Waktu berjalan seperti titisan embun yang jatuh perlahan dari hujung dedaunan.
Hari berganti, dan perbualan antara Nabila dan Adam semakin sarat dengan makna.
Bukan lagi soal siapa mereka, dari mana asalnya, atau perbezaan yang membentang
tetapi tentang arah hidup, tentang jiwa yang mahu mencari pulang.
Pada suatu malam yang sunyi, mesej Adam hadir seperti biasa. Namun kali ini nadanya berbeda.
Tidak lagi hanya sapaan mesra atau pujian halus, tetapi getar dari hati yang mulai sedar.
“Nabila,” tulisnya,
“D you think someone like me… someone who has lived without faith for so long, can ever find his way back to God?”
Nabila terdiam. Matanya tidak berkelip.
Kalimat itu bukan biasa. Itu bukan sekadar bicara, tapi jeritan jiwa yang sedang dahaga.
“Adam,” balas Nabila perlahan,
"The human heart was not created to remain empty. And God never distances Himself — it is we who walk away. If you wish to return, then know that He is closer to you than your jugular vein."
Mesej-mesej selepas itu mengalir seperti air dari sumber mata yang baru ditemui.
Adam membuka kisah hidupnya.
Tentang keluarganya yang sekular, tentang zaman universiti yang penuh persoalan, tentang rasa hampa yang membalut kehidupannya walau di puncak kerjaya.
“I’ve seen success, Nabila. I’ve had promotions, cars, vacations… but there’s still a silence inside.
And when I read your words, I feel like… maybe faith is the only music that can fill that silence.”
Nabila membaca kata demi kata, jiwanya bergelora.
Ini bukan lagi soal perkenalan atau SIMPATI.
Ini soal tanggungjawab sebagai insan yang beriman.
Namun dia juga manusia biasa.
Hatinya tidak kebal. Perasaan halus mula mengetuk-ngetuk dinding hati.
Lalu dia menyusun kalimat dengan cermat, bak menyusun kelopak mawar agar tidak tercalar durinya.
“Adam, I’m not qualified to teach faith. Only to share what I know, and guide you to those who truly understand it.”
“But if your heart is already whispering his name… then that’s the first sign that his calling you back.”
Beberapa hari selepas itu, Adam menulis lagi.
“I read about Islam. I watched videos, read translations of the Qur’an, and somehow… it didn’t feel foreign.
It felt like a memory I’ve forgotten. Like a home I’ve been away from.”
Nabila memandang telefon bimbitnya lama.
Di hatinya ada rasa yang sukar ditafsirkan: syukur, takut, terharu, kagum.
“Mungkin Tuhan kirimkan aku dalam hidupnya bukan untuk cinta, tapi untuk cahaya.”
“Dan jika benar dia mencari kebenaran, maka aku tidak boleh berundur."
Hari-hari selepas itu, mereka banyak berbicara tentang iman, doa, erti hidup, dan juga persoalan yang Adam sendiri tidak tahu bagaimana mahu dilafazkan tetapi hanya mampu ditanya dengan air mata yang tidak kelihatan.
“If I ever take this path, Nabila…
I don’t want to do it for you. I want to do it for the truth.”
Nabila tersenyum pada langit malam, lalu menjawab:
“Then I’ll walk beside you, Adam. Not to lead, not to hold but to pray, and to remind you of the light you’re already seeing.”
Dan malam itu, untuk pertama kalinya, Adam menulis:
“Assalamu’alaikum, Nabila.”
“Is that how you begin peace?”
Dan Nabila membalas dengan air mata yang tidak sempat jatuh:
“Wa’alaikumussalam, Adam.
Yes. That’s how peace begins.”
Alangkah indahnya malam itu.Nabila cukup bahagia.Dia hanya mampu merafak rasa syukur kepada Allah kerana sepanjang meniti usia 27 tahun inilah moment paling manis dalam hidupnya yang tidak dapat dizahirkan dengan kata-kata.
Share this novel