Bab 12: Life Must Go On

Romance Completed 32302

Hampir seminggu Naaila di hospital, Encik Yusri bersama Puan Suraya dan Afif Furhan juga berada di Kuala Lumpur, menumpang di rumah lama Zhafri dan Arianna. Saat Arianna kembali ke rumah itu, segala kesakitan yang lalu seakan ditayangkan semula. Sakit diabaikan, sakit terasa dikhianati, sakit terasa diperbodohkan. Walaupun dia sudah tahu semua kebenaran tentang apa yang berlaku dalam hubungan mereka selama ini, Arianna masih begitu. Kekal 'bekukan' perasaannya.

"Esok lepas Naaila discharged, Saya terus balik Manjung. Thanks tumpangkan kami kat sini," Arianna bersuara monoton, menegur Zhafri yang sedang melihat skrin telefon pintarnya.

"Kita balik sama, okay? Tunggu Abang habis meeting dengan Tuan Pengarah esok. Petang atau after maghrib kita gerak?," Zhafri masih memancing Arianna, kerana dia perlukan lebih masa bersama untuk memujuk Arianna lagi.

"Thanks, but no thanks. I had enough. And..please don't cross the line. You know what I mean." Arianna kembali meletakkan tembok dalam hubungan mereka, semakin tinggi selepas dia tahu kebenarannya..Zhafri sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang Arianna mahukan dan ke mana hala tuju hubungan mereka, selain daripada sekadar ibu dan bapa kepada seorang anak perempuan.

Zhafri sekadar mengeluh di dalam hati. Kadang-kadang dia rasa penat. Adakah dia perlu beralah sahaja dalam perjuangan memenangi kembali hati Arianna, atau dia harus memberi ruang untuk Arianna menilai keikhlasannya. Esok dia ada meeting penting merangkap interview, dia perlu fokus. Kalau dah Arianna sendiri sudah meletakkan tembok untuk mereka, rasanya dia perlu memikirkan kemajuan kerjaya untuk masa depan dirinya. Bekas mertuanya juga menyokong dia untuk kembali ke Kuala Lumpur, cuma keutamaannya Naaila sekarang. Mungkin ini yang terbaik, dia 'berpisah' daripada anak dan bekas isterinya, yang mungkin akan membuka mata hati Arianna bila dia jauh daripada mata, boleh jadi akan dekat di hati.

Kedinginan layanan Arianna menyebabkan Zhafri membulatkan tekad untuk dia menerima jawatan di sebuah hospital swasta di ibu kota itu. Naaila, tetap menjadi keutamaannya..Dia akan selalu pulang untuk menjenguk anaknya, dan dia sendiri akan jauhkan diri daripada Arianna. Kerana dia sedar, Arianna semakin membencinya apabila mengetahui kebenaran yang berlaku dalam hubungan mereka. Ternyata percaturannya salah dan dia sendiri langsung tidak menyalahkan Doktor Liyana yang 'membantunya' tanpa dipinta. Ini semua atas penerimaan Arianna, tiada siapa boleh memaksa.

"Anne, kenapa lepas Anne tahu semua kebenaran, Abang tengok Anne lagi nak mengelak daripada Zhaf?," soalan Tengku Fakhri ketika mereka sama-sama menemani Naaila malam itu, menyentak tangkai hati Arianna.

"Abang nampak macam tu?," soalan berbalas soalan.

"Yes, patutnya Anne happy bila tahu Zhaf ada Anne je dalam hati dia kan? ke Abang salah?," Tengku Fakhri menduga lalu membuatkan Arianna tertawa kecil seraya membalas, "First, everything happened for reasons and second, I think I don't need a husband now. So, life must go on..Abang faham kan?"

"Takdir yang boleh diubah, Anne. Kenapa perlu sulitkan keadaan?," Tengku Fakhri seakan hilang sabar dengan sikap keras kepala Arianna.

"Ini hidup Anne, Abang. Buat masa sekarang, Anne selesa begini dan Anne minta sangat semua orang yang selalu mendoakan Anne dan Zhafri kembali bersama, hormati keputusan Anne," matang tapi kepala batu dia tak boleh di bawa berbincang. Itu yang Tengku Fakhri dapat simpulkan. Dan akhirnya Tengku Fakhri sendiri sudah angkat bendera putih.

---

"I'm sorry, Zhaf. I tak tahu sekeras itu hati Arianna..I did everything I could to help You but still, You masih sedih," ujar Doktor Liyana selepas meeting dan interview Zhafri petang itu di Pantai Hospital.

Zhafri hanya memandang ke depan.

"I think I should accept the offer, Yana. Maybe bila I jauh daripada dia, dia akan 'nampak' I," Zhafri sendiri sudah berhenti berharap untuk Arianna kembali kepadanya. Entah apa lagi yang harus dia lakukan untuk Arianna terima dia semula, selain daripada hanya sebagai seorang bapa kepada anak perempuan mereka.

"Really? We should celebrate kan? We're glad if You're joining Us. So, Welcome to Pantai Hospital, Doctor Zhafri," wajah ceria Doktor Liyana sedikit sebanyak mengubat hati Zhafri yang lara. Walaupun mereka pernah berkahwin, tetapi perasaannya pada Doktor Liyana kini hanyalah sekadar adik dan abang.

---

"Morning Boss!," setelah bercuti selama dua minggu, Arianna kembali berkerja dan pagi ini Taufiq sudah menunggunya dengan kereta di hadapan rumahnya.

"Morning Fiq. Berapa kali Anne cakap tak perlu panggil Boss," jelingan Arianna meledakkan tawa Taufiq. Baginya Arianna sungguh comel dengan gaya rambut barunya. Kalau Naaila tu panggil Arianna kakak pun, orang percaya.

"So, Anne. Hari ini jadual You cuma check all the documents. Ada yang dah tunggu lama, nak join vendor. Hopefully settle by today," Taufiq yang memandu, memaklumkan Arianna tentang jadualnya seperti kebiasaan mereka. Selama dua minggu ketiadaan Arianna, hatinya seakan rindukan wanita ini namun dia sedar akan status mereka dan 'ingatan' Mr Guardian Angel Arianna, menyebabkan dia batalkan sahaja niatnya.

Arianna yang diam di sebelah, dikerlingnya.

"Anne, You tak cukup cuti ke apa ni?," soalan Taufiq menyentakkan lamunan Arianna.

"Oh, sorry. You cakap apa tadi?," Arianna kembali menyoal Taufiq seraya mengutuk diri sendiri di dalam hati kerana tidak fokus.

"Nothing, nanti dah sampai butik baru I bagi tengok You punya planner. It's better," Arianna hanya diam dan mengangguk perlahan, tahulah Taufiq, dah melayang jauh sangat Arianna ni.

---

"I nak jalan-jalan petang nanti, Naaila spend time dengan Ayah dia sebelum kena tinggal. You boleh teman I ke, Fiq?," permintaan Arianna buat Taufiq berasa gusar. Sebenarnya, kecil tapak tangan, nyiru dia tadahkan tapi memandangkan dia mengenangkan batasan yang perlu dia jaga, dia berasa berat hati. Mr Guardian Angel Arianna garang.

FLASHBACK

"Kau tahu kan Puan Arianna sebenarnya dalam proses kembali bersama dengan ex husband dia, jadi Aku harap Kau tak buka hati Kau terima hubungan lebih daripada pekerja dan majikan, walaupun dia sendiri yang buka jalan tu. Kau faham kan, apa yang Aku nak sampai kan," ujar Tengku Fakhri ketika dia sedang menunggu Arianna ketika Arianna memintanya untuk jadi peneman jogging di suatu pagi ahad.

"Faham, Tengku," dia hanya menjawab apa yang Tengku Fakhri mahu dengar.

"Jadi, eloklah Kau balik je, Aku ada nak jadi bodyguard dia luar waktu berkerja..," walaupun agak terkejut dengan permintaan Tengku Fakhri yang semestinya, di luar jangkaannya, Taufiq tetap bertindak mengikut arahan kerana dia tidak mahu menimbulkan masalah lain, yang melibatkan periuk nasinya, .."dan satu lagi, Kau kerja dengan Anne so dengan Aku, Kau tak perlu nak formal. Panggil Aku, Abang Ri je. Aku tahu Kau orang baik, Fiq..sebab tu Aku taknak libatkan Kau dalam masalah Anne..Aku risau Dia gunakan Kau untuk sakitkan hati Zhafri, padahal dalam hati dia ada Zhafri je, cuma ego dia tu setinggi menara KL aku rasa," Tengku Fakhri tergelak sambil menepuk bahu Taufiq, kerana dia tidak mahu mencipta jurang antara dia dan Taufiq, yang dia pasti akan banyak berjasa dengan keluarganya kelak.

END FLASHBACK

---

"Eleh, tadi You mengata I berangan, dah You ni sampai mana dah?," Arianna mengusik Taufiq seraya menggawang-gawangkan tangannya di depan Taufiq.

Taufiq yang tersedar akhirnya terpaksa menolak dengan berat hati, dan wajah Arianna berubah keruh serentak dengan itu apabila menerima mesej pesanan ringkas Zhafri. Benci. Sibuk aje nak ajak join dia gunakan anak..Kosabajap!

"Anne, maafkan Saya tak dapat teman Awak," suara Taufiq perlahan seakan memujuk. Namun Arianna masih kekal dengan muka bekunya, tanpa riak menyenangkan..Taufiq sudah mula keresahan akhirnya bersetuju untuk menemani. Seketika Arianna tersenyum segaris.

Saya ada date, tak dapat join Awak dan Naaila.

Satu mesej tanpa jawapan salam dan tanpa permohonan maaf dihantar kepada Zhafri. Dan..dia akhirnya tersenyum sinis.

---

"Naaila, ibu tak dapat join kita la, kita pergi berdua sahaja ya. Ibu ada kerja lain," Zhafri memujuk Naaila yang sudah muncung sedepa kerana kawan-kawannya kat sekolah kata, seronok jalan-jalan dengan ibu dan ayah. Hatinya sedih, tak lama lagi ayahnya pun dah nak kerja jauh. "Semua orang macam dah tak sayang Naaila je." perlahan dan menunduk, menyebabkan Zhafri sedih.
'Maafkan Ayah, Sayang kerana terlalu lambat bertindak, menyebabkan Ibu dah tak percayakan Ayah. Demi Allah, Ayah sayang Naaila dan Ibu.' hanya mampu bersuara di dalam hati sahaja. Seketika, hati Zhafri seakan nak pecah melihat Arianna dan Taufiq berpegangan tangan. Apakah yang Arianna fikir, berkelakuan seperti itu untuk 'menunjukkan' pemberontakan kepadanya dan kelakuan buruk depan anak mereka. Zhafri yang kesal dengan sikap 'melawan' Arianna segera beredar daripada parking kawasan butik Arianna. Dia tidak mahu Naaila menjadi mangsa. Dia harus mengalah kerana hati Naaila yang sedang membesar perlu dijaga.

Arianna yang melihat kereta Zhafri sudah bergerak meninggalkan parking depan butiknya terus melepaskan pegangan tangannya dengan Taufiq, menyebabkan Taufiq sedikit terperanjat. "Sorry, Fiq. Tangan I berpeluh, tak selesa," Taufiq yang sedar kehadiran Zhafri tadi, hanya berpura-pura memahami tentang tangan Arianna yang 'berpeluh.' Dia hanya tersenyum nipis. Apa sebenarnya dalam hati Arianna. Adakah dia hanya sebagai 'kekasih simpanan' untuk menyakitkan hati Zhafri dan akhirnya Zhafri meninggalkan Arianna.

---

Arianna yang selalu diam, sangat berbeza daripada Arianna yang dia kenal sebelum bercuti dua minggu. Kalau dulu, banyak betul idea berborak yang menyebabkan dia cepat selesa dan tidak merasakan Arianna adalah majikannya kerana layanan Arianna padanya seperti kawan sahaja. Namun sekarang, nampak sangat Arianna seolah berperang dengan diri sendiri. Apakah sebenarnya rancangan Arianna untuk 'menghukum' Zhafri melibatkan dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience