Epilog - Honeymoon Cinta Kedua

Romance Completed 32302

Pagi itu, Arianna bangun tidur bertemankan Zhafri. Sudah lama dia rindukan situasi begini. Hanya dia dan Zhafri. Situasi yang pernah mereka rasai sebentar cuma sebelum semuanya musnah.

"Morning, Sayang. Dah puas tenung Abang?" Suara serak Zhafri yang baru terjaga daripada tidur kedengaran seksi di pendengaran Arianna. Arianna yang tertangkap terus sahaja menyembunyikan diri di dalam selimut tebal seperti kura-kura menyorok dalam cengkerang.

Melihatkah tindakan refleks Arianna, terus sahaja pecah ketawa Zhafri.

Tanpa melengahkan masa, Zhafri segera menggiat Arianna supaya bangun bersiap untuk menunaikan solat subuh kerana jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi.

Usai solat berjemaah bersama, mereka bersiap untuk bersarapan. Mereka berdua sedang menghabiskan masa bersama di sebuah resort milik persendirian di Pulau Pangkor. Tak jauh pun mereka pergi, masih di dalam negeri sendiri untuk meluangkan masa berkualiti bersama.

---

Petang itu, mereka hanya bersantai meluangkan masa bercerita tentang masa yang mereka hilang. Sebelum ini, mereka tidak berpeluang untuk berbuat demikian.

"Sayang, masa Sayang kat UK dulu, Sayang ada ingat Abang tak?" Arianna mengecilkan matanya memandang Zhafri. Timbul satu idea untuk dia menyakat Zhafri.

"Abang nak Anne jujur ke ni?" Arianna simpul senyum apabila melihat wajah Zhafri yang sudah seperti menyesal. Takut jawapan jujur Arianna akan memberi kesan sedikit kecewa padanya. Begitulah..tanya lepas tu menyesal.

"Ye, be honest..please?" Pinta Zhafri nekad setelah beberapa lama jeda.

"It was so hard..But You killed my first love. Dulu kan, my first love is You. Anne suka Abang sejak kali pertama Abang datang rumah Anne dengan Ummi dan Abah. Tapi bila Anne tahu Abang ni Abang Yaya, Anne ingat-ingat lupa tau, sebab Anne dengan Yaya pernah jadi BFF masa sekolah rendah tapi Anne tak kenal Abang. Dan Abang Ri pula cakap Abang kawan dia, tapi entah...Anne langsung tak ingat Abang sebelum kita jumpa yang Anne rasa first time tu."

Panjang lebar Arianna terangkan pada Zhafri. Zhafri dah gelak. Lucu bila mendengar celoteh Arianna. Agaknya kehidupan berumah tangga mereka tanpa henti dilanda badai, jadi benda sebegini tidak sempat mereka bualkan. Dah macam baru nak berkenalan.

"Abang gelak kenapa?" Arianna pandang wajah Zhafri pelik.

"Serius ke Sayang langsung tak ingat Abang?" Arianna mengangguk.

"Okay, let's continue..so, Sayang kat UK langsung tak ingat Abang ke?" Zhafri masih dengan sifat ingin tahunya, kali ini dia lebih tenang. Dia sudah dapat menyesuaikan detak jantungnya dalam situasi mereka.

Arianna yang berbaring di riba Zhafri memandang Zhafri yang tangannya sedang bermain dengan rambutnya. Arianna suka dimanja begini. Kalau ada Naaila ni jangan harap dia dapat manja-manja begini dengan Zhafri, kuat jealous anak dara Zhafri yang seorang itu!

"Erm..Naaila kan muka dia iras Abang. Copy ori lah orang kata. Mana boleh nak lupa." Arianna mencebik apabila pecah ketawa Zhafri. Geram pula dia. Bukan main seronok lagi.

"Anne malaslah sambung lagi, Abang asyik gelak je." Arianna pura-pura merajuk. Zhafri senyum lalu terus menghadiahkan kucupan di dahi Arianna.

"I'm happy now. Sebab tu Abang banyak gelak. Kan awet muda, bagus la kan.." Arianna senang melihat senyuman bahagia Zhafri. Dia juga bahagia begini. Tanpa gangguan lain, hanya mereka berdua. Dalam dunia mereka.

"I love You, Abang..my second love." Zhafri angkat kening. Kini giliran Arianna pula tertawa.

"Bukan Abang first love Sayang ke?" Zhafri dah macam budak-budak berebut gula-gula muka tak puas hatinya.

"Betullah tu, tapi masa Anne lari dulu, first love tu dah 'mati' sebab tu Anne tak pasti patut ke Anne balik dengan Abang. So, bila dah balik dengan Abang sekarang, ni kira second love Anne la." Panjang lebar Arianna menerangkan. Zhafri mengangguk.

"Kiranya dunia cinta Sayang ni stuck kat Abang jela." Zhafri tersenyum lebar. Bangga sekejap.

"Macam tu lah kiranya, Anne orangnya setia." Kembang kempis hidung Arianna bangga.

Zhafri yang mengetuk-ngetuk dagunya, tiba-tiba mendapat satu idea.

"How about Your anak ikan..Taufiq?" Melihat muka merah padam pakej jelingan maut Arianna, Zhafri ketawa lagi.

"Bencilah Abang ni. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula." Wajah cemberut ditayangkan..Walaupun Arianna tahu Zhafri bergurau, namun dia masih jugak mahu merajuk. Kerana dia suka dipujuk Zhafri. Berair mata Zhafri tertawa dengan gelagat Arianna.

"Okay Sayang, terima kasih sebab terima cinta Abang buat kali kedua." Mata Zhafri memandang Arianna dan buat seketika, mereka berbicara dari hati ke hati.

Setelah beberapa lama jeda melayani perasaan, suara Arianna memecahkan kesunyian. "Okay, now Your turn..sebab apa Abang tetap nak Anne?"

"Because You're my only lover." Tanpa ragu nekad Zhafri meluahkan rasa hatinya.

Arianna agak terkejut, namun segera dikawal air mukanya, dia mahu Zhafri meluahkan rasa hati tanpa ada gangguan daripadanya.

"Abang tengok Sayang daripada Sayang kecil berhingus lagi. Nak dekat, memang taklah sebab ada Mr Guardian Angel tu kan. So, Abang tengok daripada jauh je lah. Sebab tu masa Ummi dan Abah beritahu Abang tentang hajat Ummi dan Arwah Ibu, Abang langsung tak ada bantahan sebab Abang memang dah lama tengok Sayang. Pasal Yana, masa Abang setuju nak lindungi dia, memang dia dah tahu tentang Sayang. Cuma silap Abang sebab Abang tak terus terang daripada awal." Zhafri kelihatan sebak. Seperti menyesali apa yang telah berlaku antara mereka.

Arianna bangun duduk, dia memeluk Zhafri mahu memujuk.

"It happened, Abang. Takdir cinta kita yang terindah. I love You more than when You're my first love tau."

Terus Zhafri senyum. Pandai betul isterinya memujuk.

Hari itu, seperti hilang segala beban perasaan yang mereka tanggung sejak bertahun lamanya. Apabila berbicara tentang soal hati berdua begini, secara tidak langsung hubungan mereka juga akan semakin rapat. Tiada rahsia lagi di antara mereka, itulah salah satu marriage goals idaman Arianna.

---

DUA TAHUN BERLALU

Rumah Puan Suraya dan Encik Yusri meriah dengan kehadiran tetamu. Keluarga mereka juga sudah semakin besar dengan kehadiran cucu-cucu mereka. Hari ini adalah hari kenduri kesyukuran untuk meraikan kejayaan anak bongsu mereka dalam peperiksaan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara, juga kenduri aqiqah untuk Naafil anak Arianna dan Zhafri serta Tengku Farisha Imani anak Tengku Fakhri dan Syarfa.

"Anne, orang dalam pantang mana ada cantik-cantik macam Kau tau." Usikan Zahra mengundang jelingan maut Arianna.

"My lovely doctor cakap takpe, bukan wajib berkain batik. Bagi chance lah.." Nada meleret Arianna dibalas dengan gelak tawa Zahra dan Syarfa.

"Ye lah kan, orang ada lovely doctor. Tapi kan Anne, melawa tak salah, yang salahnya tak duduk diam. Baru seminggu la Anne. Mana ye, lovely doctor dia ni, KakFa nak suruh dukung letak dalam bilik diam-diam." Arianna mencebik. Ada sahaja pantang larangnya. Dahlah semua makanan pun boleh tengok je, nak lepak kat luar dengan tetamu pun tak boleh.

"Ye la, Anne masuk bilik dulu. Naafil pun Anne bawak. Jangan lepas ni nak complaint rindu bau baby eh? Anne kedekut baby Anne ni." Ugutan Arianna buat Syarfa dan Zahra geleng kepala. Ada sahaja akal dia nak culas berehat.

Melihat keluarganya kembali bersatu, Arianna bersyukur. Benarlah kata pepatah, selepas hujan, Allah hadiahkan pelangi indah. Begitu cantik aturan hidup mereka. Sungguh indah takdir cintanya dengan suaminya, cinta hatinya untuk selamanya.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience