Bab 16: Trauma

Romance Completed 32302

"Yes, Doctor Zhafri. She was ina Trauma Disorder survivor. Bukan mudah untuk dia jadi dia yang sekarang, I'm sure dia terlalu stress sampai dia boleh kena panic attack tu. I and Sofie ada dengan dia. She struggled a lot. Dengan keadaan dia masa tu teruk sangat, alahan mengandung yang teruk, rindukan family, rasa tak diperlukan, dan sebenarnya dia mengharapkan You untuk cari dia walaupun dia dah lari. You boleh agak kan apa yang dia cuba buat sampai I dengan Sofie sent her to psychiatrist. And alhamdulillah she survived and discharged after two years. A long journey. You'll never imagined. Please take care of her atau We take her back," suara 'ugutan' Mimi pada ayat terakhir di corong telefon sebelah sana seakan menyentap tangkai hati Zhafri.

Tidak pernah dia membayangkan Arianna menderita seteruk itu. Allah. Apa aku dah buat ni? Aku hanya 'memaksa' dia untuk terima aku semula setahun ini, tanpa aku ambil tahu apa rasa hatinya. Setelah mengucapkan terima kasih kepada Mimi yang sudi berkongsi cerita tentang kehidupan Arianna selama lima tahun terpisah daripada dia dan keluarganya, dan berjanji untuk menjaga Arianna, dia akhirnya tersandar di kerusi pejabatnya. Untung sudah melepasi waktu kerjanya, jadinya dia punya banyak masa untuk memikirkan apa yang dia perlu buat untuk Arianna.

Rumit.

Arianna yang sekarang dah jadi sangat pendiam. Bukan hanya dengan dia tapi orang lain juga. Naaila langsung diabaikan, untung sahaja ada Tengku Fakhri yang kebetulan bercuti sementara dan keluarga bekas mertuanya yang melayan segala rajuk Naaila apabila diabaikan ibu sendiri.

Butik Arianna, Taufiq yang banyak uruskan bersama tiga lagi perkerja Arianna yang lain. Syukur, Arianna ada orang kepercayaan.

Arianna banyak menyendiri, mengurung diri di dalam bilik, makan dan minum sekadar mengalas perut, kebanyakan waktu dihabiskan untuk mengaji. Mungkin itu satu-satunya penenang jiwanya buat masa sekarang. Zhafri tahu, betapa Arianna sedang berperang dengan perasaan.

Ummi dan Abahnya sungguh menyesal kerana terpengaruh dengan Zahra. Dia sendiri masih belum boleh memaafkan Zahra yang merangka rancangan gila dan membelakangkan dia. Syuhada? Dia sendiri sudah tidak mahu ada kena mengena dan langsung dia tidak ingin ambil tahu. Keutamaannya sekarang adalah anaknya dan Arianna kembali pulih. Walaupun berkali-kali Zahra memohon maaf kepadanya, dia masih tidak mampu untuk memaafkan apa yang adiknya cuba lakukan. Tak sangka, adiknya sanggup memperbodohkannya tentang jemputan makan tengah hari di rumah keluarga Arianna pada hari kejadian. Rupanya, ada agenda lain yang dah dirancang awal untuk singkirkan Arianna. Sungguh dia tidak menyangka adik kandungnya sanggup mengenepikan perasaan dia, tuan empunya diri kerana kepentingan diri sendiri. Sungguh, hatinya sakit mengenangkan apa yang dah berlaku.

Deringan telefon menghentikan lamunannya, "Assalamu'alaikum, ya Ri?," Tengku Fakhri di sebelah sana menjawab salamnya.

"Baik, Ri. Aku gerak sana lepas settle operation esok pagi ye. Assalamu'alaikum," Zhafri meraup wajahnya seraya menamatkan panggilan telefon. Anaknya Naaila demam kerana terlalu rindukan ibunya. Hampir dua minggu berlalu, keadaan Arianna tidak berubah. Adakah dia perlu menghantar Arianna mendapatkan khidmat kaunseling lagi seperti cadangan Mimi?

---

Petang itu, dia sampai di Manjung dan bertemu Naaila. Arianna masih mengurung diri, langsung tidak mahu berjumpa sesiapa. Makanan yang di hantar juga tidak dijamah sejak pagi. Zhafri mula risau akan kemungkinan buruk yang bakal berlaku.

"Aku rasa better refer Anna kat psychiatrist macam Mimi suggested. Semalam aku ada call Mimi. Berat dugaan Anna, akulah puncanya," kesal. Entah seberapa banyak kesalan yang menggunung tinggi sekarang, yang Zhafri rasakan.

"Kalaulah enam tahun lepas aku cepat bertindak, semua ni takkan jadi macam ni, kan Ri." ada getaran dalam suara Zhafri yang menunduk sambil memeluk erat anaknya yang nampaknya lena dalam pelukannya. Dia mengucup dahi Naaila lama.

"Semalam dia tak tidur sangat, meracau aje panggil Ibu, Ayah," Tengku Fakhri menerangkan keadaan Naaila. Tentang Arianna, dia sendiri kesal. Dia yang Arianna gelarkan Mr Guardian Angel seakan tidak memahami Arianna, lalu sama-sama 'menghukum' Arianna yang menyebabkan tekanan kepada Arianna.

"Babah izinkan Zhaf bawa Anne jumpa pakar yang sepatutnya. Babah taknak sebab dia sakit, akan bagi kesan pada emosi Naaila pula. Naaila berhak hidup sempurna, dia masih kecil. Dugaan ni berat untuk Naaila juga," akhirnya, suara tua wali Arianna menyertai perbualan mereka. "..dan Babah juga izinkan Zhaf ambil Anne semula, Babah sendiri akan pujuk dia, anak Babah berhak bahagia," sebak dada Encik Yusri mengenangkan Arianna. Semua orang langsung tidak cuba memahaminya. Semua orang mengatakan dia degil. Semua orang 'menghukumnya' kerana menolak Zhafri. Di suatu sudut yang lain, ada hati wanita yang bagai dicarik-carik, pedih. Dan air mata ibu yang membesarkan anak perempuan yatim sedari berusia sehari itu juga menangis tersedu-sedu. Bergegar hebat bahu Puan Suraya cuba mengawal suara esakannya. Dia sendiri sebagai ibu yang membesarkan Arianna juga merasa gagal. Cukuplah lima tahun mereka kehilangan Arianna.

"Mama.." suara serak Arianna yang menegur Puan Suraya menyebabkan terjungkit naik bahunya kerana terkejut. Terus tubuh Arianna dipeluk erat kemudian dia mencari wajah Arianna, dicium bertalu-talu pipi yang cengkung itu. Matanya sembab, lingkaran gelap bawah matanya jelas kelihatan, menandakan Arianna banyak menangis dan tidak cukup tidur, bibir yang pucat dan kering itu, menambahkan lagi kesedihan di hati Puan Suraya.

"..Anne sakit kan, Ma? Anne dah gila kan?," suara monoton dengan wajah tanpa riak, menyebabkan wajah Puan Suraya semakin basah.

"Allah..anak Mama tak gila, Anne akan okay, Anne kena kuat untuk Naaila..Anne jangan paksa diri fikir lebih-lebih. Hmm?," suaranya seakan tenggelam esakan. Tersedu-sedan Puan Suraya dibuatnya seraya dia mencari mata Arianna, lalu menggosok lengan Arianna menyalurkan kekuatan untuk anaknya.

"Anne nak ikut Abang Zhaf. Mama dengan Babah izinkan?," permintaan Arianna benar-benar mengejutkan Puan Suraya. "..tapi Anne tak pasti Abang Zhaf nak Anne lagi ke, sebab Anne gila. Kan, Mama?," Arianna menunduk seakan sedih namun wajahnya masih tidak menunjukkan sebarang riak, dan tiada air mata yang mengalir..Puan Suraya semakin risau, Arianna seperti hilang dirinya sendiri. Sungguh dia menyalahkan dirinya sendiri, dia fikir Arianna matang apabila kembali ke sini, namun dia sendiri tidak pernah membayangkan Arianna pernah menjalani rawatan kaunseling dan terapi psikiatri kerana pernah cuba untuk membunuh diri sendiri. Na'uzubillah. Dia sepatutnya sebagai seorang ibu yang membesarkan, sedar akan perubahan sikap Arianna yang berubah daripada lemah-lembut kepada keras hati. Entah mengapa perubahan itu, dia sendiri tidak sedar. Apabila berlaku perkara sebegini, barulah dia teringat kembali semua kelakuan Arianna yang berubah sejak pulang kepangkuan keluarga mereka setahun yang lalu bagaikan layar perak yang di tayangkan kembali kepadanya.

---

"Rasa dibenci, rasa tidak diperlukan, rasa diabaikan..Semua tu menyebabkan pesakit kembali kepada traumanya yang lama. Dia pernah kehilangan seseorang yang dia sayang, dan You lebih tahu kejadian itu. You need to fix this, Zhaf. Emosi dia pada ketika itu, terganggu. Macam You cakap pada I, dia ada alahan mengandung yang teruk, masa tu dia rasa helpless, tiada sokongan suami, dan keluarga..She lost everything. And she survived because of her two friends yang keep support her. Dia cakap pada I, both her friends tak pernah tinggalkan dia langsung even a minute tanpa pantauan salah seorang. Thank God. I lega sangat. Dan, syukur sangat tau, dia punya progress bagus, dia memang nak sembuh sebab dia kata kalau dia gila, dia takut You taknak dia," penerangan daripada Pakar Psikiatri Doktor Maryam sedikit sebanyak melegakan hati Zhafri. Dia tersenyum nipis mendengar ayat terakhir Doktor Maryam. Mana mungkin dia nak tolak cinta hati yang dah lama dia tunggu.

"Thanks Mary, You helped a lot. I owed You." Doktor Maryam sekadar tersenyum dan mengangguk.

"Then You pun kena usaha juga tau, jangan slow sangat ambil masa lama nak pujuk bagai," Doktor Maryam buat muka mengejek lalu memecahkan tawa Zhafri. Teringat ketika dia menceritakan punca Arianna melarikan diri dahulu, disebabkan dia yang rasa bersalah kerana menipu Arianna dan mengambil masa yang agak lama untuk memujuk Arianna kembali sehingga proses perceraian mereka selesai, dia masih berdiam diri. Ketika itu, Doktor Maryam dan Doktor Liyana sama-sama mengutuk dirinya. Dan tentulah dia kalah apabila 2 lawan 1.

Selepas berjumpa Doktor Maryam, dia kembali ke wad yang menempatkan Arianna..Dia hanya melihat disebalik pintu, tidak jadi bertemu Arianna kerana Arianna nampaknya sedang kusyuk membaca Al-Qur'an. Sekurang-kurangnya, Arianna tak putus asa dengan hidupnya kali ini. Arianna sendiri nak sembuh kerana Naaila. Betullah kata orang, seorang ibu akan kuat bila ada big why, iaitu kehidupan dan kebahagian anaknya. Harapan dia, semoga dia, Arianna dan Naaila sama-sama kuat mengharungi ujian ini.

Telefonnya yang berdering, menyedarkan Arianna tentang kehadirannya. Arianna tersenyum. Ya, senyuman manis yang sudah lama Arianna sorokkan daripadanya. Lamunannya terhenti apabila Arianna membuat isyarat untuk menjawab panggilan itu.

Zahra.. Dia teragak-agak untuk menjawab panggilan itu. Lama dia memegang telefonnya, dan akhirnya panggilan yang tidak diterima tamat. 2 missed calls. Kemudian ada 1 notifikasi WhatsApp, nama Zahra sebagai pengirim. Apabila mesej dibuka dan dibaca, ada satu pesanan daripada umminya yang menyentakkan tangkai hatinya..dia mengeluh berat, bahunya jatuh, matanya terasa panas. Wajah polos di hadapannya ditatap dengan pandangan berbalam. Dugaan apakah lagi untuk kita, Arianna? Benarkah jodoh antara kita memang sudah terhenti sejak enam tahun lepas..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience