Bab 10: Bekas Madu

Romance Completed 32302

"Ma, apa pendapat Mama kalau Anne cari PA? Sekarang ni Anne rasa macam dah tak terkejar. Dengan nak uruskan sekolah Naaila lagi. Zhafri pula sibuk berulang ke KL. Dia cakap atas urusan kerja, ni pulak next month dia ada seminar, lama juga seminggu stay KL. Entah-entah ada yang tunggu dia kat sana kot," tanpa sedar Arianna seperti cemburu. Puan Suraya hanya merenung Arianna yang sedang sibuk menulis sesuatu dalam plannernya, sambil meluahkan rasa tentang jadualnya kerana Zhafri sibuk. Siap kaitkan lagi Zhafri ada orang lain.

"Mama? Apa tenung Anne je?," setelah menyedari dia bercakap sendirian dan renungan Puan Suraya, Arianna kembali bersuara.

"Eloklah tu kalau dia ada orang lain, Anne pun bukan nak dia, dah enam tahun dia tunggu Anne, berkali-kali Anne fahamkan dia hubungan Anne dengan dia cuma ibu dan ayah Naaila je kan," Arianna rasa terpukul dengan kata-kata Puan Suraya. Elok pula mamanya 'hadiahkan' perlian sebegini.

"Mama, Anne kan dah cakap Anne dah move on, dah bahagia dengan hidup Anne sekarang," perlahan dan Puan Suraya tahu Arianna rasa sedih. Setahun ini, setiap kali perkara berkaitan hubungannya dengan Zhafri dibangkitkan, air muka Arianna akan berubah keruh. Nak ceritakan hal sebenar pun Arianna tak sudi dengar. Berbeza sungguh anaknya kini dengan yang dahulu, akan selalu mendengar kata orang tua. Menyedari Arianna sudah terasa dengan kata-katanya, Puan Suraya terus bersuara.

"Mama minta maaf, Anne. Mama rasa elok juga ada PA, sekurang-kurangnya Anne tak sendiri ke mana-mana. Risau juga Mama. Abang pun kalau dia cuti bolehlah jadi bodyguard Anne. Eh, apa kata Anne cari bodyguard merangkap PA? Pakej terus," cadangan Puan Suraya membuatkan Arianna berfikir, lebih mudah ada PA lelaki. Bernas idea mama ni.

"Haah kan, Ma. Betul juga kalau PA lelaki senang sikit, pakej terus. Tak payahlah Anne selalu nak susahkan Abang kalau apa-apa hal. Anne nak buat iklan jawatan kosong la Ma, moga jumpa yang sesuai," Arianna membalas cadangan Puan Suraya sambil berfikir untuk merangka terma dan syarat calon untuk PAnya nanti.

"Okaylah Anne, Mama nak sediakan minum petang kejap lagi Babah balik, boleh minum sama," Puan Suraya bersuara seraya bangun meninggalkan Arianna sendirian di ruang keluarga rumah mereka.

---

"Anne, Abang rasa Taufiq tu macam suka Anne je. Jangan bagi harapan dekat orang tau," Tengku Fakhri tiba-tiba menimbulkan topik perbualan berkenaan PA baru Arianna yang sudah 3 minggu berkerja bersamanya.

"Kalau dia suka pun, apa salahnya Abang? Kami sama-sama single..," sebelum Arianna menghabiskan ayatnya, Tengku Fakhri memotong kata-kata Arianna "..but you're not available," seraya mengangkat keningnya.

"Enoughlah, Abang. Besar sangat tau harapan semua orang nak Anne get back dengan Zhafri. Kami selesa macam ni," mood Arianna tiba-tiba berubah apabila nama Zhafri disebut. Sudah 3 hari lelaki itu hanya menghantar pesanan suara untuk Naaila sebelum tidur. Tiada panggilan telefon untuknya langsung. Rindukah Arianna? Ataupun Arianna dah terbiasa setiap hari berjumpa dan bercakap melalui telefon walaupun sekadar makluman tentang dia dah tiba di luar rumah untuk bertemu Naaila. 'Sudahlah Anne, Zhafri hanya masa silam Kau.' dia bermonolog sendiri dan kemudian tersedar apabila Tengku Fakhri memetik jari di depan mukanya.

"Jauh nau berangan, dah sampai KL ke apa ni?," ujar Tengku Fakhri yang kemudiannya membuka tin minuman dan meneguk minuman bergula untuk mengurangkan mengantuk. Inilah masalahnya bila jadi penumpang, dah biasa jadi driver lah katanya.

"Ada saja lah Abang ni. Dah lah malas layan..Elok Anne tanya staff macamana kedai hari ni. Sepatutnya ada barang sampai tau, lupa dah Anne," Arianna kemudian mengeluarkan iPadnya dan menyimpannya kembali setelah dijeling Tengku Fakhri.

"You promised, Anne. Kata nak fokus dekat Naaila je, sepanjang 3 hari trip ni. Ni belum separuh hari kot dah sibuk hal kerja. Staff Anne akan contact you if there is any problem. Relax, okay. Just enjoy the moment," Tengku Fakhri menegur Arianna yang 'terlupa' janjinya pada Naaila setelah nama Zhafri disebut. Arianna yang akur dengan teguran Tengku Fakhri hanya menurut dan kemudiannya dia terus menepuk peha Naaila yang bergerak sedikit, mungkin tidurnya terganggu disebabkan perbualan Ibu dan Daddynya.

---

Naaila sangat gembira kerana Tengku Fakhri melayani segala karenahnya sepanjang dua hari lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara, Zoo Negara dan beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur. Di hari terakhir, sebelum pulang tiba-tiba Naaila kelihatan seperti tidak sihat.

"Naaila, okay ke tak ni?," Tengku Fakhri risau melihat keadaan Naaila yang tiba-tiba lemah.

"Naaila rasa penat lah, Daddy. Sakit sini," sambil memegang dadanya.

"Anne rasa badan dia panaslah, Abang. Tiba-tiba macam nafas pun laju ni. Bangun pagi tadi memang dia tak banyak cakap macam biasa," Arianna kelihatan sungguh risau.

"Okay, macam ni. Kita tak perlu balik ikut rombongan, kita bawa Naaila jumpa doktor dulu. Zhafri pun ada kat sini lagi, kan?," Tengku Fakhri memberi cadangan.

Arianna yang risaukan keadaan Naaila, tanpa mampu berfikir lagi, terus bersetuju.

---

Pantai Hospital, Kuala Lumpur

"She resembles her father," kata-kata doktor wanita yang merawat Naaila menyebabkan Arianna tertanya-tanya adakah doktor ini mengenali Zhafri.

"Excuse me, doctor..," Arianna cuba melihat tanda nama di kot putih doktor wanita tersebut, dan dengan pantas doktor itu mengenalkan dirinya. "Liyana." satu nama yang Arianna tak pernah membayangkan bersemuka apa lagi dalam keadaan begini. Adakah Doktor Liyana berdendam dengannya kerana pernah 'merampas' suaminya dahulu? Arianna berasa tidak selesa kerana riak wajah Doktor Liyana yang bersahaja. Lebih tepat wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak.

"If you don't mind, can we have a cup of coffee in ten minutes? I have to clarify things between us" pinta Doktor Liyana sambil melihat telefon pintarnya.

Arianna tidak tahu apa yang harus dibalas, Tengku Fakhri juga tiada untuk menjadi penyelamat keadaan. Dia yang sedang duduk di sebelah Naaila yang sedang nyenyak tidur setelah diberi ubat, mendongak ingin memberikan alasan tidak boleh meninggalkan Naaila, terdiam apabila Doktor Liyana menyambung "..Zhafri dah habis conference, he will be here in ten minutes so nanti kita jumpa kat taman bawah, ya Puan Arianna. I'll bring you the best coffee from our cafe," Doktor Liyana mengakhiri perbualan singkat mereka sambil tersenyum seraya meninggalkan Arianna yang daripada tadi hanya diam tanpa bicara..Dia masih terkejut, dan langsung tidak menyangka akan bertemu dengan bekas madunya di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience