Bab 15: Sekeping Hati Dibawa Pergi

Romance Completed 32302

DUA MINGGU BERLALU

Sedang Arianna sibuk meneliti fail-fail untuk perjanjian setiap vendor di dalam butiknya, dia didatangi oleh tetamu yang tak diundang. Zahra dan Syuhada.

"Assalamu'alaikum, Anne. Aku kebetulan lalu sini, nak bawa Syu tengok tempat lama Abang Zhaf membesar. Tu yang singgah," Zahra menegur Arianna dengan gaya yang dibuat-buat mesra. Nampak sungguh palsunya.

"Wa'alaikumussalam. Well, good to see You, Cik Syuhada and Yaya! How I missed You!," ucap Arianna dengan teruja yang dibuat-buat seraya bangun untuk menyalami tangan Syuhada dan memeluk Zahra lalu berbisik, "Kau kalau datang nak menghancurkan Aku, elok Kau blah sebelum Kau yang hancur," perlahan namun keras suaranya yang ditekan. Berubah riak Zahra yang pada mulanya sangat hebat melakonkan watak 'kawan baik' Arianna.

Arianna yang masih mengekalkan senyuman terpaling manis untuk Syuhada, bergerak ke sofa yang terletak di dalam butiknya lalu membuat panggilan telefon, "Hello Fiq, I ada tetamu, please buy 3 drinks. Ya, juice should be ok. Thanks, Fiq." Panggilan telefon ditamatkan dan Arianna segera menjemput Syuhada dan Zahra duduk.

"Come, sit here. Sorry la, butik Aku ni takde pantry, Yaya. Semua tapau aje. Aku dah minta PA aku beli jus je, better than coffe, right?," Arianna sekadar berbasa-basi untuk memecahkan suasana yang terasa janggal selepas 'ingatan' yang disampaikan kepada Zahra tadi..Zahra masih terdiam seperti memikirkan plan B mungkin. Entahlah. Arianna malas ambil pusing.

"Anne dah lama buka butik ni?," Syuhada bersuara cuba untuk mengurangkan debar di dada. Mengikut perancangan awal Zahra, mereka akan meminta Arianna untuk menjauhkan diri daripada Zhafri dan tidak menggunakan Naaila sebagai alasan untuk 'mengikat' Zhafri. Namun, bila melihat air muka Zahra yang sudah macam nampak hantu aje lepas berpelukan dengan Arianna tadi, sepertinya plan Zahra sudah terhenti di skala enam mungkin.

"Baru lagi, Syu. Cuma bisnes ni dah lama la, sebelum ni Anne kat UK dan sekarang pun partners Anne masih kat sana. Kalau Syu berkenan handbags ke kasut ke any designs or brands, nak buat hantaran ke apa, boleh lah tengok. Boleh dapat special price sebab Syu BFF Yaya kan. We used to be BFF too, dan sekarang pon masih kan Yaya? So Syu pon my friend juga. Of course akan ada special discount." Arianna memang pandai berlakon bab nak menyakitkan hati Zahra..Daripada kawan baik, ipar dan sekarang dah macam musuh bezanya ala-ala cold war aje 'berperang.' Syuhada sekadar mengangguk. Suasana dirasakan sangat kekok dengan Zahra yang langsung tidak bersuara, hanya sekadar merenung Arianna sahaja. Dan.. penyelamat tiba. Fuh! Hero abad ini, Taufiq.

"Hello, ladies. Silakan minum semua tuan puteri. Patik pamit dulu ya," sempat lagi buat lawak, mungkin dia sendiri dapat rasakan ketegangan dalam suasana butik itu. Aura kemarahan, kebencian, sakit hati, panasnya sampai keluar dah. Tengok muka Arianna yang merah pun dia dah tahu tengah tahan lava dia daripada meletup. Sabarlah Arianna..Kau tak kacau orang, ada aje orang nak kacau dengan Kau kan.

Setelah masing-masing diam melayan jus tembikai yang sejuk, untung saja dapat pakej menyejukkan hati dan tekak, akhirnya Zahra bersuara.

"Okaylah Anne, kami taknak ambil masa Kau lama..Oh! ya, esok Ummi dengan Abah aku nak singgah rumah Kau sambil tengok Naaila. Kami gerak dulu and thanks handsome PA, sedap jus, dapat sejukkan diri dalam cuaca panas ni, pandai You kan," sinis sahaja kata-kata perlian Zahra yang Arianna sendiri malas ambil port. Esok tunggu jelah berita buruk apa lagi. Taufiq pula hanya mampu menggeleng. Dia sendiri dapat rasakan ada sesuatu yang tak elok bakal terjadi.

---

Semasa bersarapan di rumah pagi itu, Puan Suraya memaklumkan bahawa keluarga Zhafri akan datang makan tengah hari di rumah mereka. Arianna yang sudah sedia maklum, hanya mengangguk.

"Anne balik awal ya, Ummi bagitahu Mama ada benda nak bincang dengan kita," Arianna sekadar mengangguk malas. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tak elok bakal berlaku. Hatinya terasa tidak senang.

"Ma, Abang sekarang jarang dah balik kan? Ada apa-apa yang Anne tak tahu ke?," dia tiba-tiba teringatkan Tengku Fakhri. Sejak semua kebenaran terbongkar, dia dilabel keras kepala kerana masih tidak memaafkan Zhafri dan Tengku Fakhri sudah jarang bertanya khabarnya apatah lagi pulang ke kampung. Mama dan babahnya juga seperti tidak kisah.

"Abang sibuk mengenali hati bakal suri dia lah Anne," Mamanya kemudian tersenyum. Oh patutlah. Sekurangnya abangnya dah jumpa calon. Dia? Makin sunyi lah. Dulu ramai orang sayang, sekarang macam dah bertambah musuh aje.

"Ibu, Uncle Fiq is here. Jom, nanti Naaila late lagi," tanpa sedar dia dah jauh termenung. Makanan pun tak dijamahnya. Puan Suraya hanya membiarkan, kerana dia sendiri sudah buntu dengan sikap keras kepala Arianna. Zhafri sahaja yang sabar, yang masih melayan. Kadangkala, dia sendiri malu dengan Zhafri yang tak pernah jemu melayan setiap karenah Arianna, yang dia sendiri merasakan tidak masuk akal.

---

Hari ini, demi menjaga air muka keluarganya, Arianna pulang awal ke rumah untuk makan bersama keluarga bekas mertuanya..Ada Abah, Ummi, Zahra.. dan Syuhada! Apa perempuan yang belum jadi keluarga Tuan Haji Zuhdi dan Puan Hajjah Safiah ni sibuk aje menempel. Arianna sorok riak menyampahnya, muka cuba dimaniskan sehabis baik. 'Takpe Arianna, tetamu Kau kena hormat.' suara hatinya berkata memujuk jiwa. Dan riak wajah Zahra nampak sungguh ketara mengejeknya.

"Assalamu'alaikum!," satu suara yang dia kenali dan mungkin dia rindui? Matanya panas, seakan dapat dia baca apa yang bakal berlaku.

"Wa'alaikumussalam, sampai dah pun, Zhaf. Jom kita makan dulu, sekejap lagi ada perkara yang nak dibincangkan," Encik Yusri menyambut kedatangan Zhafri dengan mesra, dipeluk tubuh lelaki itu. Tak macam dia yang disambut bekas ibu mertuanya..Dingin. Sayang dah beralih arah mungkin. Syuhada. Ya, nampak malu-malu kucing di situ. Dah kalau malu buat apa datang, sibuk nak menempel. Tak fahamlah!

Ruang makan keluarga rumah Encik Yusri dan Puan Suraya meriah. Daripada satu cerita kepada satu cerita. Penuh dengan gelak ketawa dan gurauan mesra. Nampak bahagia. Tetapi, tidak pada Arianna..Dia hanya diam, memerhati setiap tingkah tetamu keluarganya..Zhafri juga nampak ceria. Syuhada, mukanya bercahaya. Bahagia. Apakah yang sedang berlaku di depan matanya kini?

"Arianna, kenapa sikit sangat makan? Tak berusik lauk. Bukan Arianna suka ayam merah ke?," Tuan Haji Zuhdi menyoal. Bekas bapa mertuanya masih ingat makanan kegemarannya.

"Abah ingat?," Arianna cuma tersenyum tawar. Dalam ramai orang, Tuan Haji Zuhdi yang memberikan perhatian kepadanya.

"Mestilah Abah ingat, Kamu membesar depan mata Abah," senyuman penyejuk mata Arianna..Selalu. Dan sungguh, dia rindukan perhatian seperti ini. Orang lain tidak memperdulikannya, termasuk Zhafri. 'Itulah Anne, sekarang Syuhada dah jadi permata hati. Kau makanlah hati sorang-seorang. Dulu sombong sangat. Padan muka! Menangis tak berlagulah.' monolog dalam hati sahaja yang mampu.

---

Semua mata memandang ke arah Arianna. Arianna cuba mencari mata Zhafri. Arianna ingin tahu apa yang Zhafri rasa. Adakah ini kehendak Zhafri sendiri? Kenapa dua minggu lepas lain katanya. Taknak konon. Kenapa hari ini lain pula? Dan yang paling penting kenapa semua datang sini nak minta kebenaran Arianna? Arianna dan Zhafri bukan ada ikatan apa-apa dah pun..Arianna tak faham, kepalanya mula berdenyut, jantungnya berdegup laju, nafasnya sudah mula tak teratur, badannya menggigil hebat..

"Anne! Anne!.." Mama. Itu suara Mama.

"Ya Allah! Apa dah jadi ni? Arianna?," terasa ada tangan lembut yang menepuk pipinya. Itu Ummi. Arianna terasa ada air hangat yang mengalir di matanya..Namun dia kaku.

"Anna kena panic attack ni, Zhaf bawa dia ke hospital dulu," suara Zhafri. Ya, Zhafri pedulikan Arianna. Dia terasa tubuhnya melayang.

Nafasnya semakin sesak dan akhirnya dia dah tak tahu apa yang berlaku. Dunianya kelam.

---

"Kalau Abang dah buat keputusan, tak perlu tanya Anne. Asalkan Naaila tak hilang Ayah dia, Anne okay sahaja," kata-kata pertama yang keluar daripada bibir pucat Arianna sedari terbangun daripada tidur yang dia rasakan sungguh lama. Suaranya serak. Dia lemah. Seluruh badannya terasa sungguh sakit. Dia penat.

"Anne tak perlu fikir apa-apa, kenapa Anne tak bagitahu Abang Anne sakit? Mama Babah semua tak tahu? Abang minta maaf jadi penyebab Anne sakit macam ni," suara Zhafri kedengaran kesal. Sungguh dia menyesal tidak membantah daripada awal plan gila Zahra. Kini semuanya sudah terlambat dan pastinya, Arianna akan semakin meninggikan lagi tembok dalam hubungan mereka.

"Don't touch me. And please leave. Anne nak rehat," Arianna bersuara perlahan namun keras seraya memalingkan tubuh membelakangi Zhafri dan memejamkan mata, cukup untuk Zhafri faham apa yang sedang dan bakal berlaku dalam perhubungan mereka. Sungguh, semakin sukar dan takdir sepertinya tidak mengikut kehendak mereka. Zhafri tertunduk lemah dan akhirnya meraup mukanya.

"Ya Allah, jika memang benar dia tercipta untukku, maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku?
? Jika dia memang untukku, berikanlah keyakinan di dalam hati kami bahawa kami diciptakan untuk saling memiliki?
? Namun jika dia memang bukan jodohku, maka damaikanlah hatiku dengan ketetapanMu

Ikhlaskanlah hatiku dengan semua ketentuanMu, agar aku bisa menerima kenyataan ini?
? Damaikanlah hatiku agar tidak merasa kecewa dengan ketentuanMu jikalau dia memang bukan jodohku…
Aamiin Yaa Rabbal 'Alamiinn.."

Sepotong doa yang dibaca Zhafri menyentuh tangkai hati Arianna. Walaupun perlahan, dapat Arianna dengar dengan suara serak yang tertahan. Air hangat yang mengalir deras dia biarkan membasahi bantalnya. Seketika kemudian, dapat dia dengar pintu wad persendirian itu ditutup. Nampaknya, jalan mereka tidaklah mudah seperti apa yang keluarga mereka mahukan, dan juga seperti apa yang Naaila harapkan. Maafkan Ibu, Sayang. Ibu tak kuat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience