Bab 19: Restu Ummi

Romance Completed 32319

Hampir sebulan menjalani kehidupan seperti biasa, Arianna rasa bersyukur kerana hidupnya kembali normal. Hari ini, Zhafri pulang ke Manjung dan akan membawanya bertemu keluarga Zhafri di Taiping. Sejujurnya, dia berasa agak gementar kerana dia sendiri sedia maklum tentang layanan keluarga Zhafri sejak Syuhada menjadi 'menantu pihanan' ummi Zhafri. Namun, keluarganya yang memberi sokongan terutama mamanya menyalurkan keyakinan bahawa dia perlu 'fight' seperti yang dijanjikan sebulan lepas ketika kali terakhir bertemu Zhafri dan mamanya sebagai saksi.

Naaila yang muncung sahaja mulutnya, tidak mahu menegur Arianna, hanya memeluk leher Encik Yusri sahaja. Apabila dicuit Arianna, lagi kuat dia peluk leher tok babahnya dan menyembam muka di bahu Encik Yusri. Puan Suraya hanya menggeleng seraya ketaw kecil melihat ragam cucu tunggalnya itu. Memberontak dalam diam.

Arianna sebenarnya nak sangat bawa Naaila seperti yang dicadangkan Zhafri, tapi mengenangkan nasihat mamanya yang bimbang sekiranya 'pertengkaran' berlaku, eloklah Naaila ditinggalkan hari ini untuk sesi memohon restu ummi Zhafri.

"Ayah, please..Naaila nak ikut.." rengekan Naaila membuatkan Zhafri dan Arianna berat hati nak meninggalkan Naaila. Mereka saling berpandangan, kemudian memandang Puan Suraya yang kemudiannya menghantar isyarat 'tidak' dengan menggelengkan kepalanya menyebabkan mereka berasa serba salah.

"Naaila good girl kan? Sekejap lagi Daddy dengan Ashu bawa jalan taman okay?" Pujukan Encik Yusri nampaknya sedikit berhasil apabila wajah Naaila berubah sedikit cerah berbanding tadi. Dia kemudiannya mengusap belakang tubuh cucunya, memujuk supaya semakin lembut hatinya. Naaila kemudiannya mengangguk kecil dan memandang ke arah Naaila dan Zhafri sambil berkata," Okay, hari ini Naaila approved Ibu dan Ayah tinggalkan Naaila but no more second time," pakej muka cemberut dan tangan bersilang di dada dihadiahkan kepada kedua ibubapanya itu lalu mengundang tawa seisi rumah itu.

"Okay, Baby Princess. Ibu dan Ayah promise!," serentak Arianna dan Zhafri mengangkat tangan membuat janji lalu Naaila kembali tersenyum. Setelah bersalaman dengan kedua orang tua Arianna dan mencium pipi gebu Naaila, mereka berdua bergerak menuju ke Taiping.

"Abang harap, urusan Anne dan Zhaf tu dimudahkan, mereka berdua berhak bahagia bersama." Encik Yusri meluahkan harapannya sambil memandang Puan Suraya.

"Sama-sama kita doakan yang terbaik buat anak menantu kita, Bang." ujar Puan Suraya sambil menghantar pandangan dan doanya untuk mereka berdua.

---

"Anna nervous ke?," soal Zhafri memecahkan kesunyian dalam kereta itu.

Arianna memandang kepada Zhafri sambil tersenyum nipis dan kemudiannya dia menghela nafas perlahan. "Anne tak pernah rasa ditolak, of course Anne nervous sebab Anne tahu Ummi akan tolak Anne.." Arianna menunduk memandang kedua tangannya yang berada di atas pehanya dan kemudiannya memandang Zhafri dan menyambung "..tapi tak cuba, tak tahu kan. Mana tahu selama enam bulan ni, hati Ummi dah sejuk sikit." Zhafri tersenyum dan mengangguk.

"InshaaAllah, Abang doa Ummi dapat terima kita macam yang dia nak dulu, masa kita mula-mula dijodohkan dan Abang percaya jodoh kita kuat bersama..Have faith," Zhafri memberi sedikit kata-kata semangat untuk Arianna.

Seketika mereka saling berpandangan dan kemudiannya Zhafri meneruskan fokusnya kepada jalan raya dan Arianna memandang ke luar tingkap melayan perasaan.

Kemudian, Zhafri menghidupkan radio keretanya dan memasang usb untuk mendengar lagu yang dah disimpan dalam rekod playlistnya.

"Anne ingat Abang taknak bagi Anne dengar radio dah.." menyebabkan Zhafri ketawa lepas.

"Tadi Abang nak cakap benda serius, sebab tu taknak ada gangguan. Yang ni, untuk halwa telinga special untuk cinta mati Abang." Arianna membulatkan mata apabila Zhafri mengenyitkan sebelah matanya. Kemudian, apabila lagu yang dipilih Zhafri terpasang, Arianna seakan terkejut lalu tangannya naik menutup mulutnya yang melopong dan matanya tak lepas memandang Zhafri.

As I look into your eyes
I see all the reasons why
My life's worth a thousand skies
You're the simplest love I've known
And the purest one I'll own
Know you'll never be alone
My baby you
Are the reason I could fly
And 'cause of you
I don't have to wonder why
Baby you
There's no more just getting by
You're the reason I feel so alive
Though these words I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do
How do I explain that smile?
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground
My baby you
Are the reason I could fly
And 'cause of you
I don't have to wonder why
Baby you
There's no more just getting by
You're the reason I feel so alive
Oh
I will soothe you if you fall
I'll be right there if you call
You're my greatest love of all
You are the reason I could fly
And 'cause of you
I don't have to wonder why
My baby you
There's no more just getting by
'Cause you're the reason I feel so alive
Arianna I feel so alive..

Zhafri sama-sama menyanyikan lagu yang dimainkan, dan sebenarnya lagu itu dinyanyikan olehnya sendiri. Tak pernah Arianna tahu Zhafri ada suara yang begitu bagus ketika menyanyi.

Mama! Anne jatuh cinta lagi! Seakan mahu menjerit sahaja dan dia berasa sebak. Bergenang air matanya mengenangkan cinta mati Zhafri, adalah dirinya.

"I love u more, Abang.." bibir Arianna bergerak mengucapkan kata cinta kepada Zhafri dan Zhafri kemudiannya berseloroh sambil ketawa, "Kalau dah kahwin ni Abang terus bawak balik rumah Abang ni," dan tanpa isyarat bahaya, terus sahaja bahunya ditampar Arianna lalu semakin galak dia ketawa.

"Mengada betul Abang ni. Anne harap Ummi sudi terima Anne kembali," Arianna akhirnya melepaskan keluhan setelah tawa Zhafri redha.

"InshaaAllah Anna, kita sama-sama mohon restu Ummi. Abang nak Anna je," Zhafri meyakinkan Arianna dan akhirnya Arianna tersenyum. Syukur kerana Zhafri masih mahukan dirinya yang selama hampir tujuh tahun 'menderhaka' dan menjatuhkan hukum kerana dendam yang tak sepatutnya dia simpan.

---

Setibanya mereka di rumah keluarga Zhafri, suasana sunyi. Hanya Tuan Haji Zuhdi sahaja yang menyambut kedatangan mereka. Kalau ikutkan hari sabtu begini, meriah rumah mereka. KakLong dan KakNgah sekeluarga akan pulang setiap hujung minggu memandangkan rumah mereka tidak jauh daripada rumah ummi dan abah mereka. Zahra pula, yang mengajar di Pulau Pinang biasanya akan pulang juga setiap hujung minggu.

"Abah, sunyi je rumah..semua tak balik ke?," Zhafri yang sudah tahu jawapannya sedari tiada kereta adik-beradiknya yang lain di laman rumah, sekadar berbasa-basi menegur abahnya.

"Itulah, masing-masing ada hal sendiri katanya. Yaya pula sibuk uruskan hal pernikahan dia, nak beli barang hantaran katanya. Agaknya dia minta KakLong dengan KakNgah sekali lah kut. Ni ha, Ummi dalam bilik, Zhaf dengan Arianna masuklah jumpa Ummi, Abah nak ke kedai sekejap beli makanan, Ummi kata dia tak masak hari ini." serba salah Tuan Haji Zuhdi menuturkan kata, bimbang akan melukakan hati anak kesayangan dan bakal menantunya. Dia sendiri sudah sedia maklum, yang Zhafri akan kembali dengan Arianna. Dia secara peribadinya sangat bersyukur cuma dia kecewa dengan sikap isterinya yang seperti mahu menidakkan takdir jodoh Zhafri dan Arianna.

"Tak payah perlawa orang luar masuk dalam bilik kita," bersahaja tutur kata Puah Hajjah Safiah namun sungguh mengguris hati Arianna. Takpe Anne, Kau kena banyak bersabar. Sebelum ni, Kau pun selalu sangat sakitkan hati Zhafri. Ini baru sikit. Arianna sekadar tersenyum nipis membalas pandangan Zhafri.

"Apa pula orang luar, Piah. Awak bincang elok-elok dengan anak menantu kita ni, saya keluar sekejap," Tuan Haji Zuhdi menegur tidak senang dengan layanan isterinya kepada Arianna.

"Sejak bila dia jadi menantu Saya? Ke dah nikah belakangkan mak bapa?," tajam jelingan Puan Hajjah Safiah yang selama Arianna kenal, tak pernah Arianna nampak. Berbeza sungguh layanannya sejak ada Syuhada di hati bekas ibu mertuanya ini.

"Ummi, please. Zhaf dengan Anna datang cara baik, Ummi. Zhaf mohon, kita duduk bincang elok-elok," Zhafri memegang tangan umminya lalu dicium penuh kasih. "Zhaf mohon maaf atas segala perbuatan Zhaf yang menyakitkan hati Ummi. Tolonglah kali ni Ummi, biar Zhaf pilih bakal isteri Zhaf sendiri. Tak pernah sekali pun selama ini Zhaf ingkar cakap Ummi kan?," Zhafri seperti anak-anak kecil, mengharapkan umminya memahami permintaannya. Tangan umminya ditarik mengikutinya dan didudukkan di sofa ruang tamu rumah mereka.

Beberapa minit berlalu..suasana sepi, seperti ada orang mati sahaja. Arianna hanya diam. Dia tidak tahu mahu bermula di mana. Zhafri di sebelah ummi dipandang, mencari anak mata Zahfri memohon sedikit semangat..Zhafri tersenyum seraya mengangguk. Ummi kelihatan lebih tenang, walaupun matanya tidak memandang Arianna. Kemudian, Arianna bergerak sedikit melutut di hadapan ummi. Ummi kelihatan agak terkejut namun cepat mengubah riaknya.

Tangan ummi diraih, dicium lama. Kemudian pandangan matanya naik mencari mata bekas ibu mertuanya atau pun bakal ibu mertuanya. Puan Hajjah Safiah hanya membiarkan perbuatan Arianna. Sedikit sebanyak hati tuanya tersentuh, namun mengenangkan janjinya pada Syuhada dan keluarganya, dia harus keraskan hati untuk menolak Arianna. Dia juga serba salah.

"Anne minta ampun pada Ummi terlebih dahulu. Anne tak boleh janji akan jadi isteri yang baik untuk Abang ataupun menantu terbaik untuk Ummi, tapi Anne akan berusaha memperbaiki diri, Anne dan Abang mohon restu dan redha Ummi, untuk kami bina kembali masjid kami yang telah runtuh sebelum ini, Ummi," sebak. Ya, hatinya sebak mengharapkan permohonannya diterima.

Jeda.

Puan Hajjah Safiah hanya membatukan diri. Untuk beberapa ketika, Arianna juga tidak tahu untuk berbuat apa lagi. Bukan ini yang dia jangka. Dia sangkakan antara dua, terus ditentang atau terus diberi izin, tapi lain pula jadinya. Dunia di sekeliling mereka seakan berhenti. Matanya tidak lepas membalas renungan ummi Zhafri yang tajam padanya.

Melalui ekor matanya, dia perasan Zhafri juga merenungnya dan umminya bersilih ganti. Kemudian, terdengar helaan nafas berat umminya.

"Ummi akan setuju kalau Zhafri juga terima Syuhada sebagai isterinya sama seperiti dia terima Arianna," walaupun butir bicara umminya perlahan, namun ianya seperti pedang yang tajam, menusuk terus ke jantungnya. Sakit. Ataupun tak sempat rasa sakit dah arwah. Rohnya seperti terbang keluar sahaja, hanya jasad yang tinggal. Tergamak ummi memberi pilihan begini. Dia lebih rela di minta pergi meninggalkan Zhafri daripada menerima Syuhada sebagai madunya. Tapi, inilah pilihan yang ummi beri. Pergi atau terima pakej madu. Tak menarik langsung. Arianna sekadar menunduk apabila pandangannya berbalam, ada air jernih yang menitis di atas permaidani rumah ummi. Zhafri? Sepertinya juga terkejut. Riaksinya kaku.

"Zhaf tak mampu untuk berlaku adil, Ummi," akhirnya Zhafri bersuara setelah kebisuan melanda mereka untuk beberapa ketika.

"Jadi, tinggalkan Arianna dan pilih Syuhada. Kalau Zhaf pilih Arianna dan malukan keluarga kita dan Syuhada, Ummi takkan terima Zhaf sebagai anak Ummi lagi," keras arahan Ummi menyentakkan tangkai hati Arianna. Sampai begitu Ummi bencikan Arianna.

"Ya, Allah Ummi. Ummi minta Zhaf 'buang' satu-satunya zuriat Zhaf ke Ummi?," serak suara Zhafri seperti menahan tangis. Wajah Arianna sudah basah dengan air mata. Tak disangka ummi setegar ini.

"Ummi tak minta Zhaf tinggalkan Naaila cuma Ummi tak boleh terima lagi ibunya," Arianna bangun, dan mengatur langkah keluar rumah. Dia tidak betah lagi duduk di situ. Dia tidak mahu melawan, namun dia juga perlu jaga hatinya. Anne nak fight dengan Syuhada, bukan Ummi. Kenapa Ummi buat Anne musuh, Ummi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience