IJAB KABUL ADAM & NABILA

Romance Series 1533

TIGA PURNAMA TELAH BERLALU

Sudah tiga purnama berlalu, Dr Emir mula belajar mengikis nama Nabila dari lubuk hatinya.Dr. Emir, lelaki yang nampak tenang di permukaan, menyimpan gelora yang tak pernah padam dalam dada. Biarpun hari-harinya dipenuhi dengan tugas sebagai pakar ortopedik di hospital yang sibuk merawat dan membetulkan tulang-temulang manusia,tiada siapa yang tahu dalam diamnya dia cuba membetulkan hatinya yang retak seribu. Malam-malam yang dilaluinya tetap dihuni bayang kenangan bersama Nabila.

Dia cuba tegar. Cuba memadam nama itu dari sudut hati yang paling dalam. Tapi kenangan bukan seperti luka yang boleh dibasuh dan dibalut. Ia seperti parut. Tetap di situ, meskipun sakitnya telah reda.

Namun satu panggilan, satu suara dari lelaki Inggeris yang pernah duduk di sebelahnya dalam pesawat ke England
telah menggoncang seluruh ketenangan yang baru sahaja dibina.

"Hey Emir, it’s Adam Collen. I hope I’m not disturbing you."

Degup jantung Emir melambung.

“Of course not. It’s been a while, Adam. How are you?”

“I’m getting married next week, mate. And I’d love for you to be there.”

Kad undangan itu menyusul selepas itu melalui aplikasi whatapp. Nama pengantinnya terpampang jelas. Dan nama pengantin perempuan itu… Nabila Huda binti Zainal Abidin.

Benarlah semua telahannya. Nabila, cinta hatinya, akan menjadi milik lelaki lain. Dan lelaki itu adalah Adam.Dunia ini penuh teka-teki dan kejutan.

Dr. Emir termenung lama di ruang tamu rumah agam milik keluarganya. Matanya merenung kosong kad undangan berwarna krim dengan sulaman emas. Di belakangnya, suara langkah kaki yang sudah dikenalinya sejak kecil menghampiri perlahan.

“Emir?” suara lembut ibunya, Datin Seri Mirinda, menyapa.

Dia memandang ibunya seketika. Kemudian menayangkan skrin telefon bimbitnya.
Datin Seri Mirinda melihat tanpa komen apa-apa kerana dia sudah sangat mengerti bahawa sudah berlaku penolakan dari Nabila sejak awal lagi tapi anaknya Dr Emir masih memilih untuk berjuang.

“Mama... Should I go?”

“You’re asking if you should attend the wedding?” ibunya menyambut pertanyaan itu dengan tenang.

Emir mengangguk. Dadanya beralun menahan sesak yang berkunjung tiba-tiba.

“You’re hurt, Emir. I can see it in your eyes,” ujar ibunya sambil duduk di sebelah.

“Yes, Mama. It hurts more than I imagined. I thought I was over her. But... it’s like hearing her name again reopened everything.”

Datin Seri Mirinda menggenggam tangan anak lelakinya.

“Listen to me again, my son. Sometimes, love is not about possession. Sometimes, it’s about letting go. If you truly loved her, bless her happiness.”

“But what if I can’t?”

“Then let this be your closure. Attend the wedding. See her happy. And free yourself from the illusion of ‘what if’.”

Emir terdiam. Nafasnya dalam. Pandangannya jatuh ke atas kad jemputan semula.

“Alright, Mama. I’ll go. For me. Not for her. Not even for him. But to finally put an end to what’s been haunting me.”

MAJLIS YANG MERANAPKAN JIWA

Majlis pernikahan berlangsung secara sederhana di kediaman Nabila. Ia bukannya sebuah majlis perkahwinan mewah yang diimpikan Dr Emir.Ramai tetamu yang terdiri dari masyarakat kampung membanjiri halaman rumah. Hanya 2 sosok berwajah asing iaitu Adam dan mungkin ayahnya. Emir melangkah masuk perlahan, wajahnya tenang namun dadanya bergelora.

Adam melihat kelibat Dr. Emir dari kejauhan. Dia tersenyum lebar, lalu segera mendekat.

“Dr. Emir! You came!” Adam memeluknya erat.

Dr. Emir hanya tersenyum.

“Of course. I said I would. Congratulations, Adam.”

“Thanks, mate. It means a lot to me. I never thought you’d show up.”

Emir menelan liur.

“Neither did I.”

Saat itu, Nabila melangkah masuk ke ruang utama, anggun dalam persalinan gaun putih sederhana tapi sangat memukau pandangan Dr. Emir. Dunia seakan berhenti berputar. Nabila melihatnya. Dan wajah Nabila berubah seketika. Matanya sedikit membulat, seolah tidak percaya Dr. Emir berdiri di situ.

“Dr. Emir...?” Nabila bersuara perlahan saat dia menghampiri mereka.

“Nabila,” jawab Emir, suaranya nyaris bergetar tapi ditahan penuh maruah.

Adam, tanpa menyedari ketegangan itu, tersenyum mesra.

“You two know each other?” katanya.

Nabila dan Emir saling berpandangan seketika, sebelum Nabila menjawab perlahan.

“We... used to.”

Adam tersenyum, tidak menyedari beban emosi yang tergantung di antara mereka berdua.

“Small world, huh?”

Emir memandang ke arah Adam dan kemudian ke arah Nabila.

“A very small world.”

Selepas upacara selesai dan para tetamu mula beransur pulang, Dr.Emir berdiri di tepi khemah.

Adam datang menghampirinya.

“You’ve been quiet all evening,” ujar Adam.

“Weddings aren’t exactly my thing,” balas Emir, cuba berseloroh.

“I owe you the truth,” Adam memulakan bicaranya.
Why did Nabila suddenly change when you arrived? What is it that you're hiding from me?"

Emir menoleh kepadanya.

“It doesn’t matter now, Adam. She made her choice. And you’re a good man. She’ll be safe with you.”

“Still... I feel like I’ve taken something that was never meant to be mine.”

Emir tersenyum pahit.

“If she was truly mine, nothing could have taken her away.”

Adam terdiam.

“Thank you for coming,” katanya selepas beberapa ketika.

“I needed to,” jawab Emir. “To end it properly.”

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Emir duduk di tepi tingkap pesawat, merenung langit malam yang terbentang luas. Kepalanya bersandar perlahan. Dia menarik nafas panjang, dan untuk kali pertama dalam tiga purnama, dia tidak terasa sesak di dada.

Air mata tidak lagi turun. Hatinya perlahan-lahan menerima takdir. Cinta sejati tidak semestinya memiliki. Dan dia akhirnya berdamai.

Cinta tidak pernah bersalah. Yang menyakitkan adalah harapan yang tidak kesampaian. Dalam hidup ini, kita bukan sentiasa diberi apa yang kita mahu. Kadangkala, kita diberi apa yang kita perlu untuk belajar, untuk melepaskan, dan untuk membina semula.

Dan bagi Dr. Emir, hari itu bukan sahaja hari Nabila menjadi milik orang lain, tetapi juga hari dia menemui kembali dirinya yang hilang dalam duka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience