KESUNGGUHAN MAMA

Romance Series 1533

Suasana di La Flora tenang dan bersahaja. Di bawah bumbung kaca yang menghamparkan sinar matahari ke seluruh ruang, kelopak-kelopak bunga tulip dan lili berseri dalam pasu kaca kristal. Bau harum mawar segar mengisi udara, seiring dengan senyuman pemilik kedai yang tidak lagi sarat duka.

Sudah setahun berlalu sejak lafaz talak memisahkan Nabila dari Adam. Setahun juga dia belajar berjalan semula dengan hati yang pernah luka, menegakkan kembali tiang kehidupannya yang hampir roboh. Kini, dia mampu tersenyum tanpa berpura-pura. Air matanya bukan lagi kerana derita, tetapi kerana syukur.

La Flora tidak sekadar sebuah kedai bunga. Ia menjadi lambang kebangkitan seorang wanita yang pernah rebah, namun bangkit dengan segala kekuatan dan keanggunan yang Tuhan pinjamkan padanya. Tempahan semakin banyak. Kedai semakin dikenali kembali. Dan nama Nabila kembali mekar, bukan sebagai isteri sesiapa, tetapi sebagai wanita yang berdiri atas namanya sendiri.

Dalam diam, Dr Emir sering hadir sebagai penyemangat hari-hari Nabila. Keakraban mereka menjadi usikan staff La Flora yang ingin melihat Nabila bahagia setelah larut dalam kesedihan yang panjang.Namun, kehadiran Dr Emir tanpa gendang cinta yang diketuk. Tiada rayuan yang memaksa. Dia hanya hadir, berkongsi kekuatan dan kata-kata peransang.

“Nabila…” suara lembutnya kedengaran pada suatu petang saat mereka duduk di beranda belakang La Flora.

“Ya, Dr Emir?”

“You know… even the strongest flowers still need rain to bloom.”

Nabila ketawa kecil. “Well, I’m not sure if I’m ready for the rain again. The last one almost drowned me.”

Dr Emir hanya mengangguk, matanya menatap kehijauan pepohon yang berderet di kejauhan. Dia tahu. Dia faham. Dan dia rela menunggu, walau selama mana pun perlu selagi nyawa dikandung badan.

Beberapa minggu kemudian, ketika angin mula bertiup dari timur dan bulan Syawal hampir berakhir, Datin Seri Mirinda, mama Dr Emir menyuarakan satu cadangan luar biasa.

“Emir, Papa wants us to go to the East Coast for a short break.”

Dr Emir terbatuk kecil, sedikit hairan. “East Coast? Are you sure, Mama?”

“Yes. Not abroad this time. Papa said we need to reconnect with something more… grounded. And I said why not?”

Dia hanya mengangguk. Tiada petanda awal tentang apa yang bakal terjadi. Baginya, percutian itu hanya waktu rehat. Namun takdir Allah itu halus dan selalu menyelitkan rahsia.

Perjalanan mereka membawa mereka ke sebuah daerah yang Dr Emir kenal benar. Hati kecilnya berdegup sebaik mereka menghampiri rumah kayu bercat putih dengan tangga batu yang pernah dipijaknya dahulu. Rumah itu tidak mewah, tetapi bersih dan penuh jiwa. Kali pertama dia ke sini, dengan hati yang remuk redam. Kali ini dia datang, tatkala hatinya sudah kembali pulih dari luka yang menghiris hati kerana penawarnya sudah dapat ditawan walaupun tidak sepenuhnya.

“Why did mama and papa come here?” tanyanya perlahan, menahan rasa yang sukar dijelaskan.

“Your steps are far too slow, Emir. We can no longer wait in patience. It's best we hasten something good. If we're lucky, we rise, if not, we sink together.

Langkah Emir terhenti di kaki tangga. Matanya bersabung dengan sepasang mata yang tidak asing. Mata yang sering dirindui dalam mimpinya. Mata yang seringkali menangis di hadapannya saat nama Adam tiba-tiba muncul di benak fikir Nabila.

“Oh,” hanya itu yang mampu keluar dari bibirnya.

Nabila kaku seketika di muka pintu, namun cepat menguntum senyum.Dia sendiri kaget dengan kehadiran Datin Seri dan keluarga di kediamannya yang baginya tidak layak dikunjungi oleh keluarga dari kalangan bangsawan. Walaupun terasa kerdil dan rendah diri, Nabila tetap menerima mereka dengan tangan terbuka.

“Assalamualaikum, silakan naik…”

Hari itu rumah kayu yang sederhana itu menjadi saksi pertemuan yang tidak dirancang, namun disusun indah oleh takdir. Datin Seri Mirinda yang selama ini menganggap kehidupan kampung itu terlalu 'raw' untuk duduk bersila di atas tikar mengkuang sambil menghirup teh panas tapi kali ini dia mudah beradaptasi. Dengan bersahaja menghirup teh panas sambil menikmati kek lapis buatan tangan Nabila yang menggugah selera. Hidangan yang sederhana tapi dari hati yang tulus ikhlas.

“This is heavenly. Do you always bake like this, Nabila?”

“Kadang-kadang je, Datin. Kalau ada tetamu istimewa,tapi entahlah Tiba-tiba saja tergerak hati saya nak buat kek ini. ” jawab Nabila, tersenyum manis.Mak dan ayah Nabila hanya tersenyum dan sesekali menyampuk perbualan mereka. Walaupun mereka terasa kekok untuk berbual dengan keluarga Dr Emir yang banyak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan tapi keramahan dan ketinggian budi Dato' dan Datin mengurangkan jurang perbezaan mereka.
Mama Dr Emir datang bukan dengan tangan kosong tapi Datin Seri Mirinda membawa pelbagai ole-ole dari kota London yang sering dikunjunginya. Beg tangan elegan, wangian berprestij, kain sutera lembut, dan pelbagai pemberian yang selama ini hanya menghuni mimpi seorang wanita sederhana.

Walaupun alasan kunjungan sekadar menziarah, tetapi bahasa tubuh dan kelembutan nada mereka membawa maksud yang lebih besar. Seolah-olah mereka datang membawa lamaran yang belum diikat dengan cincin, namun sudah penuh dengan restu dan cinta.

Di ruang tamu rumah kayu yang damai dan bersih dan dalam keheningan yang sarat dengan debar, akhirnya Datin Seri menyusun kata, lembut dan jujur:

“Saya tahu ini mungkin mengejutkan, tapi saya harus berkata dari hati. Nabila…bagi kami sekeluarga bukan sekadar wanita biasa. Dia punya kekuatan, kelembutan, dan akhlak yang membuatkan hati kami tunduk hormat. Jika Nabila sudi, saya dan suami ingin menjadikan dia sebagai menantu dalam keluarga kami.”

Mak Nabila mengangkat wajahnya. Ayah Nabila menghela nafas dalam. Mereka tidak menyangka perbualan ini akan sampai ke tahap itu. Tetapi jauh di sudut hati, mereka tahu permintaan itu bukan satu kejutan kerana sejak sekian lama Dr Emir mengejar cinta Nabila tapi Adam yang telah berjaya memenangi hati Nabila.

Nabila hanya tersenyum. Walaupun dia tidak menjangka kunjungan Datin Seri bukan kunjungan biasa tapi Nabila juga tidak menolak mereka. Nabila kenal Dr Emir dan tahu kesungguhannya. Andai Dr Emir hadir sebelum Adam, tentu Dr Emirlah yang akan bertakhtha di hatinya.
Senyuman ikhlas Nabila menzahirkan hati yang sudah mulai terbuka.
Dan ayahnya, yang membesarkannya sejak kecil, membaca bahasa hati anak gadisnya tanpa perlu bertanya.

“Kami bersyukur dan berbesar hati menerima kunjungan dan hasrat Datin sekeluarga. Nabila sudah dewasa… dan jika dia senang dengan pilihan ini, kami juga senang. Apa yang baik, jangan ditunda terlalu lama.”

Kata-kata dari ayah Nabila seolah-olah membuka jendela baru dalam perhubungan Dr Emir dan Nabila. Datin Seri dan Dato' Seri pun memandang pasangan mak dan ayah Nabila dengan senyuman yang penuh makna. Maka perbualan itu bertukar menjadi perbincangan mesra. Datin Seri, mak Nabila dan ayahnya duduk berteleku di meja makan, berbincang tentang majlis yang bakal dirancang. Tiada ketegangan, tiada paksaan,hanya rasa syukur dan muafakat yang menyatukan dua hati dan dua keluarga.

“Tak perlu terlalu besar. Cukuplah kita buat sederhana tapi penuh makna,” kata ayah Nabila. Datin Seri sambil menyisip teh, mengganggukkan kepala“Saya berhasrat untuk menyatukan bujang terlajak saya dengan Nabila sudah sekian lama.Di sebelah pihak keluarga Nabila, saya serahkan saja kepada encik sekeluarga. Dan di sebelah pihak saya, inilah perkahwinan pertama. Saya akan berikan yang terbaik untuk Emir.

Mak Nabila mengangguk perlahan. “Majlis kecil, tapi doanya besar.”

Ayah Nabila pula bersuara, “Kalau boleh, kita tetapkan tarikh sebelum Disember. . Biar semua lebih mudah diatur.”

Dan di sebalik perbualan itu, Nabila duduk di sisi dengan senyuman malu.Walaupun ini bakal menjadi perkahwinan ke dua buatnya tapi auranya berbeza. Jika dulu perkahwinan dilangsung tanpa basa-basi pihak pengantin lelaki kerana Adam dari benua berbeza tapi kini ada kesepakatan dan permuafakatan ke dua-dua belah pihak.Tiada yang lebih membahagiakan daripada melihat keluarganya menerima seseorang yang selama ini diam-diam menjadi tempat dia bersandar secara perlahan.

Sebelum keluarga Dr Emir berangkat pulang ke kota, satu persetujuan telah dicapai. Tarikh pertunangan ditetapkan. Hati-hati yang dahulu pernah luka kini perlahan-lahan dijahit kembali dengan benang harapan baru.

Dr Emirlah yang paling beruntung kerana menyimpan perasaan dalam diam dan menunggu tanpa kepastian akan menyita lebih banyak masanya, kini tersenyum lega.Wanita yang dipujanya hanya beberapa langkah lagi bakal menjadi miliknya. Walaupun sudah janda tapi tetap perawan yang menawan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience