Bab 36: Sampai Bila

Romance Completed 32302

Perjalanan menuju ke balai polis dirasakan sungguh panjang. Walaupun jiwanya berkecamuk, dia berusaha mengawal perasaannya. Dia tidak henti beristighfar menghalau hasutan syaitan. Dia tidak mahu terus hanyut dalam emosi yang negetif kerana dia tahu, di saat ini dia harus kuat dan tenang supaya dia dapat berfikiran secara rasional.

Telefon yang bergetar menandakan panggilan masuk. Nama Arianna tertera di skrin telefon pintarnya. Tanpa berlengah dia menjawab panggilan itu. Ya, dia hampir terlupa tentang Arianna. Dia terlalu risaukan Naaila. Apakah Arianna sudah mengetahui berita ini?

"Sayang..." tanpa salam terus Arianna diseru. Dadanya ketat menahan sebak. Dia takut, takut Arianna akan risau. Kerana dugaan mereka yang bertimpa-timpa, dia takut Arianna akan mengalah. Emosi Arianna yang baru mahu pulih jugak sungguh merisaukannya. Telefon digengam erat.

"Abang..Yaya ni..Anne..Anne terkejut, Naaila.." dapat dia dengari dengan jelas tangisan pilu Arianna merintih, dan suara Zahra yang gugup diselang seli cuba memujuk Arianna.

Dia meraup wajahnya. Air mata sudah bergenang. Berbalam pandangan matanya. Hiba tangisan Arianna disebelah sana meruntun tangkai hatinya. Pedih bagai ditarik-tarik dengan paksa. Kejam.

"Yaya..tolong Abang. Tengokkan Anne. Abang dengan Wajdi sekarang, on the way ke balai polis untuk lodge report. Tolong doakan semuanya dipermudahkan. Tolong Abang, ya Yaya. I will get back home as soon as I can." Setelah mengumpul semangatnya yang hampir terbang, akhirnya dia berjaya juga memohon pertolongan Zahra yang dia rasakan itu sahaja harapannya sesingkat masa ini, yang dia mampu fikirkan.

"Of course, Abang. Abang please take care. Anne, Yaya akan tengokkan. Doa banyak-banyak Abang. Dia yang memegang hati manusia, moga Allah akan beri hidayah pada Syu." Sebak Zahra memujuk Zhafri dan sebenarnya untuk dirinya sendiri. Dia juga tidak pernah menyangka api dendam bekas sahabat baiknya itu membakar mereka perlahan-lahan dan sungguh menyakitkan. Yang menjadi mangsanya Arianna dan juga Naaila. Insan yang tiada dosa langsung dengan Syuhada. Dia sedar, di saat ini tiada guna untuk dia menyalahkan dirinya sendiri walaupun dia sedar semua permasalahan ini puncanya daripada dia. Di saat ini, dia perlu kuat untuk memberi semangat kepada Arianna, dia tidak boleh lemah mengikut perasaan.

Setelah talian ditamatkan, fokusnya kembali kepada Arianna yang kini kelihatan agak tenang. Telefon Arianna diserahkan kembali. Dia kemudiannya mengambil tempat di sisi Arianna.

"Anne.." Baru sahaja ditegur, Arianna kelihatan mengesat air matanya kasar dengan belakang tangannya. Diri terus dibawa berdiri, begnya diambil dan terus dia menuju ke pintu keluar.

Zahra yang terpana kaget..Terus tergopoh-gapah dia bangun mengejar, menyaingi langkah Arianna.

"Anne..Kau nak pergi mana ni? Abang Zhaf suruh Kau stay sini sampai dia datang. Kau tenang ya." Zahra menyentuh bahu Arianna seraya memujuk lembut.

Arianna memandang Zahra dengan riak yang tegang. Tanpa segaris senyuman. Matanya tajam mencerlung memandang Zahra. Tangan Zahra di bahunya ditepis perlahan. Lalu dia menyungging senyuman. Sinis.

"Let go of me..I'm done with Your family." Melihat riak Arianna yang serius, menyebabkan Zahra kecut perut. Wajah Arianna merah padam, matanya penuh amarah. Tangannya sempat mencapai selendang lalu dililit seadanya dan terus dia keluar meninggalkan Zahra yang masih termangu di situ.

"Anne.." Kolam mata Zahra bergenang, akhirnya tumpah jugak air mata membasahi pipinya.. "Ya Allah!"..dia yang sebentar tadi terpana akibat terkejut dengan tindakan Arianna terus beristighfar menenangkan hati lalu kakinya dibawa melangkah ke biliknya mencari telefonnya. Dia mahu mengejar Arianna, namun memikirkan Wafiy dan dirinya yang masih belum melepasi tempoh berpantang, terus sahaja dibatalkan niatnya. Dia kesal kerana tidak mampu menghalang Arianna namun dia juga perlu memikirkan kesihatan dan keselamatan dirinya yang baru sahaja melahirkan.

Tanpa berlengah, nombor telefon Syarfa didail. Setelah beberapa deringan, panggilannya bersambut.

"KakFa..tolong Yaya.." esakan terus terhambur apabila suara Syarfa di sebelah sana didengari..Dia menjadi rapat dengan Syarfa semenjak berpindah tinggal di Kuala Lumpur ini. Syarfa sudah seperti kakaknya sendiri, kawan baik yang dia ada selain daripada Arianna.

"Yaya..what happened? Kenapa ni? Yaya jangan nangis, KakFa datang rumah Yaya ya. Yaya tunggu, sabar okay." Syarfa memujuk Zahra. Dia sungguh risau mendengar esakan Zahra walaupun dia sendiri tak pasti apa masalah Zahra.

"No, KakFa..Yaya okay..Anne. KakFa kena teman Anne..tadi dia kat rumah Yaya then dapat berita Syuhada culik Naaila. Sekarang Abang Zhaf dengan Wajdi pergi buat report, Abang Zhaf minta Yaya tengokkan Anne tapi dia pergi macam tu je..Yang paling Yaya takut?, dia macam dah give dengan family sebelah sini, KakFa..Apa patut Yaya buat?" Zahra mengongoi sedih. Syarfa menghadam kata-kata Zahra. Ya, semuanya berlaku dengan pantas, dia tidak boleh panik.

"Okay, Yaya. Listen. Yaya stay kat rumah dulu, KakFa sampai kejap lagi. Anne biar Abang Ri cari dia okay? Yaya tunggu KakFa, we'll figure out this thing together. Yaya jangan overthinking. It's not good for you. KakFa sampai sekejap lagi. Istighfar banyak-banyak, I'll be there soon. KakFa letak dulu tau." Syarfa berjaya memujuk Zahra dan sekarang dia perlu menghubungi suaminya memaklumkan tentang apa yang baru menimpa keluarga mereka. Mujur sahaja Tengku Fakhri sedang bercuti sekarang, kalau tidak jenuh juga dia nak hadap sendiri.

---

"Anne, yakin ke dengan apa yang Anne buat ni?" Tengku Fakhri sejujurnya tidak menyokong keputusan Arianna. Biarlah pihak berkuasa sahaja yang menyelesaikannya, bukanlah seperti apa yang Arianna lakukan sekarang.

"Abang cakap Abang akan support apa yang Anne buat. Anne tak boleh kehilangan untuk kali kedua. Kalau dia nak sangat Zhafri, Anne bagi je lah kat dia. Naaila nyawa Anne. Empat tahun kami hidup aman sahaja, sekarang ni sebab janji gila yang adik dia dengan mak dia buat, siapa yang jadi mangsa? Anak Anne dah mati. Sekarang Naaila jadi tebusan. Lepas ni apa pula? Abang cuba bagitahu Anne. Apa lagi patut Anne pertahanankan? Sampai bila Anne nak bahagia kalau terus macam ni?" Arianna yang tenggelam dengan emosi mula menyalahkan Zhafri, Zahra dan ummi.

"Astaghfirullahal'azim Anne. Mengucap Anne. Ni semua takdir. Ujian hadiah daripada Allah untuk kita. Bukan masanya Anne nak menuding jari siapa yang salah sekarang. Zhafri bukan barang yang Anne boleh suka hati nak bagi dia pada Syuhada bila dia nak Zhafri. It's not right, Anne. Jangan buat keputusan terburu-buru. Biar Zhaf settlekan dengan pihak polis." Tengku Fakhri masih cuba memujuk..Bahu adiknya dirangkul kemas. Arianna yang masih menangis, bergegar bahunya. Selendang yang dipakai juga sudah basah dengan air mata. Mujur sahaja Tengku Fakhri cepat menjejaki Arianna ketika isterinya menelefonnya sebentar tadi. Arianna yang dilihat berjalan di kawasan berhampiran perumahan Wajdi dan Zahra kelihatan seperti hilang arah. Mujur sahaja jarak rumahnya dan rumah Wajdi tidak terlalu jauh dan sekarang di luar waktu kesibukan lalu lintas.

"Abang call Zhaf suruh dia pulangkan Naaila kat Anne walaupun dia yang jadi galang gantinya." Arianna nekad. Tiada lagi pilihan kedua dan ketiga. Kakinya di bawa melangkah mahu meninggalkan hentian bas itu.

"Kalau Abang tak boleh tolong Anne takpe.."

Namun pantas Tengku Fakhri memaut lengannya.

"Anne ikut Abang. Abang dah janji, kan? I will always be by Your side? I am Your guardian angel. Always." Tengku Fakhri memujuk Arianna. Dia juga tersepit. Dia tahu Zhafri juga tengah kusut.

Arianna akhirnya akur. Perjalanan menemui Zhafri dirasakan panjang. Tengku Fakhri terpaksa mengikut kata Arianna yang mahu menemui Zhafri dengan segera. Dia tahu, hanya Zhafri yang akan berjaya memujuk Syuhada untuk pulangkan Naaila dan semestinya tanpa penglibatan pihak polis.

Inspektor Hariz yang terkilan hanya mampu menasihati Zhafri supaya mengubah fikirannya. Namun, Zhafri yang tidak mahu merumitkan lagi keadaan hanya mampu menurut segala kehendak Arianna. Arianna pula langsung tidak mahu bercakap dengannya menambahkan lagi galau di hatinya kini. Hanya Tengku Fakhri menjadi pengantara mereka. Dia kusut. Pagi tadi hubungan mereka sangat baik, kini belum sampai 12 jam, hubungan mereka seperti retak menanti belah. Wajah Arianna yang kelihatan sugul menambahkan lagi pedih di hatinya.

"Zhaf, Kau sabar banyak-banyak. Selesaikan cara baik." Pujuk Tengku Fakhri seraya menggosok belakang Zhafri.

Wajah Zhafri yang kelihatan pasrah hanya mampu mengangguk lemah.

"Kalau itu yang mampu buat dia senyum kembali, Ri." Lemah Zhafri bersuara. Jatuh bahunya.

"Aku banyak dosa dengan dia.." Zhafri yang mencangkung sebelah Tengku Fakhri melemparkan pandangan terhadap Arianna yang duduk memeluk lutut di tepi longkang berhampiran dengan kedudukannya sekarang.

"Aku pentingkan diri, yang akhirnya anak-anak dan isteri aku yang menjadi mangsa. Aku akan tanggung semuanya, asalkan Arianna dan Naaila bahagia."

Wajdi yang sejak tadi menjadi penonton drama sebabak kisah cinta luka itu tidak mampu menyembunyikan air mata lelakinya..Sebak menjerut tangkai hatinya kini. Dia marah..Namun dia tak pasti pada siapa harus dilampiaskan amarahnya dan akhirnya dia menumbuk dinding konkrit di tangga bangunan yang dijanjikan Syuhada untuk bertemu dan menukar 'tawanan'. Darah yang mengalir di tangannya segera dikesat pada baju kemeja yang dipakainya. Tiada rasa sakit langsung, hatinya lebih sakit kini.

Mahu sahaja dia terkam Syuhada, namun memandangkan dia masih waras, dia hanya menjadi pemerhati. Lagi.

"Ayah.. Ibu.. Eh, Daddy dengan Paksu pun ada?" Naaila yang langsung tidak menyedari konflik yang berlaku menyoal polos. Wajahnya ceria.

"Naaila ikut Ibu balik ya, Teacher nak jumpa dengan Ayah. Okay?" Syuhada bersuara lembut seraya melutut memeluk dan mencium Naaila. Naaila mengangguk lalu berjalan ke arah Arianna. Arianna tanpa memandang ke arah Zhafri terus sahaja memimpin Naaila memasuki perut kereta Tengku Fakhri. Dia hanya membatukan diri. Dalam fikirannya sekarang, dia hanya mahu pulang.

Zhafri hanya memandang Arianna dan Naaila. Dia ingin berlari memeluk keduanya, namun melihatkan sepucuk pistol yang dibawa Syuhada, walaupun disorokkan daripada Naaila dan Arianna, dia tahu Syuhada bukan bergurau dengan deal mereka sebelum mereka bersetuju untuk dia menukar dirinya dengan Naaila.

FLASHBACK

"Syuhada, tolong pulangkan Naaila pada ibunya dan Aku akan ikut kehendak Kau." Zhafri tidak berbasa basi, terus sahaja dia nyatakan niatnya menghubungi Syuhada.

Syuhada senyum tanda kemenangan.

"Finally. Kalau daripada dulu You macam ni, tak perlulah I susah payah curi pistol papa I."

Zhafri agak terkejut, tidak terjangkau akal fikirannya Syuhada segila ini.

"Whatever..Aku cuma perlukan kerjasama Kau lepaskan anak Aku dan jangan kacau anak dan isteri Aku lagi."

Tawa Syuhada kedengaran di sebelah sana. Zhafri panas telinga.

"As Your wish, Dear. As long as You promise to be by my side. I won't touch that woman and her kid."

Seperti psikopat..Itu yang Zhafri dapat simpulkan.

END FLASHBACK

Dan akhirnya dia di sini..Menerima deal gila menukar tebusan dan dia yang menjadi 'tawanan' Syuhada sekarang. Dia rela. Asalkan Arianna bahagia.

"So, bila I boleh bagitahu Papa tentang kita?" Syuhada di sebelahnya tersenyum ceria menyedarkannya. Dia tidak mampu berfikir lagi. Kereta Wajdi dan Tengku Fakhri juga sudah hilang daripada pandangan matanya. Kini hanya tinggal Syuhada bersamanya.

"Apa-apa jelah."

Dia ingin berlalu namun Syuhada segera menahannya lalu menunjukkan rakaman di skrin telefon pintar Syuhada.

"They're being watched, You better follow my plan."

Saat ini, dia nampak Syuhada seperti seorang ahli sihir yang sungguh jahat. Hatinya sakit..Namun dia terpaksa mengikut telunjuk Syuhada untuk memastikan Arianna dan Naaila selamat.

"Aku nak balik, esok Aku kerja."

Dia tidak mahu berlama dengan perempuan psiko seperti Syuhada.

"Boleh, tapi You bukan balik rumah You tau, barang You kalau ada yang diperlukan kat rumah tu, I'll send my man there."

Syuhada memang ahli sihir..Dia sudah kawal sepenuhnya hidup Zhafri. Dia jijik mahu memandang Syuhada.

"You balik rumah I, dan ada orang jaga You tau. And because we're not married yet, I'll stay with Papa for a while."

Dan serentak dengan itu ada sebuah kereta hitam menjemputnya..Dia penat..dan hanya akur kerana dia hanya mahu keluarganya selamat.

Syuhada tersenyum puas. Akhirnya dia berjaya memaksa Zhafri memilih dirinya. Kalau dia tahu, awal-awal lagi dia bertindak. Rupanya Naaila sahaja kuncinya.

Hai semua, terima kasih sudi baca. Saya hargai setiap komen yang ditinggalkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience