Bab 21: Kehidupan Baru

Romance Completed 32302

Majlis pernikahan Arianna dan Zhafri berjalan lancar diiringi doa dan restu abah, babah, mama, adik beradik Arianna dan juga abang-abang ipar Zhafri serta sahabat handai kedua mempelai. Naaila pastilah orang yang paling bahagia di hari bersejarah itu kerana impiannya nak Ibu dan Ayah living together gitu akhirnya tercapai.

Dengan sekali lafaz, akhirnya Arianna sah menjadi milik Zhafri buat kali kedua. Air mata kesyukuran tumpah jua akhirnya di saat Zhafri mengucup lama dahinya. Sungguh satu perasaan yang bahagia bercampur berat menanggung sesak di dada mengenangkan mahligai yang dibina buat kali kedua ini tanpa restu syurga sang suami.

"Atuk, kenapa Opah tak ikut Atuk? Opah sick ke?," pertanyaan polos anak kecil yang tidak tahu tentang kemelut yang melanda dalam hubungan kekeluarga mereka. Tuan Haji Zuhdi tunduk dan tersenyum seraya mengusap rambut cucunya.

"Naaila tak suka Atuk ke? Kenapa asyik tanya Opah je? Atuk tak best ye?," soalan cucunya dijawab dengan soalan sambil buat muka merajuk, sebolehnya dia tidak mahu merosakkan majlis besannya meraikan anak menantunya ini dengan mengingati sikap isterinya yang seolah menidakkan takdir jodoh anak dan menantunya ini.

FLASHBACK

"Kalau Abang nak pergi, pergilah. Saya tak akan terima perempuan tu dan keturunan dia lagi dalam keluarga kita. Entah apa yang diberi makan Zhafri tu sampai sanggup dia belakangkan mak bapa dan adik beradik sendiri sebab seorang perempuan!," Puan Hajjah Safiah melepaskan amarah apabila suaminya menyampaikan tentang berita majlis penikahan anaknya yang akan berlangsung dan memohon restu mereka.

"Bawa mengucap Piah. Istighfar. Dah takdir jodoh mereka, dah namanya tertulis sejak di Luh Mahfuz, siapa kita nak melawan takdir jodoh yang telah Allah tetapkan. Lagi pun Awak tak boleh paksa Zhafri ikut telunjuk Awak, terima Syuhada. Yang nak hidup berumahtangga itu dia, bukannya Awak. Yang Awak suka, yang Awak nampak baik, tak semestinya terbaik untuk Zhafri. Sanggupkah Awak memperjudikan kebahagiaan masa depan anak Awak yang paling Awak sayang tu?," lembut Tuan Haji Zuhdi memujuk penuh hikmah.

"Bila dia terima nikah perempuan tu, anak lelaki saya dah mati!," kerasnya hati ummi Zhafri sampai sanggup menuturkan kata yang kalau Zhafri dengar, pasti hancur hatinya. Tuan Haji Zhafri hanya mampu menggelengkan kepala seraya berkata, "Jangan sampai kata-kata Awak ni, makan diri Awak sendiri, Piah. Bertaubatlah dengan 'doa' yang baru awak lafazkan untuk satu-satunya anak lelaki yang Awak ada tu."

Tuan Haji Zuhdi tidak betah lagi duduk di dalam bilik untuk memujuk isterinya yang berhati batu, entah syaitan mana yang merasuk tiba-tiba menjadi ibu yang kejam. Hati tuanya terkilan, mengenangkan titik permulaan kepada sebuah 'permusuhan' antara dua keluarga yang dicipta isterinya dan anak-anak perempuannya dengan termeterainya ikatan pernikahan yang dibina.

END FLASHBACK

"Atuk, Atuk..," Naaila menggoyang-goyangkan tangannya lalu menyedarkan Tuan Haji Zuhdi tentang kejadian tiga hari lepas.

"Ye, Sayang Atuk. Naaila cakap apa tadi?," lembut dia bertanya kerana dia langsung tak dengar apa yang cucunya cakap.

"Naaila said, Atuk bestlah. Naaila suka Atuk dan sayang semua!," kembang mukanya menyatakan perasaan sayangnya kepada keluarganya. Lalu Tuan Haji Zuhdi tunduk mendukung cucunya seraya berkata, "You're a big girl now. Berat dah ni." Naaila kemudianya buat muka merajuk gaya silang tangan ke dada dengan mulut muncungnya yang mengundang tawa atuknya. Selepas dicium pipi gebunya beberapa kali akhirnya Naaila kembali memeluk atuknya. Semoga hati opah Naaila cepat kembali kepada fitrah dan menerima takdir yang Allah dah tetapkan sebelum Naaila memahami apa sebenarnya yang terjadi. Itulah doanya di dalam hati.

---

"Selamat Pengantin Baru, Zhaf. InshaaAllah moga berkekalan hendakNya. Kau jangan nak ada rahsia-rahsia lagi dah, nanti Aku ambik balik adik Aku, Aku tak pulang balik dah kat Kau," seloroh Tengku Fakhri mengundang tawa kedua abang ipar Zhafri.

"Terima kasih, Ri sebab percaya Aku. Terima kasih juga AbangLong, AbangNgah sudi hadir majlis Zhaf hari ni," Zhafri kelihatan sebak, menunduk lantas menyeka air matanya yang akhirnya tumpah jua. Di sangkakan dia kuat 'melawan cakap' umminya namun dia tewas juga kerana umminya itu syurganya dunia dan akhirat.

Terasa bahunya ditepuk. AbangLong menenangkan dia. AbangNgah di sebelahnya juga menggosok belakangnya. Terhinggut-hinggut bahunya mengawal esakan daripada kedengaran. Sungguh dia sedih apabila menenangkan umminya. Arianna yang memandang daripada jauh juga sudah basah wajahnya. Habis comot mekap. Mujur ada Syarfa yang menemani, cepat-cepat menarik Arianna menuju ke bilik lalu di'touch-up' kembali.

"Anne jangan nangis macam ni, nanti orang ingat kahwin paksa pula.." ujar Syarfa seraya mengambil tisu mengelap sisa air mata, ingin mewujudkan suasana gurauan kerana dia tahu gundah di hati Arianna, kemudian menyambung, "..Kak Fa tahu, situasi Anne dengan Zhaf, doa banyak-banyak mohon Allah bukakan hati Ummi untuk terima takdir jodoh Anne dengan Zhaf. Kak Fa tahu, bukan mudah namun Allah uji Anne dengan Zhaf sebab Dia Maha Mengetahui. Yakinlah dengan janji Allah, Dik," lembut tutur bicara bakal isteri abangnya ini. Bertuah betul Tengku Fakhri bakal memiliki suri hati seperti ini. Seorang wedding planner namun dah ala-ala ustazah. Itulah Tengku Fakhri selalu sangat usik Arianna dapat suami ustaz, dia pun taknak kalah rupanya bakal isteri ustazah.

Arianna mengangguk, tersenyum sambil memegang tangan Syarfa kemudian bersuara, "Thanks Kak Fa, selalu ada dengan Anne, dan sanggup terima keluarga kami. Kak Fa jaga Mr Guardian Angel Anne baik-baik tau sebab lepas ni Anne dah 'pecat' dia," terhambur juga tawa Arianna dan Syarfa apabila Arianna tiba-tiba nak memecat Tengku Fakhri. Kalau ikutkan tiada kaitan pun dengan isu yang mereka bualkan tadi, tapi Arianna tidak mahu merosakkan mood di hari bahagianya. Tentang ummi, dia dan Zhafri akan cari jalan untuk sama-sama memujuk hati ummi kembali.

"Kak Fa, mekap Anne lawa-lawa tau, jap lagi nak ajak Abang pergi outdoor photoshoot lah," Arianna tersenyum, cuba menceriakan hati sendiri dan Syarfa tersenyum senang..Syarfa tahu, Arianna sendiri sedang berperang dengan perasaan dan dalam masa yang sama dia mahu hargai apa yang ada di depan mata. Di mahu menjalani hidup dengan bahagia seadanya.

---

"Nanti Tok Mama mesti rindu Naaila sangat. Macam mana ya?," mama dah mula buat suara merengek memancing Naaila. Babah di sebelah mama dah senyum-senyum. Kuat betul menyakat cucu tunggal mereka.

Naaila kelihatan berfikir, kemudian menjawab, "Naaila balik nanti kenduri Daddy la Tok Mama, don't be sad okay. Ashu Baby kan ada teman Tok Mama bila Tok Babah work," pujukan Naaila memecahkam tawa seisi rumah. Petah betul berkata-kata anak Zhafri dan Arianna ni. Naaila pula terpinga-pinga tidak mengerti kemudian ikut ketawa mungkin dirasakan lucu.

"So, Naaila kena sleep early tonight sebab esok nak balik KL dah kan, malam ni sleep dengan Tok Mama ya. Nanti rinduuu..," mama kembali buat muka sedih. Tadi ketawa, dah keliru Naaila. Kemudiannya Naaila pandang Zhafri, meminta kebenaran.

"Sure, Naaila boleh sleep dengan Tok Mama and Tok Babah tonight," Zhafri mengangguk memberi kebenaran lalu Naaila terus melompat berpindah ke ribaan Zhafri, kemudian memeluk leher ayahnya dan mencium pipi Zhafri bertalu-talu, "Thank You, Ayah! You're the best!" bukan main seronok dia dapat 'lesen' tidur di bilik Tok Mama dan Tok Babahnya.

---

Seisi rumah sudah tidur, namun Zhafri masih tidak boleh melelapkan mata. Dia bergerak perlahan menuruni katil, tidak mahu mengejutkan Arianna. Jam menunjukkan pukul 1.30pagi. Dia turun ke tingkat bawah berniat mahu ke dapur mencari minuman, namun mematikan langkahnya apabila di lihat babah Arianna juga masih menonton televisyen.

Encik Yusri yang menyedari kehadiran menantunya, segera menegur, "Ha Zhaf, tak tidur lagi? Nak minum ke?," Zhafri tersenyum nipis seraya mengangguk, "Ya, Babah. Haus sikit," kemudian dia menyertai bapa mertuanya yang menonton siaran sukan badminton itu.

"Babah tahu, kamu fikirkan Ummi kamu, kita doa sahajalah semoga hatinya terbuka untuk menerima kamu. Babah dah kenal hati budinya lama, daripada kamu belum lahir lagi, dia kawan baik arwah ibu Arianna. Babah tahu, dia juga sedang melukakan hatinya. Dia orang yang baik, Zhaf. Cuma keadaan memaksa dia jadi begini," lembut tutur kata Babah menasihati, tak ubah seperti abahnya. Penuh hikmah. Zhafri tertunduk menahan sebak di dada. Dia sudah berjanji tidak mahu menangis lagi. Dia yakin dengan aturan Allah, dan dia juga yakin Allah yang memegang hati umminya, jadi dia tak akan berputus asa memohon pada Allah, semoga dikurniakan ketenangan hati buat umminya untuk menerima kehidupan baru yang dibina bersama Arianna.

"Terima kasih, Babah," Zhafri mengangguk seraya menepuk lembut tangan babah yang di sebelahnya.

Arianna yang di atas tangga hanya mampu menahan sedu sedannya. Dia sendiri rasa terhimpit kerana menyebabkan suaminya menjadi 'anak derhaka'. Dia tahu Zhafri anak yang taat, dia berjanji pada dirinya, dia akan pulangkan kembali Zhafri kepada ummi. Itu tekadnya untuk membahagiakan Zhafri dan ummi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience