PERJUANGAN

Romance Series 1533

Senja menjingga sudah pun lama berlayar ke ufuk,
membiarkan malam melakar lengkung rembulan di dada langit.
La Flora tidak tidur hari itu.
Mereka berlari dengan masa, meniti kelopak dan daun,
mencipta gubahan seindah syair buat seorang wanita istimewa iaitu
mama kepada Dr Emir. Lelaki yang diam-diam cuba mencuri ruang di hati Nabila.

“Guys , kita kena pastikan semuanya sempurna,”
kata Nabila, matanya penuh api tekad,
namun bibirnya tersenyum lembut pada Zara dan team La Flora.
Tangan Zara tidak henti menyusun anggerik kuning dan mawar putih
seperti menyulam harapan dalam diam.

Persiapan ini bukan seperti tempahan biasa.
Ini adalah hadiah istimewa seorang anak kepada cinta pertamanya.Walaupun tempahannya secara tiba-tiba, bukanlah alasan untuk mereka menyiapkannya secara sambil lewa.La Flora sendiri berdiri bukan kerana bunga sekadar dagangan tetapi bahasa jiwa yang dikarang penuh rasa.Kedai-kedai bunga yang tersohor berlumba menjual trend dan nama tapi La Flora menjual makna.

Usai segala persediaan dan persiapan,
selepas solat Maghrib,
mereka tiba di hadapan sebuah banglo tiga tingkat
yang berdiri megah seperti istana di tengah langit malam.

“Subhanallah,” bisik Zara, menahan nafas.
“Cantiknya rumah ni, Kak Nab. Macam cerita dongeng.”
"Wah, asyik!" Sahut pekerja-pekerja lelaki pula.

Nabila hanya diam.
Hatinya juga tergamam melihat senibina rumah yang seolah dilakar arkitek terhandal.
Dengan tiang-tiang marmar, limpahan cahaya keemasan
dan hampir sepuluh kereta mewah
berjejer tenang di ruang garaj. Kereta yang tak pernah Nabila naiki walaupun di dalam mimpi.

Seorang pengawal di post guard menyambut mereka.

“Assalamualaikum, boleh saya bantu?"
Suaranya tegas namun sopan.

" Kami dari La Flora,” jawab Nabila.
“Kami menerima tempahan bunga untuk majlis hari lahir puan.”

" Oh, Puan Seri!!Saya telah dimaklumkan sejak petang tadi."

Pengawal itu mempersilakan masuk setelah
sebuah panggilan dibuat.
Beberapa detik kemudian, pagar terbuka perlahan dan van La Floral meluncur perlahan menuju ke ruang parkiran.

Di hadapan pintu utama,
seorang wanita anggun dalam balutan baju kurung rona champagne
berdiri dengan senyuman selembut embun pagi.

“Assalamualaikum, sayang...”
Itulah suara mama Dr Emir,
yang segera memeluk tubuh ramping Nabila,
lalu mencium pipinya berkali-kali.

“Oh, thank you, thank you for coming all this way, my dear.”
Suaranya bergetar dengan rasa syukur dan kasih sayang.
“I know it was last minute. But you made it. You really made it.”

Nabila hanya mampu tersenyum.
Dia agak kekok dilayan sebegitu rupa. Tidak terbiasa dengan pelukan seorang wanita berkelas tapi humble orangnya
Namun ada sesuatu pada pelukan mama Dr Emir
yang membuatkan dadanya terasa hangat. Nabila terasa sebuah keikhlasan
dan ketinggian budi tanpa mengira status ekonomi.

Gubahan bunga pun disusun.
Mawar putih menjadi lambang suci.
Orkid kuning pula mewakili kekuatan dan keanggunan.
Diletakkan berhampiran perabot berwarna putih keemasan.
Ia seolah-olah berpadu dalam simfoni warna yang menyejukkan mata.

“Ya Allah,” ucap Mama Emir, mengusap kelopak mawar,
“This is exquisite. You’ve outdone yourself, Nabila.”

“You and your team are truly artists,” tambahnya.
“And you”
matanya menatap Nabila dengan makna yang dalam,
“If you won’t say yes to Emir’s heart, at least say yes to mine.
Be my daughter. I’ve never had one.
But tonight, I feel like Allah sent you to me.”

Nabila tunduk. Tidak tahu harus berkata apa.
Dadanya sesak oleh emosi yang tak bernama.

Beberapa minit kemudian,
deru enjin kereta kedengaran perlahan berhenti.
Dr Emir muncul dari pintu utama.

Matanya segera menangkap sosok Nabila,
yang sedang membetulkan susunan bunga terakhir.
Langkahnya yang tadinya lelah, kini kembali bertenaga.

“Ma,” ucapnya, mendekat.
“Sorry I’m late. Had a long surgery.”

“Look who’s here,” kata Mama Emir sambil menuding ke arah Nabila.
“She made the whole place look like paradise.”

Emir hanya tersenyum.
Pandangan matanya tidak lepas dari wajah Nabila,
yang kini menahan debar dalam diam.

“You’ve worked too hard today,” katanya, lembut.
“Let me ask the kitchen to prepare dinner.
Kamu dan team kamu perlu makan sebelum pulang. Jika tidak makan, saya tidak izinkan melangkah kaki keluar dari rumah saya.”

“Oh, Dr Emir!! Tak perlu” Nabila menolak dengan sopan.
“Apapun, saya ucapkan terima kasih atas layanan yang terbaik. ”

“Please,” Emir menegaskan dengan suara rendah namun tegas.
“I insist. Don’t be shy."

This could be... the beginning.”

“The beginning of what?” soal Nabila, hampir berbisik.

Emir tersenyum kecil.
“The beginning of many dinners together,” katanya.
“Maybe not as client and florist,
but perhaps... something more.”

Nabila hanya membisu.
Dalam diam dia memandang orkid yang digubah tadi.
Seolah ia memahami rasa dalam hatinya sendiri.
Antara logika dan debaran,
antara realiti dan kemungkinan.

“Don’t say anything now,” bisik Emir.
“Let time write what we can’t yet name.”

Mama Emir memandang dari jauh,
hati seorang ibu mengerti bahasa yang tak terucap.

Malam itu, di ruang makan yang damai,
Nabila dan para staff duduk dalam suasana mesra.
Juadah dihidang meriah. Pelbagai menu bersusun seolah persiapan rapi telah di buat untuk menyambut kehadiran Nabila dan pekerja.

“Thank you, for tonight,” kata Puan Seri dan Dr Emir serentak kepada Nabila
saat mereka menemani Nabila dan pekerja Nabila hingga ke pintu keluar.

Nabila mengangguk.
"My pleasure." Balas Nabila
“This night… will be remembered.” bisik Dr Emir.

Walaupun Nabila berkali-kali menolak dalam diam yang santun,
walaupun hatinya seperti pintu kayu jati yang hanya dibuka oleh kunci takdir,
Dr Emir dan mamanya tidak goyah.
Mereka tidak menjadikan penolakan sebagai noktah,
tetapi sebagai koma
kerana bagi mereka, cerita belum berakhir.

Dr Emir pula menatap dari jauh,
membaca bait-bait senyuman Nabila
seperti puisi yang belum diberi tajuk.

Sejarah selalu memihak kepada yang tidak lelah berjuang.
Kerana cinta yang tulus bukan tentang memaksa,
tetapi tentang sabar mendaki dinding hati yang tinggi,
menunggu waktu Tuhan membuka jendelanya sendiri.

Dan bukankah dalam sejarah,
pejuang selalu dicatat sebagai pemenang?
Bukan kerana mereka tidak pernah ditolak,
tetapi kerana mereka tidak pernah berhenti berharap.
Meski dalam diam,
Begitulah apabila cinta hadir di jiwa,
yang berani mencintai seseorang
bukan kerana pasti dimiliki,
tetapi kerana mereka tahu
kadangkala yang baik itu layak diperjuangkan,
walau berkali ditolak dan diremehkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience