Bab 37: Ingin Memeluk Tangan Tak Sampai

Romance Completed 32302

Sudah sebulan Arianna dan Naaila kembali ke Manjung. Arianna tahu mereka sering diperhatikan. Ada satu kereta hitam yang selalu parking di bawah pokok besar berhampiran rumah keluarganya. Arianna sedar tentang itu. Dan sudah sebulan juga hubungannya dengan Zhafri serta keluarga Zhafri 'putus' kerana dia sendiri sudah penat dengan semua yang berlaku. Dia mahu menjaga hati sendiri. Walaupun ummi, abah dan adik beradik Zhafri ada melawat mereka, dia tetap menjauhkan diri. Dia akan berkurung tidak mahu bertemu mereka. Walaupun begitu, mama dan papanya bersyukur kerana dia masih di depan mata mereka.

"Maaflah Akak, Saya akan pujuk Anne lagi." Sudah kali ke empat Puan Hajjah Safiah dan Tuan Haji Zuhdi datang melawat menantu dan cucu mereka, namun hanya Naaila sahaja yang dapat mereka peluk. Arianna, bukan sahaja tak mampu digapai, dipandang juga tak sudi.

"Tak mengapa, Suraya. Akak faham. Hati dia terluka, semuanya salah Akak juga." Puan Hajah Safiah mengesat air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna ungu muda itu. Sudah kali ke empat, Arianna masih tidak mahu bertemu mereka sekeluarga. Anaknya Zhafri pula, hanya berhubung melalui telefon, memohon abah dan umminya agar menjaga isteri dan anaknya kerana dia sendiri tidak mampu lagi berbuat demikian. Dia tersepit, kerana dia tahu dengan kegilaan Syuhada, andai dilawan, Arianna dan Naaila dalam bahaya.

"Saya harap semua ini dapat diselesaikan dengan baik, Kak. Anne dah banyak sangat berubah. Makan dan minum pun puas dipaksa. Tidur pun tak. Mujur sahaja Naaila tidak banyak ragam." Puan Suraya juga sebak. Air matanya bergenang saat meluahkan rasa kepada besannya.

"Kita sabar je lah yang mampu, Suraya. Akak harap Zhafri dapat selesaikan dengan baik. Sekarang Tan Sri di luar negara, itu yang tak dapat lagi nak betulkan mana yang salah. Syuhada memang sudah tak terkawal. Dia sakit." Puan Hajjah Safiah menerangkan keadaan sebenar. Puan Suraya hanya mengangguk mengiyakan. Ya, mereka hanya mampu bersabar dan berdoa. Semoga Allah mudahkan segala urusan anak-anak mereka.

---

"Zhaf, You jangan nak mengelak daripada I ya. You dah janji, kan?" Syuhada berang apabila acapkali Zhafri mengelak daripada bertemunya..Hari ini dia terpaksa datang ke hospital bertemu Zhafri. Dia sudah tidak peduli dengan semua mata yang memandang mereka, yang dia tahu kemahuannya tertunai.

"Macamana Aku nak nikah dengan Kau? Bapak Kau pun takde? Siapa nak jadi wali Kau? Kau tak boleh sabar ke? Satu lagi ni tempat Aku cari rezeki, jangan ingat semua benda bawah tapak kaki Kau." Kasar nada Zhafri kedengaran walaupun perlahan suaranya. Sakit hatinya apabila dia terpaksa mengikut telunjuk Syuhada. Arianna pula langsung tidak mahu bercakap dengannya..Sudah sebulan, dia hanya bertanya khabar melalui mertuanya sahaja.

Syuhada yang menahan rasa hanya mampu bersabar dengan sikap Zhafri yang kasar melayannya. Kalau ikut gilanya mahu sahaja dia bunuh Arianna dan Naaila. Namun, dia mahu Zhafri menerimanya. Mereka adalah umpannya. Jika Arianna dan Naaila mati, tiada lagi kelemahan Zhafri yang dia boleh jadikan alasan untuk terus mengekalkan Zhafri di sisinya.

"Ops! Sori Sayang..I won't disturb You at Your workplace if You answer my call. I miss You like crazy, Babe." Satu ciuman layang dihadiahkan untuk Zhafri ketika dia melangkah pergi dengan yakin. Kasut tumit tinggi empat incinya dan dress tanpa lengan separas atas lutut yang mendedahkan kulit putih gebunya tidak langsung membataskan pergerakannya dengan penuh yakin. Zhafri juga naik jelik memandang Syuhada yang semakin menjadi-jadi seksinya. Berbeza sungguh dengan Syuhada yang dia kenal sebagai kawan baik Zahra, adiknya dan juga anak angkat kesayangan umminya. Seperti dua insan yang berbeza. Bagai langit dengan bumi.

"Gila!" Satu sahaja perkataan yang keluar daripada mulutnya menghantar langkah Syuhada keluar daripada bilik klinik konsultasinya. Dia meraup wajah lalu nafas berat dihela. 'Ya Allah, Kau ikhlaskanlah pengorbanan Aku ini. Semoga anak dan isteriku kuat mengharungi dugaan ini.' Doanya di dalam hati. Matanya yang berkaca membuatkan pandangannya berbalam-balam memandang gambar Arianna dan Naaila. Sudah sebulan sejak dia pulang ke rumah yang kini kosong. Menurut kata Tengku Fakhri, malam itu juga Arianna mahu pulang ke Manjung. Barang-barang juga tidak diambil. Mereka pulang sehelai sepinggang. Dia tahu betapa terlukanya hati Arianna. Dan dia juga menderita. Beratnya dugaan dalam jodoh mereka namun dia, tidak akan berputus asa kerana dia yakin, kasih sayang Allah itu lebih besar yang datang bersama ujian daripadaNya.

Bunyi ketukan pintu menyentakkan lamunannya. Setelah merapikan diri, dia memanggil pelawatnya masuk. Doktor Liyana. Dia tahu, Doktor Liyana pasti mahu memberi semangat kepadanya.

"Yana, please have a sit." Dia menjemput Doktor Liyana duduk. Memandangkan sekarang tidak pesakit yang menunggu, dapatlah dia menadah telinga mendengar bebelan Doktor Liyana yang wajahnya seperti singa kelaparan dan yang pastinya sekejap lagi peluru berpandu bakal dilepaskan.

"Apa yang susah sangat Zhaf? You patut sumbat je perempuan tu dalam penjara. I tengok muka dia I rasa nak lempang, nak tarik-tarik rambut dia tau! Kalau I dah macam ni, Anne lagi lah!" Belum sempat duduk, dah berderet peluru dilepaskan, tak sempat Zhafri nak tadah perisai.

"You tengah marah, elok duduk dulu, Yana. Dan kesian juga kat baby You tu mama dia marah-marah. Mesti sakit telinga dia. Telinga I takpe, dah biasa." Bersahaja Zhafri menjawab. Dan sudah pasti, jelingan Doktor Liyana yang diterima.

Suasana kekok antara mereka apabila Doktor Liyana tiba-tiba menangis. Zhafri segera menghulurkan tisu. Setelah Doktor Liyana bertenang, Zhafri bersuara memohon penjelasan.

"Okay, now tell me..What happened?" Zhafri menumpukan perhatian kepada Doktor Liyana.

"I rindukan Anne.." Zhafri tepuk dahi. Ingatkan masalah apalah sampai menangis tiba-tiba.

Setelah menarik nafas dalam, dia akhirnya bersuara.

"I tahu pembawakan budak juga kan, but Yana You tak perlu berfikir sangat. Anne akan okay, You know her, right? She is a fighter." Zhafri memujuk Doktor Liyana. Sebenarnya siapa yang patut ditenangkan dan dipujuk ni? Dia pun dah keliru.

"Zhaf, I tahu Syuhada tu sakit..Sampai bila You nak biar dia control You dengan ugutan nak cederakan Anne and Naaila? You should refer her to psychiatrist. Mary will help You. You've experienced this with Anne earlier."

Doktor Liyana meluahkan rasanya dalam masa yang sama memberikan cadangan.

"I know, but it's complicated. Bukan seperti yang You bayangkan." Zhafri melepaskan keluhan. Tubuh dibawa bersandar di dada kerusi. Dia lelah menghadap semua ini, namun dia tiada pilihan lain. Ini bayaran yang harus dibayar ketika mengabaikan ugutan kali pertama Syuhada dahulu.

Doktor Liyana mengangguk. Dia tahu, Zhafri tahu apa yang harus dibuat. Walaupun mahu sahaja dia langgar Syuhada dan buang ke gaung, namun dia masih waras. Kerana apa harus dirisikokan masa depannya disebabkan perempuan psiko seperti Syuhada. Walaupun Arianna sudah dianggap seperti adik sendiri yang dia mahu sangat lindungi, namun dia yakin sebagai suami Arianna, Zhafri lebih tahu apa yang dia lakukan. Dia kena bersabar walaupun dia sebenarnya memang dah hilang sabar sejak sebulan ini. Tambahan pula apabila melihat Syuhada yang berlagak diva datang mengganggu Zhafri di tempat mereka mencari rezeki. Lagilah mendidih darahnya. Itulah puncanya dia terus meluru ke bilik Zhafri apabila habis konsultasi bersama pesakit terakhirnya tadi.

"Okaylah Zhaf, I keluar dulu. Hope to see Your happy face again." Doktor Liyana bangun seraya mengatur langkah membawa ke pintu keluar.

"Yana, thanks." Doktor Liyana berpaling lalu senyuman segaris Zhafri dibalas seraya mengangguk menjawab ucapan terima kasih Zhafri. Zhafri lelaki yang pernah menjaganya, dia sendiri sudah menganggap Zhafri sebagai abangnya dan sudah pasti seorang adik mahu melihat abangnya bahagia. Dia juga begitu.

---

"Anne, dah lebih sebulan macam ni, sampai bila Anne nak siksa diri Anne?" Seperti biasa, lembut suara mama yang tak pernah jemu memujuk. Dan dia..hanya akan menangis di pelukan mama setiap kali mama menemaninya. Namun hari ini, dia sudah nekad mahu keluar daripada semua belenggu perasaan ini, yang bukan sahaja menyiksa dirinya, namun orang-orang yang dia sayang juga.

Sebuah senyuman manis diukir untuk mama. Mama terpempam. Melihat riak terkejut mama, segera Arianna bangun meraih tangan mama, lalu didudukkan di atas katil tempat dia merintih hiba setiap hari selama lebih sebulan ini.

"Ma, Anne minta maaf buat Mama susah hati. Anne okay..Anne dah redha, Ma. Ini jalan hidup Anne. Walaupun tak indah, namun bahagia itu masih dapat Anne rasa dengan kasih sayang keluarga yang Allah hadiahkan buat Anne." Penuh hikmah kata-katanya disusun memujuk hati mama yang beriak risau memandangnya tidak berkedip.

"Anne takkan tinggalkan Mama lagi, kan?" Soal mama curiga memecahkan tawa Arianna.

"Ma.. Anne lagilah nak melekat je dengan Mama. Mana ada Anne nak pergi mana-mana." Lengan mamanya dirangkul, lalu sisi kepalanya dibawa berbaring ni lengan mamanya.

"Anne sayang Mama." Air mata kegembiraan Puan Suraya tidak dapat dibendung lagi. Empangan matanya pecah. Mengalir air matanya membasahi pipi. 'Ya Allah..terima kasih kerana Kau telah kembalikan anakku.' Puan Suraya memanjatkan rasa syukur dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience