Pagi itu, tidak seperti hari-hari biasa,
Nabila melangkah tenang ke butik Liya,
Di tangan kanan berisi beberapa helai selendang sutera dan di sebelah kiri pula sarat dengan kerepok lekor dan makanan tradisi dari desa tercinta.
Butik itu bukan sekadar tempat persinggahan,
tapi ruang bicara dua sahabat lama bersahaja.
Setelah lama tidak bersua, banyak yang dibicarakan. Dari soal bisnes sehinggalah
soal hati dan perasaan.
Tiada rahsia yang tidak dikongsi bersama.
Liya tertawa lepas mendengar kisah Nabila.Penolakan lamaran Iskandar dan juga tentunya Adam yang kini mula bertakhtha di hati Nabila.Liya sudah mulai optimist tentang hubungan Nabila dan Adam.
Cerita hidup mereka seperti aliran sungai yang mengalir.Berkali-kali Nabila meminta izin untuk pulang dan berkali juga Liya menggenggam erat tangan Nabila meminta Nabila dapat meluangkan lebih masa bersamanya.Masa seakan cemburu dengan keakraban mereka.
Nabila akhirnya tiba di La Flora dengan menaiki kereta Honda City nya yang banyak berjasa.Dengan bersemangat Nabila menapak langkah memasuki
La Flora. Suasana damai dan tenang seperti biasa.
Namun di ruang hadapan, kelibat seseorang memukau pandangan.
Seorang wanita anggun, separuh abad tersenyum menawan .
Bag Hermes di bahu, kilau berlian sederhana namun memperjelaskan status ekonominya.
Wanita itu menoleh, tersenyum ramah,
“Assalamualaikum… Are you Nabila?”
Nabila menjawab, sedikit terkejut:
“Waalaikumussalam… Ya, boleh saya bantu? "
“I ke sini melihat jambangan dan pemiliknya."
Nabila tersenyum sopan:
“Silakan”
Wanita itu duduk dengan elegan di bangku kayu yang tersedia.
Matanya tajam, namun tutur katanya lembut dan penuh keibuan.
“I won’t take much of your time, dear. I came because of my son,Dr. Emir.”
Nabila, berkerut dahi:
“I… I’m sorry, I tak pernah kenal siapa Dr. Emir.”
“You may not, but he knows you.”
Nabila tercengang:
“I beg your pardon?”
“My son recently rejected a proposal, an arranged one, with the daughter of my closest friend. When I asked why, he simply said: ‘Mama, I’ve met someone. I saw her once, and something in me... knew.’”
Nabila menelan air liur perlahan, masih bingung:
“Tapi.. Sumpah saya tak pernah kenal anak puan. Apatah lagi ada hubungan dengannya!!"
Wanita:
“Hmm... Nampaknya anak i bertepuk sebelah tangan.Haha..i percaya, ini adalah cinta pandang pertama. Mungkin u tak sedar, dia bukan sekadar membeli gubahan dari u tapi dia terpaut kepada u. No wonder lah, kalau i as his mom also jatuh hati tengok rupa paras you."
Nabila, terdiam sejenak, bersuara perlahan:
“This is very unexpected… I’m not sure what to say.”
" My son, Emir… he can’t stop thinking about you.
Since the day he met you, he says he’s never been the same.”
But love… it’s not something I can give just like that.”
Nabila menunduk, merenung jambangan bunga di tangannya.
Kelopaknya merah, indah… namun hatinya tetap berpaling ke arah lain.
“Madam, my heart is… already occupied.
Walaupun tiada ikatan rasmi,
nama seseorang telah menetap dalam ruang sunyi jiwa saya.”
“Is it serious?”
Nabila menghela nafas, matanya bersinar dengan kejujuran.
“Saya tidak tahu ke mana hala hubungan itu,
tapi setiap kali saya berdoa dan sunyi datang menyapa…
hanya namanya yang muncul”
Entah mengapa Nabila mencurahkanya kepada seorang wanita yang begitu asing dan di pertemuan mereka yang pertama.
“With him… there’s a silence that speaks.
A presence that calms.
And I can’t force myself to look at another the same way.”
Wanita itu terdiam seketika.
Mungkin kecewa, namun dia tetap tersenyum penuh hormat.
“That’s honest. And that’s rare.
I respect your heart, Nabila.
But if one day, your story changes…
Remember, Emir’s heart remains open.”
Nabila mengangguk perlahan.
Senyumannya kecil, namun tulus.
Kerana cinta tidak boleh dibina atas pujian semata.
Ia mesti lahir dari ketulusan yang tidak terpaksa.
Dalam hati, dia berbisik:
"Adam… walau kita belum disatukan oleh janji,
namun namamu telah lama aku genggam dalam diam.
Dan selagi namamu masih hidup dalam doa,
aku tak akan membuka pintu yang bukan untukmu."
Nabila hanya mampu tersenyum. Kisah Iskandar baru berakhir. Kemudiannya kemunculan Adam mewarnai hari-hari Nabila dan kini muncul pula Dr Emir yang menolak perjodohan kerana cinta pandang pertama.
Wanita itu bangkit perlahan, menghulur tangan mesra. Walaupun ada riak kecewa di wajahnya tapi dia cuba bersahaja.
“Then let’s allow time to do what it does best. I’ll leave now.”
Dan wanita itu pergi, meninggalkan aroma Chanel dan tanda tanya,
Nabila hanya mampu berdiri, memegang dada.Tempat di mana degupnya tiba-tiba berbeza.
" Kak Nab ok tak?" Zara yang melihat Nabila yang kebingungan menepuk bahu Nabila perlahan.
"Dunia ini aneh ya, Zara!!Saat kita tiada sesiapa di sisi, tak seorang pun peduli."
Zara yang tidak mengerti apa-apa hanya mendengar tanpa sebarang kata.
Share this novel