Bab 6: Memori Cinta Luka

Romance Completed 32302

Kuala Lumpur 2020

Dia menghela nafas berat, akhirnya dia kembali lagi ke sini. Tempat yang membunuh cinta pertamanya. Tempat terciptanya memori duka. Tempat yang dia tinggalkan tanpa niat ingin kembali. Namun, hari ini dia di sini. Apa yang akan berlaku nanti, dia harus hadapi cuma sekarang, dia tahu dia harus kuat dan percaya diri.

Tangan kecil yang menggengam erat tangannya, menyalurkan kekuatan padanya. Dia tahu, anak ini harus kenal siapa bapa kandungnya. Dia juga tahu, tak selamanya dia harus 'lari'. Dia harus hadapi masa depan, dan redha dengan takdir cintanya. Dia pandang wajah suci di sebelahnya dan tersenyum mesra. Anak kecil ini nampak sungguh teruja.

"Ibu, mana Daddy ni? Tadi Ibu cakap bila kita sampai je terus dapat jumpa Daddy. Naaila dah rasa rindu dah sebab hari ini tak dapat langsung tengok Daddy, cakap dengan Daddy" rengek Naaila, sambil tangannya menarik tangan Arianna dan mulutnya muncung sedepa. Kepit baru tahu. Perangai ikut siapalah ni ya. Nak kata bapanya, Arianna sendiri tak tahu sebab jadi tunang dan suami pun tak sampai sebulan dah kena buang.

Ya, dia dibuang oleh lelaki yang dia sangka akan memimpinnya hingga hujung nyawa, namun apakan daya, takdir cintanya yang tak indah, akhirnya dia terasing sendiri, di bumi asing dipisahkan lautan pasifik. Ternyata, percaturannya salah. Cinta pertamanya membunuh kepercayaannya pada seorang yang bergelar suami. Atau lebih tepat, bekas suami.

"Hello, sayang Daddy, sorry I'm late!" akhirnya muncul juga Daddy Naaila. Alhamdulillah.

"Assalamu'alaikum, Daddy! Tak baik tau tak bagi salam. Kita kan orang Islam. Apa asyik Hello je?," Membuntang mata Tengku Fakhri. Sebiji mak dia si Naaila ni, ustazah cilik dah jadinya mentarbiahkan seorang Tengku Fakhri. Arianna hanya tersenyum sedikit. Rindu. Memang dia rindu sekujur tubuh abangnya. Kalau peluk kang mau banjir KLIA ni.

"Wa'alaikumussalam, baby girl!" terus didukung, dipeluk, diciumnya anak buah yang baru kali pertama bersua muka itu.

"Welcome home, Anne," dah bahu Arianna diraih seperti lima tahun lepas, setiap kali dia menjemput adiknya itu ketika pulang bercuti daripada kampus.

"Jom, semua dah tunggu kat rumah," ujar Tengku Fakhri usai melepaskan pelukan dibahu Arianna. Terus bagasi Arianna dan Naaila di tarik menuju kereta.

Sepanjang perjalanan, Tengku Fakhri rancak berbual hanya dengan Naaila manakala Arianna hanya melayan perasaan. Banyak perubahan kota metropolitan ini yang ditinggalkan lima tahun lepas. Kalau suruh balik sendiri mau sesat Arianna entah ke mana.

---

Suasana hiba jejak kasih di rumah keluarga itu, masing-masing melepaskan rindu. Naaila orang yang paling gembira sebab ramai sangat yang melayan dan sayang padanya. Terutama Ashu Baby dia, yang banyak melayan celotehnya.

"Tok Babah, mana Ayah Naaila? Semua orang ada, tapi Ayah Naaila belum jumpa," suara Naaila seperti belati tajam yang menusuk terus ke jantung Arianna dan ketika semua mata memandangnya, Arianna hanya tersenyum tenang.

"Esok Ibu call Ayah, minta dia datang jumpa Naaila, okay," semua ahli keluarga mereka memandang sesama sendiri. Mereka tiba-tiba berasa takut dengan sifat tenang yang ditunjukkan Arianna, risau jika Arianna hanya pulang untuk sementara.

Menyedari semua mata memandangnya minta penjelasan, Arianna tersenyum senang.

"Baby, boleh bawa Naaila tengok kolam ikan?" seperti memahami keluarganya perlukan penjelasan, Arianna meminta Afif Furhan melayan anaknya.

"Sure. Come Baby Girl, Ashu nak show you banyak fish tau," Afif Furhan kemudiannya memimpin tangan anak buahnya menuju ke laman belakang rumah, di mana terletaknya kolam ikan.

---

"Okay, Anne tahu semua macam pelik kenapa Anne tenang macam ni, kan? Semua dah lepas, Babah, Mama, Abang..," ujar Arianna sambil bersilih ganti memandang wajah-wajah kesayangannya kemudian menyambung bicaranya.."so, dia pun tahu kami ada anak. Anne pun tak boleh nak terus rahsiakan. Anak Anne perempuan. Dia mesti kenal walinya," matang butir bicara Arianna buat Encik Yusri dan Tengku Fakhri serentak mengangguk cuma Puan Suraya seperti biasa, masih basah dengan air mata dan masih memeluk anak perempuan yang dirindui siang dan malam itu.

Segala rasa rindu yang tersimpan selama lima tahun, tak mungkin dapat dilepaskan dalam masa satu hari. Terlalu banyak cerita Arianna yang mereka ingin dengari. Arianna, sememangnya berbeza daripada lima tahun lepas. Dia berusaha keras untuk setabah ini. Semoga esok, semuanya baik-baik sahaja. 'Ayuh! Percaya diri sendiri, Arianna!,' Arianna memberi semangat kepada dirinya sendiri.

---

Arianna menghubungi Zhafri menggunakan telefon Encik Yusri, kerana Arianna sendiri masih belum ada talian dengan nombor yang berdaftar di Malaysia. Beberapa deringan, panggilan disambungkan, "Assalamu'alaikum, Babah. Babah sihat? Ada apa call Zhaf? ... Babah?," beberapai detik, suara yang dirindui mengguris hati bagai luka lama berdarah kembali.

"Erm, Wa'alaikumussalam..," belum sempat ayatnya disambung, terdengar suara Zhafri disebelah sana.

"Anna? Is it you? Anna, thank you for your return, Abang...," tidak mahu meneruskan perbualan yang Arianna yakin akan menambahkan luka di hati, terus dipintas butir bicara Zhafri.

"Listen..First, call me Arianna. Second, Naaila wants to see her father tomorrow. Assalamu'alaikum," tanpa menunggu kata balasan daripada Zhafri, Arianna terus menamatkan panggilan.

Dadanya dipegang..Sakit. Ya, sakit mengenangkan kisah cintanya yang tidak kesampaian. Dia mahu membenci lelaki itu kerana penipuannya namun, takdir Allah menentukan mereka mempunyai anak bersama, dan anak itu perempuan, dia tiada kuasa untuk menafikan hak antara anak dan ayah kandung. Ya, dia bukanlah orang yang alim namun dia masih tahu agama.

Bahunya terasa disentuh. Mama. Setiap kali memandang mama, Arianna berasa sungguh ralat, kerana melukakan hati wanita itu demi mengubati hatinya sendiri. Ya, Arianna sedar yang dia pentingkan diri. Walaupun dia pernah berjanji tak akan kembali lagi ke sini, namun kerana ingatannya pada mama, ibu yang membesarkannya, yang mendidiknya, akhirnya dia sedar kasih sejati itu lebih bernilai daripada sakitnya hati.

"Zhaf memang pernah buat silap, tapi Anne juga salah sebab rahsiakan daripada dia tentang kewujudan Naaila di awalnya. Jika Zhaf tahu sejak awal, pasti takdir hidup Naaila berbeza dan takdir Anne dan Zhaf juga tak akan sama. Mama tahu, Zhafri dalam hati Arianna masih hidup kan?," tutur kata mama sungguh terketuk dahi. Kena setepek.

Arianna memeluk lengan mamanya dan kemudiannya berbaring di ribaan mamanya, seperti dulu. Dan seperti selalu, mama akan mengusap rambut, pipi, tangan untuk memujuk gundah hati anak gadisnya.

"Anne ada sebab buat macam ni, Ma. Anne taknak dia kembali kepada Anne atas rasa tanggungjawab, atas sebab kasihankan Anne yang mengandungkan anak dia. Anne tak perlu semua tu, Ma. Daripada awal dia tak jujur dengan Anne, dengan kita.." air mata yang bergenang diseka pantas, dia tak mahu mamanya risau lagi. Dia perlu percaya diri, dia dah move on. Dia dah ada kehidupan sendiri, dan dia bahagia selama ini.

"Anne patut jumpa Zhaf dan dengar penjelasan dia supaya Anne dan Zhaf takkan tersiksa lagi, in shaa Allah jika jodoh anak menantu mama masih ada, maka pasti akan bersatu kembali," besarnya harapan mama. 'Mama, dia ada isteri lain, ma,' Arianna hanya mampu menjerit di dalam hati sahaja.

"Mama, Anne taknak bercakap hal orang luar. Kita cerita hal Anne je la, Ma. Mama tak nak tahu ke bagaimana hidup Anne selama lima tahun ni? Sedih tau Anne, Maaa..tiap kali raya masak rendang sendiri. Puas Anne google resipi tau Mama, lepas tu nak buat ketupat takde daun palas, Anne kepal-kepal je, Ma," ceritanya kepada Puan Suraya meleret- leret lenggoknya, lagaknya seperti ketika dia pulang daripada sekolah dulu atau bercuti semasa cuti semester. Puan Suraya hanya tersenyum melayan celoteh Arianna yang kekok, nampak sangat dia berusaha keras menyorokkan rasa hatinya. Puan Suraya sebagai ibu, menyokong Arianna, kerana dia sendiri risau jika diberi tekanan untuk menerima kembali Zhafri, Arianna akan hilangkan jejaknya kembali.

Bagaimanalah agaknya nak Arianna tahu kisah sebenar, bila sebut nama sahaja dah cepat-cepat alih topik. Walaupun nampak janggal, Puan Suraya tetap mengiyakan kehendak Arianna buat masa ini. Biarlah tuan badan sendiri yang memujuk.

Andai itu takdirnya, jodoh yang tercatit namanya di Luh Mahfuz, pasti akan bersama kembali kedua ibu bapa Naaila, walau apa saja dugaan dan rintangan, tiadalah daya upaya manusia untuk menafikannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience