PELUKAN HARAPAN

Romance Series 1533

Pagi itu cuacanya cerah, namun suasana di hospital masih diselubungi muram dan lengang. Bunyi langkah kaki, roda troli dan deruan alat perubatan seakan menjadi nyanyian harian yang menyembunyikan ratusan kisah duka di balik dinding putih bersih itu.

Dr. Emir melangkah dengan tenang namun jiwanya bergetar perlahan. Di sisi kirinya, berjalan seorang wanita elegan yang masih cantik jelita walaupun dimamah usia.Datin Seri Mirinda, ibu Dr Emir berbesar hati untuk melawat Adam dan Nabila. Mereka melangkah masuk ke wad ICU untuk melihat perkembangan Adam dan berkongsi kekuatan dengan Nabila.

Hanya dua pelawat dibenarkan masuk pada satu masa. Namun sebagai doktor pakar yang bertugas di hospital itu,Datin Seri Mirinda diberikan penghormatan untuk melawat dengan mematuhi prosedur yang dibenarkan.

Mereka memasuki ruang separa kritikal dengan langkah perlahan. Suasana hening. Bau antiseptik dan bunyi mesin pemantau menjadi latar. Di hujung bilik, di balik langsir putih yang separa tertutup, terlihat tubuh Adam terbaring kaku. Wayar berselirat pada tubuhnya, dan mesin pernafasan membantu degupan jantungnya yang masih lemah.

Nabila duduk di sisi katil, kepalanya tunduk. Matanya sembab, wajahnya tidak bermekap. Dalam dirinya, hanya tinggal sisa kekuatan yang digenggam setiap kali tangannya menyentuh jari-jemari Adam yang dingin.

Ketika langkah Dr Emir dan mamanya mendekat, Nabila mendongak. Wajahnya terkejut, kemudian perlahan berdiri. Air matanya kembali bergenang.

“Datin Seri…” suaranya nyaris berbisik.

Datin Seri Mirinda tidak berkata apa-apa pada awalnya. Dia hanya memandang Nabila, kemudian memandang Adam yang terbaring tanpa sedar.

Langkahnya diteruskan, dan tanpa sebarang keraguan, dia merapat dan memeluk Nabila erat-erat.

Pelukan itu bukan sekadar rangkulan. Ia adalah kekuatan yang mengalir dari hati seorang wanita kepada wanita.Seorang ibu yang faham, dan seorang isteri yang kehilangan arah.

Setelah beberapa ketika, Datin Seri melonggarkan pelukannya. Dia menyentuh kedua-dua pipi Nabila, lalu memandang tepat ke matanya yang basah.

“My dear… I’m so sorry. I can’t imagine what you’re going through. But I want you to know, you're not alone in this situation .”

Nabila cuba menahan tangis. Suaranya pecah saat menjawab.

“I keep thinking, Datin… jika saya tidak menyuruhnya suami saya untuk tinggal di sini, dia mungkin tidak akan berada di katil pesakit. Saya rasa, saya telah memusnahkan seluruh kehidupannya."

Datin Seri menggeleng lembut, jari-jemarinya mengusap pipi Nabila.

“Don’t do that to yourself. Don’t let guilt steal what’s left of your strength. This… this was an accident. And love is never the villain, Nabila.”

Dr Emir berdiri sedikit ke belakang, memerhati ibunya dengan penuh hormat. Wajahnya tenang namun hatinya tidak selari dengan perasaannya sekarang .Dia tahu, apa yang disampaikan oleh ibunya bukan sekadar kata-kata. Ia adalah ucapan tulus yang lahir dari sudut hati paling dalam.

Datin Seri melangkah ke sisi Adam. Dia berdiri seketika, menatap wajah lelaki muda itu yang penuh luka namun masih bernyawa. Perlahan, dia menggenggam tangan Adam yang terkulai.

“Adam… I’m auntie Mirinda. I don’t know if you can hear me, but I hope you do. I just want you to know… you’re not forgotten. We are all here for you. And I believe, with all my heart, that if Allah wills it, you’ll recover.”

Wajah Datin Seri Mirinda bergetar. Air mata mula bertakung di kelopak matanya.Dia sendiri tidak menduga, hatinya sehiba ini melihat Adam dan Nabila.Keadaan yang menimpa mereka seolah berlaku terhadap anak-anaknya sendiri.

“There’s always hope, Adam. Even when the world says there’s none, Allah can open ways where we never imagined. Please don’t stop fighting. Don’t give up.”

Datin Seri Mirinda menoleh semula ke arah Nabila, lalu menggenggam kedua-dua tangannya erat.

“Nabila, don’t stop praying. I’ve seen miracles in this life. People who were told they would never walk… now walking out with their families. If you believe, if you keep your faith, anything is possible.”

Nabila hanya mampu mengangguk sambil menitiskan air mata. Kata-kata itu bagai pelita kecil dalam gelap hatinya yang sudah kehilangan cahaya sejak Adam terlantar dan tidak sedarkan diri.

“Saya hanya mampu berdoa siang dan malam datin.Saya sudah kehilangan kata-kata. Saya rasa sangat-sangat kehilangan kali ini."

Datin Seri menarik Nabila ke dalam pelukannya sekali lagi.

“Then just cry to Him. Even if you can’t find the words, He hears the tears. He knows your heart, even in silence.”

Beberapa saat berlalu dalam hening yang syahdu. Hanya bunyi mesin dan nafas berat yang memisahkan mereka dari keheningan total.

Dr Emir akhirnya melangkah ke sisi ibunya. Dia memegang bahu wanita itu perlahan. Mereka bertukar pandangan. Sebuah bahasa yang hanya difahami oleh dua jiwa yang saling memahami.

Kemudian, Datin Seri menghela nafas perlahan dan berkata,

"Let us all pray for Adam. Nabila must stay strong if you wants to see him fast recover."

Nabila dan Dr Emir menunduk perlahan.Kata-kata Datin Seri menyentuh perasaan Nabila.

Dr Emir dan Datin Seri Mirinda meminta diri untuk keluar untuk memberi laluan kepada ahli keluarga Nabila untuk turut menziarah.
Ketika mereka keluar dari wad, Dr. Emir menoleh buat kali terakhir ke arah katil Adam. Di sana, terbaring seorang lelaki yang dahulu dianggap seorang pesaing, tetapi kini menjadi lambang ujian yang menyatukan semula semua rasa manusia yang tulus.

Sebagai seorang doktor, Dr Emir sudah mangli melihat kesakitan para pesakit. Tetapi kali ini, Dr Emir meletakkan dirinya sebagai lelaki biasa yang melihat sebuah kebahagiaan direntap sekelip mata. Adam yang ditemui dalam pesawat dahulu, yang bersahaja berkongsi kisah cinta dan harapan untuk membina hidup baru di bumi asing ini… kini tidak mampu membuka mata pun untuk menyambut hari esok.

"He’s still not responding to the stimuli, doctor," kata salah seorang rakan perubatan yang turut membantu rawatan kecemasan semalam.Kata-katanya masih terngiang-ngiang.Lidah Dr Emir kelu.Tiada istilah perubatan yang dapat menenangkan hati mereka. Tiada ubat penahan sakit yang mampu menampung retak emosi Nabila.

Nabila tetap setia di sisi katil, menggenggam tangan Adam yang dingin. Bibirnya bergetar mengulang doa yang sama. Suaranya serak, namun matanya tidak berkelip. Tiada yang mampu menggoyahkan kasihnya.

"Please, Adam… please wake up. You said we'd build a home here. You promised me we'd travel the world together. Don’t break your promise."

Hanya Tuhan tahu betapa hati Dr Emir turut luluh.Dia bukannya malaikat yang tidak punya rasa.

“Dr Emir, terima kasih kerana sudi datang… dan temani kami dalam saat sukar ini.”ucap ibu kepada Nabila.

Dr Emir hanya menganggukkan kepala . “Saya cuma berharap Adam akan pulih, makcik. Dia seorang lelaki yang kuat. Dan dia sangat menyayangi Nabila.”kata Dr Emir saat ingin mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga Nabila.

Saat itu, di ruang menunggu suasana begitu sunyi.Tiada guru senda dan perbualan. Yang tinggal hanya gema surah Yasin yang dibaca silih berganti.Bahagia mereka sedang diuji oleh takdir.Hanya insan yang terpilih saja diuji begitu hebat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience