CHAPTER 14

Romance Series 1533

Sudah beberapa hari, dunia Nabila terasa sepi.
Tanpa sapaan Adam yang selalu setia. Tiada lagi ucapan
" Good morning" yang membungkuskan senyum.
Tiada lagi "Take care of your self" yang menjadi selimut jiwa.
Kehilangan itu terasa seperti kopi yang tertinggal gulanya.
Masih hangat, tapi hambar dan menyakitkan.

Nabila termenung,
di antara kelopak harapan dan bayang keraguan.
Sejak mereka saling mengenal,
Adam tidak pernah alpa walau sesaat singgah di dunianya.
Kini, sunyi itu seperti gema yang tidak berjawab,
mengisi hari-hari dengan tanya yang tak punya hujung.

Sedang fikirannya hanyut dalam pusaran kenangan,
dering telefon dari kampung memecah keheningan.
Suara mak kedengaran cemas namun tenang.
"Nabila, pulanglah... ada urusan keluarga yang tak dapat ditunda."
Desakan itu bukan kebiasaan,
kerana mak selalu mengerti jarak dan tanggungjawab.

Namun kali ini, nadanya berat.
Seakan rahsia besar sedang menunggu di seberang waktu.
Nabila cuba menenangkan hati,
berbaik sangka seperti selalu,
walau dadanya mulai dipenuhi teka-teki yang tak bernama.

Lalu, dengan tangan yang sedikit menggigil,
dia menempah tiket bas malam itu juga,
tanpa sempat mengemas rasa,
tanpa sempat bertanya lanjut pada takdir yang tergesa.

Di dalam hatinya, ada rindu yang menggumpal.
Ada debar yang tak tahu kepada siapa ia harus ditujukan.
Kepada Adam yang hilang dalam kabut?
atau kepada kampung halaman yang memanggil dalam sunyi?

Perjalanan ini bukan sekadar pulang,
tapi pencarian antara kehilangan dan jawapan.
Langit malam menjadi saksi,
sebuah hati yang mula merasakan bahawa
setiap detik yang tidak pasti
adalah ujian yang paling halus dari Ilahi.

Kepada Zara dititipkan La Flora.Biarpun berat meninggalkannya buat seketika tapi Nabila sedar bahawa hajat ibunya juga perlu diutamakan. La Flora tidak akan ke mana-mana tetapi ibu yang sudah tua dan rentan adalah prioriti Nabila.
Moga pulangnya Nabila kali ini memberikan rasa bahagia buat bonda tercinta.Namun jika pulangnya kali ini sekadar untuk berbicara tentang jodoh dan calon suami,
maka cemas ini bukan sekadar teka-teki,
tapi gelora hati yang belum bersedia membuka pintu.

Baginya,
mendirikan rumah tangga bukan sekadar menyatukan dua nama,
bukan hanya tentang cincin yang melingkar di jari,
atau hantaran yang teratur rapi.

Ia adalah ibadah terpanjang dalam hidup seorang manusia.
Jalan panjang yang penuh ujian,
di mana sabar harus menjadi pakaian,
dan cinta perlu terus diperbaharui setiap hari.
Meskipun langit tidak selalu biru,
Nadia tahu,
mengurus kedai bunga jauh lebih mudah,
kerana kelopak yang layu boleh diganti,
warna yang pudar boleh dicari semula.
Namun hati manusia tidak begitu,
sekali terluka, kadang-kadang parutnya abadi selamanya.

Dia belum mahu melangkah tanpa tenang,
belum mahu menyambut tanpa yakin.
Cinta baginya bukan sekadar "siap" menurut masa,
tapi tentang reda yang lahir dari jiwa dan raga.

Maka malam itu, dia berserah pada Tuhan,
kerana hanya Dia yang tahu
apa yang terbaik untuk hati seorang wanita bernama Nadia.
Nadia yang sedang belajar berdamai dengan ketentuan,
sambil memegang erat harapan,
bahawa cinta yang hadir nanti
bukan sekadar jodoh... tapi juga penyejuk iman dan teman perjuangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience