Chapter 17

Romance Series 1533

Hari itu, langit seakan mendung lebih awal. Angin berhembus perlahan, seperti mahu memberi syarat bahawa hari ini bukan hari biasa.

Setelah hampir sedekad berlalu tanpa jejak, Iskandar tiba… dengan kereta mewah berwarna putih, diiringi keluarga, dan keyakinan yang kelihatan terlalu tinggi untuk sebuah pertemuan yang pernah tamat tanpa titik noktah yang jelas.

Nabila berdiri di ambang pintu,Wajahnya tenang. Hatinya juga lebih tenang. Tiada getar seperti dahului. Tiada rindu yang cuba bangkit dari tidur panjang. Yang ada cuma rasa biasa, seperti menyambut seorang kenalan lama yang datang membawa nostalgia tanpa diundang.

Iskandar melangkah, senyumnya masih sama. Wajahnya lebih tampan dan tubuhnya juga kelihatan gagah. Namun dunia sudah berubah.Nabila juga begitu. Dulu dia adalah gadis yang menunggu, sekarang dia adalah wanita yang tahu bahawa cinta bukan tentang masa lalu, tetapi siapa yang hadir dan tinggal… dengan ikhlas.

Mereka duduk di ruang tamu, secawan teh menjadi pengiring sunyi. Mak dan ayah berbual mesra dengan keluarga Iskandar, sementara Nabila dan Iskandar… hanya diam dalam ruang yang terasa asing.

Akhirnya, Iskandar membuka bicara.

“Nab I know I should’ve reached out to you earlier. But I thought… maybe this is the best way. I’ve done well now. Good job, stability, and I still remember our dreams.”

Nabila: (tersenyum, tenang) “Is… some dreams are meant to stay in the past. Like photographs in an old album.”

Iskandar: “You don’t sound surprised. You’re not even asking why I came.”

Nabila: “Because I already knew. Mak told me. And I’ve had enough time to think. Actually, I stopped waiting a long time ago.”

Iskandar: (terdiam, wajahnya berubah) “You’ve changed.”

Nabila: “I had to. The girl you left behind is no longer here. She’s grown, healed, and learned that love isn’t about who returns… but who stays.”

Iskandar: (menarik nafas panjang) “So… there’s no chance?”

Nabila: (tersenyum, tetapi matanya tidak berbohong) “There’s friendship, Is. That, I can offer sincerely. But as for love… it now belongs to someone who found me when I was no one, and treated me like I was everything.”

Suasana menjadi sunyi sejenak. Hanya terdengar detik jam dinding yang terus berdetik seperti hidup yang mesti berjalan.

Iskandar mengangguk perlahan. Mungkin bukan jawapan yang diingini, tapi itulah kenyataan yang perlu diterima.

Usai kata dilafaz, dan perasaan dijelaskan dengan tenang,
ruang tamu itu seakan kehilangan warnanya.
Mak, yang sedari tadi sibuk menjamu keluarga Iskandar
dengan kuih tradisi kegemaran zaman dulu,
terhenti tangannya seperti kehilangan rasa di lidah sendiri.

Wajah mak berubah.
Dari ceria yang membungakan harapan,
menjadi mendung yang sukar ditebak.

Mak tidak berkata apa-apa.
Namun mata tuanya cukup jujur menyuarakan kecewa.
Kecewa bukan kerana Iskandar ditolak,
tetapi kerana sangkaannya selama ini meleset jauh.

Dia menyangka anaknya masih menyulam harap,
menanti Iskandar kembali sebagai penyambung cerita lama.
Sedang hakikatnya, Nabila telah lama menutup bab itu,
dan menyimpan kuncinya jauh dari rasa.

Mak duduk perlahan.
Bahunya melorot seperti menanggung beban yang baru dia sedar
selama ini dia tidak benar-benar tahu
perjalanan jiwa anak bongsunya.

Mak: (dalam nada perlahan)
"Mak ingat Nab tunggu dia... Mak sangka, selama Nab menolak yang lain, sebab Nab masih simpan dia dalam hati."

Nabila: (menghampiri dan menggenggam tangan mak)
"Maafkan Nab, mak. Nab tak pernah berniat menyembunyikan apa-apa. Cuma... ada kisah yang tak sempat Nab ceritakan. Bukan sebab Nab masih menanti, tapi kerana Nab belajar untuk melepaskan."

Mak: (menahan sebak)
"Mak cuma nak tengok Nab bahagia..."

Nabila: (tersenyum dengan mata berkaca)
"Dan itulah yang Nab cari, mak. Bahagia yang baru. Bukan dari siapa yang tinggalkan, tapi dari seseorang yang hadir dan memilih Nab… tanpa ragu, tanpa sejarah yang menyakitkan."

Di sisi lain, keluarga Iskandar kelihatan serba salah.
Ayah Iskandar memegang lututnya kuat, menunduk dalam diam,
sementara ibu Iskandar menyeka hujung mata,
barangkali kecewa, barangkali malu.

Iskandar bangkit berdiri, dan buat pertama kali hari itu,
dia tidak lagi menayang senyum yang dibuat-buat.

Iskandar:

"I understand, Nab. Thank you for your honesty. And… congratulations. I truly wish you happiness."

Nabila:
"Thank you, Is. I'm sorry if this decision disappoints you. But I believe the truth deserves to be spoken."

Perlahan, mereka berangkat pergi.
Tanpa janji, tanpa dendam.
Hanya sebuah penutup yang sepatutnya berlaku lama dahulu.

Dan bagi Nabila,
itulah hari di mana dia benar-benar mereka.
Bukan hanya dari kenangan,
tetapi dari harapan yang bukan miliknya.

Mak perlahan-lahan menerima,
kerana kasih ibu tetap mengalir walau tidak seiring harapan.
Dan dalam dakapan malam yang menyusul,
mak tahu bahagia anak bukan milik sesiapa untuk menentukan.
Ia hak hati…
dan hati Nabila sudah memilih.

Dan bagi Nabila, hari itu adalah penutup yang indah untuk kisah lama. Bukan dengan air mata, tapi dengan keberanian dan kedewasaan. Kerana sesekali, cinta sejati bukan tentang siapa yang datang paling awal, tetapi tentang siapa yang datang tepat saat hati benar-benar bersedia.

Dan Nabila sudah bersedia… bukan untuk kembali ke masa lalu, tetapi untuk menyambut masa depan bersama cinta yang sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience