Bab 9: Berbagi Tugas

Romance Completed 32302

Suasana meriah di hari pembukaan butik Three Sister UK di Malaysia yang berkonsepkan vendor, diserikan lagi dengan kehadiran Miss Guardian Angels Arianna. Mimi dan Sofie pulang untuk meraikan pembukaan butik mereka sambil mengambil peluang untuk pulang bercuti.

"So, Anne..Kau memang nak settle down terus ke apa? Hari tu kata nak balik kejap aje?," Sofie sengaja memulakan perbualan tujuan mengusik Arianna.

"Naaila dah selesa kat sini dan dia nak gilir-gilir stay dengan ayah dia, so kalau Aku balik sana jenuh lah Aku nak berulang," jawapan Arianna mengundang senyum nakal daripada Sofie dan Mimi.

"Ibu Naaila pun tak sanggup nak berpisah dah kan?," Arianna buat muka menyampah. Dah malas nak layan. Tak cukup dengan ahli keluarganya, BFF dia pula sibuk nak jadi match maker tak bergaji.

"Whatever," dan Arianna terus bangun daripada sofa dalam ruangan butik itu untuk mengambil minuman.

Sofie dan Mimi mengutuk diri sendiri atas ketelanjuran kata mereka, saling berpandangan kemudian terus bangun membuntuti Arianna untuk tujuan memohon maaf atas kekhilafan kata kerana risau hati sahabat mereka tersinggung.

"Anne, we're sorry for over the limits" kemudian serentak mereka memeluk Arianna. Arianna kemudiannya senyum dan membalas pelukan mereka. "It's okay, babe," kemudian mereka sama-sama ketawa. Mana mungkin dia mampu merajuk lama dengan dua sahabat yang ada di masa terpaling teruk dalam hidupnya.

"So, sekarang Naaila memang dah melekat padat dengan ayahnya lah?," soal Mimi sambil memandang ke arah Zhafri yang sibuk melayan puteri kecilnya di suatu sudut.

"As you can see..aku sangat banyak 'me-time' sekarang. So, how about Pangkor? Tak jauh dah ni," cadangan Arianna sambil jari telunjuk mengetuk dagunya membuatkan Mimi dan Sofie serentak bercahaya matanya. "This is what I need. Pulau. Oh! sure, Anne! Let's go!" Sofie tidak mampu menyorokkan keterujaannya terlompat seperti kanak-kanak dapat aiskrim mengundang gelak ketawa mereka.

"Aku kena buat proposal dulu, kena check jadual Zhafri. Kalau dia okay, kita on lusa lah," Arianna memberi kata putus dan akhirnya mereka sama-sama mengangguk setuju.

---

"Bye, sayang Ibu. Behave tau stay dengan Ayah," pesan Arianna sambil memeluk dan mencium pipi Naaila.

"Okay, Ibu. Ibu, Mama, Mommy, don't be naughty ya," pesan Naaila kepada tiga orang wanita yang membesarkannya itu sambil melambai-lambai mereka.

---

Malam ketiga di Pangkor, Naaila demam dan dimasukkan ke hospital tempat Zhafri berkerja. Arianna yang risaukan Naaila terus mengambil keputusan untuk pulang keesokan paginya.

"Macam mana Awak jaga anak, sampai warded? Saya tinggal dua hari je dah jadi macam ni. Ni ke yang Awak kata Awak nak giliran bermalam everyweek? Awak boleh ke tak jaga anak sebenarnya, Zhafri?," sesampainya di hospital dan ketika dia terlihat kelibat Zhafri, terus dia menghamburkan amarahnya. Dia terlalu risau. Naaila itu nyawanya. Tak pernah sekali pun dia biarnya nyamuk menggigit anaknya, bila dia lihat Naaila terbaring di katil hospital, lemah anggota badannya. Dan akhirnya dia terduduk sambil menangis. "Sumpah, saya takut Zhafri. Saya terlalu sayangkan dia," ujarnya dengan esakan yang perlahan.

"Anna, Abang on call kena ganti kawan Abang, dia ada emergency kat kampung. Badan Naaila panas, Abang requested untuk dia warded senang nak dipantau. Itu aje. Abang minta maaf buat Anna risau begini," Arianna yang tersedar tentang ketelanjuran kelakuannya terus menyalahkan Zhafri lagi kerana dia tidak mahu mengalah. "So, you should explain to me clearly, bukan setakat satu mesej macam semalam je. Minta doktor dia check, kalau dah okay, I'll take her with me so tak ganggu waktu kerja Awak," Zhafri menyimpan senyumnya risau kena sembur dengan Arianna lagi, walaupun dia tahu Arianna dah malu sendiri apabila mendengar suara Arianna yang mengendur berbanding di awal pertemuan mereka tadi. Inilah Arianna yang sejak dia pulang hampir setahun yang lalu, selalu marah tanpa sebab dan kadang-kadang dia perasan seperti Arianna melepaskan amarahnya yang disimpan selama lima tahun mereka berpisah.

"Ibu, I want to go home," suara serak Naaila yang baru terjaga daripada tidur, serentak meraih perhatian Zhafri dan Arianna. "Sure, you can gome home," tutur Arianna sambil mengusap rambut Naaila sementara Zhafri sudah beredar untuk mendapatkan doktor yang menjaga Naaila.

---

Hari-hari yang berlalu, semakin membiasakan mereka dengan kehidupan masing-masing. Arianna dengan butiknya, Zhafri dengan kerjayanya. Mereka bergilir menjaga Naaila dan kehidupan mereka semakin harmoni..Arianna juga lebih bertolak ansur dan kurang melepaskan emosi yang tidak baik kepada Zhafri lagi.

"Ibu, next month sekolah Naaila ada trip. I want to go. Boleh kan ibu?," Naaila mengusulkan permintaan ketika Arianna menjemputnya daripada sekolah hari itu. Arianna sendiri sedia maklum kerana guru kelas Arianna sudah memaklumkan dalam group WhatsApp kelas Naaila. "Sure, but kena tanya Ayah juga. Kalau Ayah bagi, Ibu okay je," balas Arianna sambil berbalas senyuman dengan Naaila. "Bak Naaila pinjam fon Ibu, nak call Ayah," tangannya dihulur kepada ibunya tanda tidak sabar sangat. Macam esok aje gayanya nak pergi trip sekolah. Haishlah budak kecil ni sorang.

"Assalamu'alaikum, Ayah. Naaila nak ikut trip pergi Pusat Sains Negara next month, boleh? I want you to go with me and Ibu. Ibu kata kena tanya Ayah," Naaila terus menyatakan niatnya menelefon Zhafri tanpa ada intro dahulu. Straight to the point gitu. Terbeliak mata Arianna, tadi cakap nak minta kebenaran je, ni siap bagi 'arahan' nak ayah dab ibu join sama-sama pulak? Aduhaiii.

"Ayah ada seminar? It's okay if you're busy," suara Naaila sedikit mengendur. Arianna menoleh memandang Naaila sebelum kembali fokus dengan pemanduannya. Tadi bukan main semangat suaranya. Sekurangnya Arianna berasa lega Zhafri tak join trip sama. Phew~

"Don't worry, Ayah. I'll tell Ibu then. Ibu tengah driving. Assalamu'alaikum," ujar Naaila sebelum menamatkan perbualan dengan Zhafri dan Arianna nampak Naaila mengangguk-angguk. Apalah agaknya pesanan Ayahnya itu.

"Hey, baby girl. Kenapa muka monyok?," Arianna yang perasan Naaila diam terus bertanya.

"Naaila dah bagitahu kawan-kawan, Naaila ada Ayah. Naaila nak Ayah teman, tapi Ayah kata ada seminar..," suaranya sedikit sedih sambil mukanya menunduk dan kemudian menyambung ayatnya "..Ayah cakap sayang Naaila dan sayang Ibu, tapi Ayah tak ada nanti. Kawan-kawan Naaila selalu cakap one happy family ada Ayah dan Ibu tinggal sama," zapp! terasa seperti belati tajam yang menikam hatinya kini. Anak kecil yang berusia lima tahun ini semestinya masih belum faham tentang perpisahan yang berlaku antara Arianna dan Zhafri. Arianna menarik nafas dalam, dia perlu menenangkan dirinya dahulu sebelum Naaila ditenangkan. Dia perlu memujuk dengan kata-kata yang baik supaya Naaila faham, keluarga Naaila tak sama macam keluarga kawan-kawannya.

"Look, Naaila. We have a big family kan? We stay together dengan Tok Babah, Tok Mama, Daddy, Ashu. We're happy, right? Ayah akan bawa Naaila jalan bila dia cuti. Dan Ayah juga jumpa Naaila everyday. We are one happy family. Betul? Hurm?," pujukan lembut Arianna sambil menyentuh tangan Naaila nampaknya berhasil apabila senyuman terbit di bibir Naaila.

" Should I ask Daddy to come with us, Ibu?," permintaan Naaila membuatkan hati Arianna senang. Nampaknya Naaila sudah terpujuk. Arianna mengangguk tanda membenarkan. Fuh! Lega. Better Tengku Fakhri daripada Zhafri.

'Thank God, dia ada seminar. Kalau tak, jenuh nak hadap muka Zhafri sepanjang 2 hari trip sekolah Naaila nanti. Dah lah naik bas, mesti kena duduk sebelah-sebelah,' Arianna bersyukur sambil mengumam sendiri.

---

"Abang tak fly ke time trip Naaila nanti? Kalau busy, takpe," Arianna juga rasa bersalah kerana melibatkan Tengku Fakhri dalam masalah anaknya yang merajuk bila ayah kandung sendiri tak dapat teman.

"Abang akan selalu ada untuk Anne, your Mr Guardian Angel kan..Sekarang untuk Naaila juga. Of course, abang menadah nyiru tau," Tengku Fakhri seperti biasa, ada sahaja diselit lawak dalam setiap perbualannya.

"Anne minta maaf, sebab Anne Abang masih fly dengan domestic," ujar Arianna agak kesal, tiba-tiba dia teringat tentang peluang kerjaya yang Tengku Fakhri tinggalkan kerana mahu menemani kedua orang tuanya apabila Arianna membawa diri.

"Benda dah lepas, Anne. Abang boleh aje apply semula, tapi Abang nak tengok Anne settle down dengan Zhaf dulu," nada Tengku Fakhri serius, tiada gurauan seperti biasa.

"In your dreams mungkin kot, Abang..Anne dengan Zhafri, we are just parents to Naaila. And, I don't need a husband," Arianna mengangkat punggung untuk beredar daripada laman belakang rumah, tempat kegemarannya sebelum dia naik angin. Dia sendiri tak faham kenapa semua orang nak dia dan Zhafri kembali bersama.

Tengku Fakhri hanya menggelengkan kepala, kesal dengan sikap kepala batu Arianna..Langsung tak bagi peluang pada diri sendiri untuk fahami hal sebenar yang dah berlaku dalam hidupnya hampir enam tahun lepas. Kalaulah dia buka hatinya untuk lihat cinta Zhafri padanya, pasti semuanya akan lebih mudah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience