya.Dan kini nyata, Emir benar-benar meratukannya.
Emir meraih wajah isterinya. “That’s because you deserve nothing less. You are the heart of this home now. And I promise, as long as I live, you will never feel out of place.”
Air mata jernih mengalir di pipi Nabila, namun kali ini ia adalah air mata bahagia. Dia tahu, perjalanan hidupnya tidak selalu mudah. Tetapi kini, dalam rumah agam yang penuh kasih sayang ini, dia bukan lagi wanita yang harus menanggung kesepian. Dia adalah isteri, menantu, dan insya-Allah, suatu hari nanti, seorang ibu.
Malam demi malam, doa tidak pernah berhenti meniti di bibir Nabila. Dia bersyukur kerana Allah menghadiahkan sebuah keluarga yang menerima dirinya dengan sepenuh hati. Datin Seri dan Dato’ Rahman bukan sekadar mertua, tetapi bagai orang tua kandung yang tidak pernah jemu memberi restu dan kasih.
Dan di sisi Dr Emir, cinta itu tumbuh semakin dalam. Dalam bisikan, dalam doa, dalam senyuman yang mengikat dua jiwa.
Rumah agam itu bukan lagi sekadar bangunan mewah dengan marmar dan chandelier, tetapi sebuah istana kasih
tempat Nabila belajar erti keluarga sebenar. Tempat dia menanti dengan sabar detik paling indah yang didambakan setiap wanita iaitu dikurniakan cahaya mata, pelengkap bahagia mereka.
Setelah 2 minggu perkahwinan mereka, Nabila belum lagi diizinkan ke La Flora.Dr Emir sentiasa mahukan Nabila di sisinya. Katanya dia ingin menggantikan setiap momen yang telah mereka persiakan sejak mula dia mengenali Nabila. Nabila akur dengan permintaan suami, belahan jiwanya. Biarpun sudah berada dalam kehidupan mewah yang segalanya
tersedia, Dr Emir berjanji Nabila akan dibolehkan mengusahakan La Flora kerana Dr Emir tahu La Flora adalah denyut nadi Nabila.
Share this novel