Bab 4: Hilang Jejak

Romance Completed 32302

"Babah, what time Anne patut touch down?," suara Tengku Fakhri di sebelah sana menimbulkan rasa gusar di hati Encik Yusri.

"Eh sepatutnya dah touch down dah, Abang. Abang dah call Anne ke?," Puan Suraya dah tak senang duduk di sebelah Encik Yusri, naluri seorang ibunya berkata ada sesuatu yang Arianna rahsiakan daripada mereka sekeluarga.

"Dah, Babah. Banyak kali Abang call tapi masuk voice mail. Takpe Babah, Abang cari Anne dulu, apa-apa Abang call Babah semula ya," Tengku Fakhri menamatkan panggilan dan terus mencari Arianna. Dia yakin, Arianna dah lari. Ya, dia tahu Arianna terluka walaupun Arianna cuba berlagak biasa. Dalam hatinya berdoa Allah sembuhkan hati Arianna.

Babah, Mama, Abang dan Baby.

Maafkan Anne dah buat semua susah hati. Anne perlukan masa untuk bersendiri. Anne tak mahu orang di sekeliling yang Anne sayang, ikut terluka kerana Anne. Anne transit je kat Dubai, Anne nampak Abang berlari mencari Anne. Anne minta maaf, Anne tak mampu nak bersemuka dengan Abang. Anne perlukan masa untuk ubati luka ini. Terlalu sakit, sampai Anne lupa bagaimana rasanya bahagia tu. Anne tak janji akan balik, andai ditakdirkan suatu hari nanti bila hati Anne cukup kuat untuk maafkan apa yang dah berlaku dalam hidup Anne sebulan ini, Anne akan balik.

Mama, Babah, ampunkan Anne sebab Anne lari begini. Restui Anne ya. Abang, cepat-cepat carikan Anne seorang BFF, supaya Anne ada teman bergosip. Baby, your Kakak Princess akan rindu her Baby. Always.

Salam sayang,
Anne.

Satu emel yang masuk di telefonnya dibaca berulang kali. Arianna, dapatkah dia hidup sendiri? Entah di negera asing mana dibawa diri. Wajahnya diraup berkali-kali dan akhirnya dia terduduk. Sungguh dia risaukan Arianna yang tak biasa bebas sendiri tanpa dia dan keluarganya.

Arianna berlalu pergi setelah pengumuman penerbangan ke London diumum. Dia perlu berhati-hati supaya penyamarannya tidak disedari Tengku Fakhri. Sungguh dia tak mahu lagi bergantung harap kepada keluarganya. Syukur wang hadiah perkahwinannya ada, cukup untuk dia memulakan hidup baru di negara terasing yang bakal menjadi tempat lahir anaknya. Ya, dia membawa diri kerana dia tidak mahu Zhafri tahu kewujudan zuriat yang sedang membesar di dalam rahimnya. Dia tidak mahu kerana rasa tanggungjawab, Zhafri kembali kepadanya. Dia perlukan cinta yang ikhlas daripada lelaki itu, bukanlah ihsan semata. Keluarganya juga tidak perlu tahu kerana dia pasti, berita itu akan terus sampai kepada keluarga Zhafri. Biarlah dia rahsiakan dahulu kewujudan anaknya ini.

---

"Assalamualaikum," Zhafri akhirnya memberanikan diri memberi salam setelah hampir 30 minit sampai di hadapan rumah bekas mertuanya. Sungguh, seminggu kehilangan Arianna buat hatinya rawan, merindu tanpa sebab. Dia sendiri sudah yakin dan pasti hatinya hanya milik Arianna seorang. Arianna perlu tahu tentang kenyataan hubungan dia dengan Doktor Liyana.

"Wa'alaikumussalam. Oh, Prince Charming, you're late. Sad to say, very late. Your Princess dah tak tinggalkan jejak dia langsung," wajah muram Afif Furhan menyebabkan Zhafri terduduk. 'Allah, apa yang aku dah buat ni? Aku dah jadi penyebab kelukaan sebuah keluarga. Bukan, aku silap. Dua buah keluarga sedang terluka dengan perbuatan aku.'

"Mama, Babah, Baby...Zhaf akan cari Anna dan akan bawa dia kembali ke pangkuan keluarganya walaupun ianya menuntut sejuta pengorbanan," janji Zhafri membuatkan Puan Suraya menangis hiba. Entah bagaimana Arianna hidup sendiri di luar sana. 'Allah, tolong jaga anakku, lapangkanlah hatinya, mudahkanlah urusannya dan kembalikanlah kebahagiaan kepada anakku,' doa Puan Suraya penuh syahdu.

---

Sesampainya Arianna di Kota London, dia terus menuju ke rumah sewa yang dah dia booking sejak awal lagi. Teman serumahnya pelajar Malaysia yang belajar di sana. Syukur dia pernah mengenali mereka di Instagram kerana servis 'personal shopper' yang mereka tawarkan kepada pelanggan di Malaysia dan salah seorangnya pastilah Arianna.

"Welcome here, Arianna. Saya Mimi, dan seorang lagi housemate kita, Sofie. Dia ada kelas sekarang, nanti awak boleh kenal dengan dia," lembut tutur Mimi buat Arianna selesa. Dia yakin, dia akan baik-baik sahaja di sini.

"Anne. Just call me Anne sahaja, ya Mimi. Saya harap kita akan serasi tinggal bersama. Terima kasih sebab terima saya sebagai housemate korang," Arianna menyambut salam perkenalan Mimi sambil tersenyum mesra.

"Anne mesti sangat penat kan, perjalanan jauh beribu batu. Anne rehat dulu ya, nanti Mimi siapkan makan, Sofie balik boleh kita makan sama," Arianna mengangguk dan segera berpaling ke bilik kerana tidak mahu Mimi menyedari kolam matanya yang bertakung. Sungguh dia rindu mama. Sifat Mimi yang menunjukkan keperihatinan menyebabkan dia terlalu rindukan mamanya. 'Allah. Apa yang Anne dah buat ni, Mama?,' dia bermonolog sendirian dan akhirnya tertidur.

Arianna terjaga daripada lenanya yang terasa sangat panjang. Setelah merapikan rambutnya, dia keluar daripada bilik.

"Hai, Anne kan? Saya Sofie. Selamat berkenalan," seorang gadis menegurnya. Arianna membalas salam perkenalan itu. Dia berasa lega kerana pandangan pertama, Mimi dan Sofie boleh dibuat kawan baik, semoga mereka serasi bersama.

"Anne, sorry tadi kitaorang dah makan. Saya ketuk bilik Anne banyak kali juga. Kalau Anne nak makan sekarang, Saya panaskan lauk ya?," Mimi menawarkan bantuan setelah melihat Arianna menuju ke ruang makan.

"Eh, takpe Mimi, Saya boleh buat sendiri. Terima kasih. Awak dah masak pun Saya bersyukur sangat," Arianna menolak secara lembut, dia tidak mahu menyusahkan Mimi yang dilihat tengah ada kerja di hadapan laptop.

---

Hari-hari Arianna berlalu dengan pelbagai dugaan. Alahan yang teruk, berperang dengan emosi, hospital dah seperti rumah keduanya. Mujur ada teman serumah seperti Mimi dan Sofie, yang langsung tidak berkira tenaga bergilir menemani Arianna, memberi semangat, memenuhi craving ibu mengandung, semuanyalah. Sungguh mereka berdua menjaga Arianna seperti adik beradik sendiri, sehingga akhirnya Arianna dapat menyesuaikan diri dan menjalani hidupnya seperti biasa.

Arianna tahu, disebalik kelancaran hidupnya kini, ada tangan tua yang selalu menadah memohon kepada Pencipta Alam dan meredhai perjalanan hidup Arianna.

'Sumpah Anne rindu Mama,' tiada satu hari pun berlalu tanpa dia menerima kiriman berita daripada keluarganya. Semua perkembangan tentang empat orang kesayangannya dia tahu. Cuma, cerita tentang dia masih menjadi rahsia.

Peritnya hati menahan rindu yang tak dapat dilepaskan kerana membawa hati yang lara, dibiarkan tak terubat. Semoga masa mampu merawat luka ini. Terasa seperti masih basah berdarah..'Oh Tuhan, kuatkan hati hambaMu ini,' doanya yang tak pernah putus di setiap sujudnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience