Bab 35: Terbongkar

Romance Completed 32302

Dalam kekalutan Zhafri membuat panggilan telefon, dia menerima satu pesanan mesej bergambar daripada nombor yang tidak dikenali. Dia hampir pitam apabila gambar yang diterima adalah gambar Naaila yang sedang tidur.

Wajdi yang melihat keadaan Zhafri yang seperti rohnya dah terbang keluar daripada jasad itu terus sahaja mengambil telefon Zhafri. Sebaik sahaja dia melihat gambar di telefon Zhafri dia terus mendesis marah. Merah padam mukanya.

"Perempuan ni memang gila la.."

Inspektor Hariz yang kelihatan tenang itu segera bertindak memohon bantuan.

"Kita pergi balai lodge report dulu, lepas tu Aku dengan pasukan Aku akan serbu rumah saspek. Lepas tu Kau berdua bertenang dahulu, balik rumah dan pastikan keluarga yang lain selamat, sebab target saspek bukan anak Kau seorang." Inspektor Hariz memberi 'arahan', Wajdi mengangguk namun Zhafri masih kekal begitu.

"Abang Zhaf.." Wajdi yang menegur menyentakkan Zhafri. Dia tidak pernah terbayang betapa nekadnya Syuhada mahu memusnahkan hidup keluarganya kerana dia menolak cinta wanita itu.

"I know it was her..Cuma Abang terlalu berbaik sangka. Abang salah, sebab Abang tak bertindak dengan pantas." Perlahan suara Zhafri seolah mengeluh kesal.

"It happened, Abang Zhaf. Let's lodge a police report first then We figure out what can We do after this." Wajdi tahu, di saat ini dia harus bertenang dan berfikiran wajar kerana Zhafri sudah tenggelam dengan emosi. Dia tidak mahu karam dalam lautan emosi bersama Zhafri..Dia tahu Naaila dalam bahaya, begitu juga ahli keluarganya yang lain. Melihat reaksi Zhafri, akhirnya dia mengangguk setuju dengan usul Inspektor Hariz awal tadi.

"Kau drive pergi balai dulu, buat report. Aku dah call pegawai standby. Lepas semua ready, Aku akan terus gerak ke tempat saspek dengan orang-orang Aku. Doa banyak-banyak. Senjata utama kita orang Islam." Ujar lnspektor Hariz kepada Wajdi seraya menepuk bahu Zhafri yang hanya diam seolah berfikir daripada tadi.

Wajdi sedang memandu ke balai polis ketika telefon Zhafri berbunyi menandakan panggilan masuk.

"Video call.." Zhafri bersuara dan Wajdi mengangguk setuju untuk Zhafri menerima panggilan video daripada nombor yang sama menghantar gambar Naaila sebentar tadi.

"Hai Ayah! How are You? Teacher Dida said Ayah is busy that's why I'm here." Naaila bersuara ceria, tanpa menyedari masalah yang sedang berlaku bakal membahayakan nyawanya.

"Hai Sayang..Now Ayah dah tak busy, I will pick You up, okay." Zhafri berdebar ketika bercakap dengan Naaila. Dia berdoa di dalam hati semoga masih ada belas di hati Syuhada.

"It's okay Ayah..I'm happy stay here. Teacher Dida is very nice." Naaila yang tidak memahami langsung situasi yang sedang menjerut dirinya beriak teruja bercerita tentang keadaan dirinya yang baik.

"Naaila, come eat. Let Me talk to Your dad." Terdengar suara Syuhada menegur Naaila.

"Okay, Teacher. I'm coming!" Naaila menyahut panggilan Syuhada kemudian memaklumkan Zhafri dia akan menamatkan panggilan. "Ayah, I want to eat, Teacher wants talk to Ayah. Bye, Ayah. I love You."

Kemudian wajah Naaila hilang daripada skrin dan digantikan dengan wajah gadis berambut blonde. Zhafri mengetap bibir geram. Bergerak rahangnya menahan marah. Wajdi di sebelah kekal menumpukan perhatian dengan pemanduannya.

"Kalau You taknak anak You yang ni 'hilang' terus, come here and we negotiate." Nada Syuhada seakan seorang psikopat.

"Stop it, Syuhada! You're done!" Keras suara Zhafri.

"No, I'm not! Kalau Aku tak dapat Kau, Aku takkan biarkan Kau bahagia!" Terus talian dimatikan..Zhafri masih menghadam kata-kata Syuhada.

"Perempuan gila!" Wajdi yang mendengar mendesis marah.

"Abang, kita kena jumpa Tan Sri Kamal ni, jangan sampai dia malu teruk ada anak gila." Stereng kereta dicengkam kuat. Panas hati sampai ke kepala darah Wajdi mendidih. Nekad betul Syuhada bertindak gila begini.

---

Telefon Arianna berdering menandakan ada panggilan masuk. Arianna lihat nombor yang memanggil daripada sekolah Naaila. Ada masalahkah? Setahu dia, Naaila akan pulang pada pukul 6 petang, sekarang baru 4 petang.

"Assalamu'alaikum, Puan Arianna. Saya Teacher Julia, Principal Tadika Little Kiddies. Saya nak bertanya, Naaila dah sampai di rumah ke, Puan?" Suara Puan Julia yang menyapa seperti konkrit besar melanggar Arianna..Rasa tidak enak menyerbu isi perutnya.

"Wa'alaikumussalam, Teacher Julia. What do You mean by that? Naaila should be at school this time." Suara Arianna meninggi kerana panik menyerangnya tiba-tiba..Dia keliru kenapa pemilik tadika tempat Naaila bersekolah menelefon bertanyakan keberadaan Naaila sedangkan Naaila sekarang sepatutnya di berada sekolah.

"Maafkan Saya, Puan..Tadi Teacher Dida cakap Naaila tak sihat, dia nak bawa ke klinik dan akan hantar Naaila pulang kerana dia sendiri kenalan keluarga Puan." Tergagap suara Puan Julia menerangkan situasi sebenar.

"Siapa yang bawa dia? Why don't You call Me? I'm her mother and one more thing..pukul berapa dia keluar sekolah?" Arianna mula mengawal suaranya. Dia tidak mahu terus terbuai dengan keadaan yang tegang sekarang.

"Cik Syuhada.." belum sempat Puan Julia meneruskan kata-katanya sudah kedengaran Arianna menjerit marah di sebelah sana.

"Siapa cikgu cakap???" Suara Arianna sudah tidak mampu ditahan-tahan lagi. Sebu perutnya menanggung rasa yang bercampur baur. Takut, marah, kesal.. semuanya bersatu.

"Cik Syuhada..dia guru kelas Naaila..Teacher Dida.." belum sempat Puan Julia menghabiskan ayatnya talian sudah dimatikan.

Zahra yang baru keluar daripada bilik selepas menidurkan anaknya Wafiy, terperanjat melihat situasi Arianna. Wajahnya dah basah dengan air mata dan kelihatan menggigil memegang telefon. Dia nampak lemah lalu terduduk. Zahra segera mendapatkan Arianna yang kelihatan seperti sangat terkejut. Zahra mula rasa takut mahu menerima kenyataan, yang dia pasti bukan sesuatu yang baik dengan melihat keadaan Arianna sekarang.

"Anne, kenapa ni?" Zahra mendekati Arianna. Riaknya sungguh risau.

"Syuhada culik Naaila.." Arianna menangis tanpa mampu ditahan lagi.

"Ya Allah! Anne..Aku call Abang Zhaf sekarang." Zahra segera mendail nombor Zhafri ketika mendengar suara Arianna.

"I know, it was her walaupun dia ubah penampilan dia cuma Aku yang bodoh terlalu baik sangka..ya Allah, Kau lindungilah anakku daripada iri dan hasad kekejaman manusia. Dia tak bersalah, ya Allah." Arianna tersedu-sedan sambil memukul dadanya. Perit..Takut..Marah..Salahkan diri sendiri semuanya bersatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience