JANGAN PERSULITKAN

Romance Series 1533

Nabila agak kepenatan menyiapkan pelbagai gubahan bunga.Tempahan datang dari pelbagai individu dan juga daripada syarikat-syarikat ternama.Walaupun staff Nabila kesemuanya berbakat menggubah tapi Nabila sering memberikan sentuhan akhir terhadap gubahan-gubahan mereka.Bukannya tidak percaya terhadap keupayaan mereka tapi satu kepuasan bagi Nabila berbuat demikian.

Ketika Nabila merebahkan badan di sofa bed yang beralaskan tilam nipis di ruang tamu rumahnya, bunyi notification berkali-kali dari telefon bimbitnya mengurungkan niat Nabila untuk memejamkan mata. Rupanya malam ini, majlis hari lahir Puan Seri Mirinda yang perlu dihadiri.
Wanita berhati mulia yang baru dikenali tetapi menjadi sosok yang dihormati.

Jika tidak memikirkan kesungguhan Puan Seri menjemput Nabila dengan mengundangnya berkali-kali, Nabila berasa berat hati untuk pergi.
Setiap hela nafas seperti dipagari rasa rendah diri yang tidak dapat disembunyi.
Dia hanyalah anak kampung,
yang suatu ketika dahulu bermain lumpur,
membasuh kaki di tali air,
dan tinggal di rumah yang hanya layak digelar pondok oleh keluarga kelas bangsawan.

Dia hadir bukan kerana impian untuk menjadi sebahagian daripada dunia itu,
tetapi kerana kebaikan seorang wanita yang pernah memeluknya tanpa prejudis.

Sebenarnya bukan mudah untuk memujuk Liya menemani Nabila ke majlis tersebut. Tapi setelah Nabila merayu dan menceritakan segala yang dilaluinya bersama Dr Emir dan mamanya maka baru lah Liya bersetuju. Itu pun kerana dia ingin melihat sendiri sejauh mana ketampanan Dr Emir dan mengenali keluarga Dr Emir. Nabila tahu, Liya berniat baik. Dia tidak mahu sesiapapun mengkhianati sahabatnya.
Bertemankan Liya, Nabila tidak akan keseorangan mengharungi malam yang penuh teka dan lirih rasa.

Setibanya mereka di halaman rumah agam keluarga Dr Emir,
pemandangan mewah menyambut pandangan.
Deretan kereta mewah bagaikan perhiasan istana moden.

“Wow, Nab... Ni rumah ke Istana ?” Liya berbisik sambil berdecak kagum.

Nabila tersenyum hambar. “Inilah dunia Dr Emir. Bukan dunia kita.”

Ketibaan mereka disambut oleh Dr Emir sendiri.
Kemeja warna nude yang membalut tubuhnya bagaikan satu kod yang menyatu
antara dia, keluarganya, dan... Nabila.
Wajahnya bersinar saat melihat Nabila benar-benar hadir.

“I can’t believe you’re really here,” ucap Dr Emir perlahan, hampir berbisik.

“I’m here because of your mother. I owe her that much,” jawab Nabila jujur.

Tidak sempat lebih lama berbicara,
nama Nabila dipanggil oleh pengacara.
Semua mata tertumpu kepadanya
kerana hanya dia dan keluarga Dr Emir yang berpakaian warna senada iaitu nude.
Tetamu lain hadir dalam tema hitam dan putih.Nabila hadir dengan busana berwarna tersebut kerana mesej yang diterima menyatakan warna tema majlis tanpa menyangka warna tersebut dipakai hanya oleh keluarga Dr Emir.

“Who is that girl?”
“She’s standing next to Dr Emir.”
“Is she his... fiancée?”

Bisikan bertali arus menusuk ke telinga Nabila,
namun dia melangkah ke depan,
bukan kerana megah,
tetapi kerana menghormati Datin Seri yang sudah berdiri menantinya dengan senyuman yang penuh kasih.

Datin Seri memeluk Nabila dengan penuh keikhlasan.
Bagai seorang ibu yang menyambut anak yang lama dirindui.

“Thank you for coming, dear. Your presence tonight… means so much to me.”

“It’s the least I could do. You've always been kind to me, Datin.”

“Kindness is earned, Nabila. And you… you’ve touched many hearts just by being who you are.”

Nabila menghulurkan sejambak mawar putih.
Bunga yang digubah tergesa,
namun lahir dari ketulusan seorang gadis biasa.

“I know you already have everything. This bouquet… it’s nothing grand. Just a small reminder from me.”

“This... is precious. More than any diamond, more than gold. It tells me you remembered. And that you care.”

Acara potong kek dan makan malam selesai dengan meriah.
Dr Emir kembali menghampiri Nabila dan Liya.
Katanya, malam itu dia akan menjadi tuan rumah kepada mereka berdua.
Liya yang tidak dapat menahan rasa teruja mula bersuara nakal.

“Doktor Emir, boleh tak kalau kita nak... house tour?”

“Liya!” jerit kecil Nabila, malu sendiri.

Emir hanya ketawa. “Permintaan diterima.”

Banglo itu umpama dunia dalam dunia.
15 bilik tidur, 12 bilik air, panggung wayang, kecil, spa, pejabat, perpustakaan...
dan akhirnya mereka sampai di satu bilik.
Bilik yang dihias seperti kamar pengantin
dengan langsir renda, lampu gantung kristal, dan katil empuk bersaiz raja.

“This,” bisik Dr Emir, “is where I want us to be. You and me. If God wills.”

Nabila tersentak. “Please… don’t joke about things like this.”

“It’s not a joke, Nabila. I’m serious. I’ve never been more sure of anything in my life.”

Nabila menunduk. Wajahnya merah.
Dalam hatinya, ada nama yang masih teguh terpahat.
Namun lelaki di depannya ini tidak bermain kata.
Dia hadir dengan niat,
bukan sekadar hasrat.

Ketika malam sudah semakin larut, Nabila ingin meminta diri.
Namun Datin Seri dan Dato’ Seri memintanya menunggu hingga ke akhir acara.
Mahu tidak mahu, Nabila dan Liya akur demi menghormati sang empunya majlis.

Dalam perjalanan pulang, suasana sunyi menyelubungi.
Sehingga Liya memecah keheningan dengan suara serius yang jarang keluar dari bibirnya.

“Nab...”

“Ya?”

“Aku tahu kau masih ingat Adam. Tapi tolong fikir dua kali sebelum kau tolak Emir.”

“Liya...”

“Dengar dulu. Emir hadir dalam hidup kau seperti sebuah anugerah yang paling berharga.Keluarga dia terima kau macam darah daging sendiri. Mereka bukan orang biasa, Nab. Tapi mereka tak pernah pandang kau sebelah mata.”

“Aku tahu. Tapi Adam…”

“Adam ,kau baru kenal dia. Bagi aku hanya virtual relationship. Dia tak pernah jejak kaki jumpa keluarga kau. Dia baru masuk Islam, dan tanggung jawab kau besar. Nanti semua beban tu kau akan tanggung sorang-sorang. Kau masih nak perjuangkan Adam? "

Nabila diam. Matanya menatap keluar jendela.
Lalu dia bersuara, seakan puisi yang hanya difahami langit.

“Aku tak pernah nak mainkan perasaan sesiapa. Tapi hati ini… masih ada satu nama.
Aku bukan wanita yang boleh berpaling semudah itu.
Tapi aku juga bukan wanita yang tak tahu menilai keikhlasan.
Aku dapatkan rasakan kesungguhan Emir tapi biarlah segalanya berjalan mengalir selari dengan adalah takdir… maka biarlah takdir itu datang dengan petunjuk dari Tuhan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience