PERTEMUAN LANGKA

Romance Series 1533

Pesawat British Airways B434 meluncur perlahan di landasan KLIA, bersiap untuk menerobos malam yang panjang. Malam di bumi Malaysia yang lembap dan hangat mula digantikan dengan suhu pesawat yang terkawal . Di kabin kelas ekonomi, antara puluhan penumpang yang sudah bersedia untuk tidur atau menonton film, kelihatan seorang lelaki duduk diam.

Pakar ortopedik itu kelihatan lesu. Matanya kuyu kerana tidurnya yang tidak menentu. Bukan sekali dua dia bekerja lebih masa minggu itu. Sudah seminggu dia tidak punya waktu untuk berehat betul-betul. Pembedahan tibial fracture yang rumit, sesi rawatan pasca operasi, dan panggilan kecemasan dari wad ortopedik menjadikan malam-malamnya lebih pendek daripada pagi.

Dengan pakaian kasual kemas, berbaju berwarna kelabu lembut,berjaket navy, dan beg sandang kulit berisi dokumen tidak mengurangkan aura ketampanannya.

Dia bersandar ke belakang, menarik nafas panjang. Dunianya mula menjadi kabur. Tiada bicara, tiada perkenalan dengan penumpang di sebelah. Sejurus selepas pesawat mengangkat sayapnya meninggalkan bumi, Dr Emir pun terlelap.

Waktu berputar. Awan di luar jendela berarak perlahan, seperti tirai yang menyembunyikan rahsia malam. Suara kipas pendingin dan deru enjin menjadi latar yang menenangkan. Beberapa jam kemudian, dia terjaga.
Kepalanya sedikit berat. Dia bangkit dari tempat duduk, menyusuri lorong sempit kabin menuju ke tandas. Air sejuk yang menyentuh wajahnya membangunkan kesedarannya. Dia tenung wajahnya di cermin kecil itu. Ada sesuatu dalam matanya.Kekosongan yang tidak sempat diisi.

Setelah kembali ke tempat duduk, seorang pramugari menyapanya dengan senyum ramah.

“Sir, would you like your meal now?”

Dr Emir mengangguk. Dia tidak sempat makan sebelum ke lapangan terbang. Perutnya sudah lama berkeroncong. Pramugari itu menyerahkan nasi briyani ayam. Baunya harum, masih panas dan warnanya menggoda menggugah selera.

Tanpa banyak bicara, Dr Emir membuka bungkusan dan mula menjamah. Setiap suapan seperti menenangkan hatinya yang letih. Sesekali dia terhenti, merenung ke luar jendela, melihat bintang-bintang di atas benua yang entah di mana sekarang.
Di sisinya, penumpang yang tadi diam kini menoleh. Seorang lelaki Inggeris, awal 30-an dengan gaya santai, melemparkan senyuman mesra.

“You look exhausted, sir,” katanya dengan suara nya yang ringan dan ikhlas.

Dr Emir menoleh dan hanya mengangguk.

“It’s been a long week. And a long year, I suppose.”

“You’re travelling for business?”

“Medical congress. Orthopaedics. Four days in London, full schedule.”

Dr Emir tersenyum tipis, lalu menutup kotak makanannya. Lelaki itu sambung berbicara.

“I’ve just returned from Malaysia, actually.”

Mata Dr Emir sedikit terbuka mendengar itu.

“Really? That’s home for me.”
“It’s a beautiful country. I went there to propose to someone.”
Suara lelaki itu berubah menjadi lembut, tapi bersemangat.

“She’s Malaysian. We met through social media one year ago.And… well, I finally asked her to marry me. She said yes.”

Dr Emir memandang lelaki itu. Ada rasa aneh menyentuh dadanya, tapi dia tidak tahu kenapa.

“Congratulations. That’s… good. And wonderful.”

“Thanks. I spent a few days with her and her family. I don’t know why, but I’ve fallen so deeply in love with her. Maybe it’s because she’s kind, honest, and has the sweetest smile I’ve ever seen."

Senyap.

Kata-kata itu, ‘the most beautiful smile’, bergaung di telinga Dr Emir. Seakan sesuatu bergetar dalam benaknya. Dan tanpa dia sedar, wajah itu perlahan-lahan muncul dalam relung fikirannya. Nabila.

Nabila yang selalu menyambut pelanggan kedai bunganya dengan senyum yang sabar.

Nabila yang pernah membuat dia hampir mahu mengubah seluruh hidupnya.

Dr Emir menunduk sedikit, memejam mata sejenak. Perutnya terasa kenyang, tapi jiwanya sedikit resah. Hatinya seperti disentuh angin yang tak bertuan.

“She’s different,” lelaki Inggeris itu sambung lagi. “She loves flowers. Owns a small shop. The way she talks about faith… it makes me feel peaceful.”

Dada Dr Emir bergetar perlahan.
Terlalu banyak persamaan.
Tetapi tidak mungkin
Mustahil!!
Mustahil itu Nabila.

Bumi Allah ini luas. Dunia ini penuh manusia bernama Nabila. Kedai bunga bukan perkara langka. Gadis bertudung dengan senyuman lembut bukan hanya satu.

Tapi kenapa hatinya bergetar hebat.

“What’s her name?”
Soalan itu hampir terkeluar, tapi Dr Emir tahan.
Dia tidak mahu tahu. Atau mungkin… dia belum bersedia untuk tahu.

Sebaliknya, dia bersuara tenang,

“You’re lucky. She must be special.”

Lelaki Inggeris itu mengangguk perlahan.

“She is. I think she saved me from a very lonely version of myself.”

Mata Dr Emir meleret ke luar jendela. Di sana, langit gelap masih terbentang luas. Bintang-bintang menggantung seperti saksi yang tidak bersuara.

“And what about you?” tanya lelaki itu.
“Anyone waiting for you back home?”

Dr Emir terdiam sejenak, kemudian berkata perlahan,

“Perhaps. Or maybe it’s someone I’ve left behind. Someone I thought I had more time for.”

Mereka tidak berbicara selepas itu.

Perbualan mereka perlahan-lahan menghilang seperti kabus pagi. Hanya tinggal desiran enjin pesawat dan degup dada yang masing-masing simpan diam-diam.

Pesawat itu terus terbang, membawa dua lelaki dengan dua cerita yang saling tidak tahu.

Seorang, sedang menuju cinta yang ingin dia menangkan dan
seorang lagi, sedang menjauh dari cinta yang tidak pernah sempat dia pertahankan.

Dan langit di atas Lautan Hindi itu menjadi saksi senyap bahawa takdir kadang-kadang memilih untuk tidak memperkenalkan dua jiwa yang sepatutnya saling tahu… pada waktu yang belum sesuai.

Lelaki Inggeris di sisinya menyandar sambil tersenyum kecil. Di matanya, terbit kegembiraan yang tulus seperti seseorang yang sedang menghampiri sesuatu yang dinanti dengan penuh sabar.

Pesawat mendarat di Heathrow Airport dengan lembut. Penumpang mula bangun, mengambil beg, dan menyusun langkah keluar. Di tengah kesibukan itu, dua lelaki ini masih berdiri di sisi lorong sempit, seperti masih enggan berpisah terlalu cepat.

“I’ve really enjoyed talking to you,” ujar lelaki itu sambil menyarungkan jaketnya.
“You have a calm presence. And I don’t often say that.”

Dr Emir tersenyum nipis.

Mereka melangkah keluar bersama, menyusuri lorong ketibaan. Di luar, angin musim panas London menyapa dengan sejuk yang tenang.

Sebelum mereka berpisah di ruang bagasi, lelaki Inggeris itu menoleh dan berkata,

“Look, I know you’ll be busy with your conference, but if you ever want to escape hotel food and have something home-cooked..I am good at cooking .”
Dia menyeluk poket, mengeluarkan kad.

“Here’s my number. I’m staying not far from Canary Wharf. I live with my dad for now. You’re most welcome.”

Dr Emir mengambil telefon, menaip nombor itu perlahan. Mereka bertukar nombor telefon, satu isyarat kecil yang membawa harapan untuk pertemuan kedua.

“And when I come back to Malaysia for the solemnization, I’ll give you a call. I’d love for you to come, if you’re free. I think you’d enjoy it. The whole village thing... the food... . the peace.”

Dr Emir hanya mampu mengangguk.

Ada sesuatu dalam kata-kata itu yang terasa terlalu dekat. Kampung... Ijab kabul.
Hati kecilnya mengetuk perlahan, seolah mahu mengingatkan sesuatu. Tapi logiknya menepis.

It can’t be. Let it go, Emir.

Mereka berjabat tangan.

“Take care of yourself, Dr Emir.”
“You too. And all the best with... everything.”

Langkah mereka berpisah perlahan-lahan, menyusuri lorong berbeza.

Namun, tanpa mereka tahu, ada benang halus yang telah terjalin. Bukan sekadar antara dua lelaki asing tapi antara dua nama yang pernah disemat dalam doa yang sama.

Kadang kala, yang paling menyentuh jiwa bukanlah yang kita temui dengan mata… tetapi yang hadir tanpa kita sedari, di tengah ruang dan waktu yang tidak kita rancang.

Dan takdir, seperti biasa… tidak pernah kehabisan kejutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience