Di laman rumah, di bawah rimbun pokok rambutan yang sedang berbuah, Nabila duduk di bangku kayu. Adam berdiri di hadapan Nabila.Mereka berbual panjang sebelum Adam meninggalkan kampung halaman Nabila.
“3 days feels too short when the heart wishes to remember every glance, every smile… before you leave.”
"Even though my time here was short, I could feel the sincerity and love from your family."
“You are part of us now, Adam.
But Mak and Ayah… they are people of principle.
If the heart has spoken, let the soul not wait.
They say, if love has intention,
it must also have direction.”
Adam mengangguk penuh makna.
“Then I shall follow that direction.
Tomorrow I leave for Kuala Lumpur.
A hotel room will be my base.
“Promise me, you’ll take care of yourself.”
Adam tersenyum
“Only if you promise to wait patiently.
Because what we are building now
is not just a wedding,
it’s a lifetime of dua turned into reality.”
Di dapur rumah, malam tiba. Lampu mentol kuning menyinari wajah mak dan ayah yang sedang duduk berbincang dengan kak Long dan abang Long tentang prosedur permohonan nikah.
"Alang-alang Adam dah ada di sini, mak dan ayah nak percepatkan pernikahan mereka. Lagi pun tidak manis di pandang
“Nabila sudah terlalu dewasa.Sudah sangat-sangat layak bergelar isteri." kata mak penuh semangat.
“Betul. Kalau dah saling suka, jangan tunggu lama-lama. Nikah itu bukan sekadar adat. Ia perisai, ia berkat. Bila dah ada niat, cepatkan niat itu jadi ibadah.” tambah ayah pula
“Adam nampak bersungguh-sungguh untuk halalkan Nab.Kalau tidak, dia tidak akan susah-payah datang ke sini. ” kata kak long penuh keyakinan.
“Saya akan bawa dia ke Pejabat Agama. Proses dia tak mudah, sebab dia bukan warganegara. Saya dah tengok semua dokumen yang Adam bawa. Ada
sijil pengislamannya, surat bujang dari kedutaan dan pasport. In sha Allah, semuanya sudah lengkap. Kita bantu dia, kerana dia datang dengan niat yang cukup baik.” balas abang long pula
“Selagi niat itu tulus, tuhan akan buka jalan.
Dan selagi kita permudahkan urusan anak-anak,
moga-moga Allah permudahkan urusan kita di akhirat.” sahut ayah.
Keesokan paginya, Adam berdiri di halaman rumah dengan beg bagasinya di tangan. Nabila menemaninya ke kereta. Adam akan pulang ke Kuala Lumpur bersama abang long. Nabila pula akan bergerak pulang dengan kak long keesokan hari. setelah selesai membantu mak menyediakan pelbagai jenis kuih-muih yang akan dititipkannya nanti kepada bakal menantu. Wajah Adam tenang, tapi mata menyimpan rindu yang belum pun terlerai.
“Take care, Adam. And remember, when things feel complicated,
just breathe, and remember why you're doing all this.”
“For the sake of honour.
For the blessing of your father’s handshake,
your mother’s tears of joy.
And for that moment,
when I say ‘Aku terima nikahnya…’
with my voice trembling,
but my soul steady.”
Nabila tersenyum dengan mata berkaca
“I used to dream of love letters and roses.
Now, I dream of documents and forms
because they bring me closer to you,
not in fantasy,
but in halal reality.”
“And I promise, no matter how high the walls of procedure may seem,
I will climb them with patience,
for your hand is worth every paper,
every queue,
every wait.”
Berangkatlah Adam ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta yang dipandu abang long. Nabila hanya melambai dari halaman rumah sehingga kereta abang long hilang dari pandangan.
Terasa seperti mimpi di siang hari dengan kehadiran Adam. Kini Adam telah mengotakan segala janji. Dengan sisa cuti berbaki , Adam akan menguruskan segala dokumen dan membuat permohonan pernikahan mereka.
Senja melabuhkan tirainya di desa kecil tempat Nabila dibesarkan. Bunyi unggas mula bersahutan, dan angin lembut meniup dedaunan rambutan yang hampir ranum. Di serambi rumah papan yang sederhana namun damai itu, Nabila duduk berteleku, merenung jalan tanah merah yang tadi dilalui Adam.
Sudah beberapa hari mereka bersama sejak Adam datang dari United Kingdom untuk bertemu keluarga Nabila. Dalam tempoh singkat itu, banyak perbualan mereka dipenuhi gelak tawa, rasa gugup dan debaran harapan. Tapi petang ini lain sekali. Ia dipenuhi sunyi yang tebal, seolah-olah alam turut menahan nafas.
Nabila terasa sebuah kehilangan. Hanya beberapa hari Adam di sini, Adam telah mewarnai hari-hari Nabila.
Khabar tentang kehadiran Adam ke rumah Nabila telah sampai dari satu mulut ke satu mulut yang lain, seperti angin lembut yang membawa harumnya bunga tanjung di halaman. Bukan menjadi bualan murahan, tapi lebih kepada rasa bangga yang tidak terucap, khususnya bagi penduduk kampung yang telah lama mengenali Nabila, si bunga desa yang tidak pernah layu dek masa.
“Betul ke Nabila bawa orang putih datang rumah?” soal Mak Timah kepada jirannya sambil membetulkan tudung.
“Betul, Mak Timah. Saya nampak dengan mata sendiri. Lelaki tu tinggi, elok budi bahasanya. Lembut caranya bercakap dengan orang tua.”
Bukan sekali dua soalan sebegitu kedengaran. Sejak Adam menjejak kaki ke kampung itu, seolah-olah satu lembar baru terbuka dalam kehidupan Nabila. Namun, penduduk kampung tidak memandang dengan cemburu. Sebaliknya, mereka memandang dengan penuh hormat dan syukur, seolah-olah bahagia Nabila adalah kebahagiaan mereka juga.
Nabila bukan gadis biasa di mata mereka. Sejak kecil, dia sudah dikenali dengan tekunnya mengaji di surau, aktif dalam kegiatan sekolah, dan sentiasa menjaga batas pergaulan. Ketika ramai rakan sebayanya hanyut dengan arus moden, Nabila kekal teguh seperti pohon tua yang akarnya jauh mencengkam bumi.
Kini, dia bukan sahaja gadis desa biasa. Dia usahawan muda yang memiliki kedai bunga di Kuala Lumpur . Tapi meskipun berjaya, Nabila tidak pernah lupa asalnya. Setiap kali pulang ke kampung, dia masih menjinjit bakul kuih ke rumah jiran, masih sempat menyapa orang tua di warung dengan senyuman yang sama sejak dulu.
Maka, apabila terdengar kisah tentang seorang lelaki asing yang bertandang, mereka tahu ianya bukan orang sembarangan. Jiran-jiran berkunjung bukan untuk menyelidik, tetapi untuk mendoakan.
“Semoga Allah permudahkan urusan kamu, Nab. Lelaki itu kelihatan baik. Kalau dia betul-betul sayangkan kamu, in Sya Allah bahagia kamu takkan ada noktah,” ujar Tok Imam selepas solat Maghrib.
Nabila hanya tersenyum. Pipinya merona malu. Dia tahu, Adam bukan sekadar ujian atau cerita manis. Tapi mungkin, dialah petunjuk yang Allah hantarkan setelah doa-doa yang dipanjatkan sejak sekian lama.
Dan begitu, kisah mereka tidak hanya menjadi sembang kampung. Ia menjadi kisah harapan bahawa yang menjaga dirinya dengan sabar dan redha, tidak akan pernah kehilangan sinar.
Share this novel