Bab 26: Dirampas

Romance Completed 32302

Telefon bimbitnya yang berbunyi dibiarkan sahaja. Selepas beberapa kali, barulah dia menjenguk.

Papa is calling...

Dengan bermalasan, dia jawab juga akhirnya..

"Yes, Pa.." suaranya senada sahaja, tidak teruja seperti biasa setiap kali panggilan daripada papanya diterima.

"Hello, my dear. How are You?" Suara Tan Sri Kamal di talian seperti biasa, setiap hari pasti akan bertanya khabar cuma hari ini terlalu awal dia menelefon.

"I'm fine, Pa. Awal Papa call today? Selalunya after dinner?" Syuhada bertanya curiga seperti ada yang ingin disampaikan papanya.

"You always can read me, my dear. Papa nak ajak Syu dinner. Syu balik ya malam ni..tidur sini." Syuhada terasa macam ada sesuatu yang sedang berlaku di luar jangkaannya, namun cepat-cepat dia buang rasa yang tidak enak itu.

"Okay Pa, but why should I stay there? Papa ada benda nak discuss dengan Syu ke?" Syuhada bertanya tidak sabar.

"Yes, about Your future.." Syuhada sudah berdebar-debar. Namun digagahkan juga untuk bertanya.

"What do You mean by my future, Pa? You know.." belum habis Syuhada membela diri, pantas Tan Sri Kamal memintas..

"This is about Your life. No more question, no excuses. My decision is final. Balik dinner malam ni. Papa tunggu You, Syuhada Tan Sri Kamal."

Apabila mendengar nama penuhnya disebut papanya, maka dia sendiri sudah tahu tiada lagi pujuk rayu untuk mengelakkan diri.

"Okay, Pa. Bye." Terus talian dimatikan..dia berguling-guling di atas katil di kondonya. Malasnya rasa nak balik rumah agam Papanya. Dah lah sunyi. Dalam hutan pula tu. Selepas berfikir beberapa ketika, dia bersiap juga untuk pulang ke rumah keluarganya. Kalau nak melawan pun tak guna, Tan Sri Kamal bukan lawannya.

---

"Pa, please straight to point. Esok Syu sekolah," Syuhada tidak mahu berlama-lama dengan papanya. Masih ada rasa sedih mengenangkan mamanya yang dah lama dia tak jumpa dan tak tahu di mana.

"Papa akan pulangkan cincin tanda daripada keluarga Zhafri. Syu bagi pada Papa," Syuhada terpempan..berubah riak wajahnya seperti ingin menangis.

"But why so sudden Pa?" dia menyoal terdesak inginkan jawapan.

"You're not married someone's husband." Selamba jawapan Tan Sri Kamal menyalakan api kemarahan dalam hati Syuhada.

"Kerja Wajdi kan? Tak guna betul!" Syuhada menjerit melepaskan kemarahan.

"Watch Your words, Syuhada! I've met Zhafri today, and I don't want my daughter marry someone's husband." Mata Syuhada sudah berair. Esakannya mula kedengaran.

"No, Pa..Syu buat macam-macam untuk sampai ke tahap ini, I love him so much.." tangisan Syuhada tidak dipujuk Tan Sri Kamal..

"..But he doesn't. Stop it, Syuhada! Wake up!" tegas kata-kata bantahan Tan Sri Kamal kerana dia tidak mahu Syuhada terus hanyut. Hati tuanya juga sedih melihatkan anak tunggalnya menderita kerana cinta tak berbalas.

"No, Pa..please.." Syuhada merayu seraya melutut memeluk kaki papanya.

"You have two options, either Papa akan transferkan Syu jauh daripada sini or bagi Papa cincin tu balik. I won't accept Zhafri as my son in law." Melihatkan riak wajah serius Tan Sri Kamal, Syuhada tahu..tiada lagi rayuan untuk pilihan ketiga..kedua-dua pilihan yang papa tawarkan, sememangkan 'merampas' Zhafri daripadanya.

Setelah beberapa lama dia menangis meratap sendirian di permaidani gebu itu, akhirnya dia tanggalkan jua cincin tunangnya dan diserahkan kepada papanya untuk dipulangkan kembali..benarlah jodoh Zhafri sememangnya Arianna..Tan Sri Kamal melawan ummi..diibaratkan ummi kalah tanpa bertanding.

"Papa kejam.." itu ayat terakhirnya sebelum papanya ditinggalkan di ruang keluarga rumah agam itu.

---

Suasana dingin di ruang tamu rumah keluarga Zhafri dengan kehadiran Tan Sri Kamal dan pembantu peribadinya, Muaz. Tuan Haji Zuhdi seperti biasa hanya menjadi pemerhati. Puan Hajjah Safiah pula terdiam membisu setelah cincin tanda yang dia hantar hampir setahun lepas dipulangkan.

"Maafkan saya, Hajjah..Saya tak akan kahwinkan anak saya untuk dijadikan isteri kedua..jadi, hari ini saya pulangkan balik cincin ini menandakan terputusnya ikatan yang kita bincangkan sebelum ini. Terima kasih sebab sayangkan anak saya, Syuhada. Mulai hari ini, saya dah tak izinkan anak saya terlibat dengan keluarga ini lagi kerana itu akan lebih melukakan hati dia."

Mendengarkan ucapan Tan Sri Kamal, Puan Hajjah Safiah menangis semahunya. Tan Sri Kamal dan Tuan Haji Zuhdi hanya membiarkan sahaja tangisan Puan Hajjah Safiah reda sendiri. Habis basah tudung ungu mudanya dengan air mata kekecewaan yang tumpah.

"Tan Sri, Zhafri dah setuju akan ikut cakap saya, Syuhada tak akan jadi isteri kedua..Saya akan minta Zhafri ceraikan isteri dia yang sekarang sebelum kahwin dengan Syuhada.." Puan Hajjah Safiah masih mencuba nasib mahu bermenantukan Syuhada.

"Astaghfirullahal'azim Piahhh!!! Awak sedar ke tak apa awak cuba buat ni? Awak nak runtuhkan masjid anak sendiri ke Piah?" turun naik nafas Tuan Haji Zuhdi menahan marah. Mencerlung matanya menikam mata isterinya. Dia dah tak malu meninggikan suara di depan tetamu mereka.

"Abang tak tahu apa yang saya rasa, saya tak boleh terima perempuan tu dengan anak dia.." Puan Hajjah Safiah seperti hilang pedoman. Sudah hilang sifat ibu mithalinya di hadapan Tan Sri Kamal selama ini..yang ditonjolkan hanyalah sifat ibu mertua yang kejam.

Tuan Haji Zuhdi hanya menggeleng. Kecewa dengan isterinya yang belajar ilmu agama itu, tapi serupa langsung tidak faham apa yang dipelajarinya.

Tan Sri Kamal yang menjadi penonton akhirnya bangun, ingin meminta diri untuk pulang..Sebelum pulang, dia tinggalkan suatu kata-kata yang menambahkan nanah di hati Puan Hajjah Safiah.

"Memang betul Saya tolak pinangan daripada Hajjah, sekurang-kurangnya saya selamatkan anak saya daripada menjadi menantu kepada ibu mertua yang tak berhati perut, demi kehendak sendiri sanggup buang darah daging." Selepas bersalaman dengan Tuan Haji Zuhdi, Tan Sri Kamal segera pamit, tidak mahu lagi menjadi penonton drama orang yang tidak boleh menerima takdir yang Allah tetapkan.

Sejak kejadian kunjungan Tan Sri Kamal, seminggu Puan Hajjah Safiah tidak mahu keluar daripada biliknya..hanya berkurung..sama situasi dengan Syuhada di sana, yang sudah seminggu seperti mayat hidup.

---

"Puas hati You, kan? You tengok apa jadi dekat Ummi, dekat Syu?! Puas ke hati You sekarang, Wajdi??" Zahra yang baru sampai di rumah Wajdi di Kuala Lumpur terus menjerit melampiaskan amarahanya.

"Honey, Bie tau You penat. Rest dulu, We'll discuss later. After maghrib kita pergi rumah Uncle Kamal, visit Syu," Wajdi memujuk Zahra lembut kerana dalam keadaan sekarang, dia sendiri harus mengawal marahnya.

Dia tahu, Zahra sayangkan Syuhada dan ummi. Siapa tak mengamuk kalau sudah seminggu selepas kejadian putus tunang, Syuhada dan ummi masing-masing murung, berkurung, tak mahu makan, tak mahu bercakap.

Namun, dia tidak menyesal. Dia lega kerana dia berjaya menghentikan rancangan isteri, ibu mertua dan sahabat baiknya untuk menghancurkan masjid orang lain dengan paksaan.

"I tak habis lagi..I memang marah sangat dengan You. Sampai hati You musnahkan semuanya.." nada Zahra sudah mulai kendur, dia duduk di sofa ruang tamu itu menahan air mata. Sakit hatinya bila Syuhada dan ummi masing-masing menyalahkannya kerana Wajdi, siap mendoakan perkara yang tak baik untuknya.

Wajdi duduk di sebelah Syuhada, memujuk isterinya, walaupun dia sendiri tak pasti perlukah untuk dipujuk kerana yang mematahkan rancangan mereka adalah dia sendiri..Bahu Zahra dipaut, lengan isterinya diusap perlahan menenangkan hati Zahra..Lalu terhamburlah tangisan Zahra melepaskan rasa di hati.

Beberapa ketika, hanya esakan sahaja kedengaran dan suaranya yang serak mula tersekat-sekat memberitahu Wajdi tentang kerisauannya..

"Syu cakap..apa yang jadi kat dia..puncanya..Honeyyy.." mendayu-dayu suaranya mengadu.

"..dia cakap lagi..semua tanggungjawab Honey..dia kata lagi..dia takkan biarkan kita bahagia bila dia derita.." makin menggila esakannya sampai Wajdi pun dah hilang punca..dia sebenarnya marah sebab impian beriparkan Syuhada tak kesampaian ke, takut dengan ugutan Syuhada di akhir ayatnya.

Setelah beberapa ketika, Zahra sudah terlena..terus dia menghubungi Tan Sri Kamal memaklumkan mereka akan melawat Syuhada malam nanti. Tan Sri Kamal menyambut baik dan mengharapkan kawan-kawan rapat Syuhada dapat memberikan sokongan dan nasihat yang boleh memulihkan semangat Syuhada.

---

"Go!! I don't want to see traitors!! Kau laki bini sama aje!! Tak habis-habis nak jadi perampas kebahagiaan aku!!"

Syuhada menjerit daripada biliknya. Dapat didengari bunyi barang-barang yang pecah di selang seli dengan tangisan dan jeritan..Apa yang dah jadi dengan Syuhada? Teruk sangatkah kekecewaannya yang hanya diberi harapan oleh ummi dan Zahra sahaja.

Zahra ikut menangis di luar bilik, memujuk..

"Syu, Aku minta maaf..Aku nak tebus kesalahan Aku pada Kau, Aku sayang Kau..Kau kawan Aku susah-senang selama ni kan..Syu, bukalah pintu niii.."

Wajdi di sebelah hanya berdiri kaku, masih menghadam apa yang didengari.. Syuhada yang dikenali sejak berusia 7 tahun tidak pernah sebegini amukannya..

Klak.

Tiba-tiba, pintu terbuka daripada dalam..wajah kusut Syuhada terjengul..nampak sangat tak terurus dengan lingkaran bawah mata yang gelap tanda tidak tidur, bibir yang pucat dan mengelupas tanda tidak makan dan minum, rambut kusut masai tanda tidak mandi mungkin.

"Allah, Syu..Apa jadi ni Syu?" Wajdi terperanjat..tak pernah seumur hidupnya kenal Syuhada nampak Syuhada seteruk ini..kalau dahulu, masa kecil paling comot pun sebab nangis berhingus sahaja..ini memang di luar kebiasaan Syuhada yang sentiasa menjaga imejnya walaupun dia anak Tan Sri yang merendah diri.

"Kau boleh buat apa saja, Zahra?" tanya Syuhada tanpa memperdulikan Wajdi di sebelah Zahra..Tiada lagi panggilan Yaya..matanya tajam mencerlung memandang Zahra.

"Kau pulangkan balik Wajdi yang Kau rampas daripada Aku, lepas tu Kau boleh pergi mampus!" Zahra dan Wajdi serentak terpempan dengan kata-kata Syuhada..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience