TERPAKSA MELEPASKAN

Romance Series 1533

Hati Nabila tidak keruan sejak bangun dari tidur. Dia seolah-olah merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Keadaan Adam masih sama. Bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan Adam kerap kali dikunjungi doktor pakar termasuk Dr Emir.

Ward masih diterangi cahaya malap. Aroma antiseptik dan bunyi alat bantuan hayat menjadi muzik latar yang telah terlalu akrab di telinga Nabila. Adam, suami nya lelaki yang dulunya ceria dan penuh semangat kini terbaring kaku selepas kemalangan ngeri sebulan lalu. Sejak hari itu, tiada lagi suara yang menyapa, tiada lagi senyuman yang menghangatkan hari-harinya. Cuma sunyi, dan harapan yang terus diulang dalam doa.

Nabila tidak pernah meninggalkan Adam terlalu lama. Jika dia harus ke kedai bunga yang diusahakan, dia akan cepat-cepat kembali. Hari-harinya menjadi rutin; bangun pagi, ke hospital, pulang sebentar untuk urusan perniagaan, kemudian kembali ke sisi suami. Dia menjaga Adam sepenuh hati. Dengan setia dan ikhlas.

Namun hari itu, kesetiaannya diuji hebat

Sebuah panggilan telefon daripada Abang Long mengejutkannya pagi tadi.

“Nabila, papa Adam dah tiba di KLIA. Abang jemput dia tadi.
Dia nak terus ke hospital.”

Berita itu menghentak tangkai hatinya. Nabila tidak tahu harus berasa lega atau cemas. Sudah lama dia tahu, cepat atau lambat, ayah mertuanya pasti akan datang. Tapi yang dia tidak bersedia ialah kenyataan bahawa mungkin, hari itu akan terjadinya detik perpisahan.

Pukul 11 pagi, langkah papa Adam bergema di sepanjang koridor hospital. Lelaki Inggeris itu tinggi, kemas dan tegas tidak seperti kebiasaannya. Namun wajahnya tidak lagi sekencang dulu. Ada garis sedih yang jelas melatari sorot matanya. Wajah seorang ayah yang terluka.

Abang Long mengekori di belakang, memberi ruang dan waktu kepada dua insan yang selama ini dipisahkan oleh jarak dan benua.

Di dalam bilik, Nabila sedang menyapu losyen ke tangan Adam, seperti yang dilakukannya setiap hari. Ketika pintu bilik diketuk, dia menoleh dan hampir terduduk apabila melihat lelaki itu.

Papa Adam berdiri kaku, terdiam sejenak memandang anaknya yang kini hanya diam dan bernafas dengan bantuan mesin.

Dia bergerak perlahan ke arah Adam.

“Oh, my son…” suara lelaki itu retak. “What have they done to you…”

“Mr. Collen,” Nabila bersuara, berdiri dengan dada yang terasa ketat. “I… I’m sorry this happened. We’ve done everything we could. He’s stable now.”

Papa Adam tidak menjawab. Tangannya menggenggam tangan Adam, lama dan erat. Matanya berkaca.

“I passed out when I heard the news,” katanya dalam nada sebak, suaranya parau. “I lost your mother to cancer, and now… you?”

Nabila menunduk. Tiada apa yang boleh diucap untuk meredakan kesakitan seorang ayah.

Lalu, perlahan tapi pasti, ayah Adam berdiri dan berpaling ke arahnya.

“I’m taking him home.”

Nabila terkejut. “No… please. He’s being treated here. We’ve already built a care routine, and he’s improving.”

“He belongs in the UK. Our family physicians are waiting. We have facilities better equipped than here.”

“But I’m his wife. I’m here every day. He’s not alone.”

Papa Adam menggeleng. “This is not about company, Bella. It’s about medical advancement. And he’s my only son.”

Tangisan Nabila mula mengalir. “I know you love him… but I love him too. I’ve been his strength. You can’t just take him away.”

“It’s not a matter of taking. It’s about saving him.”

Beberapa minit kemudian, Dr Emir melangkah masuk. Dia baru selesai menyelia pembedahan ketika menerima mesej daripada abang long tentang kehadiran papa Adam.

Dia menyedari suasana tegang sebaik sahaja memasuki bilik.

“Mr. Collen,” Emir menyambut dengan tangan, “I’m Dr Emir. I’ve been checking on Adam’s condition since the accident.”

Lelaki Inggeris itu mengangguk. “Yes, I’ve read your reports. Thank you, Doctor.”

“Saya tahu ini bukan mudah. Tapi izinkan saya bercakap sebagai doktor, dan sebagai sahabat kepada isteri Adam.” Emir menoleh kepada Nabila sebentar, kemudian kembali kepada lelaki itu. “Adam is stable, but we all know he needs more than stability. He needs rehabilitation, neurological monitoring, physiotherapy, things your facilities back home can offer better.”

“So, you agree with me?”

Dr Emir diam sebentar sebelum mengangguk. “Yes. But I also understand that emotional support is vital. Nabila’s presence, her love that’s what has kept him alive.”

Papa Adam termenung.

“She can come with us. I will cover her travel, accommodation and anything.”

Nabila menggeleng. “I run a business here. I have employees, commitments. I can't just leave everything.”

“Then you choose a flower shop over my son’s recovery?” kata papa Adam, suaranya meninggi.

“It’s not like that!” Nabila hampir menjerit. “I’ve sacrificed everything for him. But I’m also human. I have responsibilities too.”

“Enough!” suara itu menghentikan pertengkaran.

Ia datang dari Adam. Bukan dari mulutnya, tapi dari monitor degup jantungnya yang berbunyi lebih laju dari biasa. Para jururawat bergegas masuk, dan setelah diperiksa, tiada perubahan KRITIKAL. Hanya reaksi ringan.

Namun ia cukup untuk menggetarkan hati semua.

Seperti Adam sedang mendengar, di sebalik diam dan koma itu.

Hari-hari selepas itu berlalu dengan sunyi. Papa Adam memulakan proses dokumentasi untuk pemindahan Adam ke UK. Nabila akur. Dalam diam, dia berdoa agar ini bukanlah perpisahan selamanya.

Sebelum keberangkatan, sebuah ambulans khas disediakan untuk membawa Adam dari hospital ke lapangan terbang. Jet perubatan menanti, dilengkapi doktor dan jururawat pakar.

Nabila berdiri di sisi Adam. Tangannya tidak berhenti menggenggam tangan suaminya. Pipinya dibasahi air mata.

“Sayang… I hope you’ll wake up one day and find me beside you again. I’m not letting go. I’m just letting you heal.”

Papa Adam berdiri beberapa meter di belakang, memberikan ruang. Dr Emir mendekati, menyentuh bahu Nabila dengan lembut.

“Nabila, jika awak mahu ke UK nanti, saya kenal beberapa pakar di sana. Awak boleh sertai bila-bila masa.”

Nabila mengangguk perlahan. “Saya akan pergi .Adam suami saya, ianya ibarat nyawa kedua saya.”

Dr Emir tersenyum kecil. “Saya percaya awak akan buat yang terbaik… untuk cinta ini.”

Nabila menoleh, memandang wajah lelaki yang sentiasa menjadi pendukung di saat dia hampir rebah. Dia mengangguk.

“Terima kasih, Dr Emir.”

Pesawat mula bergerak. Di sisi tingkap, Nabila berdiri lama. Dia melihat tubuh Adam ditolak masuk, dikelilingi doktor-doktor yang profesional tapi asing. Jantungnya bagai dicabut.

Dan saat pesawat terbang ke langit yang perlahan-lahan cerah, Nabila tahu... perpisahan hari itu bukan tanda akhir. Ia adalah permulaan baru buat Adam. Dan buat dirinya untuk belajar merelakan.

Kerana cinta yang sejati tahu bila harus bertahan, dan bila harus melepaskan. Demi kebaikan yang dicintai.

Tinggallah Nabila menghitung hari-hari tanpa Adam. Hidup ini tak seindah yang diimpikan. Walaupun cinta Adam telah dimiliki tapi takdir berkata lain. Nabila terpaksa merelakan demi kebaikan Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience