Cahaya petang yang lembut merayapi ruang kediaman besar keluarga Dato’ Rahman. Sejak berita Dr Emir dan Nabila akan disatukan, rumah itu menjadi semakin sibuk. Suasana bagaikan sebuah istana kecil yang tidak pernah sunyi dengan perbincangan, panggilan telefon, dan tempahan yang silih berganti.
Datin Seri Mirinda, wanita yang terkenal dengan ketelitian dan cita rasa tingginya, menjadi nadi utama perancangan. Seolah-olah beliau sedang menulis sebuah simfoni agung, di mana setiap notanya perlu sempurna, setiap perinciannya tidak boleh ada cela.
“Emir, sayang, kita mesti pastikan segala-galanya berjalan lancar. This wedding will not just be a wedding, it will be the wedding,” kata Datin Seri sambil meneliti katalog butik pengantin antarabangsa.
Dr Emir hanya mengangguk sambil tersenyum tipis. Hatinya lebih terarah kepada Nabila, gadis sederhana yang kelak akan menjadi isterinya. Dia tahu, Nabila bukanlah seorang yang cerewet tentang perhiasan, busana atau lokasi. Namun dia tetap ingin memastikan bahawa di sebalik gahnya persiapan ini, kebahagiaan Nabila tidak terabai.
Hari itu, Nabila dibawa ke sebuah butik pengantin terkenal di pusat bandar. Deretan gaun putih berkilau bergantungan di bilik pameran, bagaikan hamparan awan yang dijelmakan. Jurusolek dan pereka fesyen terkenal sudah menanti, memberi salam mesra.
“Miss Nabila, this gown will be perfect for you. The lace detailing, the flowing train.
It’s timeless,” ujar pereka itu, matanya penuh keyakinan.
Nabila menatap pantulan dirinya di cermin besar. Busana yang dipilih bukan sesuatu yang pernah diimpikannya. Namun, dengan tenang dia tersenyum.
“Kalau Datin Seri suka, I’ll wear it,” jawabnya lembut, suaranya seakan berbisik.
Datin Seri Mirinda menepuk tangan kecilnya dengan penuh teruja.
“Perfect! You look absolutely stunning. This is the gown you’ll wear for the reception at the Grand Hyatt.”
Nabila hanya tunduk, mengekalkan senyuman. Dia tidak pernah menyoal, tidak pernah menolak. Setiap pandangan Datin Seri diterima dengan hati yang berlapang dada. Baginya, perkahwinan bukan tentang pakaian atau pelamin yang mewah, tetapi tentang penyatuan dua jiwa.
Dr Emir memerhati dari jauh. Matanya membaca bahasa tubuh Nabila yang lembut, yang lebih banyak mengalah daripada menuntut. Dia menghampiri perlahan, membisikkan di telinganya,
“As long as you are happy, Nabila. If you want something else, just tell me.”
Nabila menoleh, senyumannya tenang.
“I’m fine, Emir. Really. Happiness is not in the dress, it’s in the marriage we are about to build.”
Jawapan itu membuatkan Emir menahan sebak yang tidak terucap.Betapa sederhananya wanita yang akan menjadi pelengkap kehidupannya. Tidak pernah menuntut lebih walaupun Dr Emir mampu memberikan segalanya untuk Nabila.
Beberapa hari berikutnya, perbincangan beralih kepada andaman. Datin Seri memilih jurusolek ternama yang pernah menguruskan wajah selebriti dan kerabat diraja.
“On that day, Nabila must glow like a queen,” kata Datin Seri tegas.
Pereka andaman itu mengangguk penuh yakin. “We will enhance her natural beauty. Soft glam, not too heavy. She will shine.”
Nabila hanya menunduk. Dia bukanlah seorang yang gemar bersolek tebal, tetapi dia akur. Dalam diam, hatinya berdoa agar semua berjalan lancar dan tidak memberatkannya.
Dr Emir sekali lagi menjadi pendengar setia, menenangkan dengan kata-kata ringkas.
“You’ll look beautiful, with or without make-up. That’s the truth I hold.”
Nabila hanya membalas dengan lirikan mata yang sarat dengan rasa syukur.Nabila bahagia kerana Dr Emir sentiasa mengutamakan pendapat dan pandangan Nabila dalam semua hal walaupun perkara-perkara tersebut merupakan perkara yang remeh bagi orang lain. Namun seorang Nabila bukanlah seorang yang cerewet dan mengada-ngada. Nabila diterima dengan baik dengan status dirinya sebagai janda adalah satu penghormatan terbesar buat Nabila.
Persiapan mencapai puncaknya apabila tarikh perkahwinan semakin dekat. Grand Hyatt Kuala Lumpur menjadi lokasi utama. Ballroom mewahnya dipilih kerana kemegahan siling kristal, ruang yang mampu menampung ratusan tetamu, dan layanan bertaraf dunia.
Hari itu, dewan dipenuhi dengan pasukan dekorasi. Bunga-bunga mawar putih, orkid ungu, dan tulip segar diatur dalam jambangan besar. Cahaya lampu keemasan mencurah ke seluruh ruang, memberi suasana bagaikan istana.
Pelamin yang tinggi dan berkilau dipasang di tengah dewan. Tabir renda putih bergemerlapan dengan kilauan kristal Swarovski. Karpet merah terbentang sepanjang laluan utama, menunggu langkah Nabila yang bakal bergelar isteri.
Datin Seri berdiri di tengah dewan, matanya berkaca-kaca melihat hasil kerja yang hampir sempurna.
“This is it. This will be the most memorable night of their lives.”
Sepanjang minggu-minggu persiapan, Nabila tetap dengan sikapnya yang sederhana. Dia hadir ke setiap sesi fitting, setiap perbincangan, tetapi tidak sekali pun menimbulkan keberatan.
“Do you like this colour theme, Nabila?” tanya Datin Seri pada suatu hari.
“Of course, mama. It’s beautiful,” jawabnya mesra.
Padahal, dalam hatinya, warna lembut pastel mungkin lebih dekat dengan jiwanya. Namun, dia memilih untuk membiarkan Datin Seri merasai kegembiraan mengatur segalanya.
Bagi Nabila, restu keluarga adalah kunci kebahagiaan rumah tangga. Jika hatinya perlu sedikit mengalah demi senyuman mereka, dia rela.
Dr Emir kadang-kadang merasa bimbang. Dia sedar Nabila tidak pernah bersuara. Sering kali dia memandang wajah Nabila, mencari tanda-tanda penat atau kecewa. Tetapi setiap kali, dia hanya menemui senyuman yang lembut, seolah-olah Nabila mahu meyakinkan bahawa segalanya baik-baik sahaja.
“Emir,” kata Datin Seri suatu malam, “I’m so happy with Nabila. She’s not difficult at all. She trusts me with everything.”
Emir mengangguk, tetapi hatinya berbisik: “She trusts too much. I must not let her voice disappear.”
Malam sebelum majlis, Nabila duduk di kamarnya di rumah keluarga Emir. Busana pengantin tergantung rapi, berkilau dalam cahaya lampu.
Dia menarik nafas panjang, jantungnya berdebar. Bukan kerana kerisauan tentang majlis yang gah, tetapi kerana tanggungjawab besar yang bakal dipikul.
Di luar kamar, Emir mengetuk perlahan.
“May I?”
Nabila mengangguk, senyumannya halus. Emir melangkah masuk, duduk bersebelahan.
“Are you ready?” suaranya rendah.
Nabila menunduk, jari-jemarinya bermain di riba.
“I am. Ready to be your wife, Emir. That’s the only thing I think about.”
Emir memandang wajah Nabila dengan penuh kasih sayang dan pengharapan .
“Then nothing else matters. Not the flowers, not the ballroom, not the gown. Just you and me, under Allah’s blessing.”
Air mata menitik di sudut mata Nabila. Saat itu, segala kepenatan persiapan, segala kompromi dan diamnya terbayar dengan kalimat yang tulus dari lelaki yang akan menjadi suaminya.
Hari yang ditunggu akhirnya menjelang. Dewan berkilau, tetamu datang dalam pakaian indah, muzik lembut mengiringi suasana. Semua mata tertumpu kepada pasangan itu.
Keluarga Nabila dari kampung telah lama berkumpul di hotel yang disediakan oleh keluarga Dato' Rahman. Majlis yang dirancang untuk diadakan di sebelah keluarga Nabila tidak kesampaian kerana keadaan kesihatan mak dan ayah Nabila yang tidak memuaskan. Maka di saat akhir, majlis perkahwinan disatukan bersama keluarga Dr Emir di Grand Hyatt Hotel. Majlis yang tidak pernah diimpikan oleh Nabila dan keluarganya.
Tetapi di sebalik keindahan yang dilihat tetamu, hakikat yang lebih besar tersimpan. Hati Nabila yang ikhlas, kesediaannya menerima dengan lapang dada, dan Emir yang berjanji akan menjaga Nabila selagi ada hayatnya.
Kerana sesungguhnya, walau gahnya persiapan, walau hebatnya hotel dan pelamin, yang lebih utama adalah dua jiwa yang memilih untuk saling melengkapi.
Dan pada malam itu, di tengah gemerlapan lampu kristal, doa mereka naik ke langit.
semoga rumah tangga yang dibina berpanjangan hingga ke syurga.
Share this novel