Bab 25: Penyelamat

Romance Completed 32302

Hari berkerja, masing-masing kembali ke tempat mencari rezeki..Petang itu selepas sekolah, Wajdi menghantar pesanan untuk bertemu Syuhada. Dia yakin, dia kena lakukan sesuatu untuk menghentikan Syuhada..

"Syu, I heard about Abang Zhaf, Anne dengan Kau daripada abah Yaya..What's going on? Bukan daripada dulu ke masa kita kat uni Yaya selalu cakap Kau kakak ipar dia? Then Abang Zhaf betray You or what? Or Kau yang nak runtuhkan masjid orang? Kalau Abang Zhaf dah ada anak sure dah lama kan dia kahwin?" Syuhada yang memesan hidangan mee kari dengan air honey lemon it dilihat menyedut sedikit minumannya sebelum menjawab persoalan Wajdi. Dia nampak tenang.

"I'm in love dengan Abang Zhaf sebelum dia kahwin dengan Arianna.." senada sahaja jawapannya dengan wajah tanpa riak lalu dengan selamba dia menikmati mee karinya yang masih panas itu.

"Look, Syu..I know You. Kau tak akan nak hancurkan rumahtangga orang lain.." Wajdi ingin memujuk teman baiknya itu..sejujurnya dia sendiri tidak tahu lanjut tentang keluarga Zahra, kerana dia sendiri yang menyimpan perasaan sehingga hampir setahun yang lepas, baru diluahkan dan terus meminang Zahra. Dia masih dalam proses mengenali keluarga Zahra. Berbanding dengan keluarga Syuhada, dia lebih rapat kerana mereka berkawan sejak sekolah rendah.

"Dahlah Di..yang penting Ummi suka Aku. Yang lain, tak penting pon..dan Abang Zhaf, dia pasti akan ikut cakap Ummi. Yaya cakap, Abang Zhaf dah janji dengan Ummi taknak jadi anak derhaka.." ada senyuman di wajah Syuhada. Wajdi risau..Syuhada kawan baiknya yang dikenali bukan seperti ini.

"Yang nak kahwin dengan Kau, Abang Zhaf. Bukan Ummi, Syu.. Kau rasa kalau dipaksa..benda ni akan macam biasa ke Syu? Kau nak bahagia tapi Kau pilih lukakan banyak hati lain..berbaloi ke Syu? Kita kawan dah 20 tahun, Syu..Parents Kau tahu Abang Zhaf ada wife? I don't think Tan Sri Kamal akan benarkan Kau jadi second wife." Wajdi cuba memancing nama bapa Syuhada.

"Siapa kata Aku akan jadi second wife, Di?" Muka Wajdi berubah. Dipandang muka Syuhada yang dah seperti singa lapar..belum sempat Wajdi memberi reaksi, Syuhada sudah berlalu pergi tanpa menghabiskan makanannya..

Wajdi raup wajahnya..dia kesal dengan sikap Zahra, Syuhada dan terutama sekali ummi..Namun, dia tidak boleh berputus asa kerana mengikut apa yang abah khabarkan, apa yang ummi buat bukan atas kehendak Zhafri dan dia sendiri risaukan kawan baiknya, Syuhada. Lalu dia mengeluarkan telefon pintarnya untuk menghubungi seseorang yang dia rasa dapat menghentikan Syuhada.

Beberapa deringan, panggilannya bersambut. "Assalamu'alaikum, Uncle. I'm sorry if I'm disturbing You. Just want to see You if You're not busy, before this weekend?," Wajdi memulakan misinya menyelamatkan Syuhada dan isterinya, Zahra daripada terus hanyut dengan dendam untuk menghancurkan orang lain.

"Wa'alaikumussalam, Di..Boleh..boleh.. How about dinner? Come to my house for dinner tonight," Tan Sri Kamal menyambut baik permohonan Wajdi.

"Okay..Uncle, but.. if possible Di tak mahu sampai Syu tahu about my visit..it is something that I just want to talk to You personally. Boleh ke, Uncle?," Wajdi memejamkan matanya saat menuturkan kata-kata itu, dan semestinya Tan Sri Kamal dapat mengagak tentang perkara yang ingin dibincangkan ada kaitan dengan anak gadisnya itu.

"Sure, I won't let her know. She don't stay with us now..dia ada buat kerja volunteer, susah nak ulang alik katanya..You know Syu well kan? Kalau Uncle halang, dia masih pujuk sampai Uncle rasa tak boleh lagi nak halang dia.." suara Tan Sri Kamal seakan mengeluh. Iyalah, Syuhada memang berbeza dengan anak-anak golongan VVIP yang lain, memang jenis down to earth habis, sebab tu Wajdi tahu hati Syuhada baik dan apa yang sedang berlaku kini tak sepatutnya melibatkan Syuhada.

"Thank You, Uncle.. kita jumpa malam nanti ya," sedikit lega hati Wajdi, dia dah nampak ada sinar tentang permasalahan ini..semoga dengan sedikit usahanya untuk membantu, dapat memberi kebaikan kepada semua pihak.

---

Usai makan malam itu, Wajdi dan Tan Sri Kamal berdua di tepi kolam renang rumah keluarga Syuhada.

"So, Di..You want to talk about Your wife's transfer ke?" Wajdi memang ada memohon bantuan sokongan daripada Tan Sri Kamal untuk mempercepatkan pertukaran Zahra, kerana mengikut perancangan asal selepas berkahwin mereka akan tinggal di Kuala Lumpur.

"Eh, bukan Uncle..I know, yang tu for sure tak lama lagi kan?" Wajdi tersenyum sedikit..cuba menuntup debar di dada.

"Ya, next posting mesti dapat tu, nanti beritahu Uncle nak sekolah mana, tapi tak bolehlah satu sekolah, dekat-dekat boleh," Wajdi mengangguk faham, dia juga sedia maklum tentang itu. Bukan senang berkerja satu tempat dan di bawah satu pengurusan dengan pasangan.

"Thank You for Your help Uncle. I owed You so much, sejak daripada kecil..Uncle banyak sangat jasa pada Di.." kerana Wajdi mengenang budi Tan Sri Kamal kepadanya, kerana itulah dia peduli tentang Syuhada.

"Don't say that..Di dah macam anak Uncle dah..," Tan Sri Kamal menepuk bahu kanan Wajdi.."So, pasal apa Di? Syu?" Tan Sri Kamal meneka..Anggukan Wajdi akhirnya menyebabkan Tan Sri Kamal jugak mengangguk sekali.

"So, tell me Di..What's the matter now?" soal Tan Sri Kamal..risaukan anak perempuannya..

"Pasal Abang Ipar Di, Zhafri.. tunang Syu, Uncle..Uncle tau? He is.. a married man.." teragak-agak Wajdi menyampaikan satu fakta yang merubah riak wajah tua di depannya..

"Syu tahu?" soalan berbalas soalan..Wajdi hanya mengangguk.."I'm sorry, Uncle..Di baru tahu." Tan Sri Kamal menganggukkan kepalanya.

"Uncle dapat lihat daripada cara Zhafri, dia tak setuju pun tapi mak dia dan Zahra beriya.." Wajdi tunduk..dia kesal dengan sikap isterinya Zahra dan ibu mertuanya. Tidakkah dia cuba fahami hati wanita lain, sedangkan mereka juga wanita seperti Arianna.

Setelah beberapa ketika jeda di antara mereka, Tan Sri Kamal menyambung.."Uncle pernah cakap dengan Syu, Uncle tak nampak kesungguhan Zhafri.. Sekarang ni dah hampir setahun daripada hantar tanda hari tu, tak de apa lagi progress..Tapi Di tahu kan Syu, dia akan yakinkan Uncle juga..And now I know, thank you to You, Di.." kedengaran nafas berat dihela Tan Sri Kamal.

"I'm sorry Uncle kalau Di buat Uncle susah hati.." Wajdi menggosok lengan Tan Sri Kamal di sebelahnya.

"No, Di..Di buat perkara yang betul, esok Uncle nak jumpa Zhafri.. Uncle akan tanya dia sendiri, apakah keputusannya.." Tan Sri Kamal senyum segaris..Dia sendiri sudah mengagak anaknya hanya bertepuk sebelah tangan, namun dia masih mahu menyokong anaknya..apabila dia sudah tahu kebenaran, dia tak akan biarkan lagi..Zhafri harus memberi kata putus, dia tidak akan peduli lagi pujuk rayu Syuhada.

Malam itu, Wajdi dapat tidur dengan tenang kerana dia yakin, dia sudah buat perkara betul..dia sendiri sanggup terima akibatnya jika dimarahi Syuhada dan Zahra mahupun ummi. Yang penting dia sudah berusaha menghalang satu masjid yang telah dibina runtuh walaupun dia sedar kesannya masjidnya sendiri akan bergoyang dilanda amarah Zahra kelak..itu dia pasti.

---

"I'm sorry if You're busy, Doctor Zhafri. I'm Syuhada's father. You can call me Uncle Kamal," Tan Sri Kamal memperkenalkan diri setelah janji temunya dengan Zhafri di aturkan oleh PAnya.

"Hi, Tan Sri.. Is it okay to call You Uncle?," Zhafri teragak-agak. Bukan dia tak biasa, ada ramai pesakit golongan VVIP yang dia jumpa..dia sendiri rasa kekok untuk tidak menggunakan panggilan berpangkat kepada orang seperti Tan Sri Kamal.

"No lah, I'm okay with that..pangkat tu tak bawa masuk kubur pun Doktor.." Tan Sri Kamal tertawa mengenangkan ada sesetengah daripada kenalannya memang pantang jika tidak menggelarkan mereka dengan nama pangkal itu.

"Kalau macam tu, Uncle just call me, Zhaf..Now I'm off duty, no more doctor," Zhafri membalas senyuman dan anggukan Tan Sri Kamal.

"So.. Zhaf, biarlah Uncle straight to the point. Is it true, You're married?" matanya fokus memandang Zhafri yang tenang dan bersahaja.

"Yes, Uncle. Married with a six years old daughter.." tenang dan ada segaris senyuman di bibir Zhafri.

Tan Sri Kamal mengangguk.."Syuhada knew about it, right?" Dia bertanya untuk kepastian sebelum keputusan diputuskan.

"Yes, Uncle. She met my wife several times. Actually, we're remarried and my mom tak boleh accept.. Zhaf dah jumpa Syuhada, before Zhaf kahwin semula bila Zhaf tahu Ummi hantarkan tanda tanpa tanya Zhaf, fapi Syuhada tetap nak teruskan. I'm sorry, Uncle..Zhaf sayangkan anak dan isteri Zhaf, dalam masa yang sama Zhaf tak boleh untuk derhaka dengan Ummi.." ada nada kesal dalam butir bicara Zhafri.

"Zhaf tak ada langsung perasaan dekat anak Uncle?" pertanyaan Tan Sri Kamal sekadar menguji Zhafri.

"I'm sorry, Uncle..Zhaf tak pernah buka hati Zhaf pada perempuan lain selepas Arianna tinggalkan Zhaf untuk kali pertama dulu, dan dia wujud selepas itu. So, Zhaf tak pernah kenal dia pun..Zhaf memang dah tolak, tapi..macam Zhaf cakap tadi, Zhaf tak ada pilihan sebab Ummi anggap Zhaf anak derhaka kalau Zhaf bangkang lagi.." keluhan dilepaskan. Tan Sri Kamal jatuh kasihan kepada Zhafri. Dia sendiri tak faham, kenapa Zhafri yang dah dewasa begini dipaksa mengikut kata ibunya dan diugut dengan panggilan anak derhaka. Yang dia lagi tak faham, kenapa anak gadisnya terlibat.

"It's ok Zhaf..I will send back the tanda tu, Zhaf jaga anak dan isteri elok-elok, Syuhada..Uncle akan uruskan. InshaaAllah, You won't be anak derhaka lagi.." Tan Sri Kamal menepuk bahu Zhafri.

Sebuah harapan akhirnya Zhafri nampak..semoga tiada lagi halangan untuknya berbahagia dengan Arianna..
Selepas berbual beberapa ketika, akhirnya Zhafri meminta diri untuk pulang..Selepas Zhafri pulang, Tan Sri Kamal mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi seseorang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience