Bab 18: New Arianna

Romance Completed 32302

Setelah hampir enam bulan menjalani rawatan, Arianna akhirnya dibenarkan discharge.

"Hi, morning Anne! How are You today?," seperti biasa, Doktor Maryam menyapa Arianna.

"Hi, doc. Morning. Alhamdulillah, I feel good today," Arianna tersenyum mesra. Doktor Maryam sangat banyak membantu daripada segi sokongan, nasihat, tak pernah jemu berikan kata-kata positif untuk dia, naikkan semangat dia, buat dia rasa diperlukan dan berharga. Ya, Arianna kini sudah sembuh sepenuhnya, dan yang paling penting dia dah maafkan apa yang telah berlaku dalam hidupnya enam tahun yang lalu. Hubungannya dengan Zhafri juga sudah pulih, tiada lagi dendam yang dia simpan, cuma menanti bahagia untuk disatukan kembali.

"Hari ni Zhaf cuti nak jemput You, kan. I'm happy for You guys, harap berkekalan hingga akhir hayat ya. Make this time, happiness is Yours ok?," Doktor Maryam menepuk bahu Arianna, memberi sokongan tentang hubungan mereka, yang mana masih ditentang hebat oleh keluarga Zhafri apabila Naaila yang secara tidak sengaja terlepas cakap. Apabila ditanya, Naaila menceritakan apa yang terjadi. Zhafri dan keluarganya sendiri sedaya upaya mahu menyorokkan perkara itu daripada Arianna dan dia faham. Dia tak kisah, kerana dia tahu mereka sedang menjaga emosinya. Dia tahu dan yakin, ujian yang Allah hadiahkan padanya kerana dia sendiri mampu untuk hadapi. Ini bahagiannya.

"InshaaAllah, doc. Thank you for Your endless support..I really appreciate it. Oh ya, my brother is getting married, nanti majlis dia doc datang sana, boleh terus ke Pangkor, cuti-cuti Malaysia. Nanti Anne bagitahu Abang Anne untuk hantar invitation card ya," Arianna tersenyum ceria, seronok mengenangkan dia bakal ada kakak ipar. Lepas ni adalah teman berbual hal perempuan selain daripada mama.

"Assalamu'alaikum," satu suara yang menyapa mereka, membuatkan Arianna dan Doktor Maryam serentak berpaling ke arah pintu masuk. Senyuman Zhafri sentiasa mendamaikan hati Arianna. Sungguh dia bersyukur Zhafri masih setia bersamanya walaupun dalam keadaan dia yang teruk.

"Wa'alaikumussalam, Abang datang dengan siapa lagi?," soal Arianna teruja kerana hari ini, dia dibenarkan pulang dan akan menjalani hidup seperti biasa tanpa perlukan follow up check up lagi, cumanya dia harus selalu kekalkan mindset positif sahaja.

"Abang datang sorang je, yang lain semua tunggu Anna kat rumah termasuk bakal biras Abang,' Zhafri kulum senyum melihat muka Arianna dah mula merona merah.

"Haiii love birds ni, You all bila nak langsung, jangan lupa I dan jangan lama-lama tau," Doktor Maryam mencelah. Bukan main lagi macam dah tak nampak aku je berbual berdua ni. Punyalah dilamun cinta.

"Eh, I takde hal. Dah lama I nak kahwin dengan Anna, dia je yang nak tunggu betul-betul sihat. Kalau tak dah lama tau Naaila ada adik. Zhafri melirik ke arah Arianna yang sudah menjelingnya lalu pecah ketawa Zhafri. Doktor Maryam pula sudah menahan tawanya. Tak sangka Zhafri yang nampak cool je, bila bab mengusik Arianna bukan main lagi.

"Ye la, Zhaf..Anne taknak nanti emosi dia affect Your life..Sebab tu dia nak betul-betul sihat dulu. Dia bahagia, hati tenang, baru boleh bahagiakan orang-orang sekeliling dia. Kan, Anne?," Doktor Maryam memihak kepada Arianna. Nampaknya Zhafri bakal kalah lagi, dua lawan satu.

"Yes, Zhaf..I absolutely agreed dengan apa yang Mary cakap," entah daripada mana Doktor Liyana tiba-tiba wujud di wad Arianna ini.

"Entah daripada mana datang You ni, dengan salam nye takde," Zhafri buat muka serius seraya memenyilangkan tangan di dadanya lalu pecah ketawa mereka semua.

"Baik Ustaz Dr Zhafri, Assalamu'alaikum," Doktor Liyana buat gaya menunduk hormatkan Doktor Zhafri.

"Ye lah, I kalah teruk ni, tiga lawan satu, mana mau?," serentak, pecah lagi ketawa mereka. Arianna rasa bahagia dengan hadirnya insan-insan sebegini. Dia bersyukur dikelilingi mereka yang menyayangi dan menerima dirinya seadanya.

Setelah mengucapkan selamat tinggal dan mendaftar keluar, Arianna akhirnya pulang ke rumah lamanya dengan Zhafri, yang mana menjadi tempat bermastautin keluarganya sepanjang dia menjalani rawatan di hospital tempat Zhafri berkerja. Perasaannya kali ini, lebih tenang, tiada lagi memori duka di dalam rumah ini. Air mata kesyukuran mengalir, dia bersyukur dengan perubahan dirinya sekarang dan jauh di sudut hati, dia berterima kasih kepada Zahra yang mula mencetuskan masalah lalu menjadi asbab dia menerima rawatan pakar yang menjadikan dia seorang Arianna yang baru.

---

"Bila Abang nak balik Taiping? Anne rasa dah lama sangat Abang tak balik kan?," pertanyaannya selepas makan malam ketika mereka bersantai di hadapan televisyen menonton mega drama bersama mama. Babah dan Naaila awal-awal dah berlayar. Esok pagi, mereka sekeluarga akan pulang ke Manjung untuk persiapan majlis perkahwinan Tengku Fakhri.

"Abang sibuk kan jaga Anna kat sini, dah senang nanti Abang balik lah," jawapan Zhafri sekadar menjawab persoalan Arianna, dia tidak ingin berbicara lanjut tentang keluarganya.

"Abang ada sorokkan apa-apa daripada Anne ke? Mama pun kan?," kini tumpuan mereka bertiga tidak lagi kepada skrin televisyen di hadapan mereka, tetapi sudah menghadap Arianna.

"Okay, apa Anna nak tahu? Abang akan jawab. Zhafri memandang Puan Suraya yang mengangguk tanda mereka sudah bersedia dengan segala kemungkinan.

"Okay, Anne akan tanya Abang, tapi Abang kena jawab jujur, Mama pun." Arianna memandang Zhafri dan Puan Suraya bersilih ganti. Dan kemudian, kedua insan kesayangannya mengangguk perlahan.

"Ummi nak Syuhada ganti tempat Anne kan?," soal Arianna sambil mencari mata Zhafri. Riak wajah Zhafri seakan terkejut, tidak menyangka soalan ini yang akan keluar. Dan sebenarnya, dia sepatutnya dah boleh agak, Arianna pasti sedar sebab keluarganya langsung tidak melawat Arianna selama enam bulan dia menjalani terapi. Bertanya khabar pun tidak. Hanya abahnya sahaja yang ada sesekali menelefon bertanya khabar. Dia sendiri kesal, sampai begitu sekali umminya berubah, sedangkan dulu, Ariannalah yang paling disayangi.

Berhati-hati, dia menyusun ayat kerana dia tidak mahu Arianna tertekan, sedangkan dia yakin Arianna sudah rasional. Dilirik kepada mama Arianna yang sedang menggenggam tangan Arianna, Puan Suraya mengangguk menyalurkan sedikit keyakinan untuknya berterus-terang.

"Ye, Ummi dah pinangkan Syuhada untuk Abang, tanpa pengetahuan Abang enam bulan lepas, dan Abang dah berjumpa Syuhada untuk berbincang untuk memutuskan tali pertunangan kami, tapi dia tetap nak teruskan," perlahan suara Zhafri seakan tersekat di kerongkongnya untuk menjawab pertanyaan Arianna.

Arianna mengangguk faham, dapat dirasakan genggaman tangan mamanya sedikit kuat, menyalurkan kekuatan kepadanya. Arianna pandang mamanya dan tersenyum seraya mengangguk, memberi isyarat yang dia okay.

"Kalau Abang tanya Anne kisah ke x, Anne mestilah kisah sebab Anne nak Abang, Anne taknak lagi kita separate besarkan Naaila. Anne akan fight dan singkirkan Syuhada. Anne akan berusaha untuk ambil hati Ummi dan adik-beradik Abang kembali. Selagi jodoh kita Allah izinkan, Anne takkan putus harapan," ada sinar bahagia dalam matanya ketika menuturkan kata-kata tersebut. Zhafri terlihat sedikit terkejut, dan kemudiannya mengangguk. Dia bersyukur kerana penerimaan positif Arianna walaupun dia tahu, Doktor Maryam dah sahkan Arianna bebas daripada masalah kesihatan mentalnya selepas beberapa siri pemeriksaan dan terapi yang dijalankan selama hampir enam bulan ini.

"Terima kasih, Anna sebab masih bagi peluang pada Abang untuk bahagiakan Anna dan Naaila," Zhafri sebak, doanya Allah dengar. "Dan wow, You're amazing new Arianna sekarang kan..nak fight dah dia," sempat juga Zhafri mengusik, untuk menghilangkan suasana tegang yang dia rasakan di awalnya. Fuh!

Arianna hanya sekadar tersenyum sambil mengangguk kemudian meminta diri untuk masuk tidur, begitu juga dengan Puan Suraya kerana esok mereka sekeluarga akan bersiap awal. Arianna juga rindukan butiknya.

Zhafri sendirian, masih memikirkan samaada mahu teruskan pernikahannya dengan Arianna tanpa restu ummi dahulu, atau menunggu ummi untuk menerima Arianna kembali, baru meneruskan rancangan pernikahan mereka. Kalau ikutkan dia, mahu sahaja dia 'belakangkan' ummi namun, dia masih sedar diri, restu dan redha seorang ibu dalam kehidupannya sangat penting. Dia tidak mahu lukakan hati umminya dan dalam masa yang sama, dia tidak mampu untuk lepaskan Arianna sekali lagi. Itu pilihan terakhir yang dia sendiri tak pasti dia akan buat atau tak, walau dalam keterpaksaan. Sungguh, dia cintakan Arianna kerana Allah dan dia kasihkan umminya dunia akhirat. Dia, benar-benar dia persimpangan yang pasti jalan hidup yang dipilih, akan menentukan masa depannya kelak. Dia..mengharapkan pengakhiran yang baik untuk semua orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience